KENGKAWAN

Thursday, January 03, 2008

Hadiah

Pagi yang gelap, kini sudah terang..... huhh cukup aku menyampah dgn lagu nih (tapi layan jugak).

Hari nih first day DO masuk opis setelah tiga bulan jadi babysitter cucu dia kat Boston. Seperti yg dijangka, ada souvenir untuk aku - purse yg comei - kaler dark brown (Nak bubuh gambau aku tadak kamera). Dia bagi kat aku siap ada tanda harga sekalik. Sajer la tu. Harga purse tu kalau tengok dlm USD takde lah mahal mana, tapi bila dah convert dalam Ringgit.. hehe.. boleh tahan gak lah.

Nih kali kedua aku dapat hadiah purse. Presicely, nih kali kedua aku memiliki purse seumur hidup aku. First taim aritu, Mamoru belikan kat Metrojaya. Kaler itam. Lawa tapi sampai hari nih aku belum tahu nak bubuh apa. Now dah ada dua purse dalam koleksi aku.

Ekceli, aku bukannya tak suka pakai purse atau handbag. Cuma tataw naper kepala aku asyik pikir memender negatif - Takut mender tu kena ragut ke hilang ke. Yelah kan biasanya orang bubuh IC, duit, kad kredit, kad ATM, etc kat dlm tu. Kang kalau hilang.. tak ke haruuu.

Antara sebab lain aku tak pakai memender camtu sebab aku nih boyish sikit dulu. Konon tanak pakai bebarang feminin nih. Lelebih lagi handbag. Rasa mcm geli ketiak aku nak sangkut kat bahu. Tapi bila dah masuk alam pekerjaan nih lain lah kan.. kena always nampak chantek. Lelebih lagi bila nak kahwin nih. Harus lah dipertingkatkan kechantekan kita ke tahap maksimum.

Tapi kan.. still, I dont get it. Why lah orang cipta handbag kalau dah ada purse / wallet or vice versa. Ok, maybe purse tak muat nak bubuh handphone. So, kita pakai handbag. Tapi, kalau dah ada handbag, kenapa nak pakai purse? Ntah lah.. tapi mcm mana pun aku nak try jugak pakai purse & handbag dalam satu masa. Since dah ada purse nih, why not kan? Takkan nak biarkan terperuk dalam lemari.

Personally, aku rasa penggunaan kedua-dua mender alah nih mampu menaikkan lagi tahap ke-feminin-an kaum wanita. Tak caya? Cuba korang tengok pompuan yg tengah berdiri kat kaunter dan nak buat bayaran. Derang akan berdiri style model sambil bukak handbag untuk keluarkan purse. Pastu bukak purse keluarkan duit dan buat bayaran (sambil betulkan spec). Kemudian ambik balance dan masukkan semula ke dalam purse dan seterusnya purse tu dimasukkan semula ke dalam handbag. For certain people (me & few guys mostly), mungkin berpendapat, cara nak buat bayaran camtu sangat lah complicated & amik banyak masa. Tapi kalau perati bebtul, nampak macam comel pun ada. Kagum aku dgn mereka yg boleh meng-full-utilize-kan penggunaan kedua-dua barang nih secara serentak.

Citer lain lah pulak.

Malam tadi pegi Bandar Tasik Permaisuri (BTP). Survey rumah. Bukan nak beli.. nak sewa je. Aku nak cari rumah yg besor sikit dari rumah aku sekarang nih. Rumah aku sekarang nih just ada dua bilik je. Tak muat nak sumbat adik-beradik aku.. apatah lagi nak tambah lagi sorang (Mamoru).

Aku dah cari rumah lain kat kawasan area Taman Desa nih (area rumah aku sekarang), tapi rata-ratanya sewa RM 1100 ke atas sebulan. Mahal tu. Kalau bayar memahal tapi akhirnya rumah tu jadi milik kita tak kisah lah kan. Nih harta orang, kita pulak duk tolong bayar bulan-bulan. Tu pasal aku cari kat BTP. Quite reasonable jugak lah sewanya plus kawasan rumah yg luas, bersih & selamat.

Aku ada gak plan nak beli rumah. Ye lah, sampai bila nak menyewa rumah orang. Niat tu nak cari landed property. Aku tamau rumah tetinggi nih - statik je. Kalau dapat atas tanah best lah jugak. Boleh ubah suai ikut kemampuan. Nak tambah bilik ke, nak besarkan ke, nak naik lagi setingkat pun bolehh. Tapi tu lah, kalau dapat beli pun, berkemungkinan jauh dari tempat keje. Maklum lah rega rumah iadaman aku kat KL nih lebih suku juta. Kalau kat Melaka, rumah suku juta nih boleh dapat 5 biji rumah teres dua tingkat ok! Doakan je lah rezeki aku murahhh tahun nih & tahun-tahun akan datang..


InsyaAllah, kalau takde aral, hujung bulan dua nih aku pindah BTP. Ada satu apartment tu aku berkenan sangat. Luas kawasannya. Parking pun tak lah cramp mcm umah aku sekarang nih. Yang best, kawasan apartment tu sangat strategik. Dekat dgn pasaraya, bank, klinik, restoran, bengkel keta/motor, lrt, pejabat pos, hospital, taman tasik, kedai DVD murah (ops).. hehe.. pendek kata, memacam lah! Tu yg aku exsaited terlebih nih.

Panjang lagi aku nak cerita nih.. tapi sesabo lah dulu. Aku pun ada keje gak. Tungguu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...