KENGKAWAN

Tuesday, January 22, 2008

16 hari lagi

Aku agak stress bila fikirkan tarikh yg semakin dekat nih. Jangan duk fikir orang nak kahwin nih sentiasa hepi manjang ok.

Btul cakap Gee arituh, makin dekat tarikh nih, makin kerap pulak kita bertelagah dgn si tunang terchenta. Kenkadang tu masalah kecik pun boleh jadi hal sampai merajuk-manja.

Contohnya macam sekarang nih lah.. Aku angin kat Mamoru sebab dia lupa nak call aku lepas dia habis discussion kat site pagi tadi. Ekceli dari semalam dia sokmo lupa nak return call aku. Mau tak berapi sampai keluar asap berkepul-kepul dari hidung aku nih. Nasib baik memasing cepat cool. Kejap lagi Mamoru datang sini. Nak bermanja-manja bergurau senda balik untuk cover aksi berkungtau dalam henpon sekejap tadi. Yelah, buang yg keruh amik yg jenih gituu...

Lately kan, banyak betul keje Mamoru kat site. Kekejap kang kena pi sana.. kekejap kang pi sinun. Kengkadang, pukul satu pagi baru dia habis keje. Kesian aku tengok. Mau nya dia tak terlupa nak call aku. Aku bukan lah tak boleh konsider, tapi biasalah akuuu.. ngengada nya lebih. Sajer nak tarik perhatian dia. Alah, apa lah erti perhubungan kalau tak gegado sekali sekala.. (jangan amik hati ey sayang).

Esok cuti. Aku takde plan apa-apa. Just nak duduk umah siapkan jahitan untuk alas dulang hantaran dan pintal bunga manggar. Yesss.. jangan tataw, aku buat sendiri alas dulang hantaran tau. Nanti aku bubuh gambau kat sini. Lawaa tau.. (aku kata laa).

Minggu depan, minggu last aku keje sebelum bercuti untuk melangsungkah perkahwinan dengan encik Mamoru. Start dari 1 February (Hari Wilayah), sampai lah 11 February aku cuti. Dont worry, even aku cuti pun, aku akan curi-curi masa hapdet wedding aku kat sini. Yelah, untuk tatapan korang yg tak dapat attend majlis tu nanti. Pada yang nak datang tu, jemput lah.. kecik tapak tangan, satu negeri Melaka aku tadahkan. Tataw alamat? Email lah aku.. nanti aku kasik peta

Ok arr.. nak keluar menggedik jumpa Mamoru dulu.. daa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...