KENGKAWAN

Monday, March 31, 2008

Resepi serunding udang

Resepi Serunding Udang© warisan keluarga Mamoru. Akhirnya, berjaya jugak aku menuntut ilmu memasak serunding udang dari nenek Mamoru. Terima kasih nenek!

Sabtu aritu, aku beli udang secara senyap sembunyi. Konon tak nak nenek tau. Kang kalau dia tau aku nak suruh dia ajar masak serunding nih, konpem dia akan bertungkus lumus menyiapkan bebahan untuk memasak. Kalau boleh tanak lah susahkan nenek. Aku yang nak belajar, aku lah yang patut buat sesumer tu.

Taaappii.. terbocor jugak rahsia. My SIL (sis in-law : cewah, aku dah pandai guna perkataan nih) terbagitau kat nenek. Puncanya, aku duk call dia tanya saiz / jenis udang yang nak diguna. Lupa pulak suruh dia rahsia kan projek sulit aku nih. Tau-tau sampai je rumah nenek, kelapa dah siap diparut, bebahan lain sumer tinggal nak potong je.. ishh nenek nih memang sangat rajin ok.

Oh, lupa nak tulis, antara sebab utama aku nak belajar masak resepi ni adalah kerana encik Mamoru sangattttttt suka makan serunding udang walaupun sebenarnya dia tak suka makan udang! Faham tak? Tak faham? Alah.. dalam erti kata yg lain, encik Mamoru hanya boleh makan udang bila dah jadi serunding jer. Kalau udang segar, toksah harap lah dia nak jamah. Pelik kan? Layan je lah..

Note: Nih resepi original. Merasa pasnih aku alter kasik pedas sikit (sikit tu dalam pemahaman aku adalah pedas yg mampu buat hidung berair.. hehehe)

Ok, tanpa membuang masa, mari kita berkenalan dgn bebahan untuk buat Serunding Udang nih:

2 kilo udang segar (dibersihkan)
Santan dari sebiji kelapa
Cili kering yg dimesin (agak-agak lah banyak mana suka)
Sedikit lengkuas, halia bawang merah, bawang putih, serai, daun kunyit (dimesin)
Sedikit kerisik, garam & gula

Sekarang kita belajar cara memasak secara bergambar pulak (Aku sangat suka belajar resepi yg ada gambar sekali. Senang nak paham)

Masukkan udang dalam mesin pengisar


Pastu masukkan santan kelapa dan kisar udang tu sampai hancur


Nih la rupa udang & santan yg dikisar tadi. Bubuh dalam kuali besar.

Kemydian masukkan cili yg dimesin tadi ikut suka nak bubuh banyak mana. Masak atas api yg sederhana.


Sementara tu, mesin semua bebahan yg aku tulis kat atas tadi.



Guna lebihan santan untuk kisar tau.

Masukkan bahan yg dah dimesin kedalam kuali bersama dgn udang yg dikisar tadi. Bubuh selai daun kunyit untuk menaikkan aroma. Jangan lupa masukkan sedikit gula, garam, asam keping & kerisik kelapa (nak bubuh pak aji pun boleh.. ikut selera memasing). Kacau pepelan sampai kering.

Dan ini lah hasilnya bila dah siap. Gambar nih diambik bila dah sampai kat rumah aku. Nih je yg sempat diselamatkan. Masa kat rumah nenek tak sempat nak amik gambar. Semua leka merembat serunding yg sedang dimasak. Sangat sedap mender nih tau. Tak sempat nak kering dah tinggal separuh je dalam kuali. Semua pakat nak rasa. Orang rasa sesudu je.. dema rasa sampai berpinggan-pinggan.. hikhikhik.

Friday, March 28, 2008

Tips makan sayur

Semalam, aku dah tido baru Mamoru balik rumah. Kesian dia. Banyak nau kejenya. Rata dia berjalan satu Selangor nih. Kalau kena taim dia migrate data (term yg dia selalu guna), laaaaggiilahhh lambat dia balik. Kengkadang tu, pukul 1.00 pagi baru sampai rumah.

Yang kelaka nya, patutnya, dia yang baru balik keje lah mengadu lapar nak makan. Nih terbalik pulak. Aku yg pisat-pisat bangun cakap lapar kat dia (boleh camtu?) Oh, aku tak masak semalam.. tak larat arr.. hehe - alasan tak boleh pakai. Pulak tu, demandddd tau aku nih.. tanak makan mender lain. Nak laksa kata anak tekak nih. Ngengada sungguh. Mengalahkan orang tengah mengidam.

Syian encik Mamoru. Bergegas dia keluar mencari laksa untuk aku. Nasib baik ada pasar malam kat Bandar Tun Razak. Jumpa lah sorang makcik jual laksa. Tapi dah habis pulak kuahnya. Mee je yg tinggal. Bukan rezeki. Takper lah. Mamoru suruh pilih mender lain untuk dimakan kat pasar malam tu. Aku duk geleng-geleng je. Tak lalu arr. Ntah kenapa aku nak laksa jugak. Mana nak cari ek? Aku suka makan laksa penang je. Laksa jenis lain e.g., laksa johor / asam laksa / laksa sarawak aku tak minat. Lagi satu, aku tengah mabuk makan daging kambing yg dibakar. Kalau dapat tetiap hari pun tak apa.

Sebut pasal makan, paling menakjubkan bila sekarang nih aku dah minat makan sayur (tak semua jenis lah, tapi kira perkembangan baik lah kan?). Macam tak pecaya je tau. Dulu, asal ada sayur je dalam makanan aku konpem kena kuis ketepi. Even sehelai daun pun aku tak boleh terima. Sekarang dah ok sikit.

Nak tau camner aku boleh termotivasi (makan pun kena ada motivasi ek.. hehe) nak makan sayur nih? Camnih caranya.. aku suka tengok orang makan. Jenis orang yg makan dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh. Macam sorang sedara aku nih, dia suka sangat suka makan sayur bendi. Bersungguh nih dia makan bendi. Siap tambah-tambah lauk dalam periuk sampai kena marah dgn mak dia sebab habiskan sayur tu.

Cara dia makan buat aku rasa nak menerai makan sama. Betul ke sedap? Kali pertama aku makan bendi memang tak lalu arr. Sebatang bendi hanya boleh dihabiskan dengan sepinggan nasi.. hehe. Tapi lelama, bukan sebatang, seperiuk bendi aku boleh habiskan dengan sepinggan nasi (tu diaaa.. punya lah kuat makan aku nih.. hehe. Ekceli tak de lah sampai camtu. Biasa lah menulis mesti nak gempak.. ahaha). Camtu jugak cara yg aku guna untuk makan sesayur lain (kailan, turi, kangkung, kobis, terung, pucuk ubi, pucuk paku, sawi etc) Pada yg tak makan sayur tu boleh lah cuba cara aku nih. Seriyes, bila dah boleh makan sayur tu baru aku tau.. takde lah teruk mana pun rasanya. Sedapp.

