KENGKAWAN

Tuesday, January 15, 2008

Azam lama

Rasanya Food Development Program yg aku amalkan (err tak begitu amalkan kut), tak menjadi lah. Mission failed. Berat aku masih 37 kg dan tak bertambah langsung. Ini bermakna, korang bakal menyaksikan pengantin yg kurus keding melidi masa CNY nanti.. hehe.. lantok.

Kerja kat opis sekarang nih semakin relax. Bagus lah. Centenial program untuk hujung bulan dua nih pun dah ditangguhkan (due to faculty member dari Boston ada program lain). Tapi yg tak best tu, derang nak postpone ke bulan June. Habis lahh.. taim tu aku ada xpdc honeymoon pegi Gunung Mulu & Gunung Api. Nih yg aku bengang nih. Aritu, beria sangat nak buat projek nih dalam bulan February. Terpaksa aku tangguhkan trip honeymoon aku ke bulan June. Sekarang derang nak postpone ke bulan June pulak?? Nih sajer dengki tak bagi aku pegi honeymoon ke haper? Aku tak kira.. aku dah planning baik punya. Jangan nak ngengada kacau program aku bulan enam nanti.

Masuk tahun nih, genap 6 tahun aku bekerja kat kompeni nih. Kalau ikut azam lama since 2006 dulu, aku plan nak tukar keje. Tapi dah dua tahun terhalang mostly sebab increement, benefit & boss-boss aku yg sungguh baik hati nih. Tahun nih, InsyaAllah aku akan renew azam tu balik.. err.. tapi, in second thought, rasa mcm tak confident pulak nak tukar keje lain memandangkan tak lama lagi aku akan start sambung study. Risau pulak kalau waktu bekerja kat tempat baru mengganggu masa belajar aku nanti.. Haiii memacam halangan. Takper, kita tgk je lah camne. Kalau ada rezeki aku kat tempat lain, adalah nanti. Sabar dulu.

Bercakap pasal study nih, ramai memember termasuk boss aku duk tanya motif aku sambung belajar. Ada yg cakap aku nak jadi lecturer ke? Haha.. aku jadi lecturer? Matilah kena buli.. bukan aku buli orang.. student yg buli aku nanti. No lah, belum terbukak lagi hati aku nih nak tukar kerjaya jadi pendidik. Walaupun aku suka join program motivasi, bagi ceramah atau jadi fasi.. tu tak bermakna aku boleh jadi seorang pensyarah. Aku takde passion dalam bidang nih. Anw, aku ada objektif sendiri untuk sambung belajar nih. InsyaAllah, kalau aku still blogging lagi lepas aku grad dalam tempoh dua tahun akan datang nih, korang tau lah apa tujuan aku. For now, lets keep it low.

Iklan: Sesiapa yg berminat nak further master kat UM (full / part time), registration dah dibuka sampai 14 March 2008. Syarat kemasukan; Bekerja at least dua tahun & minimum CGPA 3.00.

Aritu aku ada bincang dgn Mamoru pasal life kami lepas kahwin. Basically tentang apa yg kami expect from each other & perancangan untuk masa depan e.g., kewangan, harta benda, anak-anak.. Masa bincang pasal anak, Kami berdua setuju untuk tangguhkan dulu fikir pasal anak nih sampai aku habis belajar. Tapi ntah mcm mana Mamoru boleh ubah fikiran. Sweet je bila dia cakap dia sanggup jaga baby tu bila aku pegi kelas malam. Tergelak aku dibuatnya. Tough jugak problem ni ek? Boleh ke aku cope dgn situasi "keje - study - jaga anak" dalam satu masa?

InsyaAllah boleh kut. Takde apa yg mustahil dalam dunia nih kan? Lagipun, aku teringin juga nak ada anak sendiri. Jeles arr tengok memember usung anak derang sana sini. Hik.

p/s: Maaf, aku tak suka ambik tahu hal orang (yg tak berkaitan).. apatah lagi orang yg aku tak pernah kenal. Buang masa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...