KENGKAWAN

Friday, February 22, 2008

Hepi wiken

Semlm sepatutnya aku gi jumpa Gee & husband dia. Plan nak jumpa kat area Bandar Tasik Permaisuri, tapi last minit kansel. Memasing bz. (Takpe lah, len kali ok girl?) Gee bagi tau satu berita baik: She's pregnant! O-mai-god! Seronoknya! apa kata orang tua-tua dulu.. bunting pelamin? Kemain hepi lagi dengar suara Gee dalam henpon aritu. Tahniah.. tahniah.. tahniah..

Aku ada tanya Mamoru, mcm mana kalau aku pregnant dalam masa sebulan-dua akan datang? Memula tu aku ingat Mamoru akan diam or amik masa nak jawab soalan aku, tapi tak sangka lajuuuu je dia cakap dia excited & tak sabar nak tunggu 'berita baik' tu. Siap buat muka mengharap lagi.. ahaha (gelak nerbes) - aku pulak yg cuak.

Aku tanya dia lagi, kalau aku pregnant, mcm mana dgn trip honeymoon kami untuk mendaki Gunung Mulu & Gunung Api kat Sarawak bulan June nanti? Selamba je dia jawab; "Kita pegi je lah sana. Tapiiii.. sayang kena duduk kat resort kat bawah, biar saya je yang naik sampai puncak"... Aduhh, melepaslah hasrat nak tawan dua puncak gunung nih kalau aku ditakdirkan pregnant nanti. Lama ok kena cuti panjat gunung. Sembilan bulan beb! Tu belum campur tempoh pantang lagik. Mau setahun gak lah aku 'cuti' masuk hutan.

Hm, apa pun tak kisah lah, demi nak dapat anak, aku relaaaa.. (tak sabar nih!). Sok, kalau anak dah besar, boleh lah angkut bawak masuk hutan sekali (ewah, belum apa-apa dah berangan). Hehe.

Esok aku ada kat Genting. Honeymoon first yg ditaja sepenuhnya oleh pihak Genting World Resort. Tho Genting nih takde tersenarai langsung pun dalan destinasi hanimun aku, tapi orang dah kasik pree, takkan nak tolak rezeki? Siap ada accomodation, transportation, welcome drink kat Safari (mati lah disco), dinner, free show kat Pavillion, breakfast & program aperntah lagik. Tengok lah kalau aku rajin nak follow jadual event yg pihak Genting bagi. Kut tak larat, aku prefer duduk dalam bilik je dgn Mamoru.. hehehe.

Ok lah, hepi wiken people.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...