KENGKAWAN

Wednesday, February 27, 2008

Planning yg tak hehabis

Malam tadi plan nak panggil tukang baiki pintu. Nak suruh tukar satu set pintu depan rumah dengan solid wood. Pintu plywood tu dah banyak sangat pecahnya. Tombol pun dah rosak. Nasib baik tuan rumah lama tu bagi kebenaran. So, tolak dgn sewa rumah je lah. Tapi, kedai tukang pintu tutup lah pulah. Postpone malam nih lah nampaknya.

Bosan tataw nak buat apa mlm tadi, aku pegi shopping bebarang dapur kat pasaraya Hero dgn Mamoru. Kononnya nak masak cemacam untuk malam tu. Tapi sampai rumah, badan dah penat. Nak masak pun pikir pat lima kali. Mamoru offer beli nasik kat kedai (memahami betul dia nih kan?).. Tapi, tanak lah. Aku dah tak lalu dah makan kat kedai nih. Nampak je sedap tapi rasa ntahapehaper. Nak tanak, terpaksa lah masak jugak. Buat yg simple-simple je. Masak sambal sardin (guna cili hidup), tumis sayur terung dgn cili padi, goreng telur dadar & buat cencaluk sikit.. bila makan dgn nasik panas.. fuhhh.. berselera sungguh!

Wiken ni insyaAllah, aku pegi Cameron pulak. Pegi dgn adik-adik. Tapi tak semuanya ikut sebab ada antara adik-adik aku attached dgn kelas / exam (Takpe lah ek sayang, len kali kita pegi sesama. Pelajaran tu lebih penting). Oh ada satu berita baik, adik lelaki no.5 baru je dapat tawaran sambung belajar (part time belajar sambil keje) dari UUM. Alhamdulilah, lepas jugak hasrat dia nak sambung belajar.

Adik aku yg no.5 nih, rezeki belajar dia berat sikit kalau nak banding dgn adik-adik yg lain. Tapi yg aku suka tu, sikap dia yg tak penah putus asa. Dulu dia keje kat kilang buat keta. Hampir dua tahun gak lah dia keje situ sebelum aku tarik dia keje kat KL awal tahun lepas - buat keje admin. Sejak duduk KL nih, rezeki dia mencurah-curah. Dengar aritu, boss dia nak bagi kenaikan pangkat. Tambah pulak dgn offer study dari UUM nih. Murah rezeki adik aku. Syukur sangat. Aku sentiasa doakan yg terbaik untuk dia dan adik-adik aku yg lain.

Petang nih maybe aku balik awal lagi sebab nak ikut Mamoru pegi tengok rumah contoh kat Meru. Tak sesabar dia nak beli rumah sendiri. Aku pun excited jugak nih.. hehe. InsyaAllah, kalau rumah tu memenuhi ciri-ciri rumah idaman kami (landed, spacious, safe & accessible) dan kalau kena dgn kemampuan aku, why not kan? Jauh sikit apa ada hal.. ye tak?

Note: Untuk ex-officemates Mamoru kat Pejabat Tanah dot dot dot, terima kasih atas jamuan & hadiah semalam. Esp to his ex-boss, Puan Haslina (betul ke ejaan nih?). Peramah orangnya, seronok berborak.. tak sangka boss dia pun blogger mcm aku jugak. Kecik dunia blogging ni ye? Pusing-pusing, ke situ jugak. Thanks atas tips semalam. InsyaAllah, kalau ada rezeki derang panggil saya utk assesstment, saya akan pratikkan. Doakan je lah.. hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...