KENGKAWAN

Tuesday, April 01, 2008

Adik no.3 dah keje tetap

Semalam dalam aku duk fikir bila lah aku dapat tengok konsert AF (semangat nak tengok sebab selama nih mmg tak penah tengok langsung). Tetiba ada pulak siaran ulangan konsert AF muncul kat tibi. Macam magic.. hehehe.

Ingatkan aku tader cannn langsung nak tengok AF. Yelah, jangankan nak tengok secara "live", ulangan pun aku tader masa nak tengok. Mana taknya, wiken lepas balik kampung Kuala Selangor, wiken nih plak dah berura-ura nak balik Melaka. Hahh bilanya ada masa nak menghadap tibi?

Siaran ulangan malam tadi start dari kul 11.30 malam sampai 2.00 pagi. Yes, 2.30 pagi ok! Macam tak pecaya je, aku boleh berjaga sampai pagi semata-mata nak tengok konsert AF. Gigih ke gila tu? hehehe.

Apa pun aku puas hati. Puas hati sebab dapat tengok konsert yg orang duk cakap-cakap selama nih. Dannnnn.. aku rasa itu adalah yg pertama & terakhir aku tengok konsert AF. Macam hampeh je rupanya. Ingatkan best la sangat.. hehe.

Tengah syok-syok tengok tibi, perut lapar lah pulak. Nak makan, aku tak masak satu hapah pun (Yer, aku admit aku agak malas nak masak kebelakangan ini. Nasib baik encik Mamoru ok je). Stok makanan dalam rumah pulak tinggal biskut-biskut yg tak sedap je (kena pi Tesco pasnih).

Mamoru ajak pegi KFC. Tapi manader KFC bukak pukul satu pagi kan? Tak tahan punya pasal, kami makan jugak nasik dgn lauk ikan masin goreng cilipadi (yang adik ipar aku masak). Share satu pinggan. Dengan nasik seciput, lauk tinggal secuit.. licinnnnn kami kerjakan tau! Gelak-gelak sambil makan dgn Mamoru. Gelakkan diri sendiri. Tu laa.. malas lah lagi, kan? Oh, malam tadi sepatutnya aku & Mamoru pegi meeting KREP kat Kuala Selangor. Tapi tak jadi lah (minta maaf tuan pengerusi) Kami tak larat nak patah balik ke sana. Penat balik kampung aritu pun tak hilang lagi. Kang tak pepasal dedua ponteng keje hari nih. Untuk itu, kami memutuskan untuk absent with apology.. hehe.

Aku dapat satu berita gumbira. Tapi bukan untuk aku lah. Untuk adik lelaki no.3. Alhamdullilah, dia sekarang dah diserap masuk ke dalam MRCB. Starting gaji pun boleh tahann. Tak sia-sia aku paksa dia masuk Khazanah Nasional Program. Tinggal wife dia je sekarang nih yg masih cuba untuk dapatkan keje tetap. Esok wife dia ada interview dgn PNB. Semoga dipermudah kan rezeki dia.

InsyaAllah, pasnih income memasing semakin kukuh. Dan aku pun tak ada masalah nak "lepaskan" derang kalau adik lelaki no.3 & wife dia berhasrat nak berpindah dan menyewa sendiri satu hari nanti. Lama gak derang duduk dgn aku. Setahun lebih rasanya. Kalau derang pindah, sure aku rindu gila kat baby Ayuni. Dah 4 bulan usia Ayuni. Dah pandai meniarap.. comel sangat tau.

Sure ada yg pelik duk fikir berapa orang sebenarnya yg tinggal serumah dgn aku. Ramaiii ok.

Aku & Mamoru
Adik lelaki no.3 & wife (dedua keje) + baby Ayuni
Adik lelaki no.5 (keje sambil belajar)
Adik pompuan no.6 (belajar - balik hujung minggu je / cuti semester)
Adik lelaki no.7 (belajar)

Lapan orang ok! Yerr, memang penuh rumah kecik aku. Tapi meriah! Walaupun ada antara adik-adik aku yg dah bekerja, aku tak penah minta derang tolong bayar sewa atau apa-apa bil (kengkadang kalau tak sempat tuu ada gak derang tolong bayar kan bil api / air). Maklum lah memasing baru nak mula belajar hidup kat KL. Aku, kalau boleh tanak lah bebankan derang. Kalau ada duit lebih tu simpan lah. Kumpul untuk beli harta sendiri. Bapak penah cakap, "Ayah bukan ada harta nak tinggalkan untuk korang semua. Belajar lah pepandai, keluar dari Melaka nih, dapatkan keje yg bagus-bagus, beli tanah, kumpul harta. Jangan jadi macam ayah, merempat kat kampung sendiri.." sedihh woo bila ingat kata-kata bapak dulu.

Satu je harapan aku, bila semua dah berjaya nanti, jangan bangga diri. Sentiasa ingat susah payah bapak & adik-beradik kita yg lain ok. Sayang korang semua.

Hmm.. emo pulak aku pepetang camnih.. pesal ek?

4 comments:

Anonymous said...

ad...kat opis nana dok ade keje kosong kalu adik ipar ad nk apply. kelayakan ijazah la.. ape email ad ek?? -Nana-

aD said...

email ad, adlyana79@gmail.com.. dia ada degree. tapi tu lah, belum ada rezeki.. mekaseh nana :)

is said...

eh ad, rasa2nya KFC ada 24 jam da..kena google pasni.

aD said...

tu lah.. tp tak semua tempat kan? part nak mencari tu yg letih (ekceli malas) hehehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...