KENGKAWAN

Tuesday, April 15, 2008

Berlakon jap

Aku tengah berlakon nih. Tengah pura-pura bz menaip sambil buat muka seriyes pekat. Rasanya hampir menjadi lakonan aku sekarang nih. Sampai boss aku yg berdiri depan pintu tu takut nak tegur aku. Terus dia senyap sunyi pegi boardroom sengsorang.

Hehehe berjaya sungguh taktik aku. Taktik untuk melarikan diri dari kena berborak perkara tak perlu dgn boss..

Ekceli, aku bukan aku tak suka berborak. Tapi dgn boss yg baru nih aku kurang gemar sikit lah. Dia kalau dah start bercakap, payah nak berenti. Yang paling aku tak tahan tu, style dia bercakap. Terhenti-henti. Nak menyebut apa yg ada dlm fikiran dia tu "bercinta" sungguh. Aku yang mendengar boleh jadi jadi mengah dibuatnya. Sampai aku terpaksa jadi tukang sambung untuk ayat-ayat yg dia nak cakap. Seksa ok nak tunggu dia habiskan sebaris ayat!

Ops. Termengumpat pulak. Sedap je aku mengata. Buatnya Tuhan balas balik kat aku.. hissshh, nauzubillah min zalik. Apa pun, boss baru nih baik orangnya (ayat nak kaver baik.. ahahahah.. boleh?)

Semalam, aku cek jadual (keje + outdoor + xtvt lain) untuk tahun nih. Wah wah.. tetiap bulan ada je mender yg nak dibuat. Sampai bulan lapan dah hampir fully occupied tau.

Bulan lima ada trip.. *best*..
Bulan enam ada trip.. *best*..
Bulan tujuh sampai bulan lapan aku kena keje berjauhan dgn Mamoru sekejap.. *sob sob*..
Bulan semilan dah puasa
Bulan sepuluh raya

Nih belum masuk lagi program-program sampingan lain yg belum ditetapkan tarikh lagi.. pun belum dimasukkan kelas-kelas yg harus di-attend kalau aku diterima sambung belajar bulan tujuh nanti.. punnnnn belum dimasukkan appoinment-appointment dgn doktor lagik kalau plan aku untuk pregnant lepas bulan June tercapai (hahahah..cewaahhh)..

Banyak betul planning kan. Takut pulak aku kalau tak terkejar semuanya. InsyaAllah boleh kut. Yakin boleh!

Sebut pasal sambung belajar, rasanya pertengahan bulan May baru boleh tahu status permohonan aku. Tadik cek kat internet dia tulis "sedang diproses". Harap permohonan aku diterima dan harap sangat semua yang aku plan berjalan lancar :) Doakan untuk aku sama yer..

Eh, boss aku nak balik dah kut. Boleh lah aku buat keje macam biasa.. hehehe.. pelik kan? Boss ada, aku surf internet. Boss takde baru nak buat keje.. terbalik pulak.. hehehehe (eleh, macam lah buat keje sangat kan? kan?)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...