KENGKAWAN

Monday, January 21, 2008

17 hari lagi

Nenek aku nih betul lah.. Buat aku panik je. Hari tu masa aku beria nak bagi duit beli barang untuk kenduri, dia cakap lambattt lagi. Tunggu hujung bulan nih lah.. tunggu lagi seminggu tarikh langsung lahh..

Sekalikk, wiken aritu aku balik, dia dah siap beli semuanya. Geremm akak tau. Kata nenek, dia nerves bila orang kampung duk tanya dia pasal persiapan (dia pulak yg nerbes, boleh?). Terus dia kirim kat sedara aku pi beli bebarang tu semua. Haii..

Minggu nih aku kena balik kampung lagi.. (adeh, dah tiga minggu berturut aku balik kampung nih). Ingatkan minggu nih nak spend kat KL - siapkan apa patut. Taapiii, minggu nih lah jugak family aku nak buat 'berkampung' (atau dgn erti kata lain, kenduri kecil dgn sedara terdekat untuk bincang dan bahagikan tugas memasak masa wedding aku nanti).

Iklan: Semlm ada cerita sedih sikit. Takder lah sedih mana pun.. sikit je lah. Antara aku dgn bapak. Semlm, aku marahkan orang lain. Marah pun takde lah marah tahap dewata.. marah biasa-biasa. Ntah camner dalam marah tu, aku tertinggi suara kat bapak yg cuba meredakan marah aku taim tu. Adoi.. aku paling tak suka 'terlepas' rasa marah kat orang lain. Lelebih lagi kat orang yg aku hormat & sayang. Bersalahnya.. Tuhan je yang tahu. Malam sebelum balik KL semalam, aku duduk kat pangkin depan rumah dgn bapak - mintak mahap. Mengalir air mata aku nih. Betul cakap bapak, banyak lagi yang aku kena belajar dalam hidup nih.

Pesan bapak, aku kena lebih banyak bersabar & beralah. Marah tu kena kontrol sikit. Aku dgn bapak nih, memang aku kalah sikit. Sambil dengar nasihat bapak, sambil tu jugak lah kepala aku duk tersangkut atas bahu dia (jangan tataw, nama je anak sulung, manja aku ngalahkan anak bongsu ok!).

Ops, dah.. dah.. sambung cerita tadi.

Fyi, pada kengkawan yg nak datang wedding aku nanti, take note yer, pada hari langsung tu je ada 3 majlis perkahwinan yg berlangsung serentak dalam kampung aku (termasuk majlis yours truly nih). Make sure korang datang rumah yg betul. Kalau setakat silap termakan kenduri kat rumah orang takpe lagik.. boleh dimaafkan.. taaapppiiii, jangan lah sampai tersilap bagi hadiah kat pengantin lain.. hehehe.. kang takkan lah nak mintak balik hadiah tu kan??

Sampai tahap nih, takde apa lagi yg boleh aku cerita pasal persiapan segala. Semuanya alhamdullilah under control. Cuma sekarang nih, nak pikir mender kekecik, e.g., mana nak dapatkan lakaran inai yg cuNn.

Colleague aku kat opis nih tak hehabis suruh pegi mandi lulur.. mandi bunga.. mandi hadas.. cemacam lagi lah. Perlu ke? Selama nih aku mandi tak cukup bersih ke? Aiyoo.. kuasa lah.

Err.. sekarang nih musim hujan kan? Bagus lah.. biarlah hujan nak turun lebat mana pun sekarang nih asalkan taim kenduri aku nanti cuaca jadik cerah. Aku tak sanggup spender aku kena baling atas bumbung umah.. hehehehe. Mana lah derang dapat idea cenggini ek? Spender terpakai boleh halang hujan?? wakakakaka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...