KENGKAWAN

Monday, April 28, 2008

Gedik masa banjir

Kita tangguh dulu entry beremosi yg aku janji nak upload. Aku tengah pikir nak bubuk ke idak.. kang kalau kena pantau dek kerajaan Melaka, tak per lagi.. tapiiii, kalau kena banned? isk..

Sementara tu meh rilek kan otak, tenangkan hati dgn gambar gedik aku nih. Dalam banjir pun boleyy. Yerrr.. anda tidak memerlukan tempat yang spesifik untuk bergedik. Janji halal dan toyibbah... hihihihi.

Lawa kan view sunset kat belakang kami


Model banjir yg tak fofuler


Main angkat-angkat pulak.. err.. berat ke b?



Dalam hutan duk pikul haversack.. kat luar pikul aku la pulak.. huhuhuhu..

Banjir di Masjid Tanah

Aku tak dapat amik gambar banjir kat kawasan pekan Masjid Tanah. Takdo kemera. Nih pun aku transfer dari henpon adik no.6

Semua gambar nih di amik kat kawasan rumah lepas banjir surut. Taim air penuh takde, yelah, taim tu mana lah terpikir nak amik gambar ke haper. Memasing kelam kabut menyelamatkan diri & harta benda.

Ekceli, ada tujuan aku upload gegambar nih semua. Nanti aku tulih sebab musababnya dalam entry yg lain (sila beri perhatian yerr kerajaan negeri Melaka!)

Nih nenek aku. Dalam tak sihat dia tolong gak membersihkan lumpur yg tebal dalam rumah bapak.


Tu diaa.. walo pun bebarang dinaikkan atas katil, tetappppp jugak basah kena banjir. Tak pepenahnya rumah bapak banjir sampai camnih sekali.

Habis semua jalan masuk / keluar ke kawasan rumah bapak tenggelam dek banjir. Dalam gambar nih, Mamoru berdiri atas jalan yg terletak bebtul kat tepi sungai. Jalan selangkah dua kedepan konpem jatuh masuk sungai. Korang sure tataw mana satu sungai & mana satu jalan, kan? Paras air lebih kurang sama je atas. Haaa.. nih masa banjir dah surut tau. Kalau belum surut, cuba bayangkan cemana lah agaknya.. *takuttt*.. Nampak tak rumah stor dalam gambar nih? Ekceli, tu kawasan ladang jagung dekat dgn rumah bapak. Habissss tenggelam semuanya. Dalam rumah stor tu ada dua orang pekerja yg ditugaskan menjaga ladang jagung. Masa banjir malam tu, derang terpaksa panjat bumbung ok! Langsung takde jalan nak larikan diri sebab bila derang tersedar dari tidur je air dah tinggi. Nak lari tak boleh sebab tak nampak jalan (kawasan rumah bapak blackout malam banjir tu), takut gak kalau silap jalan, kena hanyut dek sungai yang deras.. ngeri ok!


Nih lah jembatan depan rumah aku. Aku tak dapat bayangkan cemana bapak, Aunt Shi & adik-adik aku lintas jembatan nih dalam banjir. Jambatan nih pun tenggelam masa banjir tau! Kata bapak, dia tawakkal je masa nak seberang sungai tu. Nasib baik palang biru kat jambatan tu tak tenggelam. Kalau tak, memang tak lepas lah family aku harung sungai nih.

View dari tepi sungai pulak. Adik aku cakap. Kalau berdiri kat tempat aku berdiri dalam gambar masa banjir malam tu, air adalah separas dada aku ok!


Air yang semakin surut kat jembatan kecik depan rumah.


Tolong bapak angkat kayu jembatan yang hanyut di bawak air.

p/s: Nantikan entry banjir kat Masjid Tanah episod seterusnya kat blog nih. Aku dah fade up nak hidup bawah kerajaan BN negeri Melaka. Rasa macam orang bodoh pulak pi undi BN selama aku hidup nih. Menyesal gila ok bila teringat aku duk pangkah BN sekali lagi masa PRU aritu.. tensi!

Friday, April 25, 2008

My new toy

Ok, it was not exactly mine lah kan (saja nak perasan.. hehe). Kompeni yang punya. Tapi bila dah 24/7 aku pegang.. kira cam aku punya gak lah kan. Cuma kalau aku rerasa nak berenti keje kat sini tuu, tak boleh lah nak buat reta sendiri. Kena pulangkan dik nonn.

Seperti yang dah dijanjikan, cenggini lah ghupernya mender alah broadband yg aku dapat ritu.

Kaler putih. Nipis kecik dan comel je.



Cuba teka apa aku dapat sekali dgn modem celcom broadband nih? Hehehe.. nak teka apanya lagi ye tak? Dah terang terpampang dalam gambar nih.. Yerr.. dua keping (ekceli empat) tiket first class percuma untuk tengok konsert Peterpan hari Ahad nih. Dua keping tiket lagi aku dah bagi kat kak Bunga. Selain dari tiket konsert, aku dapat beg, keychain & walkman mini dari celcom. Meriah tau..

Err.. jangan tanya kadar kelajuan connection broadband nih.. sedih aku nak cakap.. macam siput ok. Harap bentuk je lah canggih. Mahal kemain..

Takperlah, janji ada ye tak? Bukan aku keluar sesen pun. Bersyukur dgn apa yg ada (nasihat untuk diri sendiri)

Permohonan aku berjaya!

Permohonan berjaya katanya. Surat tawaran akan dihantar kemudian.. yey yeh!

Alhamdullilah (dan terima kasih buat Mamoru & kengkawan yg mendoakan).. nampaknya hasrat aku nak sambung belajar dah termakbul. Tadi bukak site UM, sesajer try check lagi sekali, ingatkan lambat lagi keputusannya.. rupanya dah ada! Syukur.. syukur..

Wahhh rasa macam teruja pulak bila nak bergelar student balik. Camner ek rasanya nanti bila bergelumang dgn buku, assignment, kawan-kawan baru.. hihihi. Tak sabar nak tunggu registration July nanti!


Cerita pasal banjir kat Melaka pulak:

Rerupanya kan, satu pekan Masjid Tanah ditenggelami banjir uols! Rasanya nih banjir yang paling buruk sekali melanda MT. Kat bus stand je air naik sampai ke paras pinggang tau. Tapi alhamdulillah, banjir nih cepat surut. Masa aku sampai, dah tinggal sisa-sia lumpur je sepanjang jalan.

Yang sedihnya tu, banyak kedai terpaksa ditutup. Habis bebarang tenggelam. Part bestnya, kalau korang nak memborong (baju, kain, etc), nih lah masanya. Semua kedai pakat buat jualan murah gila.. seriyes punya gilaa ok.. hehe.

Rumah bapak pulak, air naik melebihi paras lutut (rumah kami kira atas bukit sikit lah). Tapi kawasan keliling, air naik sampai pinggang ok. Walau pun paras banjir kat rumah aku tak seteruk kawasan sekeliling, tapi kerugian dia.. memang tersangat teruk. Perabut kayu dalam rumah, pakaian, buku-buku adik-adik (termasuk buku-buku masa aku study dulu - huuuu ralatnyaaa) bebarang elektrik, even kereta pun masuk air.. *oh dugaan*..

Nanti lah aku upload gambar. Banyak keje sekarang nih.

Eniwei, hepi wiken kengkawan. Berhati-hati semasa hujan nih.

Wednesday, April 23, 2008

Banjir di Melaka

Hari nih beta mengumumkan bahawasanya beta akan mencutikan diri untuk beberapa ketika.

Sejak dinihari tadi tadi, hati beta gundah gulana bila dapat berita dari adinda beta di Melaka.

Kata adinda beta, Puteri no.6 (yang sedang bercuti semester untuk sepurnama), negeri Melaka dilanda banjir! Air dari sungai melimpah ruah hingga menenggelamkan istana ayahanda beta.

Aduhh.. gerangan apakah yang melanda negeri Melaka hingga begini petaka yang menimpa?