Anw, malam nih kalau takde aral, aku balik kampung Kuala Selangor. Rutin baru. Selalu tu balik Melaka je. Sekarang nih dah ada dua kampung. Dedua pun kena balik tetiap bulan.

So, selamat berhari wiken, kengkawan.

Oh, lupa pulak, aku dah fixed kan tarikh untuk pegi interview - Jumaat depan. Ok lah kut. Ada masa seminggu untuk aku study background kompeni tu. Nervous ok. Macam orang baru grad pulak rasanya.. haha. Doakan yer!

Thursday, March 27, 2008

Trip to nowhere katanya

Taim-taim aku nak carik keje lain nih, taim tu lah kompeni aku duk buat trip nak gi sana sini. Bikin aku serba salah je nak berenti.

DOY suggested semua Exco pegi verchottii bulan June nih (tarikh belum finalised). Macam tak percaya je kan? Pergi bercuti tuuu! DOY namakan trip nih, "Trip to Nowhere".. kelass kauu, trip tataw kemana-mana katanya. Dah tataw nak ke mana, trip apa ke namanya kan?

Rupanya trip naik Starcruise la geng. Waaa.. aku lum penah lagi naik kapal mewah tu. Naik feri penah lah. Terus menggeletis aku jadinya. Boleh bawak spouse sekali - semua in-house katanya.. waahh waahh waahh.. meriahnya!


Nih yg buat aku berbelah bagi nak berenti keje. Selalu macam nih tau. Mencii. Tengok lah camner. Kalau aku dapat keje lain dalam masa terdekat, terpaksa say babai je lah kat Starcruise tu. Lagipun, hujung bulan June nanti aku ada trip mendaki gunung kat Sarawak. Seminggu aku kat sana. Kalau trip Starcruise dgn Sarawak clash, still aku pilih untuk pergi Sarawak. Apa pun kita tunggu jelah.

Iklan: Aku dapat call yg sama dari kompeni yg interview aku thru phone semalam. Derang call tanya bila aku free untuk datang formal interview. Hik. Aku tak bagi tarikh lagi. Sajer biar derang tertunggu-tunggu dulu. Kena lah bebuat jual mahal sikit. Tak lah derang ingat aku desperate sangat.. hehe. Nervous pulak. Besar gak jawatan yg di-offer. Mampu kah aku? Oh.. tak boleh berfikiran negatif. Just be yourself, bak kata Mamoru. InsyaAllah, kalau ada rezeki, ada lah tu nanti. Doakan yer kengkawan.

Sambung cerita: Malam tadi, lepas masak & dinner dgn Mamoru, aku ajak dia keluar carik dvd. Tapi kedai dvd tutuplah pulak. Terus Mamoru drive pegi Downtown, kat area rumah kami (aku yg paksa dia pegi situ sebenarnya.. hehe)

Tak beli apa pun. Melawat kawasan je. Seronok tau jalan kat situ. Punya lah banyak gerai. Memacam barang ada. Murah-murah belaka! On the way nak balik, aku stop kat gerai henna. Sajer try buat ukiran inai kat tangan. Nak mengimbas saat-saat aku jadi pengantin aritu. Lawaaa dek nonn. Aku macam tak percaya abang muka ganaz tu boleh buat ukiran inai yg halus dan cantik! Warna inai yg dia guna tersangatlah merah menyala!


Cuba teka mana tangan aku & mana tangan Mamoru.. hehehe


Kesan inai kat jari dah tinggal setengah. Tapi kat kaki still penuh lagik :)

Beli jam loceng nih kat Downtown. RM 13 jer. Murah kan. Comell sangat! Yer.. aku tau, kaler pink. Aku kan dah jadi peminat warna pink sejak tema kahwin aku terpaksa ditukar jadi pink aritu. Girly sangat kan? Cam tak kena je dgn orang lasak cam aku.. lantok.

Politik: (cewahh, cam pengulas berita pulak hehe)

Aku sangat bersetuju dgn cadangan MB Selangor yg baru untuk mengenakan Levi ke atas pekerja asing kat Me'sia. Levi yg dikenakan pulak akan disalurkan kepada dana untuk melatih dan membantu meningkatkan kemahiran belia dalam bidang pekerjaan. Tapi kan, ada pihak yang membantah Levi nih. Menindas pekerja katanya. Herllooo? Levi tu untuk pekerja asing lerr. Yang derang sentap apersal? Pelik lah. Sebenarnya orang-orang yg membantak nih nak apa gamaknya? Nak bela nasib rakyar sendiri ke.. atau nak tatang warga luar??

For info, bukannya banyak pun Levi yg dikenakan.. seploh hengget je sebulan untuk setiap pekerja asing. Kalau Levi nih dapat dilaksanakan, jumlah dana yg dapat dikumpul dianggarkan sebanyak RM 10 juta sebulan.. woohoo.. sebulan ok! Silap haribulan golongan belia boleh belajar kemahiran secara percuma!! (Boleh ke Tan Sri Khalid?) Tak pun belajar sambil dapat elaun.. atau paling cikai pun kurangkan lah sikit bayaran yuran dikenakan (hazabb tau nak membayar yuran yg semakin mahal sekarang ni).

Note: Aku bukannya penyokong PKR. Sekadar bersetuju dengan cadangan baik acamnih.

Dah dapat!

Awal gila tukang pasang water heater datang. Janji nak pasang hari nih, tapi ntah camner boleh terawal pulak. Barrguss betul service derang.

Aku tak tengok pun macam mana mender alah nih dipasang. Rumit gak ek? Hampir sejam setengah baru siap. Hasilnya? Boleh lah. Tapi messy sikit. Boleh nampak paip air yg salurkan air ke water heater tu. Nasib baik rumah sewa. Kalau rumah sendiri, dah lama aku tebuk lubang - simen paip air tu dalam dinding. Tak kisah lah, janji aku tak kesejukkan tetiap pagi.. hehe.

Pagi tadik rebut-rebut nak mandi air panas dgn Mamoru. Sajer menyakat aku la tu. Nak rasmi kan konon.. hehe. Ekceli Mamoru tak suka mandi air panas. Masa kat kampung aritu, jenuh lah bapak aku suruh Mamoru "on" kan suis air panas masa mandi. Dia tamau. Pelik aku. Tahan dia mandi sesejuk camtu. Air paip kat rumah kampung aku sangat sejuk ok.

