KENGKAWAN

Tuesday, April 22, 2008

Tinggal empat lagi

Hari nih nak serius sikit (ehemm).

Adik lelaki no.3 dapat free annual trip dari kompeni dia ke Hong Kong bulan depan. Wife dia (SIL) pulak, dapat trip free ke Angkor Watt bulan lapan nanti.. Wah wah wah, berjalan je lah kejenya derang nih. Oversea lagik tu. Jeles aku tau.. hehe.

Alhamdullilah dah rezeki derang. Sebenarnya aku tader lah jeles ke haper (sikit tu ada lah hehehe). Tapi lebih pada bangga tau. Yelah, aku sendiri saksikan susah senang derang start dari derang suami-isteri duduk dgn aku lepas graduate hujung 2006 dulu. Susah payah derang menganggur, hantar resume sini sana, keje part time, attend training sampai lah Ayuni lahir.

Jadi bila derang dah dapat keje tetap, income stabil & mampu manage life sendiri, siapa yang tak hepi kan?

Tak lama lagi mungkin derang akan bersuara untuk pindah dari rumah aku.. huhuhu sedihnya. Takpe aku faham. Rumah aku nih ramai. Penuh dgn adik-adik. Sure derang nak privacy. Aku pun memang galakkan derang beli rumah dan kumpul harta sendiri untuk kegunaan masa depan.

Lega hati aku.. sorang lagi dah lepas. Tinggal empat orang lagi yang masih belajar. InsyaAllah, aku akan terus kuat untuk jaga adik-adik aku semua. Yakin boleh!

Dulu kan, masa memula aku aku terima 'amanah' nih aku cam pening gila. Yelah, mau tak pening bila fikir diri sendiri pun tak terjaga, inikan pula nak jaga adik-adik.

Masa sorang demi sorang adik-adik duduk dengan aku kat KL nih laaagggiii lahhh pening. Mana nak fikir makan minum derang, duit belanja tetiap hari / bulan, ubat sakit demam derang, masa depan derang, risau derang salah pilih kawan.. cemacam lagi lah.

Pening ok. Adik-adik aku pulak, bukan semuanya pass SPM dgn flying colors. Jadi proses nak mencarik alternatif untuk sambung pelajaran derang tu makan masa dan duit yang bukan sedikit. Hampir tetiap hari aku bukak suratkhabar, cari peluang belajar untuk adik-adik. At least peluang yang bersesuaian dengan income aku lah kan.

Kenkadang tu bila terlalu sangat fikir pasal life, terlalu sangat compare dgn hidup orang yg jauh lebih bertuah, aku jadi sedih. Orang lain ada family yang cukup sempurna. Ada mak ayah, tuk nenek yang mampu jaga & bagi sepenuh kebahagiaan pada anak-cucu derang. Tapi aku? Apa yang aku ada? Siapa yang nak tolong back-up? Mampu ke aku nak jaga 'amanah' nih semua?

Sedih bila fikir pasal hidup adik-adik nih. Lelebih lagi bila fikir apa yg derang harungi dalam umur yg masih terlalu muda. Seriyes ok, kalau nak cerita pasal sejarah dedolu.. ada yang berair biji mata nanti.. esp taim kami adik-beradik dipisah-pisah kan oleh nenek tiri untuk dijaga oleh sedara-mara yang lain masa bapak tumpangkan kami kat rumah nenek tiri dulu (1989). Taim tu bapak keluar bekerja kat KL untuk kumpul duit cari rumah sewa untuk bawak kami pindah. Melelehhh air mata bapak bila dapat tau nenek buat kami camtu tau. Kesian bapak kehulu kehilir macam orang gila cari kami semula. Nak collect balik sorang-sorang (eh bunyik macam barang pulak nak collect-collect nih..hehe). Bukan dekat ok. Sorang kat Pahang, Kajang, Negeri Sembilan, Singapura, Selangor.. bersepah.. hehe

Op.. ops stop. Cerita lelebih kang, air mata aku plak yang meleleh nanti.. hehe. Cukup lah sekadar aku tulih, aku kagum dgn kesabaran & ketabahan bapak dalam membesarkan kami adik-beradik tanpa arwah mak. Itu lah yg aku pegang sekarang nih. Harap, aku akan sentiasa sabar & tabah dalam melaksanakan amanah bapak & arwah mak.

Aku bersyukur adik-adik aku bukannya jenis merayau tak tentu hala. Tetiap petang asal aku balik keje, semua dah ada kat rumah. Bila wiken pulak, asal aku buat plan nak mendaki gunung / camping / piknik / jogging, semua nak join sekali. Senang hati perut aku. Apa pun sekarang, aku kena pastikan yang empat orang lagi nih dapat cukup ilmu untuk masa depan derang. InsyaAllah, aku percaya Tuhan akan permudahkan semuanya.

Oh, aku dah kena start buka akaun SSPN untuk dua orang adik aku. Dengar kata, kalau adik-adik aku nak buat pinjaman PTPTN untuk sambung belajar, derang kena ada akaun SSPN. Hmm.. SSPN ni apa ek? Nak kena search kat internet nih..

Cerita lain pulak:

Semalam kan Mamoru cakap ada orang dari **** tipun, suruh dia datang interview esok. Tak sangka tau. Aku yang beria-ia cari keje lain, dia pulak yang dapat interview.. hehe.

Ekceli, Mamoru takde pun cari keje lain. Dia kan baru je beberapa bulan keje kat tempat baru. Tapiii.. dah orang rekemen. Pegi je lah kan. Manatau bertambah lagi rezeki dia... Rezeki dia means rezeki aku jugak lah kan? hihihi. Harap semuanya berjalan lancar. Doakan sama untuk Mamoru ek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...