KENGKAWAN

Thursday, February 14, 2008

Hati semerah inai dijari

Valentine? Oh, aku tak sambut.. nak celebrate wedding pun tak habis lagi. Nih nak tambah mender merapu lain. Start dari sekarang, bulan February secara rasminya akan jadi bulan Anniversary aku & Mamoru. Cukup lah satu hadiah je. Nak campur valentine segala bagai buat kopak duit poket je. Lagipun, banyak sangat cerita tak baik pasal asal usul hari valentine nih. Koser lah.

Malam tadi baru selesai cat ruang tamu kat rumah baru. Tenang sikit mata memandang warna hijau & putih nih. Cuma bilik je still kaler merah. Malam nih, nak mengecat bilik utama dulu. Bilik lain, insyaAllah kalau sempat aku habiskan. Kalau tak, nenanti lah. Penat woo.. dah berapa hari asyik berkemas kat rumah baru. Dari habis kenduri kahwin tak dapat nak rehat. Sampai keje lain pun tak sempat nak buat. Hari nih plan nak balik awal - nak basuh semua baju yg aku guna sepanjang kenduri aritu. Pastu nak start packing pinggan mangkuk, periuk belanga, segala. Aku nak by next week, rumah clear.

Korang tau tak, sampai hari nih aku mcm tak percaya aku dah bergelar isteri kepada Mamoru. Mamoru pun sama. Aritu, masa lepas nikah, aku letak jari aku kat dada dia pastu ngengada tanya.. "Ni siapa?".. Normally, Mamoru akan cakap.. "Ni, tunang sayang".. Tapi aritu, bila aku tanya soalan yg sama, dia macam amik masa nak jawab, kejap tu baru dia cakap.. "Ni, suami sayang".. Tergelak kikik kitaorg bilik tu. Member aku cakap mender camnih biasa je. Maybe dalam seminggu dua lagi aku boleh biasakan diri, insyaAllah.

Oh, sekarang nih, aku ada satu habit baru.. aku suka belek jari tangan dan kaki aku. Merahnya.. :)

Bila dah kahwin nih, confirm orang akan tanya bila nak dapat anak? Hm.. sejujurnya, aku takut juga fikir pasal pregnancy nih. Normal laa, semua perempuan akan rasa takut bila fikir pasal nih. Yelah, nak lahirkan baby kira macam mempertaruhkan nyawa sendiri lah jugak. Aku ada terfikir nak tangguh untuk dapatkan anak. Tappiiii.... bila fikirkan usia aku yang dah 29 tahun nih, aisey.. takkan nak lambat-lambatkan lagi? Takkan nak tunggu umur 30 lebih kut? Makin naik usia makin tinggi risiko. So, jawapan aku adalah.. kalau ada rezeki aku untuk dapat anak dalam masa terdekat, aku terima je. For sure, aku tanak planning-planning. Kita doa sesama ok.

Semalam, aku ada upload gambar masa nikah. Banyakkkk lagi gambar sebenarnya. Ada gambar outdoor, majlis berinai, persalinan, resepsi, etc. Ada lebih 1400 keping gambar digital ok!!! Semuanya lawa & cun (bagi aku lah). Masakk nak mencuci semuanya. Kalau sekeping gambar 4R = RM 0.40.. 1400 keping darab pat posen = ??.. Tu belum kira berapa banyakk album aku kena beli untuk letak gambar tu semua! Adoii.. (nih baru gambar dari kamera encik Kukubesi, belum campur dari kamera lain lagikk!!)

Tapi nih lah kelebihan amik professional photographer. Sesiapa yg nak guna khidmat encik Kukubesi nih, email je aku or tinggalkan mesej kat ruangan komen. Hasil gambar dia memang mantap. Take note yer, gambar yg korang tgk semua nih tak diedit langsung. Comei kan.. tak edit pun dah cuNn.. kalau edit, bertambah double triple cuNn la ek? hehe.

Aku kalau boleh, nak upload je semua gambar kat sini. Tapi haiii.. rambang mata aku tengok gambar nih semua. Tataw nak bubuh yg mana dulu. Tunggu je lah. Kang kalau aku rajin, aku upload lagi nahh..

p/s: Erkk.. hari untuk mengundi jatuh pada 8 March 2008?? Persal cepat bebenor? Awal seminggu dari tarikh yg aku jangka kan.. yang aku tak puas hati tu, persal lah buat taim hujung minggu?? Kacauuu program aku camnih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...