Khabarnya, air mula melimpahi Istana sejak pukul 2.00 pagi tadi. Oh.. kasihan sungguh ayahanda dan adinda-adinda beta. Mereka terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan harta benda. Lebih kasihan bila mereka terpaksa berdiri semalaman dan tidak dapat bergerak keluar dari kawasan rumah untuk menyelamatkan diri karena hujan lebat dan kawasan sekitar istana sudah dipenuhi air separas dada. Hanya pukul 5.00 pagi tadi diberitakan bahawa mereka baru sahaja dapat meredah banjir dan melintasi sungai. Kini mereka selamat dan sedang berehat di istana hinggap nenda beta.

Beta amat berdukacita saat ini. Tapi beta harus bersabar. Beta faham, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapiiiiii.. yang beta tak tahan tu, di kawasan istana ayahanda beta ada seorang saudagar yang membuka kolam ternakan lintah. Menurut adinda beta lagi, lintah-lintah itu sudah terlepas dan sedang berenang-renang dengan manjanya.. Sudah ada saudara beta yang digigit lintah malam tadi.. Eiiyyyyy... Beta takkkkkk sukaaaa!!! Beta geeliiiiiiiiii!!! Tidakkkkk..!

(Ehemm) Oh, beta harus bersikap siuman. Beta harus lebih bersopan. Beta kan Permaisuri di negara Siber ini. Beta tidak seharusnya takut pada haiwan kecil yang menggelikan itu.

Anyway, Beta sedang menunggu Raja Mamoru Ahadiat Shah yang sedang menghadiri interview di ****. InsyaAllah, kami akan berangkat ke negeri Melaka sebelum Zohor nanti. Sila doakan segalanya dalam keadaan baik-baik belaka wahai rakyat beta sekalian.

Beta akan cuba memaklumkan khabar terbaharu dari Melaka nanti.. rasanya tidak ada masalah untuk mengaksess internet karena.. yaaa... karena beta sudah dapat Celcom Broadband ituuuuu.. huhuhuhu.

Tuesday, April 22, 2008

Tinggal empat lagi

Hari nih nak serius sikit (ehemm).

Adik lelaki no.3 dapat free annual trip dari kompeni dia ke Hong Kong bulan depan. Wife dia (SIL) pulak, dapat trip free ke Angkor Watt bulan lapan nanti.. Wah wah wah, berjalan je lah kejenya derang nih. Oversea lagik tu. Jeles aku tau.. hehe.

Alhamdullilah dah rezeki derang. Sebenarnya aku tader lah jeles ke haper (sikit tu ada lah hehehe). Tapi lebih pada bangga tau. Yelah, aku sendiri saksikan susah senang derang start dari derang suami-isteri duduk dgn aku lepas graduate hujung 2006 dulu. Susah payah derang menganggur, hantar resume sini sana, keje part time, attend training sampai lah Ayuni lahir.

Jadi bila derang dah dapat keje tetap, income stabil & mampu manage life sendiri, siapa yang tak hepi kan?

Tak lama lagi mungkin derang akan bersuara untuk pindah dari rumah aku.. huhuhu sedihnya. Takpe aku faham. Rumah aku nih ramai. Penuh dgn adik-adik. Sure derang nak privacy. Aku pun memang galakkan derang beli rumah dan kumpul harta sendiri untuk kegunaan masa depan.

Lega hati aku.. sorang lagi dah lepas. Tinggal empat orang lagi yang masih belajar. InsyaAllah, aku akan terus kuat untuk jaga adik-adik aku semua. Yakin boleh!

Dulu kan, masa memula aku aku terima 'amanah' nih aku cam pening gila. Yelah, mau tak pening bila fikir diri sendiri pun tak terjaga, inikan pula nak jaga adik-adik.

Masa sorang demi sorang adik-adik duduk dengan aku kat KL nih laaagggiii lahhh pening. Mana nak fikir makan minum derang, duit belanja tetiap hari / bulan, ubat sakit demam derang, masa depan derang, risau derang salah pilih kawan.. cemacam lagi lah.

Pening ok. Adik-adik aku pulak, bukan semuanya pass SPM dgn flying colors. Jadi proses nak mencarik alternatif untuk sambung pelajaran derang tu makan masa dan duit yang bukan sedikit. Hampir tetiap hari aku bukak suratkhabar, cari peluang belajar untuk adik-adik. At least peluang yang bersesuaian dengan income aku lah kan.

Kenkadang tu bila terlalu sangat fikir pasal life, terlalu sangat compare dgn hidup orang yg jauh lebih bertuah, aku jadi sedih. Orang lain ada family yang cukup sempurna. Ada mak ayah, tuk nenek yang mampu jaga & bagi sepenuh kebahagiaan pada anak-cucu derang. Tapi aku? Apa yang aku ada? Siapa yang nak tolong back-up? Mampu ke aku nak jaga 'amanah' nih semua?

Sedih bila fikir pasal hidup adik-adik nih. Lelebih lagi bila fikir apa yg derang harungi dalam umur yg masih terlalu muda. Seriyes ok, kalau nak cerita pasal sejarah dedolu.. ada yang berair biji mata nanti.. esp taim kami adik-beradik dipisah-pisah kan oleh nenek tiri untuk dijaga oleh sedara-mara yang lain masa bapak tumpangkan kami kat rumah nenek tiri dulu (1989). Taim tu bapak keluar bekerja kat KL untuk kumpul duit cari rumah sewa untuk bawak kami pindah. Melelehhh air mata bapak bila dapat tau nenek buat kami camtu tau. Kesian bapak kehulu kehilir macam orang gila cari kami semula. Nak collect balik sorang-sorang (eh bunyik macam barang pulak nak collect-collect nih..hehe). Bukan dekat ok. Sorang kat Pahang, Kajang, Negeri Sembilan, Singapura, Selangor.. bersepah.. hehe

Op.. ops stop. Cerita lelebih kang, air mata aku plak yang meleleh nanti.. hehe. Cukup lah sekadar aku tulih, aku kagum dgn kesabaran & ketabahan bapak dalam membesarkan kami adik-beradik tanpa arwah mak. Itu lah yg aku pegang sekarang nih. Harap, aku akan sentiasa sabar & tabah dalam melaksanakan amanah bapak & arwah mak.

Aku bersyukur adik-adik aku bukannya jenis merayau tak tentu hala. Tetiap petang asal aku balik keje, semua dah ada kat rumah. Bila wiken pulak, asal aku buat plan nak mendaki gunung / camping / piknik / jogging, semua nak join sekali. Senang hati perut aku. Apa pun sekarang, aku kena pastikan yang empat orang lagi nih dapat cukup ilmu untuk masa depan derang. InsyaAllah, aku percaya Tuhan akan permudahkan semuanya.

Oh, aku dah kena start buka akaun SSPN untuk dua orang adik aku. Dengar kata, kalau adik-adik aku nak buat pinjaman PTPTN untuk sambung belajar, derang kena ada akaun SSPN. Hmm.. SSPN ni apa ek? Nak kena search kat internet nih..

Cerita lain pulak:

Semalam kan Mamoru cakap ada orang dari **** tipun, suruh dia datang interview esok. Tak sangka tau. Aku yang beria-ia cari keje lain, dia pulak yang dapat interview.. hehe.

Ekceli, Mamoru takde pun cari keje lain. Dia kan baru je beberapa bulan keje kat tempat baru. Tapiii.. dah orang rekemen. Pegi je lah kan. Manatau bertambah lagi rezeki dia... Rezeki dia means rezeki aku jugak lah kan? hihihi. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan sama untuk Mamoru ek.

Monday, April 21, 2008

Gambar gedik saya

Morning eberibodi. Di pagi isnin yang agak slow nih, saya ingin menggedik lagi. Kali nih, gedik saya adalah gedik bergambar.. hehe. Sila jangan muntah hijau dulu yer.. hihihi.