Note: Sila abaikan entry yg macam kebudak-budakan nih. Orang baru nak mula hidup baru, camnih lah.. hehe. Memender kecik pun rasa besar. Kalau beli mender besar (e.g., rumah / kereta) nanti tataw lah camner kemaruk nya pulak.. ahahaha.


Wednesday, March 26, 2008

Water heater

Yeyeh esok ada orang nak datang rumah pasang water heater. Tader lah aku terketaq-ketaq mandi taim pagi or tetengah malam buta lagik.. hehe.. Yerr, aku mengaku, aku memang penakut mandi pagi. Tapi tu tak bermakna aku tak mandi pagi. Aku mandi ok! Cuma tak boleh lelama lah. Tak sampai 10 minit dah siap. Laju kan? Serrjuukk lah.

Marilah kita ucap terima kasey kepada encik Mamoru! (Sebab dia yg belikan mender alah nih. Sangat prihatin ok)

Water heater nih sangat berguna untuk orang yg dah kahwin. Senanggggg kalau nak "mandi" taim tetengah malam buta (esp, taim bulan puasa).. hehe. Tu diaaaa, aku semenjak dah kahwin nih semakin "open" pulak ek. Bukan apa, kongsi tips je.

Masa aku memula duduk kat KL nih, aku heran cemana orang Cina boleh bangun pukul empat lima pagi (baik yang tua atau muda). Even jam belum tunjuk pukul 6.00 pagi lagik derang dah siap keluar rumah dengan baju keje / baju sekolah. Pelik aku.. tahan betul derang mandi dengan air sejuk taim sesubuh hari kan?

Rupanya derang guna water heater daa. Maklum lah penggunaan water heater kat daerah aku tak begitu meluas (ahahaha). Tapiiii orang kampung aku terrrtaappp menten bangun sesubuh gaban pi noreh getah ok (tuu dulu lah.. sekarang rumah kat kampung dah ada alat pemanas air. Even rumah nenek pun ada tau)

------------------------------

Tadi aku dapat call dari satu kompeni nih.. Phone interview. Cepat ek? Baru senin aritu aku email resume. Tapi tak boleh lah nak cakap lelebih. Kalau ada rezeki adik-adik aku nanti, insyaAllah. Doakan je lah untuk kami.

Nak cari keje baru

Bahang-bahang kebosanan dah mula melanda nampaknya. Bukan bosan apa, pasal keje nih hah. Passion yg aku rasa untuk buat keje satu ketika dulu dah takde. Dah tukau jadi rasa malas-semalasnyaaaa.

Risau aku.

Aku tak suka lah jadi macam nih. Rasa macam tak ikhlas je bila berkerja. Bahaya woo bila dah babitkan bab ikhlas tak ikhlas nih.

Aku perlukan kerja baru secepat mungkin. Kerja yg sedia ada (read as: gaji), tak cukup untuk aku berjoli katak tampung perbelanjaan family (esp yuran belajar adik-adik). Tahun depan, sorang lagi adik aku nak masuk universiti (insyaAllah).. boleh pengsan kalau tetiap bulan poket aku 'sakit' manjang. Sorang je yuran dah ribu raban ok.. tuu belum masuk duit belanja lagi. Nasib baik lah tinggal 3 orang je yg masih belajar. Nak harap Mamoru? Dia memang laju je nak menolong. Duit belanja bulanan adik aku pun dia rajin menghulur. Sangat pemurah dia tu. Tapi takkan lah aku nak letak beban kat bahu dia pulak. Konsider lah sikit. Tanggungjawab dia hanya ke atas aku je. Bukan semua adik-beradik aku.

Aku paling tak suka bila terlambat bayar yuran semester / sekolah adik-adik aku. Malu ok. Aku faham sangat apa adik aku rasa kalau aku lewat bayar yuran derang. Dulu aku pun penah rasa camtu masa sekolah dulu. Rasa malu sangat bila cikgu tegur yuran kita sorang je yg belum bayar lagi. Aku tanak adik aku rasa mender yg sama.

Doakan lah aku cecepat dapat keje lain yer kengkawan.

Disebabkan mood tak berapa ok pagi nih. Meh sini aku lepaskan geram dgn maki orang:

Oiii.. kat Thailand nunn, kalau orang yg menghina Raja nih, boleh dituduh melakukan jenayah. Kalau sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sampai 15 tahun. Kat sini.. camno lak? Ke nak buat bodo jer.

Ops.. kemain lagik aku nih kan. Kena saman kang baru tau.. hehe (err apa kaitan problem aku dgn politik hampeh nih? Ohh.. takde kaitan ok. Sila abaikan)

Tuesday, March 25, 2008

Dua kupang

Aku makan non-stop hari nih. Banyak lak tu

Pagi makan nasik lemak
Tengahari makan nenas dua potong (Mamoru sangat marah bila aku makan nenas tau - tak baik kalau tengah pregnant.. err.. diulang, KALAU, ok. So buat masa nih masih dibenarkan lagik.. hehe)
Petang makan roti krim coklat
Pastu roti canai sekeping cicah kuah sambal semata (syedappnya)

Banyakk kan? hehehe.

Lately aku terasa nak buat sesuatu untuk Kelab Rekreasi Erat Pesona (KREP). Tapi aku tataw nak mulakan camner. Idea berlambak: Nak buat program motivasi untuk student lah, program perkhemahan, program mendaki gunung, program kayak, etc.

Tengoklah hujung minggu nanti akan aku suruh encik Mamoru bersuara dalam mesyuarat AJK Kelab (Nak suarakan sendiri, siapa lah aku.. hanya ahlul biasoo sajor. Lain lah Mamoru, dia AJK tertinggi)

Bosan ok kalau tak buat apa-apa xtvt rekreasi. Dah nak masuk bulan April dah nih. Dalam meeting KREP yg lepas, just bincang pasal logo kelab yg nak disubmit ke ROC. Itu pun jenuh nak bincang sampai ke tengah malam. Harap meeting akan datang nih dapat decide satu projek baru yg best (selain projek jatidiri perkhemahan kat Bukit Kelawar).

Aku bukan apa, risau sebenarnya. Aku ada dengar cadangan dari ahli kelab nak set-up kawasan (kem) khas untuk buat xtvt KREP. Tapi tu lah.. kalau program tak jalan, macam mana nak generate income untuk bangunkan tapak kem?

Nih antara cadangan yg aku rasa terbaik untuk KREP:

1) Apply lesen menduduki sementara untuk tanah rizab sungai belakang rumah Kubeng (Mamoru cakap ada chances nak dapat kelulusan). Kelebihan kawasan nih, luas & cantik. Kekurangannya pulak, kami kena guna banyak modal untuk bangunkan kawasan baru.. plus.. tempat nih selalu banjir.

