KENGKAWAN

Tuesday, February 26, 2008

Rumah baru

Camnih lah rupa rumah sewa baru kami yg dah siap di cat. Tenang je rasa bila tengok kaler apple green dgn putih kalau nak compare dgn warna merah menyala sebelum ni. Ekceli, rumah nih lebih kurang je dgn rumah lama yg dulu, tapi yg penting, rumah nih ada tiga bilik. Rumah dulu tu harapkan besar je lebih, tapi dua bilik je. Haru ok, bila adik-beradik aku bertandang terpaksa tidur bergelimpang kat ruang tamu. Nih gambar masa dua minggu lepas. Taim rumah nih kosong lagi (laaa nih tengah berserabut sikit). Nanti dah settle semua urusan mengemas & menyusun semua barang baru aku upload gambar lagi nahh?

Pada yg nak menjimatkan kos membeli border dinding (err betul ke nama mender alah nih?), korang boleh ikut style aku nih. Caranya, korang beli tape pelekat warna putih, pastu lekatkan sepanjang dinding yg korang nak buat border tu. Make sure jarak antara tape pelekat tu sama dan lurus. Pastu, korang cat bahagian dalam dinding yg dah ditampal pelekat tu. Lepas warna cat border tu kering, korang tambah lah daya kreativiti korang untuk buat corak kat border nih. Nak cap tapak tangan sendiri ke, cap jari ke.. tak pun cap tapak kaki toyol yg aku buat nih.. hehe. Lepas semuanya siap, tanggalkan pita pelekat tadi perlahan-lahan... Haaaa, kan dah dapat border yg cantik, simple & unik!


Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...