Ok, sekarang saya di dalam kereta. Sebelah saya tu adalah encik Mamoru. Hobi saya adalah bergambar tak kira walo di mana pun saya berada. Saya guna kamera henpon sahaja. Saya tak ada camera gempak semenjak satu-satunya kamera kompak nikon yg saya sayang menamatkan riwayat hidupnya di puncak gunung Yong Yap dulu. Nak beli kamera lagi, saya tak mahu sebab kebanyakkan kamera kompak tidak tahan lama. Saya tunggu encik Mamoru belikan kamera yg besar & gempak untuk saya. Yang macam professional photographer guna tu. Supaya saya boleh mengambik gambar saya dengan lebih cantikkk lagik.. hehe. Yerrr.. saya suka kelihatan cantik supaya hati suami saya lekat kat saya sahaja (ayat poyo).. hehehehe.


Ini Mamoru saya. Senyum dia sangat tak ikhlas saat nih. Kenapa? Sebab saya paksa dia bergambar semasa dia sedang memandu. Mamoru kalau marah, dia akan keluarkan suara tegas dan garang macam nih.. "Heepppppp"!!.. sambil tangan dia pelepuk peha saya. Otomatik saya akan duduk diam-diam sambil muncung-muncung dengan harapan dia akan rasa bersalah dan pujuk saya. Tapi takdo ok! Geremm saya. Terus saya menggedik bergambar lagi. Oh, saya memang sangat degil. Saya tak takut kena pelepuk Mamoru sebab bukannya sakit pun.. hehe.

Ini pula muka Mamoru tengah tengok tv. Channel pilihan Mamoru di astro tak sama dgn saya. Baru saya perasan, kami tak ada keserasian dalam menonton tv. Saya suka tengok cerita CSI atau apa-apa cerita drama yg best. Mamoru pulak suka tengok bola & cerita tentang orang ubahsuai kenderaan / bangunan. Kami selalu berebut remote tv. Kebiasaannya, saya akan menang dalam acara perebutan ini sebab saya bijak memainkan emosi.. hehe. Saya sangat nakal tau, bila turn saya tengok tv, Mamoru terpaksa duduk diam-diam layann tengok sekali. Tapi bila turn dia tengok bola, saya akan bising-bising suruh dia masuk tido. Oh, saya sungguh tak suka cerita bola ditayangkan taim tetengah malam. Sangat mengganggu.


Ops, ini gambar sensored. Tapi, tak begitu sensored kut. Tak kena pun kan? Hehehe. Jangan pantau / ban blog saya ok. Saya sebenarnya adalah seorang yang sangat manja. Tapi dgn Mamoru sahajor. Dengan orang lain saya amat tegas (poyo lagi). Bukan apa, semasa bercinta dulu, saya tak berkesempatan nak memanja dengan Mamoru. Maklum sahaja lah, kami tak sempat nak feel alam bercinta terusss terbertunang (adakah ayat macam ini?). Lepas bertunang pun tak sempat nak bercinta-cintaan sebab tempoh perkahwinan kami dipercepatkan. Plan asal kami adalah untuk berkahwin pada bulan Ogos tahun nih. Tapi takpe lah. Walaupun terkejut dan macam tak percaya, saya sangat gembira semuanya terjadi. Sekarang, saya nak balas dendam. Saya nak bercinta dgn bersungguh-sungguh.

Pada semua pasangan yang ada kat luar sana, saya doakan anda semua gembira-gembira selalu. Sayangilah orang yang menyayangi diri kita. Permisi.

Friday, April 18, 2008

Pen kiut

Entry nih bersifat gedik yg melampau.. sila jangan baca kalau mood anda sedang putus cinta.. hehe

Malam tadi Mamoru bagi aku hadiah.. sukanyaa! Hadiahnya adalah dua batang pen yang dia dapat free dari seminar Cisco kat Shah Alam.. hehe (ceh itu pun nak tulis dlm blog kan? hehe) Oh, jangan tanya aku Cisco tu apa. Hanya bebudak IT je yang tau. Aku sendrik pun tataw dan malas lak nak amik tau.

Kata Mamoru, seminar Cisco tu seronok. Memacam gadjet terbaru derang tunjukkan, antaranya, alat perhubungan yang boleh tukar perkataan yg kita taip pada komputer kepada suara yang keluar pada walkie-talkie. Hebat kan?

Bukan tu je, ada lagik lah ciptaan terbaru yang lain. Aku tak ingat apa yang Mamoru cerita semalam.. banyak sangat term teknikalnya. Aku mendengar pun bukan sebab minat dalam bidang IT, tapi sebagai menunjukkan yang aku boleh menjadi pendengar setia pada setiap cerita dia. Nak jadi isteri solehah katakan. Dengar je lah, walo pun aku tak faham hampir separuh dari cerita yg disampaikan.. huhuhu (ampunnn b)

Berbalik pada pen tadik, walo pun hadiah nih free je, tapi aku sukaaaa. Lelebih lagi pemberian dari orang yg kita sayang. Kalau Mamoru bagi bunga rumput pun aku boleh siap-siap simpan dalam frame lagi tau. Sayang lah katakan. Taaapiiii kalau orang yang aku tak sayang bagi hadiah.. err.. aku amik jugak lah (hahaha matilah materialistik).. Eh, jangan ingat aku camtu tau. Kan pepatah ada mengatakan, rejeki jangan ditolak; orang memberi kita merasa.. gituu.


Nih rupa bentuk pen yg Mamoru bagi. Comel kan..


Pandangan hadapan: striking kaler dia tau.


Pandangan belakang: siap ada smiley lagi.. comelll sekali..

p/s: Tiga entry dalam satu hari.. sungguh menampakkan aku takde keje hari nih :)

Broadband free

Yeyeh.. yeyeh..

Kengkawan, mari gelek gumbira bersama saya.. yah yah.

Encik Mamoru, sila ambil perhatian ya.. hehe.

Aku sangat hepi hari nih. Kenapa? Sebab, proposal (secara lisan) aku telah disambut baik oleh DOY dan sekaligus telah meluluskan (secara lisan juga) untuk aku memiliki modem broadband comel dari Celcom / Maxis.. Senangnya deal dgn boss aku nih. Semua main angguk je.

Pasnih, boleh lah aku surf internet walau dimana saja aku berada. Hatta sambil 'melabur' kat dalam memana public toilet sekalipun.. cuma lalu tak lalu je lah nak hidu bau 'bilik kecik' tuuu.. kuikuikui.

Jangan jeles ya encik Mamoru. Saya juga bakal memiliki modem usb broadband dalam masa terdekat nih. Lagi canggih dari awak punya. Boleh lah kita lawan siapa punya connection lagi laju.. hehe (sila bayangkan saya menulis dalam keadaan hidung tinggi dan bongkak sekali) hahahaha.

Oh, aku just ada gambar Celcom broadband je. Maxis punya tak jumpa lah.

Eniwei, saiz broadband nih besar sikit je dari pendrive yg selalu kita guna. Laju tau connection dia.. guna HSPDA. Aku pun tataw apa menatang HSPDA nih. Alah, pada aku, janji dapat guna internet dah cukup. Part-part teknikal nih, biar Mamoru uruskan.. hehe.

Maaf lah yer entry aku sungguh tak ilmiah. Kalau korang nak cari detail tentang broadband nih, pegi lah web celcom / maxis. Fyi, harga untuk dapatkan sebiji broadband nih berbeza-beza. Agak mahal jugak lah. Yang aku tau, RM 699 sebiji (dengar ada promosi sekarang nih RM 650). Bayaran bulanan pulak RM 68.

Nih lah rupa mender alah yg bakal aku miliki bermula minggu depan dgn PERCUMA! (kompeni bayar semua) yeyeh... (nanti aku bubuh gambar yg real ek)


Tengok tu.. comel je kan broadband nih. Boleh bubuh dalam poket

Gaji RM700 kena cukai?

Semalam dapat surat dari Income Tax. Ingatkan aku / Mamoru punya.. sekali tengok, nama adik pompuan no. 6 yg tertulis kat surat tu.


Biar betul.. terkejut ok! Sejak bila adik aku keje dapat gaji ribu raban sampai orang LHDN kenakan cukai nih? Bukan ke aku hantar dia pi Unisel untuk belajar? Wah.. dia bekerja kat sana ke? Keje apakah yang beliau buat? Pensyarah?Vice Chanselor? Tukang Kebun? huhuhuhu..