2) Bangun kan semula Kem sedia ada (yang dah lama terbiar. Dulu dikenali sebagai Kem Ampangan Resort). Kat kem nih ada dewan serbaguna (tapi bumbung dah runtuh kena ribut tahun lepas). Just collect duit betulkan memana yg dah rosak je lah. Pastu upgrade facilities kat situ. Kelebihan tempat nih, dah dikenali ramai (senang nak market). Kebanyyakan fasi / instructor pun dah biasa dgn tempat tu. Kekurangannya? Tu lah yg aku tulis tadi. Banyak mender nak kena upgrade. Rasanya tali-tali yg diguna untuk flying fox / abseilling pun kena tukar. Dah lapuk. Tapi ok lah sikit dari nak pilih option pertama (kena bangunkan dari "zero")

Harap dapat capai kata sepakat tentang pemilihan kem dalam meeting nanti. Aku dah tak sabar nak berganding bahu tubuhkan kem baru untuk KREP. Maju lah sukan untuk negara..

-----------------------------------------------

Ekceli, aku nak cerita pasal lain dalam entry nih. Tadi tu sajer memanjangkan cerita. Nih nak bersuara pasal politik laa.. Tak syiok lah kan dalam keadaan 'hangat' sekarang kalau aku tak bukak topik politik.. hehe.

OK, Sejujurnya, aku bukanlah pakar analisis politik macam orang yg kena tuduh bom pompuan Monggol tu. Just anggap lah nih dari perspektif rakyat yg ada mata, telinga & akal fikiran sahajor.

Masa kekecik dulu kita disuruh hafal rukunegara. Nak kata tetiap hari / minggu kita terpekik terlolong kat tetengah padang perhimpunan baca rukunegara:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Tapi bila tengok balik situasi politik kita sekarang nih.. aku rasa, part "Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara".. tuu sila lah buang ketepi. Tukar je lah dengan "Kesetiaan Kepada Parti Politik Yang Memerintah"

...dah memasing besar kepala. Perasan kuasa tinggi langit ketujuh kan????

Aku kan, let say lah kalau semua parti politik dalam Me'sia nih tak boleh pakai, aku bergantung harap pada perintah Sultan je lah untuh kekalkan keamanan negara. Ye lah, siapa lagi yg layak kan? Kena "daulat" kang...

Mata gothic

Hey hey yu yu
I dont like your girlpren
No no way way
I think you need a new one

Ahahaha.. aku berangan jadi Avril hari nih. Serius.

Pagi tadi masa bersiap-siap nak ke opis, aku dapat satu idea baru cemana nak pelbagaikan cara pemakaian eyeshadow. Konon nak lari dari style yg aku selalu buat. Tapi bila selongkar beg rotan tempat aku bubuh segala alatan make up, tak jumpa lak kaler lain. Baru aku sedor, selama nih aku just ada koleksi kaler natural je (hm, kena beli lagi nih).

Pastu aku jumpa satu base eyeshadow kaler hitam putih yg aku beli dulu (lama tak pakai). Apa lagikk kann.. terus aku tenyeh kat kelopak mata & palit sikit hujung dan kawasan bawah mata. Memang gothic habiss. Dengan eyeliner hitam, eyeshadow hitam.. pendek kata macam Avril lah (perasann tak hengatt).

Aku: "b, tengok mata ad, sama kan dgn Avril" (konpiden tuu)
Mamoru: "Avril?? (tergelak besar) hmm....... sama.. sama.." (puji tak ikhlas)
Aku: "tak comei ke?" (start tarik muka)
Mamoru: "Comeiii.. besok buat style Britney pulak ek"

Perli la tu..

Pengakuan: Ekceli make up aku memang langsung takde rupa Avril. Sipi-sipi tu ada la kut (still tanak kalah gak hehehe). Tapi aku sukaaa! Nampak dramatik sangat mata aku hari nih tau.

P/s: Sorry. gambar takde. Akak takde kamera lagik. Nak beli bulan nih, bajet lariii dek nonn. Sabau lah nak. Sementara tu, pepandailah korang menggunakan imaginasi sendiri untuk setiap cerita yg akak tulis nih ok? Daa..

Monday, March 24, 2008

Poketku sakit lagi

Trip ke Gunung Datuk kena pospon. Sedih. Start dari Wan smsed kena stayback kat opis sampai petang, Mamoru kena on-call kekalau server kat MP XXX problem dan aku yg demam tak kebah. Kesian Chua (gorgo-nizer). Langsung tak reply sms kami bila dapat tau program kena kansel last minit. Marah lah tu.. hehe (rilek la Chua, tak lari gunung dikejar)

Ahad, dalam demam-demam tu gigih aku pegi attend kenduri kahwin Leen (ex-plu dulu org panggil Leen-Bob). Meriah. Siap ada caklempung lagi kat depan rumah dia. Lepas bagi hadiah & makan nasik minyak, aku & Mamoru cabut balik. Tak sampai setengah jam pun kami buat semua tu. Ekceli, hari Sabtu lagi aku dah sampai depan pintu gate rumah pengantin. Ingatkan kenduri hari Sabtu, rupanya aku silap hari. Nih sumer Gee punya pasal lah. Beria dia cakap kenduri Leen hari Sabtu. Siap ajak pegi together-gether. Last minit, Gee call cakap ada hal so tak dapat attend. Yang jadi mangsa, aku & Mamoru lah. Terkulat-kulat kami tengok kami tengok khemah pengantin kosong je. Wakenabeb! Apa pun, salah aku jugak. Saper suruh tak check tarikh kat kad yg Leen bagi.

Anw, selamat pengantin baru buat Leen & suami. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Bulan nih nampaknya ada banyak mender yg aku hajatkan tak dapat dipenuhi. Antaranya, hajat nak beli beberapa perabot rumah terpaksa tolak tepi. Petang semalam adik pompuan no.6 cakap yuran semester kena bayar sebelum hujung bulan March nih. Dekat nak RM 3000 (jumlah sebenar RM 2700++). There goes separuh dari gaji aku bulan nih (adik aku tak buat pinjaman dari memana tabung pinjaman pelajaran). Tu belum masuk yuran adik lelaki no.5 yg aku janji nak tolong bayarkan lagik. Aduhhh sakit lagi poket aku bulan nih.

Sedih gak. Nampaknya plan nak sambut birthday Mamoru secara 'grand' (cewahh) terpaksa dibuat seadanya je lah. Peruntukan untuk beli hadiah pun kena kerat separuh.. hehe. Mamuro memang tak kisahhh. Dia bukannya suka aku membazir untuk memender camnih. Tapiii.. aku kisah ok.. iskk.

