KENGKAWAN

Friday, January 18, 2008

20 hari lagi

Ramai kengkawan aku terkejut bila dapat tahu aku nak kahwin tak lama lagi. Hahaha.. jangan kata korang, aku sendiri pun macam tak percaya mender nih jadi kat diri sendiri. Seriously, sebelum nih aku tak penah terfikir untuk kahwin dalam jangkamasa terdekat (atau terpanjang).

Raya 2006 - Masa berkumpul gegamai dgn memember kampung

Ita: Tinggal kita je yg tak kahwin lagi kat dalam kampung nih ek? (refer to Aku, Anis, Ina & Nin) Dak Ana yg brutal tu pun dah selamat bertunang aritu tau
Anis: Dalam family aku, tinggal aku sorang je yg tak kahwin.. Mak aku dah bising. Kalau ko ada calon sesuai, rekemen lah kat aku. Desperate sangat nih (dia nih memang kelakar)
Ina: Aku pulak bukan tanak kahwin, kalau aku jumpa yg sesuai, jalannnn je. Masalahnya, belum jumpa.
Nin: Aku tak terfikir nak kahwin pun. Malas.
Aku: Ntah, aku pun tak rasa nak kahwin. Buat apa sesusah fikir. Single kan senang. Enjoyy. Jom kita tubuhkan kelab orang bujang kampung Pulau. Biar aku jadi presiden.. hehe
(Tuuu diaa.. siap nak jadi presiden kelab bujang. Kelakar pulak bila diingatkan balik. Derang nih sumer memember baik aku yg belum kahwin dalam kampung tu. Yang dah kahwin; Faizah, Sarah, Mawar, Zila, Puzah & Zuraini)

Jan 2007 - Kat mamak sebelah CM - baru balik dari xpdc gunung - sesi luahan perasaan

Ita Ibanez: Aku rasa diri aku pelik lah. Aku nak bercinta, tapi aku cepat bosan. Kengkadang tu aku baru nak suka kat seseorang tu, tapi tetiba aku give up. Tu yg aku malas nak serious dgn sesiapa. Umur aku dah 31 tapi ntah lah.. mender camnih buat aku tak terfikir nak bercinta.
Aku: Habis kau pikir kau sorang je ke rasa camtu? Aku pun sama cam kau gak. Lagi pulak umur aku dah 28 nih.

Awal 2006 - Masa kat kampung

Adik no.6: Cepat lah kahwin bang ngah. Tak sabar nak dapat anak buah nih. Nak tunggu Along, ntah bila lah..
Adik no.2: Along kau tu buiprennya plu
Adik no.6: Sure gempar satu semenanjung kalau Along kahwin kan?

Tapi tu lah, jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan :)

Terasa singkat betul perkenalan aku dgn Mamoru. Kenal setahun, bercinta 3 bulan, bertunang 5 bulan.. dan 20 hari lagi aku akan dinikahkan.

Tinggal 20 hari? Nervousnya..

Dulu, masa memula bertunang, aku macam kena culture shock. Banyak kali aku tanya diri sendiri.. "Betul ke apa yg aku buat ni?".. "Dah ready ke aku untuk semua nih?".. "Is Mamoru the right person for me?".. memacam lah.

Pastu aku fikir tentang diri sendiri pulak. Fikir balik apa yg aku dah buat dalam hidup aku sebelum nih dan sejauh mana pencapaian aku dalam mencari kebabagiaan / kepuasan untuk life aku sekarang. Aku cuba kaitkan semuanya sambil membayangkan hidup aku untuk 10 tahun.. 20 tahun.. 30 tahun akan datang.

Alhamdullilah, Tuhan tu Maha Mengasihani, Maha Pemurah & Maha Pengampun.. Dia buka kan pintu hati aku dan berikan jawapan untuk segala persoalan & kekeliruan dalam diri ini. Aku bersyukur.

Macam orang lain juga, aku pun harapkan yg terbaik untuk perkahwinan nih. Harap sangat jodoh kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Harap sangat Mamoru dapat pemimpin dan membimbing aku ke jalan yg diredhai. Harap juga dalam sibuk membina keluarga baru, aku tak terleka dgn tanggungjawab terhadap adik-adik & bapak, insyaAllah.

Soalan: Betul ke makan sireh boleh hilangkan nerbes?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...