Bila belek balik penyata cukai tu, baru aku paham. Iskk, rasa cam jahat pulak bila berperasangka bebukan kat adik comei aku tu tadi. Dia pi sana belajar lah. Manader keje-keje nih. Jelas & terang tarikh dia mula keje dan tarikh dia berenti keje kat penyata cukai tu.

Tarikh dia mula keje 3 April 2007. Tarikh berenti pulak 1 July 2007. Tiga bulan je.

Err.. bukan ke nih masa dia keje dgn Sushi King kat Mid Valley tahun lepas. Eh, betul lah, kalau tengok envelop yg diguna pun ada tertera nama Sushi King. Siap ada nama kompeni Induk dia sekali (Texchem). Pelik ek, keje kat Sushi King pun kena cukai. Setahu aku dia keje jadi tukang amik order je. Kut kalau keje jadi manager tu, lain cerita lah kan.

Gaji sebagai waiter kat Mid Valley, koman-koman pun RM 700++. Tolak EPF, Socso.. adalah dalam RM 600++ je. Kalau ikut surat tu, adik aku kena bayar caruman sebanyak RM 243 kat LHDN. Aduss.. lawak apakah yang sedang aku saksikan ini?

Nasib baik adik no.6 takde kat rumah masa adik no.3 bawak balik surat nih (adik no.3 amik kat mailbox rumah lama). Kalau tau tentu adik no.6 tengah berduka lara duk pikirkan masalah yang tak patut berlaku nih. Dah lah dia tengah exam. Adik no.6 nih kengkadang "lurus" sikit. Bila orang takutkan dia je mula lah gelabah tak tentu pasal. Takut aku kalau dia tak boleh kosentret kat paper exam.

Aku dah sorok surat nih. Nak call Sushi King tempat adik aku keje tu. Pastu nak cek kat LHDN. Aku tak suka nama adik-adik aku ada sangkut paut dgn hutang nih. Belum masanya lagi.


Kompeni yang aku saspek buat silap pi hantar nama adik aku lat LHDN. Woo.. Texchem nih glamer ok. Aku penah keje sini tahun 2002 dulu. Sila abaikan envelop yang dah keronyok di gigit oleh Ayuni.



Nampak tak tarikh mula keje dan tarikh berenti kat belah kiri & kanan surat nih. Sori gambar agak blur. Oh, dengan beraninya aku tak gelapkan alamat rumah lama kat Taman Desa dulu. Aku kan dah pindah.. hehe.



Jumlah caruman yg kena dibayar RM 243

Thursday, April 17, 2008

Aku, pagi ni

Perasan ayu habis taim nih hehe.



Muka mengantuk Mamoru layan kerenah isteri dia yg buang tebiat di subuh hari.. huhuhu

Wednesday, April 16, 2008

Aktiviti kelab

Wiken aritu aku & Mamoru pegi Tanjung Karang. Ada expo aperntah kat sana. Siap ada mini konsert belah malamnya. KREP ada bukak gerai kat sana - nak promote kelab katakan.

Yang kelakar tu, gerai kami tader permit dari MDKS. Plan asal nak edar flyers je. Nak invite belia-belia kat sana join xtvt outdoor yg kami buat. Tapi, memandangkan Sapik dah bawak meja, kami belasah je lah pasang kat situ. Dalam hati, tader risau sangat kekalau kena soal siasat dgn MDKS. Kelab kami bukannya buat duit. Jelas terpampang kat banner yang kami pasang "Pendaftaran Percuma". Lagi pun niat kami ikhlas nak membantu bebudak remaja nih buat xtvt yg berfaedah.

Tapi.. hehe.. bila beberapa pegawai penguatkuasa lalu lalang kat depan gerai kami, cuak gak lah kan.. hehehe. Buatnya kena marah kang, tak ke malu. Niat betul, cara tak betul pun tak boleh jugak yer tak? Part yg best tu, salah seorang pegawai MDKS kenal Mamoru. Wah senanggg keje kami petang tu. Alhamdullilah, keje-keje baik camnih dipermudahkan-Nya..

Hampir tengah malam baru KREP tutup gerai. Kami balik Kuala Selangor je, tidur umah nenek. Nak drive balik KL tak larat. Lagipun, esoknya dah janji dgn memember yg lain nak main Paintball kat Pantai Remis.

Seronok gak ek main paintball. First taim aku try. Tapi tu je lah sekali aku main kut. Tak mboh lah lain kali. Tak sesuai dgn jiwa aku. Join aritu pun saja nak merasa. Yelah kata orang tak kenal maka tak cinta. Aku dah kenal, tapi ternyata dunia aku dgn paintball berbeza.. hehehe. Tak sesuai. Sakit ok kalau kena tembak. Lebam sana sini. Aku lagi suka masuk hutan panjat gunung dari main sukan nih.

Port paintball kat Pantai Remis nih unik. Owner dia sediakan kawasan hutan belukar yg real untuk 'berperang'. Yang haru tu, tengah-tengah syok aku menyorok dalam semak, sekor pacat sudah gigit pinggang aku.. uwaaa.. geli ok! Dalam hutan tebal yang penuh dgn pacat pun jarang aku kena gigit pacat.. tapi kat tengah kampung lak boleh kena. Iskkk... Yang pelik tu, aku sorang je kena. Geng-geng lain takde pun. Memang pilih kasih betul pacat kat sana!

Lepas sesi main paintball, kami lepak kat gerai tepi laut. Sarapan sambil bincang tentang xtvt kelab. Talha cadang nak buat explorace & pertandingan paintball. Menarik. Aku pun ingat nak buat xpdc mendaki gunung Nuang untuk student / beginner. Sure best kan? Nanti lah aku prepare kertas keje untuk meeting KREP hujung bulan nih.

Nih gambor masa expo aritu, layan kan je lah..

tulisan halus.. macam yours truly jugak lah kan.. hehe

orang sibuk buat keje, adik pompuan no.6 syiok melayan cerita hantu kat laptop Mamoru.. sempat tau!


Perbincangan hangit



nak jugak menempel

Tuesday, April 15, 2008

Berlakon jap

Aku tengah berlakon nih. Tengah pura-pura bz menaip sambil buat muka seriyes pekat. Rasanya hampir menjadi lakonan aku sekarang nih. Sampai boss aku yg berdiri depan pintu tu takut nak tegur aku. Terus dia senyap sunyi pegi boardroom sengsorang.

Hehehe berjaya sungguh taktik aku. Taktik untuk melarikan diri dari kena berborak perkara tak perlu dgn boss..

Ekceli, aku bukan aku tak suka berborak. Tapi dgn boss yg baru nih aku kurang gemar sikit lah. Dia kalau dah start bercakap, payah nak berenti. Yang paling aku tak tahan tu, style dia bercakap. Terhenti-henti. Nak menyebut apa yg ada dlm fikiran dia tu "bercinta" sungguh. Aku yang mendengar boleh jadi jadi mengah dibuatnya. Sampai aku terpaksa jadi tukang sambung untuk ayat-ayat yg dia nak cakap. Seksa ok nak tunggu dia habiskan sebaris ayat!

Ops. Termengumpat pulak. Sedap je aku mengata. Buatnya Tuhan balas balik kat aku.. hissshh, nauzubillah min zalik. Apa pun, boss baru nih baik orangnya (ayat nak kaver baik.. ahahahah.. boleh?)

Semalam, aku cek jadual (keje + outdoor + xtvt lain) untuk tahun nih. Wah wah.. tetiap bulan ada je mender yg nak dibuat. Sampai bulan lapan dah hampir fully occupied tau.

Bulan lima ada trip.. *best*..
Bulan enam ada trip.. *best*..
Bulan tujuh sampai bulan lapan aku kena keje berjauhan dgn Mamoru sekejap.. *sob sob*..
Bulan semilan dah puasa
Bulan sepuluh raya

Nih belum masuk lagi program-program sampingan lain yg belum ditetapkan tarikh lagi.. pun belum dimasukkan kelas-kelas yg harus di-attend kalau aku diterima sambung belajar bulan tujuh nanti.. punnnnn belum dimasukkan appoinment-appointment dgn doktor lagik kalau plan aku untuk pregnant lepas bulan June tercapai (hahahah..cewaahhh)..