Takper lah.. Mungkin dah tertulis sejak azali setiap nama yg lebih layak untuk rezeki yg Tuhan bagi kat aku. Jadi tak boleh lah nak pentingkan diri sendiri. Bukannya untuk orang lain, famili sendiri jugak.

Untuk adik-adik aku: Belajar rajin-rajin ok. Dapatkan degree / diploma / stpm yg terbaik. Make your kak long & abg long proud tau!

Ok lah.. kepala tengah pusing. Nak kecek elaun 'suri-rumah' dari Mamoru pasnih.. hehe.

Friday, March 21, 2008

Tak sihat

Badan rasa tak sihat. Memula tu selsema je pagi tadi. Tapi sekarang ni makin melarat pulak jadinya.

Baru tipun Mamoru jap tadi. Mengadu tak larat lah.. pening lah.. demam sikit, ngengada je lebih. Rasa bersalah pulak buat dia risau. Haii.. aku ni semenjak dah kahwin, makin menjadi-jadi lak 'lemak' aku. Semua mender nak mengadu. Semua nak Mamoru tolong. Dulu masa sengsorang boleh je jaga diri sendiri.

Esok ada trip ke Gunung Datuk. Aku nih, kalau pasal trip gunung, demam ke tak sihat ke, semua tolak tepi. Kami janji nak bertolak pukul 3.00 petang esok (kalau sempat, nak sampai puncak gunung sebelum hari gelap). Harap kesihatan aku bertambah baik sebelum bertolak ke Rembau nanti. Bukan apa, kang kalau aku kansel trip nih, maknanya memember yang lain pun confirm tak pegi jugak. Korum tak cukup. Lagi pun aku dah macam tukang masak rasmi untuk setiap trip yg group kami buat. Kang kalau aku takde, confirm derang pulun megi mee je. Kesian. Rasa tak sampai hati pulak nak hampakan trip kawan-kawan nih (nih alasan separuh kukuh nak pujuk Mamoru izinkan aku join.. hehe)

Aku baru plan nak pasang Astro kat rumah. Nak tau kenapa? Sebab AF lah. Untuk lebih spesifik lagi, sebab nak tengok Saida akak kepada Datuk Siti tu.. hehe. Sejujurnya, aku tak penah ikuti perkembangan memana program realiti kat tibi. Tataw lah naper. Tak minat kut. Tapi kali nih, ntah kenapa aku macam terberkenan kat Puan Saida nih. Tapi.. betul ke konsert AF nih setiap malam minggu je? Alahhhaiii.. camner lah aku nak tengok kalau setiap wiken aku asyik dengan hutan.. dengan gunung.. Serupa tayah pasang Astro kan? Dalam hutan bukan boleh tengok AF..!!??

Taperlah, kita tunggu apa kata Mamoru.

Wednesday, March 19, 2008

Salam Maulidurrasul

Esok cuti.. aaahhhh manyak syiok.. cuti lagi.

Plan untuk esok.. jogging kat Tasik Permaisuri (kalau larat arr). Wiken nih pulak ada ura-ura nak pergi mendaki Gunung Datuk. Tapi tataw jadi atau tak. En organizer takde inform apa-apa pun. Kalau program 'on', mungkin aku & Mamoru akan join. Ada misi yang tertangguh kat gunung nih.

Untuk adik lelaki no.2 & adik ipaq aku yg nak bertolak ke Kedah petang nih: Drive leklok nahh. Sayang korang dua.

Tuesday, March 18, 2008

Wiken aku

Aku cuti lagi semalam. Cuti ganti sebab hari Ahad aritu aku handle golf tourney kat Mantin. Seronok pegi Mantin kali nih. Lepas habis je registration, aku cabut lari sekejap pegi Nilai 3. Pukul 8.30 pagi aku & Mamoru dah menebeng kat Nilai 3. Punyer lah awal.. kedai pun baru dua tiga bijik yang bukak. Itu pun, kedai karpet je. Ikutkan, nak window shopping. Tapi.. biasalah kan, bila mata dah rambang.. tak pepasal je karpet tebal Turki masuk dalam bonet.. hehehe.. nasib baik Mamoru ‘OK’ kan. Lawa karpet tu. Jenis tenggelam kaki kalau pijak. Sesuai untuk kita bergolek-golek depan tv kan b kan? ahehehe

Lepas perabihkan pitih Mamoru, kami pegi tengok rumah-rumah semi-D contoh kat Seri Pajam (Nilai). Sales person kat sana memang tersangat lah baik. Derang bawak kami naik Pajero pegi melawat sampai 3 biji rumah contoh sekaligus (dari jenis & tempat yg berlainan). Pehhh.. lawa gila! Lelebih lagi bila derang dah siap furnished. Harga starting RM 300k. Kalau kat KL harga 300k tu setakat beli rumah double storey je. Kat sini dapat Semi-D ok! (oh, lupa pulak.. kalau kat Melaka lagi best, dgn 180k korang dah boleh dapat sebijik semi-D!!) Building built up dari 40 x 45 sampai lah 50 x 55. Besar kan? Bagi yg tengah cari rumah tu, pi lah survey kat sana. Memang puas hati. Jarak dari KL.. err.. 45 minit (tanpa jem) hehehe. Tapi seriyes beb, boleh tergugat pendirian bila tengok rumah-rumah kat sana. Nasib baik aku dah ada pilihan lain. Kalau takk…

Hari Sabtu lepas, seperti yg dah di-planned sebelumnya, kami ada trip singkat ke Air Terjun Sg Chilling. Balik dari opis petang Jumaat tu, terus aku bertungkus lumus, berganding bahu menyiapkan rempah-ratus untuk marinate 4 ekor ikan tilapia & sekor ayam. Sempat lagi kami pegi pasaraya Hero carik roti & mee kuning untuk breakfast esoknya. Balik dari shopping, terus sambung masak nasik goreng dan bungkus ikan dalam alumunium foil. Oh, lupa nak cakap, nasik goreng yg aku masak nih special sikit. Aku blend cili kering + cilipadi + bunga kantan (resepi nenek aku) - sedap tau! Habis memasak baru start packing haversack. Memang haru betul malam tu. Dengan headlight tak jumpa, torchlight ntah kemana.. haii.. lama tak trekking malam lah katakan. Pasnih aku ingat nak tambah lagi koleksi outdoor gear. Banyak sangat yg dah takde (boleh ey, b?)

