KENGKAWAN

Friday, January 11, 2008

Baju nikah ku

Terbangun lambat pagi nih. Terkejut aku tengok jam dah pukul 8.00 pagi. Kat luar dah terang benderang. Selalu tu pukul 7.00 pagi aku dah sampai opis (walaupun opis hour sebenarnya start at 9.00am). Yea, btul apa yg korang pikir tu, aku memang pekerja yg berdedikasi (poodah).

Semlm, pepagi buta aku dah menyiapkan diri sendiri. Plan pepagi tu nak ambik baju nikah yg ditempah kat Medan Mara. Sekali akak tukang jahit tu bukak kedai lambat lah pulak. Bengang aku bila orang berjanji macam keling nih. Masa akak tu cakap dia sampai lewat sikit, hati aku dah tak tenteram. Macam ada mender tak kena je dgn baju aku.

Tepat kul 12 tengahari, akak tu sampai. Memula tengok baju melayu Mamoru. Ok lah. Pastu tengok baju aku.. dari jauh aku nampak potongan bahagian depan baju tak kemas. Aku pegi fitting room. Bila dah sarung baju tu, terus aku rasa mcm nak menangis. Bengang sey! Aku rasa mcm aku pakai baju orang lain yg besar gelebeh je potongannya. Ok, bab baju besar mungkin boleh di-alter jadi kecik. Taaapii, kalau cara dia potong baju tu tak betul & corak potongan antara sebelah kiri & kanan senget, camno nak cerita tu?

Fyi, aku bukannya tembah baju tu ber-fesyen, berlabuci bagai.. aku suruh dia buat design yg paling simple - kebaya tradisional - susah ke?

Aku dah start hangin. Biasalah aku kalau dah marah, aku apa kira orang tu tua ke, muda ke, lelaki ke, pompuan ke, aku sound tepet je. Haper ingat murah ke aku beli kain tu? Kalau akak tu amik tempahan menjahit murah, aku boleh consider lah jugak. Nih, untuk tempah baju je dah beratus-ratus ringgit.. pulak tu hasilnya.. sadis btul.

Mamoru pujuk aku depan fitting room. Dia siap offer beli kain lain & tempah kat tempat lain. Pandai btul encik Mamoru baca apa yg ada dalam fikiran aku taim tu ek? Nih yg buat aku bertambah sayang nih. Well, ikutkan hati yg marah ni memang aku nak terima je offer dari encik Mamoru, tapi, NO, aku tanak beli kain baru. Aku tanak membazir untuk memender camnih. Baju nikah tu pun bukannya nak diguna berkali-kali. Pakai pun mungkin sekali seumur hidup. Pastu lepas kahwin, konpem terperuk dalam lemari. Teringat pulak cerita yg adik ipar aku bagitau aritu. Katanya, member dia siap beli kain RM 2000 untuk buat baju nikah. Kos tempahan RM 500. Tapi bila dah siap berjahit, member dia nih tak puas hati dgn potongan baju dia. Sanggup dia pi beli kain lain & tempah sekali lagi. As for me, tidakkkk. Aku tanak membazir camtu. Dari aku beli kain lain & cari tukang jahit lain, baik aku simpan duit tu buat belanja masa honeymoon, btul dak?

Sebelum blah dari kedai akak tu, aku suruh dia kecikkan baju tu bebtul ikut saiz badan aku yg kecik molek nih. Selasa depan aku akan pegi kedai dia lagi. Kita tunggu je lah apa rupa baju tu nanti. Aku pun malas nak berharap lelebih. Janji baju tu boleh dipakai & majlis pernikahan aku berjalan lancar, cukuplah.

Keluar dari Medan Mara semlm, kami (aku, Mamoru & adik lelaki no.5) pegi Nilai 3. Beli bunga pahar, dua tiga biji souvenir, paper bag, bebarang untuk hiasan hantaran & ranting kayu untuk hias bilik pengantin. Lama gak kami spend masa kat sana. Banyak betul kedai bunga sampai tak terlarat aku nak melawat satu-satu.

Habis je beli memender tu semua, kami straight ke Jusco Bukit Tinggi kat Klang. Ada appoinment dengan Kukubesi (our official wedding photographer). Discuss dgn dia pasal payment, aturcara majlis & jenis gambar yg aku nak. Ekceli tujuan aku jumpa dia nih sebenarnya nak berkenal-kenalan dulu. Nanti takdelah janggal / keras / malu bila kena berposing depan dia.

Balik dari Klang, kami pegi beli DVD. Citer I am Legend & Chakde (Hindustan). Layan dedua movie sampai tertidur depan tv. Tu yg terangun lambat pagi nih.

Malam nih aku gerak balik Melaka. Settlekan part kat sana pulak.

Adoiii.. penat arr buat persiapan kahwin nih (penat tapi enjoy! <<--- gatei.. hehe)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...