Banyak betul planning kan. Takut pulak aku kalau tak terkejar semuanya. InsyaAllah boleh kut. Yakin boleh!

Sebut pasal sambung belajar, rasanya pertengahan bulan May baru boleh tahu status permohonan aku. Tadik cek kat internet dia tulis "sedang diproses". Harap permohonan aku diterima dan harap sangat semua yang aku plan berjalan lancar :) Doakan untuk aku sama yer..

Eh, boss aku nak balik dah kut. Boleh lah aku buat keje macam biasa.. hehehe.. pelik kan? Boss ada, aku surf internet. Boss takde baru nak buat keje.. terbalik pulak.. hehehehe (eleh, macam lah buat keje sangat kan? kan?)

Monday, April 14, 2008

Bila kemarahan melanda

Aku tengah marah nih. Sangat marah. Marah siapa? Nih dua orang nih hah:

1. Budak IT yg nak upgrade laptop aku dan
2. Kak Bunga

Aku nyer pesen kalau marah, aku sembur je depan-depan. Takde kesian-kesian (kalau betul orang tu buat silap lah kan). Tapi tak boleh pulak nak menyembur-nyembur sekarang nih. Tu yg buat marah aku naik ke tahap dewata raya.

Budak IT itu pulak sangat terer. Dia tak jawab henpon bila aku call. Siap off henpon lagi pastu. Yerr tindakan yang sangat pandai untuk mengelak kena marah. Barrgusss sekali.

Oh, aku memang ada problem dgn sikap "marah" nih. Aku tau, kalau aku ikutkan sangat perasaan marah nih, konpem ada yang menangis tak berlagu kang.. kalau tak bebudak dua orang nih nangis, aku lah yg mengongoi nanti..hehe.

Cecepat aku try pikirkan cara yg paling cepat untuk hilangkan marah. Antaranya:

Baring dan tidur?.. hmm, tak bolehhh. Takkan nak tidur pepagi buta kat opis taim keje. Pepasal pulak aku yg kena marah dgn boss kang.

Makan?.. takde mender lak untuk dimakan depan aku nih. Selalu tu ada gak coklar bar atas meja. Pagi tadi tak sempat nak beli.

Buat Yoga?.. mengarut. Aku tak penah belajar pun.

Call orang tersayang?.. Yang nih ok..

Aku call Mamoru. Tiga kali berturut-turut dalam tempoh 15 minit, aku call & bercakap dgn Mamoru.

Sejuk hati perut nih dengar cakap dia. Mamoru suh aku turun pi jenjalan kat bawah opis / beli mender untuk dimakan. Ok lah. Cakap suami jangan dibantah.

Dan sekarang marah aku dah reda sikit. Boleh lah aku cerita sebab musabab aku marah tadi.

Camnih.. Aku nak upgrade laptop. Nak bagi laptop tu kat adik pompuan aku yg belajar Unisel nun. Biar senang sikit dia nak buat assignment. Laptop aku nih dah lama, jenis Acer. Aku beli tahun 2004 rasanya (tak ingat). Aku dah inform dah budak IT nih, model laptop aku. Tapi mamat nih silap beli RAM (camtu kut ejaan mender alah tu).

Dipendekkan cerita, maka tak muat lah RAM tu nak dimasukkan dalam laptop aku. Kebetulan Khamis rituh, aku tinggalkan laptop kat opis. Siap tinggal duit sekali kat Kak Bunga.

Petang Khamis tu Kak Bunga call, cakap RAM tu tak sesuai untuk laptop aku. Ok lah. Aku pun cakap jangan bagi duit kat budak tu selagi dia tak tukar dgn RAM yang sesuai. Kak Bunga cakap "ok". Tanda dia faham la tu.

Tapiiii.. yang aku hangin tu, dia bagi jugak duit aku kat budak tu walhal dia tahu takde apa-apa perubahan yg jadi kat laptop aku. Dia nih paham ke tak arahan yg dibagi? Bengang ok. Duit hilang, tapi laptop punya performance takde beza jugak. Paling sakit jiwa, bila pagi nih dia baru nak ceritakan hal sebenarnya. Mau aku tak angin.

Ikut hati yang marah nih, nak je aku call boss budak IT nih. Tapi nanti dulu.. aku pun masih ada rasa kesian sesama Melayu. Kasi cann. Aku dah hantar mesej kat phone dia. Kalau dia tak relpy by noon, hah memang cari pasal lah tu.

Friday, April 11, 2008

Selamat hari Lahir, Mamoru

Arakian di suatu petang yang sepoi-sepoi bahasa. Duduk lah sepasang suami isteri sambil bergurau senda di negeri Lembah Benum.

Puteri Gunung Ganang al aD: "Kanda, coba kanda ceritakan kembali pada adinda, bagaimanakah rupanya penunggu puncak Nuang itu?"
Hang Mamoru : "Benar dinda ingin mendengarnya"
Puteri Gunung Ganang al aD : "Benar kanda" (sambil tergedik-gedik)
Hang Mamoru : "Penunggu Nuang itu amat menakutkan.. wajahnya.. wajahnya.. yahhhhh wajahnyaa beginiiihhhhhh" (sambil buat muka seram)
Puteri Gunung Ganang al aD : "Alaa kanda nih.. ada-ada saja lah" (gelak sambil terbahak-bahak)

(Sila abaikan dialog gedik nih memandangkan entry ini ada maksud lain seperti yg dibawah.. hehe)

Ehem hemm.. (ejas suara jap .. please pasang melodi yg mood romentika sikit ok)..

Buat Mamoru yang amat saya sayangi,

Saya nak ucapkan banyakkkk sangat terima kasih nih. Take note setiap satu tau. Ok, here goes (tapi, sebelum tu maaf ya, saya tak pandai berkata-kata):

Terima kasih atas keberanian awak untuk melamar saya.. walhal saya lebih tua dua tahun dari awak.

Terima kasih kerana buat saya kenal erti cinta sebenar dalam keadaan saya hampir tidak mempercayai kewujudannya.

Terima kasih kerana menjadi suami saya dan mengangkat martabat saya setingginya sebagai seorang isteri.

Dan akhir sekali terima kasih atas kegembiraan yang awak bawa dalam hidup saya.. terutamanya gurauan awak yang selalu buat saya tertawa.

Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, dijauhkan dari rasa iri dan segala petaka yang tidak diingini.

Harapan saya agar usia perkahwinan kita yg baru berusia dua bulan nih sentiasa ceria berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Salam sayang,
Isterimu

------------------------------------------------------------------

Note:

  1. Dalam keadaan sebenar aku takde lah membahasakan diri sebagai "saya-awak" dgn Mamoru. Sangat skema ok! Tak romentika. Ekceli aku panggil dia.. "b" (for hubby atau baby pun boleyy hehe). Dia lak panggil aku "sayang" (auuww) atau kenkadang dia panggil aku "busyukk". Ada lagi panggilan mesra yg lain, tapi apa kes nak list sini pepanjang. Nih note ok, patutnya sesikit je explain.
  2. Aku selalu guna panggilan Mamoru~kun instead of Mamoru~san kat dia sebab dlm bahasa Jepun "kun" tu adalah panggilan untuk orang yg lebih muda dari kita.. got it? Sebab aku guna gelaran Mamoru? Lenkali lah cerita. banyak keje ok. Entry nih adalah untuk birthday encik Mamoru. Jadi, sila kosentret untuk birthday dia sahajor. Nak tanya lelebih, sila bagi dia hadiah dulu.. hehe.

Pesan buat adik

Semalam seperti yg dah dijangka kan.. aku MC.. hehehe.

Petang Rabu aritu badan aku lemah longlai balik. Panas membahang je. Nak demam rupanya. Lama pulak intro demam kali nih. Ingatkan sakit apa, rupanya nak demam. Ceh, buat orang suspen je. Penat semua orang teka aku pregnant, tertipu belaka.. hehe.