Lepas settle packing segala, kami pegi jenguk jiran kami Chua kat blok sebelah. Tak siap lagi mamat nih rupanya. Dekat nak pukul 11 lebih baru kami semua bertolak ke Kuala Kubu Bharu (3 kereta = 11 orang). Sampai starting point dalam pukul 12 tengah malam. Nak masuk ke kawasan camping kena trekking dalam 15 minit. Aku trekking pakai pyjama je.. hehehe. Bukannya kena redah belukar pun. Lagi pun senang tayah se-salin baju.. terusss masuk sleeping beg - titun.. kuikuikui.

Banyak dah perubahan kat port camping nih. Kalau dulu penuh dgn semak hutan, sekarang dah ada surau, bilik mandi, jambatan gantung, wakaf, etc.. chalet pun mungkin tak lama lagi ada kut. Hebat kan? Kalau dulu boleh keluar masuk free, sekarang semua kena bayar ok. Memandangkan kami sampai sana dah tengah malam, memasing semua macam malas nak pasang fly & ground. Aku laaaagilahhh malas nak tidur bawah fly. Wakaf kan ada.. selesa aper!

Malam tu.. ops.. pagi tu kami tak mengantuk langsung. Eksaited main baker-bakar ikan, ayam, keledek, sosej. Tak sangka.. licin ayam & ikan yg aku marinate. Sedap sangat kut? Tak pun lapar sangat?? Even keledek pun slesaaiii. Dekat pukul 4 pagi baru memasing masuk dalam sleeping bag. Aku, Mamoru & Chua orang last yg masuk tidur. Kami pegi cuci pinggan kat tepi sungai sambil borak-borak.

Kata Chua, tak lama lagi, mungkin kami semua akan kurangkan xtvt gunung. Maklumlah satu demi satu kengkawan kami dah melangkah ke alam bunian rumahtangga. Memasing confirm makin bz & tak larat nak mendaki gunung (esp para isteri yg kena jaga anak). Jalan terbaik untuk kekalkan xtvt outdoor nih sesama kami, mungkin dgn join trip santai camnih. Sedih.. tapi betul gak cakap dia. Itu lah jalan terbaik nak berkumpul dgn memember gunung semua.

Pagi Sabtu, kami dah siap berkemas. Menu breakfast, mee goreng & roti telur. Separuh dari makanan aku bungkuskan sorang satu dalam plastic untuk lunch kat kawasan air terjun nanti. Lepas pastikan kawasan camping bersih, kami mulakan trekking ke kawasan air terjun. Ramai yg pergi berlenggang. Kami cuma bawak satu haversack je. Itu pun bergilir-gilir pikul (yang lelaki je lah). Perjalanan ke kawasan air terjun amik masa lebih kurang setengah jam. Seronok bila main cross-cross sungai paras dada nih.

Sampai kat kawasan air terjun, ada 2 group Chinese yg dah sampai lebih awal. Chua cadang nak naik ke kawasan berbatu kat tingkat atas air terjun. Aku refused. Bahaya woo. Dahl ah baru lepas hujan. Aku penah panjat naik atas tu. Licin. Lagi pun, air deras taim tu. Kalau derang nak pegi sesama lelaki je tak per. Yang pompuan, aku suggest duduk kat bawah. Anw, nasib baik derang tak pegi. Senang hati aku.. Rilek arr Chua nahh. Next time kalau cuaca ok, kita repat pegi sana. Kali nih kita panjat bahagian atas pulak ek?

Semalam birthday adik lelaki no.3 (minggu lepas birthday adik pompuan no.4). Kami belikan kek kecik sambut gegamai. Tu pun tak habis makan sebab memasing dah dinner sebelum tu.
Untuk adik-adik, Along & Abg Long ucapkan selamat hari lahir, semoga dimurah kan rezeki, dipanjangkan umur, sihat, ceria & bahagia selalu. Amin

Friday, March 14, 2008

Cinta ada di udara

Ahahahahaha.. tengok jam pukul berapa sekarang? Pukul 2.00 petang kan? Akak baru masuk opis dek nonn.. kelass kan.. selamba badak je buat opis nih macam bapak mentua aku yg punya (ops.. sory b).

Bz sekerat hari tadi dgn Mamoru. Bz merayap kat Pekan Meru. Buat apa tataw.. hehehe.

Semalam aku balik awal. Pukul 4.30 ptg dah sampai rumah. Plan nak kemas-kemas rumah pastu nak masak lauk ikan bilis goreng cili api (requested by Mamoru). Tapi, ntah naper bila masuk bilik je, aku tetiba jadi emo teringatkan Mamoru. Tetiba je boleh rindu kat dia. Pelik sey. Orang baru kahwin mmg camni ke? Ke aku sorang je yg ngengade terlebih? Tapi seriyes tau aku rindukan Mamoru semalam. Siap tak jadi buat keje rumah.. terus baring atas tilam & zZzzZ (err apesal aku dapat rasa korang macam nak tuduh aku create alasan untuk elak buat keje rumah ey? hehehehe)

Lewat petang Mamoru called. Terpisat-pisat aku jawab tipun. Dia on the way balik rumah. Alamakkkk, aku tak sempat masak lagi. Mamoru cakap tayah sesusah, dia nak ajak aku dating kat luar. Yiehaa..

Seronok pulak bila keluar dating lepas kahwin. Aku lak sajer melaram habis-habisan. Biar terjojol mata Mamoru tengok isteri dia nih.. kikiki. Seronok bila kena puji suami nih. Tapi yang aku geremmm tu, tak penah Mamoru cakap aku nih wangi ke harum semerbak ke. Bebalik dia cakap “busyukkk” je.. walhal dekat nak suku botol perfume aku sembur kat badan nih. Geremmm!

Kami dinner kat Carl’s Jr Burger (depan GSC Mid Valley). Besar gila burger restoran nih. Sedap woo. McD punyer burger pun kalah. Lepas makan, kami gi tengok movie pulak. Cerita “10,000 BC”. Cerita tu simple je tapi jalan cerita dia sangat menarik. Part yg best tu, sekejap-sekejap kang Mamoru kiss kepala aku bila aku lentok kat atas bahu dia.. rasa sayanggg sangat.. (erkk sory, yg nih takde kaitan dgn cerita dlm movie tu)

Dekat pukul 11.30 malam baru kami sampai rumah. Jumpa Chua & the gang kat restoran bawah rumah. Derang tengah bincang tentang trip untuk hari Sabtu nih. Caya lah, tak sangka derang sanggup ubah trip untuk aku. Trip ke Gunung Bunga Buah di tukar kepada trip Air Terjun Sg. Chilling kat Kuala Kubu Bharu.

Disebabkan plan berubah last minit. Malam tadi jugak kami berkejar ke pasar beli barang-barang. Wan cadang kami buat BBQ. Kelam kabut lah memasing cari ikan & ayam tetengah malam tadi. Nasib baik jumpa.

