KENGKAWAN

Thursday, February 28, 2008

Gian nak mendaki

Malam tadi encik tukang pintu datang. Rajan nama dia. Kejap je dia datang. Nak amik ukuran je katanya. Lepas beborak tentang jenis pintu yg aku nak, dia pun balik. Esok baru dia datang pasang pintu baru. Dah alang-alang tu, aku nak suruh dia drill dinding dapur sekali. Nak buat para. Senang nak isi barang atas tu. Dapur rumah baru nih kecik sangat lah. Susah nak susun barang.

Since Rajan nak start bertukang pagi esok, terpaksalah aku amik cuti. Maklum lah Mamoru bukannya boleh escape dari opis. Nak tanak kena lah aku monitor keje si Rajan nih. Takper lah, bukan aku sorang je yg ada kat rumah esok. Adik lelaki no.7 pun ada. Kelas dia start pukul 2.30 ptg. Pagi tu boleh lah dia temankan aku.

Lately nih, semangat aku nak mendaki gunung semakin meluap-luap pulak. Bila aku suarakan kat Mamoru, dia suruh sabar dulu. Kataya, banyak lagi sedara-mara yg kami belum habis ziarah. Lagipun, jadual wiken kami sampai hujung bulan nih pack sangat. Minggu nih pegi Cameron, minggu depan pegi rumah sedara Mamoru yg kahwin kat Ipoh, minggu lagik depan pulak, aku kena organize tournament kat Mantin.. hah, bilanya aku free?

Ex-housemate Mamoru, Chua ada suruh kami organize xpdc ke gunung Suku-Irau (Trans Jerging) dalam bulan March nih, tapi.. aku rasa tak sanggup lah. Kalau suruh aku jadi AJK untuk arrange guide / transport je boleh lah. Kalau nak aku buat SEMUA sekaligus (guide, transport, budget costing, cari participants, permit, rations, peralatan camping).. ohhhh.. aku tak cukup masa nak buat semua nih. Maaf ye encik Chua. Bulan nih kami still bz nak penuhi undangan dari sedara-mara / kengkawan. InsyaAllah, lain kali kalau dibeli peluang untuk jadi organizer lagi, aku takkan tolak punya.

Aku ada plan nak panjat gunung Datuk lagi hujung bulan March nih. Nak bergambar dgn baju nikah kami kat atas tu. Yelah, sebagai tanda pertemuan pertama kami kat puncak gunung Kinabalu dulu. Kalau nak pakai baju nikah kat puncak Kinabalu, toksah harap lahh.. serrjuuurrrrkkkk.. ada yg beku kerasss kejunggg nanti.

Kalau ada antara korang yg baca blog nih berminat nat join kami pegi mendaki gunung Datuk hujung bulan March nanti, tinggalkanlah email / contact no. kat ruangan komen. Gunung Datuk nih takder lah tinggi sangat. Tapi jgn memain, view kat puncak memang carerr! Penuh dgn batu.. ala-ala kat Kinabalu jugak lah.. hehehe. Tarikh? Tak tetap lagi. Sama ada 22-23 March atau 29-30 March. Nanti aku confirmkan dgn Mamoru. Ok?

2 comments:

angah said...

Meh nak kira Gunung yang pernah saya daki zaman comel lote dulu ahahahaha..

Gunung Tahan ( 2 kali)
Gunung Datuk
Gunung Ledang
Gunung Bunga Buah
Gunung Nuang
Gunung Ayam
Gunung Korbu
Bukit Batu Tabur
Gunung Angsi (kira jugak walaupun rendah eheheh)

Sekarang tak dah... ada hero heroin 2 orang tu. Cuma aktif join lumba basikal ikut suami je.

nak imagine kejap... bawak baju nikah segala pastu bergambar kat Gunung Datuk... very interesting.. buat la tepung tawar sekali *larikkkkkkkk*

aD said...

wah.. kira hebat jugak lah. ada few gunung yg dlm list nih saya belum grad lagi.. hehe.. kami pun, nih lah taim nak mengaktifkan diri. pasnih kalau dah ada bakal-bakal hero / heroin, alamat kena tangguh sampai deme besar.

err.. bab tepung tawar tu, kami jemput Puan resmi kan dulu lah.. nanti kami bagi telur rebus sebijik, amcm ada brani? hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...