Masa kat klinik, aku belek-belek satu majalah nih. Macam best je. Tapi tak sempat nak baca, doktor dah panggil masuk dalam bilik. Masa nak tunggu amik ubat pun sama gak, tak sempat nak bukak majalah, misi dah panggil nama. Tapi yg best tu, semalam Mamoru balik keje dia belikan aku majalah yg sama. Best kan! Sangat perihatin tau dia nih. I lebiu la sayang!

Malam nih Birthday Mamoru. Eksaited sangat. First taim nih nak sambut sebagai isteri dia. Sebelum nih of coz lah ada sekali sambut gegamai dgn kengkawan dia (2007). Taim tu kami belum ada apa-apa lagi. Sekadar kawan-kawan. Tahun nih special sikit. Nervous nya.

Memula aritu, konon nak buat birthday bash segala untuk dia. Tapi lepas bajet lari akibat kes nih. Maka terpaksa kansel plan. Sambut secara kecil-kecilan sahaja lah nampaknya. Syedih.

Nak buat cemana kan.. tanggungjawab terhadap masa depan adik-adik lebih penting. Tak boleh lah nak pentingkan diri sendiri.

Sebut pasal adik-adik nih, kenkadang boleh semput dada aku dibuatnya.. bab belanja tu boleh tahan lagi. Kalau poket nih hampir nak terkoyak, kira boleh lagi lah amik jarum jahir kasi cover balik (err kalau tak paham tu, layan kan je lah). Tapi tang karenah memasing tu.. adeh.

Kalau lah adik-adik aku rasa apa yg aku rasa sekarang.. camner eh nak tulih.. *sigh*

Bukan senang ok nak dapat peluang untuk belajar. Dan bila dah dapat peluang tu pulak, bukan sesenang kita boleh belajar. Semua tu ada kos yg nak dibayar. Banyak mender nak kena korbankan kat situ.

Aku tanak lah nanti bila dah ribu raban habis untuk bayar yuran study tapi hasilnya hampa. Aku boleh frust ok. Bukan frust fikirkan duit yang melayang tapi frust duk fikirkan halatuju masa depan derang yg kabur.

Cuba fikir apa akan jadi kalau masa depan gelap? Takde pelajaran, takde keje yg bagus, takde duit.

Fikir lah. Sekarang bukan masa untuk bersenang-senang. Akan tiba masanya nanti untuk bersenang-senang nih. Sabarlah. Aku nih pun lagi lah teruk. Dah habis belajar dah pun. Dah keje lagik tu. Punnn tak dapat lagi merasa nak joli katak. Tapi aku ok je, masih mampu bersabar. Sebabnya? Aku masih terikat dengan tanggungjawab. Kalau aku duk ikutkan hati yang nak bersenang-senang nih, konpem ada antara adik aku yg terpaksa berenti belajar nanti.

Jadi, fikir dalam-dalam, kalau aku sanggup ketepikan kesenangan demi adik-adik, kena tak mereka buat mender yg sama? Kalau bukan untuk aku, buat untuk diri sendiri (yelah, kut nyampah tengok aku nih strict sangat asyik duk suruh ngadap buku 24/7)

Ops, jauh pulak aku merepek sampai emo-emo pulak yer. Biasa lah pepagi Jumaat nih. Kita bermuhasabah diri sikit.

Kat mana kita tadi? Oh, birthday Mamoru.

Sejujurnya, aku takde hadiah yg grand-grand nak kasi dia. Tapi InsyaAllah, aku akan usahakan sesuatu. Macam tak best je kan bila tak dapat bagi yg terbaik untuk orang yg kita sayang.

Takper lah, jangan sesedih. Hari baik camnih patut hanya ada senyuman gembira je. Ok, kita mulakan semuanya sekali lagi dengan senyuman. Harap, ada perkara baik yg jadi untuk hari nih.


Wednesday, April 09, 2008

Kuih lepat pisang

Balik keje semalam, ajak Mamoru gi pasar. Beli ikan kembung peveret dia dan beli barang-barang untuk buat kuih. Semangat nak masak sampai tak sedar diri nih badan masih sakit-sakit lagi.

Sampai rumah, baru terasa sakit. Bila dah jadi camtu, memang rasa malaassss sangat nak masak. Rehat kejap teman Mamoru tengok tv sambil makan durian. Mamoru memang 'hantu' durian. Dia suka sangat makan durian jenis 'udang merah' / 'raja kunyit' (camtu kut nama dia). Tapi semalam dia beli sebiji je. Aku tak bagi beli bebanyak. Durian jenis tu mahal ok. Sekilo je dah belas-belas ringgit. Sebiji je dah berapa kilo??

Taim makan durian, kesian pulak tengok Mamoru. Durian sebijik, share gegamai. Adik-adik aku pun hantu durian. Mana lah cukup. Nyesal pulak aku tak bagi dia beli lebih. Iskk.

Nak suruh Mamoru makan nasi, adik ipar aku (SIL) tak masak pulak. Selalu kat dalam rumah tu, kalau aku tak masak, SIL akan take over ganti aku kat dapur. Tapi semenjak dua menjak nih, SIL sakan berdiet pulak. Tanak sentuh nasik taim malam katanya.

Mamoru pulak memang tak kisah kalau aku tanak masak. Prihatin betul suami aku nih kan?. Dia siap suruh simpan ikan dalam fridge - suruh aku rehat. Esok- esok lah masak, katanya.

Mana boleh camtu. Takkan aku nak biarkan dia kelaparan kan. Aku keluarkan balik ikan dari fridge. Gigih aku memasak dalam keadaan badan sakit-sakit. Tak larat berdiri, aku siang sambil duduk. Apa lah sangat bersusah payah sikit untuk orang tersayang kan. Cadang nak masak lauk sayur sekali (ada hati nih nak masak bebanyak) Tapi tak larat pulak. Sudahya, aku masak lauk asam pedas ikan kembung dgn sayur bendi.. hah amik, kombinasi lauk ikan dan sayur sekaligus. Sonangg.

Siap masak lauk, aku buat kuih lepat pisang pulak (eh eh rajin pulak tu) Pisang yg bapak bagi aritu dah terlalu masak. Kalau biarkan sehari lagi, konpem lembik. Daripada terbuang dalam tong sampah, baik aku buat kuih cecepat. Masa tengah leka buat kuih, Mamoru dah siap tambah nasik untuk kali kedua. Waahh.. berselera sungguh dia makan. Sampai banjir-banjir pinggan dia dgn lauk yg aku masak. Aku suka! Pandai nih amik hati aku.. hehe.

Sementara nak tunggu kuih masak, aku pegi mandi. Pasang air panas kekuat. Biar air tu mengalir kat belakang aku yg sakit-sakit nih. Berasap-asap bilik air tu jadinya. Tapi alhamdullilah, rasa lega pulak bila buat camtu. Lama jugak aku mandi. Sampai kuih lepat aku masak lah.. hehe.

Habis mandi, aku suruh Mamoru sapu minyak angin kat belakang badan. Dia siap urut-urut sekali. Legaa..

Lepas hidang kan Mamoru kuih lepat, aku terus menyelit bawah quilt. ZzZZzzz.