Ok lah, tak boleh lelama nih. Kejap lagi nak balik rumah. Nak marinate bebahan untuk BBQ. Pukul 10.00 malam nih nak bertolak.

Thursday, March 13, 2008

Pintu

Semlm citer pasal pintu kan.. nih la rupanya pintu rumah sewa aku sebelum & selepas ditukar. For info, harga pintu rumah / apartment ada memacam harga depends on jenis pintu. Ada pintu kalis api (yg biasa digunapakai kat kondominium), ada pintu plywood, ada solid wood, pendek kata cemacam lah. Paling murah, pintu jenis plywood (RM 50 and above). Pintu yg Mamoru pilih nih kos dia termasuk pasang sekali almost RM 400. Kira ok lah. Kalau nak pasang pintu memahal, tunggu kami beli rumah sendiri.. hehe.

Peratikan kesan lekuk kat tetengah pintu nih. Macam penah kena pecah je pintu nih kan?


Nih gambar sebelum ditukar


Nih gambar selepas ditukar (solid wood dari kayu Cengal). Petang nih baru nak sapu cat kayu (apa org panggil? syelek? ntah aku tataw). Siap buat lubang nak perati orang kat luar lagik.. hehe

Wednesday, March 12, 2008

Borak santai

Semalam aku cuti.. muahahahah *gelak jahat*.. Puncanya? Tanya lah encik Mamoru.. ekekeke. Ekceli Mamoru yg suggest kami amik cuti semalam. Tak pegi mana pun. Just berehat sambil bergolek-golek depan tv kat rumah. Kaber balik movie yg kami belum penah tengok beberapa bulan lepas (akibat kebizian buat persiapan wedding). Lagipun, malam sebelum tu, kami dah kepenatan berjaga sampai tengah malam main bowling kat Summit dgn geng KREP.

Tengahari pulak, tukang buat pintu datang. Kasade nama dia. Orang Indon tapi nama cam Jepun. Lama gak dia amik masa nak siapkan semuanya (pasang pintu, tukar tangki flush kat toilet, pasang tombol baru setiap bilik & buat para atas sink dapur). Rumah aku dah lawa sekarang.. beruntung tuan rumah nih dapat penyewa macam aku. Anw, aku tukar semua nih bukan FOC tahu! Aku claim balik dgn tuan rumah.. hehe.

Cakap pasal tukang pintu nih, aku memang hangin satu badan. Bukan kat Kasade nih, tapi kat tukang pintu yg memula aku amik dulu. Rajan nama dia. Dua minggu lepas aku bayar deposit kat dia. Pastu dia janji nak siapkan pintu rumah tu esoknya.. tapi macam hampeh. Dia punya janji memang tak boleh pakai. Dia punya “esok-saya-datang”.. sampai dua minggu pun tak nampak batang hidung. Memacam alasan dia bagi, ada eksiden lah, kematian lah, ntahapehaper lagik. Semalam, Mamoru bagi kata dua: sama ada dia bayar balik duit kami sebelum pukul 12 tengahari atau kami buat report polis. Alhamdullilah, lagi 15 minit sebelum pukul 12.00 dia dah bank in. Tutup cerita.

Oh tadi Mamoru ada bagi tau satu berita baik. Kompeni dia bagi satu 3G Card (yang kecik macam portable USB tu) untuk access internet. Which means, aku dapat guna internet secara percuma kat rumah.. hehehehe. Jadi, boleh lah terminate Maxis broadband yg kami guna sebelum nih. Jimattt. Bestnya lah kompeni Mamoru nih. Semua dapat pree. Jeles aku. Tapi bila fikir balik, pasal lak aku nak jeles? Senang dia, senang aku jugak lah kan.. suami aku.. hikhikhik.

Minggu nih berkemungkinan besar aku kena kansel trip ke Gunung Bunga Buah. Aku lupa lah aku ada golf tourney kat Mantin. Adusss.. camner boleh lupa ntah. Dah tua gamaknya. Jangan lah bebudak gunung tu hangin dgn aku. Seriyes aku lupa. Unless derang sanggup tukar program ke Jumaat-Sabtu instead Sabtu-Ahad, aku no hal sebab hari Ahad nih, tak boleh tidak aku kena ada kat Mantin. Sory kengkawan semua.

Kellie's Castle

Nih gambar lepas attend kenduri kahwin sepupu Mamoru kat Ipoh hari Ahad lepas. Adik lelaki no.2 insisted nak ke sini. Lawa jugak tempatnya. Rekaan bangunan dia unik. Dalam berkebaya, ber-high-heels, lepas jugak aku dgn adik ipar aku memanjat tangga istana nih.

adik lelaki aku nak buat pertunjukkan akrobatik

kat entrance istana inggeris



we was here

Family Vacation - Cameron

Nih gambar masa pegi family vacation kat Cameron aritu.. sayang, tak semua adik-adik aku dapat ikut. Takper lah.. pasnih kita plan gi Tioman gegamai ek? Bawak bapak & Aunt Shi sekali.. nak tak?


separuh dari buah strawberry yg aku beli



punya lahh banyak makanan.. makan kedai mini jadinya

cara-cara membuat steamboat. multi purpose cooker nih aku dapat masa wedding aritu. ekceli, dalam apartment yg kami sewa nih dilarang memasak. tapi alahh, dendiam sudah lah hehehe


muka tukang kacau..


me & Mamoru


taddaaa.. nih la ghuper steamboat kami.. syedappp!!



depan apartment TM (kami dapat special rate sbb adik ipar aku staff TM)

bergambar kat salah satu gerai bunga


sesajer menerai petik strawberry sendiri.. ingatkan senang.. susah jugak ek nak memilih buah yg besar & manis



kat ladang lebah madu..

adik lelaki no.2



kat ladang teh

Monday, March 10, 2008

Dear hubby


... sayang sangat ...

Friday, March 07, 2008

Our first investment

Kelmarin dapat satu berita baik tentang bapak. Ekceli berita baik tu semua orang dah tahu since minggu lepas lagi. Aku je yg lambat. Adik lelaki no.3 terlupa nak sampaikan kat aku. Kureng sungguh adik aku nih tau. Apa pun, syukur alhamdullilah atas ‘berita baik’ nih.

Malam nih maybe aku balik mengundi kat Melaka. Nih kali ke dua aku mengundi. First taim dulu masa umur aku 25 kut. Aku ingat pasnih nak tukar tempat mengundi lah. Susah bila aku kena mengundi kat Melaka, Mamoru pulak mengundi kat Kuala Selangor. Penat ok nak berkejar ke dua tempat dalam sehari. Apa? Pergi asing-asing? Helloo.. aku baru kahwin lah. Semua mender kalau boleh nak buat sesame ok! (gatal je bunyinya.. ehehehehe)

Jarang aku hapdet blog dlm minggu nih. Bukan apa, bz konsentret life. Banyak nak kena buat. Lelebih lagi bila fikirkan masa depan. Kalau boleh, aku nak semuanya stabil & lengkap sebelum hujung tahun nih, insyaAllah.

