Friday, March 28, 2008

Tips makan sayur

Semalam, aku dah tido baru Mamoru balik rumah. Kesian dia. Banyak nau kejenya. Rata dia berjalan satu Selangor nih. Kalau kena taim dia migrate data (term yg dia selalu guna), laaaaggiilahhh lambat dia balik. Kengkadang tu, pukul 1.00 pagi baru sampai rumah.

Yang kelaka nya, patutnya, dia yang baru balik keje lah mengadu lapar nak makan. Nih terbalik pulak. Aku yg pisat-pisat bangun cakap lapar kat dia (boleh camtu?) Oh, aku tak masak semalam.. tak larat arr.. hehe - alasan tak boleh pakai. Pulak tu, demandddd tau aku nih.. tanak makan mender lain. Nak laksa kata anak tekak nih. Ngengada sungguh. Mengalahkan orang tengah mengidam.

Syian encik Mamoru. Bergegas dia keluar mencari laksa untuk aku. Nasib baik ada pasar malam kat Bandar Tun Razak. Jumpa lah sorang makcik jual laksa. Tapi dah habis pulak kuahnya. Mee je yg tinggal. Bukan rezeki. Takper lah. Mamoru suruh pilih mender lain untuk dimakan kat pasar malam tu. Aku duk geleng-geleng je. Tak lalu arr. Ntah kenapa aku nak laksa jugak. Mana nak cari ek? Aku suka makan laksa penang je. Laksa jenis lain e.g., laksa johor / asam laksa / laksa sarawak aku tak minat. Lagi satu, aku tengah mabuk makan daging kambing yg dibakar. Kalau dapat tetiap hari pun tak apa.

Sebut pasal makan, paling menakjubkan bila sekarang nih aku dah minat makan sayur (tak semua jenis lah, tapi kira perkembangan baik lah kan?). Macam tak pecaya je tau. Dulu, asal ada sayur je dalam makanan aku konpem kena kuis ketepi. Even sehelai daun pun aku tak boleh terima. Sekarang dah ok sikit.

Nak tau camner aku boleh termotivasi (makan pun kena ada motivasi ek.. hehe) nak makan sayur nih? Camnih caranya.. aku suka tengok orang makan. Jenis orang yg makan dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh. Macam sorang sedara aku nih, dia suka sangat suka makan sayur bendi. Bersungguh nih dia makan bendi. Siap tambah-tambah lauk dalam periuk sampai kena marah dgn mak dia sebab habiskan sayur tu.

Cara dia makan buat aku rasa nak menerai makan sama. Betul ke sedap? Kali pertama aku makan bendi memang tak lalu arr. Sebatang bendi hanya boleh dihabiskan dengan sepinggan nasi.. hehe. Tapi lelama, bukan sebatang, seperiuk bendi aku boleh habiskan dengan sepinggan nasi (tu diaaa.. punya lah kuat makan aku nih.. hehe. Ekceli tak de lah sampai camtu. Biasa lah menulis mesti nak gempak.. ahaha). Camtu jugak cara yg aku guna untuk makan sesayur lain (kailan, turi, kangkung, kobis, terung, pucuk ubi, pucuk paku, sawi etc) Pada yg tak makan sayur tu boleh lah cuba cara aku nih. Seriyes, bila dah boleh makan sayur tu baru aku tau.. takde lah teruk mana pun rasanya. Sedapp.

Anw, malam nih kalau takde aral, aku balik kampung Kuala Selangor. Rutin baru. Selalu tu balik Melaka je. Sekarang nih dah ada dua kampung. Dedua pun kena balik tetiap bulan.

So, selamat berhari wiken, kengkawan.

Oh, lupa pulak, aku dah fixed kan tarikh untuk pegi interview - Jumaat depan. Ok lah kut. Ada masa seminggu untuk aku study background kompeni tu. Nervous ok. Macam orang baru grad pulak rasanya.. haha. Doakan yer!

5 comments:

Anonymous said...

eh, sama la kite. ef pon tak makan sayur.tapi skang dah reti makan kailan.sebab my other half ajar.hihihi..tapi leh makan sikit je la.takot overdose.kang pitam pulak!

Anonymous said...

calit sket. nanti boleh lawan siapa paling cepat asingkan taugeh dari mee goreng hehehe

Anonymous said...

Migration la...

Anonymous said...

tak sama ek b? ala ad manatau memender teknikal nih.. hehe

Anonymous said...

i teros order mee goreng nasik goreng segala goreng² tamo sayur.senang!