Pagi nih, alhamdullilah. Badan rasa ok sikit. Cuma lelangit masih luka. Masih tak dapat makan dgn betul. Aku rasa, berat aku turun lagi. Bertambah kerempeng la jadinya :(


Oh, aku ada amik gambar step by step cecara nak buat kuih lepat pisang. Resepi nenek aku. Dulu taim aku kekecik, aku sangat suka makan lepat pisang yg nenek buat. Ok, ready? Sediakan pen dan kertas.. mari kita mulakan:


Okeh, dalam resepi kali nih, aku (ops, kejap, nak ubah kata ganti nama). Dalam resepi kali nih, akak guna sebanyak 15 biji pisang. Nih hidangan untuk 6 - 8 orang ok. Maklum lah rumah akak kan ramai orang. Kalau korang nak buat sikit je, pepandai lah kurang kan jumlah pisang yg diguna. Sebelum tu, akak nak cerita sikit, bukan semua jenis pisang boleh dibuat lepat ok. Kalau korang guna pisang yg buat goreng tu (lupa lah apa nama dia), konpem kelat. Pisang yg boleh diguna adalah pisang yg boleh dimakan begitu sahajor (pepandai lah korang cari nama pisang yg boleh dimakan.. akak tak ingat lah, sory). Lepas buang kulit pisang nih, sila lenyek sampai hancur. Akak guna garfu je. Kalau nenek akak, dia guna tempat buat burger tu. Ala, yg untuk tekan-tekan daging burger tu. Tataw? Abaikan. Sila kosentret untuk resepi akak sahajer


Nih la rupanya pisang yg di lenyek tadi. Sila bubuh dalam bekas yg besar yer. Senang nak campur dgn bebahan seterusnya.


Ok, memula, masukkan tepung gandum. Gaul sampai sebati. Akak tak sukat lah berapa banyak
tepung yg akak guna. Tapi takper, korang agak-agak je lah nahh. Jangan terlampau banyak atau terlampau sikit. Kalau terlalu banyak, takdo lah rasa pisangnya (macam yg dijual kat kedai tu - kemut sangat nak bubuh pisang lebih). Kalau sikit sangat tepungnya, lembik pulak. Paham?

Pastu, masukkan secubit garam. Akak tak pasti lah naper kena bubuh garam. Lupa nak tanya nenek. Tapi korang buat je lah. Jangan banyak soal.. hehe


Kendian, masukkan gula merah / gula melaka secukupnya. Akak prefer guna gula merah yg dah dihancurkan. Kalau nak guna gula yg berketul tu, pengsan akak nak mengetuknya tau. Kuasa! Again (cakap omputeh lak), ikut suka korang nak bubuh banyak mana. Akak bubuh satu cawan kecik. Cawan yg budak kecik buat minum tu. Adik ipar akak pelik tau bila tengok akak bubuh gula merah nih. Katanya orang perak just bubuh gula pasir je. Ok, reason kita bubuh gula nih hanyalah nak tambah perisa dan nak kuih lepat tu nampak berwarna sikit. Takdo lah pucat lesi warna dia nanti.


Jangan lupa bubuh gula pasir sikit. Bergantung pada korang yg suka manis atau tak. Akak suka kuih nih manis-manis buah je. Baru sedap dimakan dan takde lah cepat muak. Masa akak bubuh gula pasir nih, SIL jerit-jerit cakap.. "Along, tak manis ke bubuh memacam jenis gula?".. Hishh, suka tau dia buat akak terkejut camtu. Jentik jejauh kang. Takkan terlebih manis punya lah. Akak kan pro (cewahh, berlagak nih)


Sesudah tu masukkan kelapa muda yg diparut bahagian putihnya sahaja. Ingat, yang putih je tau. Ada orang guna santan (tataw orang mana) Dunno lah camner orang buat kuih lepat guna santan. Tak ke cair nanti adunan tu. Aku lebih suka stick dgn resepi nenek nih. Bubuh kelapa muda yg diparut / dikukur. Sedap y'all. Lemak-lemak rasa dia.

Lepas siap adunan tadi, kita tepek kan atas daun pisang macam dalam gambar nih. Pastu pepandai lah korang lipat yer. Akak tak kuasa nak amik gambar step by step cara nak lipat kuih nih. Dengan badan sesakitnya, tak larat ok. Oh sebelum korang hentam cara melipat kuih nih, jangan lupa layur kan dulu daun pisang nih. Akak layurkan atas api dapur gas je. Tujuan nya supaya daun yang dilipat tak patah atau terkoyak. Berhati-hati masa layurkan daun pisang ok. Jangan sampai terbakar dapur. Adik-adik yg di bawah umur tu, sila minta bantuan mak bapak korang yer

Habis sesi melipat, korang panaskan periuk loyang nih dan kukus selama setengah jam. Kuih nih sekejap je masaknya. Nak tau dah masak ke belum, cucuk bahagian tengah kuih nih dgn garfu. Kalau tak melekat tu maknanya dah masak lah tu.

Nih lah rupanya kuih lepat yg dah dimasak. Selamat mencuba!

Tuesday, April 08, 2008

Buah dari kampung

Nih buah-buahan yg bapak tapaukan masa kami balik Melaka wiken aritu..

Buah jering (komsider buah jugak kan??) Yerrr.. aku sangat suka makan jering & petai.. hehehe. Baik untuk elak penyakit kencing manis tau (org kata laa.. wallahualam)


Tembikai batu.. kata adik aku. Sepupu sepapat honeydew jugak lah. Manis sangat tau. Bezanya, tembikai susu baunya sangat wangi, tembikai nih, bau takde lah sangat. Isi dia kaler oren dan lembut sangat.. syedapp!


Jagung manis. Oh lupa nak cerita pasal projek tani tanam jagung kat kampung. Dah besar dah pokoknya. Dah berbuah pun.. kenyanggg makan jagung hehari. Nih separuh dari jagung yg bapak bagi. Separuh lagi aku dah bubuh dalam fridge.



Pisang emas dibawa belayar. Banyakkk tau. Aku dah tataw nak buat apa. Nak buat cekodok, bebudak kat rumah tu bukan makan sangat. Aku ingat malam nih nak buat lepat pisang lah. Err.. Mamoru makan tak lepat pisang ek?

Sakit-sakit

Dari semalam badan aku sakit-sakit.

Mula dari sakit perut belah pagi. Puncanya sebab aku tak breakfast. Bukan tanak makan, tapi lelangit aku luka. Asal masuk je makanan, sakit. Minum je lah boleh.

Lepas sakit perut, pening dua tiga macam pulak. Sampai tak boleh menghadap pc. Nak membaca pun terpaksa berenti sekejap-sekejap pejam mata.

Tak habis dengan pening, dedua lutut aku sakit berdenyut-denyut. Ekceli bukan sakit.. camne ek nak cakap, haaa.. lenguh atau sengal. Sakit dia sampai aku rasa nak menangis lah.

Terpaksa kansel plan nak berdating-dating dgn Mamoru. Sedih, dah lah aku pakai lawa-lawa semalam. Siap buat hair-do lagik ok.

Sudahnya, balik rumah terjelepuk atas tilam. Mamoru tolong bubuh minyak angin kat lutut & tolong cabutkan sepit rambut yg penuh atas rambut aku. Pastu aku tak ingat apa dah.. zZzzZZ sampai subuh tadi.

Bangun pagi nih, lutut dah tak lenguh lagi. Kepala pun dah ok. Tapi masalah lain pulak.. belakang aku pulak sakit-sakit.. aduh laa.

Lelangit pun masih sakit lagi. Aku dah order bubur ayam McD. Dah sampai dah pun. Jap lagi nak try makan. Kalau tak ok gak, konpem aku aku amik MC utk sehari dua nih.

Oh, tadik kak Bunga buat serkap jarang.. ada ke dia kata aku pregnant.. hehe. Tak mungkinnnnn.. aku baru habis period. Pregnant apanya ye tak.

Friday, April 04, 2008

Need a new job

Adik lelaki no.8 called semalam. Kata dia, cikgu galakkan bebudak kelas dia daftar kelas tusyen (dia amik STPM tahun nih) kat bandar Melaka. Aku tanya pendapat dia, perlu ke kelas tu? Dia cakap, dia lemah dalam biology..

Ok, aku faham. Nih musti pasal yuran nak bayar tusyen. Aku tanya lagik, sanggup ke nak berulang alik jejauh semata nak gi tusyen? Risau jugak. Bukan risaukan dia berjalan jejauh. Risau dia malas nak pegi tusyen je. Kang membazir je aku keluar duit kalau dia duk memonteng kelas. Jarak bandar Melaka dgn kampung aku agak jauh ok. Kalau naik bas makan masa hampir 45 minit.

Bersungguh dia yakin kan aku yang dia takkan miss pegi kelas tusyen. Kata dia, tayah risau pasal transport sebab member rapat dia pun daftar tempat yg sama dan bapak member dia boleh tumpangkan pegi sana.