Ingat tak rituh aku cakap pasal nak tengok rumah contoh kat Meru. Memang aku pegi petang tu. Takde lah susah sangat nak mencari tempatnya, cuma.. jauh sikit ke dalam arr kawasan perumahan tu. Lebih kurang 1.2 km dari jalan utama (means untuk 1.2 km tu, public transport tak masuk. Jadi, kena ada kenderaan sendiri lah kalau nak beli rumah kat situ).

Kawasan perumahan nih derang buat kat atas tanah orang Melayu. Based on pengalaman Mamoru keje kat Pejabat Tanah dulu, kalau satu hari nanti kami nak jual semula rumah tu, kami tak boleh jual pada kaum laim. So, tak dapat mark up harga tetinggi lah. Nih salah satu disadvantage kalau kami jadi beli rumah tu.

Tapi kalau fikir dari sudut positif, rumah nih terletak kat kawasan perkampungan. Jadi tak terasa sangat lah macam kita duduk kat kawasan perumahan. At least bakal anak-anak aku nanti merasa jugak lah cara hidup style orang-orang kampung yang pada pendapat aku amat baik untuk pergaulan mereka nanti (huishh.. jauh sungguh pandangan aku nih.. hehe)

Selain tu rumah yg kami nak beli nih agak besar jugak lah. Semi-D ok. Ada halaman kat depan, tepi dan belakang rumah untuk bebudak bermain. Memang menepati ciri-ciri rumah yg aku nak. Rasanya ok kut kalau nak invest untuk rumah pertama kami. Harga pun, insyaAllah kami boleh afford. Pasnih nak kena prepare apa-apa dokumen yg patut. Harap semuanya berjalan lancar.

Oh ye, rumah tu paling cepat maybe pertengahan tahun nih siap. Masa aku pegi aritu, mmg dah hampir complete. Lantai semua dah pasang jubin, Cuma belum ada tingkap & pintu je. Tak pe lah aku pun bukan rushing sangat nak duduk situ. Nih semua perancangan jangka panjang. Anw, kalau dah confirm rumah tu jadi hakmilik kami nanti, aku uploadkan gambar ek.

Esok, kalau jadi, lepas mengundi aku bertolak ke Ipoh. Nak attend kenduri kahwin saudara belah Mamoru. Jauh ok. Tak penah aku gigih nak ke rumah orang kahwin sejauh nih. Tapi, nama pun sedara, pegi je lah. Lagi pun, derang ada datang masa kenduri kahwin aku aritu. Nih kira nak membalas balik lah. Aku suka pratikkan konsep macam nih. Ye lah, kalau kita nak orang datang kenduri kita, kita mestilah attend jemputan orang. Orang berbudi, kita berbahasa katakannn. Kalau orang yg aku jemput tu takde reason yg kukuh kenapa dia tak datang kenduri aku, toksah harap lah aku nak pegi jemputan dia nanti.. hehe. Hidup nih kena bermasyarakat.

Wednesday, March 05, 2008

Keje

Note: PC aku kat opis nih dah nazak. Nih semua angkara virus-virus durjana. Tergendala aku nak buat keje. Pasai nih jugak lah aku tak dapat nak online selalu (hehe). Aku tataw berapa lama lagi pc nih boleh bertahan. Mungkin dua tiga hari lagi dia kaputz. Tapi aku dah sedia backup lah. Mamoru awal-awal lagi dah suruh safe semua dokumen penting dalam localdisk (D:). Nanti dia nak tolong ‘rawat’ pc nih. Nasib baik lah hubby aku pakar IT. Kut nak harap staff IT dari HQ, alamatnya selagi tak terbakar motherboard cpu nih, selagi tu lah dia takkan datang. Lembab belaka.

Hari nih nak cerita tentang kerja. Oh, pembetulan, bukan nak cerita tapi nak mengadu sebenarnya.. *tarik nafas dalam-dalam sekejap*.. Masuk tahun nih, dah hampir enam tahun aku keje kat kompeni nih. Enam tahun beb! Kalau aku ada anak, konpem dah nak masuk sekolah rendah anak aku tu! Dari hari berganti bulan berganti tahun, aku dah masakkk sangat dgn apa yg aku akan face kat office. Semuanya mender yang sama. Sampai aku jadi super terer dalam keje aku nih. Ok, aku tahu, super terer tu satu perkata yang baik. Taapiiii kalau dah hari-hari menghadap mender yg sama je, superman pun boleh jadi bosan, tahu?

Dah lama aku pendam niat nak cari keje lain. Tapi tu lah.. sekadar niat je lah. Usahanya tidak. Mana laa kompeni lain nak ngambik aku keje kalau aku tak hantar cv ye tak? Ada tak ada pun, dulu ada lah satu kompeni headhunter cari aku. Tapi terpaksa aku rejek sebab yang merekemen nama aku tu ex-boss aku sungguh laaa aku tak berkenan perangainya. Kuasa aku nak termakan budi dgn orang camtu.

Zaman sekarang nih, nak dapat keje memang senang (kalau pandai ‘market’ diri laa), tapi yg susahnya, nak dapat apa yg kita nak dalam sesebuah kompeni. Macam kompeni tempat aku keje sekarang nih lah. Kalau nak diikutkan, hampir semuanya ok.. waktu keje tak strict sangat, cuti senang dapat, boss baik, keje senang, takde orang dengki.. cuma satu je yang tak best.. part medical. Kat sini medical tak cover satu family. Kalau setakat nak lepas diri sendiri tu okay lah lagi. Tapi untuk orang yg dah berkeluarga macam aku nih.. kena fikir banyak kali jugak lah. Maybe sekarang tak nampak sangat keperluan perubatan tu. Esok lusa, bila dah ada anak.. haa taim tu baru lah rasa perit kalau kompeni tempat kita keje nih tak cover medical anak-anak. Bebudak kecik nih pulak, taim nak membesar nih lah yang paling banyakkk belanja perubatannya.

InsyaAllah, minggu depan, aku akan start hantar cv. Kalau ada rezeki, dan kalau kompeni baru memenuhi dgn apa yg aku nak, berpindah lah aku.

Banyak sebenarnya nak cerita kat sini. Esp tentang family vacation kat Cameron minggu lepas. Nanti lah, ada masa aku upload gambar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...