KENGKAWAN

Tuesday, January 29, 2008

9 hari lagi

Malam nih nk pegi Kg. Baru. Jumpa sedara belah Mamoru yg tinggal kat sana. Nak menjemput derang datang ke kenduri perkahwinan kami. Kelas gitu, invitation direct dari pengantin. Selalunya, part jemput-menjemput nih diuruskan oleh mak-bapak pengantin. Tapi nak wat camner, parents Mamoru dah lama meninggal dunia. Adik-beradik dia pun berapa kerat je lah yang ada. Tu pasal urusan jemputan nih dia yang uruskan sendiri. Ikutkan, memang lah boleh hantar kad pakai pos je. Tapi, rasa cam tak manis pulak. Kalau sedara kita tu duduk jejauh boleh lah buat camtu. Nih dah dekat sangat. Lainlah kalau hidup tu tanak bercampur orang.. kan?

Pasnih nak kena pegi Keramat, Shah Alam, Telok Panglima Garang, Kelang, etc., Ntah sempat ke tak nih.

Semalam, tuan rumah baru tu called lagi. Suruh aku pindah masuk start awal February pulak. Bengang aku dgn dia nih. Tak reti bahasa gamaknya. Aku byk kali dah cakap, nak pindah masuk awal March. Awal February nih aku ada kenduri kahwin. Gila apa nak berpindah-randah taim-taim camnih? Penat & banyak keje ok! Nak samak rumah lagi, nak angkat, susun barang lagi.. duit lagik! Eyy sekali aku tangan kang, tau lah.

Ekceli dari aritu lagi dia forced aku cecepat pindah masuk rumah dia. Memula rituh, dia suruh pindah pertengahan January. Kononnya tuan rumah tu dah beli rumah baru kat tempat lain dan nak pindah ke rumah baru derang secepat mungkin. Nak sambut CNY kat sana katanya. Aku pun refused. Koser. Yelah, aku kena gak bagi notis kat tuan rumah yg aku menyewa sekarang nih. Aku nak ler dapatkan balik deposit dua bulan plus deposit api/air yg aku bayar dulu. Kang kalau aku pindah awal, takkan nak suruh aku bayar sewa untuk dua rumah dalam satu masa? Akai ada ka?

Tengok lah, kalau dia nak aku sewa umah dia, tunggu awal March nanti. Kalau desperate sangat nak amik penyewa, carik lah orang lain. Aku malas nak layan orang tak reti bahasa nih.

Semalam balik keje awal. Seriyes awal. Pukul 2.30 ptg aku dah keluar. Hahaha.. lately mood nak keje dah kureng (ops). Alah, keje dah siap.. buat apa duduk lelama dalam opis. Dari menghabiskan duit kompeni bergayut kat tipun atau surf internet berjam-jam, baik aku balik umah. Dapat gak basuh baju yg bertimbun-timbun sebelum bercuti panjang. Banyak ok, baju yg aku basuh petang semlm. Baju aku dua tiga helai je, baju adik-adik lelaki aku.. mak aihh.. berlambakk.

Hari nih pun plan nak balik awal.. banyak lagi mender yg nak dikemas. Penat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...