Kalau camtu ok lah. Aku pun tak risau sangat. Esok, kena bagi dia duit pendaftaran. Pastu tetiap bulan kena asingkan duit untuk bayaran bulanan dia.. *seluk poket tengok pitis yg semakin berkurangan*.. Aduss.

Malam nih balik Melaka. Takde apa plan lagi nak buat kat sana. Just nak bagi cd gambar kahwin kat kak Hanis (Teratak Mempelai). Dia nak ambik gambar kami untuk buat banner baru butik pengantin dia. Merasa gambar aku terpampang besar kat pekan Masjid Tanah nanti.. ahahahahah.. *malu tauu*.. (tapi sukaaa).

Thursday, April 03, 2008

Banyak keje

Rupanya Trip to No Where tu hanya lah trip satu malam di atas Starcruise.. ahaha. Check in kul 6.00 petang kat Pulau Indah, pastu gi berlayar ntah mana ntah, check out pulak kul 7.00 pagi esoknya. Satu malam ok! Ingatkan pi seminggu or at least dua-tiga hari atas kapal.. Nih?? Memang kedekut kemut betul kompeni aku nih kan?

Anw, tak pe lah. Satu malam pun satu malam lah. Janji free. Oh, trip ini dah diawalkan dari bulan June ke 3 May nih. Dapat lah aku & Mamoru pegi.

Malam semalam gi shopping kat Sogo. Tak beli banyak pun (takde sales maa). Beli seluar keje & lingerie je. Sangat mahal ok harga baju-baju kat sana bila taim takde sales nih. Nak buat camana. Mahal pun terpaksa beli jugak. Aku memang dah kekurangan stok seluar.

Ekceli baju keje aku banyak. Tapi tu lahh penuh dgn skirt & blouse sendat je. Aku cadang nak tukar imej. Tanak seksi-seksa mcm dulu. InsyaAllah.. pelan-pelan.

Hujan lebat malam tadi kan? Takut aku dengar bunyik petir. Sampai terjerit aku dibuatnya. Mencicit aku menyelinap masuk bawah quilt. Terus kansel plan nak basuh baju. Nasib baik adik lelaki no.7 ada kat rumah taim tu (yang lelain belum balik). Kalau tak, mau aku merengek-rengek tipun Mamoru suruh balik cecepat. Seriyes tau, memang menakutkan.

Aku risau lah taim hujan-hujan camnih. Adik-adik aku bukannya ada kereta (kecuali adik lelaki no.2). Derang pegi keje naik motor je. Tak sanggup aku nak bayangkan cemana derang nak bawak motor taim hujan lebat camtu.. hish nauzubillah. Minta dijauhkan dari segala mender yang tak diingini. Amin.

Pasal nih lah aku duk galakkan adik-adik aku buat saving. Beli kereta. Senang nak bergerak. Lagipun kurang sikit risikonya dari bawak motor. Dulu ye lah tak mampu. Dengan gaji derang sekarang, aku rasa insyaAllah boleh.

Semoga dimurahkan lagi rezeki kami. Amin.

Tuesday, April 01, 2008

Adik no.3 dah keje tetap

Semalam dalam aku duk fikir bila lah aku dapat tengok konsert AF (semangat nak tengok sebab selama nih mmg tak penah tengok langsung). Tetiba ada pulak siaran ulangan konsert AF muncul kat tibi. Macam magic.. hehehe.

Ingatkan aku tader cannn langsung nak tengok AF. Yelah, jangankan nak tengok secara "live", ulangan pun aku tader masa nak tengok. Mana taknya, wiken lepas balik kampung Kuala Selangor, wiken nih plak dah berura-ura nak balik Melaka. Hahh bilanya ada masa nak menghadap tibi?

Siaran ulangan malam tadi start dari kul 11.30 malam sampai 2.00 pagi. Yes, 2.30 pagi ok! Macam tak pecaya je, aku boleh berjaga sampai pagi semata-mata nak tengok konsert AF. Gigih ke gila tu? hehehe.

Apa pun aku puas hati. Puas hati sebab dapat tengok konsert yg orang duk cakap-cakap selama nih. Dannnnn.. aku rasa itu adalah yg pertama & terakhir aku tengok konsert AF. Macam hampeh je rupanya. Ingatkan best la sangat.. hehe.

Tengah syok-syok tengok tibi, perut lapar lah pulak. Nak makan, aku tak masak satu hapah pun (Yer, aku admit aku agak malas nak masak kebelakangan ini. Nasib baik encik Mamoru ok je). Stok makanan dalam rumah pulak tinggal biskut-biskut yg tak sedap je (kena pi Tesco pasnih).

Mamoru ajak pegi KFC. Tapi manader KFC bukak pukul satu pagi kan? Tak tahan punya pasal, kami makan jugak nasik dgn lauk ikan masin goreng cilipadi (yang adik ipar aku masak). Share satu pinggan. Dengan nasik seciput, lauk tinggal secuit.. licinnnnn kami kerjakan tau! Gelak-gelak sambil makan dgn Mamoru. Gelakkan diri sendiri. Tu laa.. malas lah lagi, kan? Oh, malam tadi sepatutnya aku & Mamoru pegi meeting KREP kat Kuala Selangor. Tapi tak jadi lah (minta maaf tuan pengerusi) Kami tak larat nak patah balik ke sana. Penat balik kampung aritu pun tak hilang lagi. Kang tak pepasal dedua ponteng keje hari nih. Untuk itu, kami memutuskan untuk absent with apology.. hehe.

Aku dapat satu berita gumbira. Tapi bukan untuk aku lah. Untuk adik lelaki no.3. Alhamdullilah, dia sekarang dah diserap masuk ke dalam MRCB. Starting gaji pun boleh tahann. Tak sia-sia aku paksa dia masuk Khazanah Nasional Program. Tinggal wife dia je sekarang nih yg masih cuba untuk dapatkan keje tetap. Esok wife dia ada interview dgn PNB. Semoga dipermudah kan rezeki dia.

InsyaAllah, pasnih income memasing semakin kukuh. Dan aku pun tak ada masalah nak "lepaskan" derang kalau adik lelaki no.3 & wife dia berhasrat nak berpindah dan menyewa sendiri satu hari nanti. Lama gak derang duduk dgn aku. Setahun lebih rasanya. Kalau derang pindah, sure aku rindu gila kat baby Ayuni. Dah 4 bulan usia Ayuni. Dah pandai meniarap.. comel sangat tau.

Sure ada yg pelik duk fikir berapa orang sebenarnya yg tinggal serumah dgn aku. Ramaiii ok.

Aku & Mamoru
Adik lelaki no.3 & wife (dedua keje) + baby Ayuni
Adik lelaki no.5 (keje sambil belajar)
Adik pompuan no.6 (belajar - balik hujung minggu je / cuti semester)
Adik lelaki no.7 (belajar)

Lapan orang ok! Yerr, memang penuh rumah kecik aku. Tapi meriah! Walaupun ada antara adik-adik aku yg dah bekerja, aku tak penah minta derang tolong bayar sewa atau apa-apa bil (kengkadang kalau tak sempat tuu ada gak derang tolong bayar kan bil api / air). Maklum lah memasing baru nak mula belajar hidup kat KL. Aku, kalau boleh tanak lah bebankan derang. Kalau ada duit lebih tu simpan lah. Kumpul untuk beli harta sendiri. Bapak penah cakap, "Ayah bukan ada harta nak tinggalkan untuk korang semua. Belajar lah pepandai, keluar dari Melaka nih, dapatkan keje yg bagus-bagus, beli tanah, kumpul harta. Jangan jadi macam ayah, merempat kat kampung sendiri.." sedihh woo bila ingat kata-kata bapak dulu.

Satu je harapan aku, bila semua dah berjaya nanti, jangan bangga diri. Sentiasa ingat susah payah bapak & adik-beradik kita yg lain ok. Sayang korang semua.

Hmm.. emo pulak aku pepetang camnih.. pesal ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...