KENGKAWAN

Friday, May 30, 2008

Aku yang teringin

Lately nih, aku suka sangattt baca blog tentang baby, pengalaman orang mengandung, parenthood, etc.. Sampai aku sendiri rasa jeles & tak sabar nak alami mender yg sama.

Hampir setiap hari, kalau nampak je baby kat memana, terus aku cakap kat Mamoru.. "b, aD nak satu, boleh?".. Rasanya dah tak terkira berapa kali aku cakap camtu. Kengkadang aku cakap secara seriyes, kengkadang aku cakap dengan emosi-terlebih, ada masa pulak aku cakap memain jer.

Sampai kan Mamoru yg turut seriyes dengar permintaan aku memula dulu boleh buat lawak pulak sekarang nih. Kata dia.. "Jangankan satu, lima pun b boleh bagi".. Tergelak aku mendengarnya.

Percaya tak kalau aku cakap, aku dah ada nama untuk future baby aku nanti. Yesss y'all... dah ada nama ok!. Tak kira lah baby pompuan atau lelaki, semua aku dah siapkan nama.. Over kannn? Lebih advance lagi, aku dah siap hapal segala keperluan pemakanan untuk ibu-mengandung, surah amalan, petua-petui, dannnnn paling haibattttt, aku dah siap listkan senarai hospital yg sesuai untuk aku deliver future baby tu nanti ok! Muahahaha.. kemaruk tak kemaruk tu.. Pada hal, baby nya belum wujud pun lagi.. huhuhuhu.

Melampau kan?? Baby belum ada dah planning memacam. Nih kalau usia pregnancy baru sebulan dua, kompemmm semua kelengkapan dah siap tersedia depan mata.. hehehe

Harap semuanya dimakbulkan Tuhan.. *amin* (doakan sama yer kengkawan).

Ok, cakap pasal mender lain pulak:

Planning nak daypack mendaki Nuang esok dah bertukar. Ada permintaan untuk mendaki Nuang malam nih la pulak. Ingatkan takde yg nak mengikut, sekalikkkk.. ramai lah pulak. Siap planning nak buat BBQ kat Lolo tu. Sib baik lah aku ada beli sekor ayam & 2 ekor ikan semalam. Boleh lah bakar malam nih. Tapi kalau ikut jumlah orang yg join, konpem tak cukup. Pepandai derang lah nak tambah apa-apa patut. Kita buat style pot-luck je lah. Kongsi apa yg ada.

Hmm.. gerak malam nih? Alamakk aku tader headlamp lerr. Lampu picit Mamoru yg besar tu ada lah. Aku punya headlamp dah kaputzz sejak kena pijak dgn Yap kat puncak gunung Kenderong dulu. Sampai sekarang nih asyik bertangguh nak beli. Masakkk lahhh malam nih. Mana nak berkejar beli headlamp, mana nak marinate bahan untuk BBQ, nak packing barang lagikk..

Eh.. eh.. japp.. BBQ kat Lolo? Ahahaha.. pengsan lah sesaper yg jadi tukang angkat arang. Of coz aku terselamat (akak dah lama tak exercise.. tak larat dek nonn). Nak pedajalkan Mat Wei lah malam nih. Dia kan sokmo orang besi.. hehehe (abes lah, awal-wal niat dah tak baik kannn)

Hepi wiken kengkawan.

Thursday, May 29, 2008

Kedemaman lagik

Masuk hari nih dah hampir seminggu aku demam. Hari nih baru nampak tanda-tanda nak kebah sikit. Tu pun still, batuk non-stop.

Aku baru perasan, asal tiap-tiap hujung bulan je mesti aku demam. Demam pulak, bukannya sehari dua boleh kebah. Kalau tak direct seminggu memang tak sah. Teruk kan antibodi badan aku sekarang nih?

Tapi, demam-demam pun best jugak. Sebab, asal balik keje je, Mamoru dgn rajinnya akan tolong kemas rumah & memasak. Jangan memain.. masakan sambal Mamoru sangat sedap ok!

Syok sangat tau bila demam nih. Tayah buat keje rumah. Tayah masak. Tayah sesusah bangun bila nak makan / minum. Semuanya terhidang depan mata. Taim tidur pulak, siap kena tepuk-tepuk, belai-belai sampai terlelap.. fuuhh bestnya lahh (time kasih b! syg sangat!!)

Esok, mungkin aku masuk opis lambat. Nak pegi UM kejap. Nak settlekan hal yuran. Mahal ok yuran untuk sambung Master nih. First semester je kena bayor RM 4700! Tuu belum masuk yuran semester untuk adik no.6 kat Unisel. Konpem kena tambah ribu-raban lagik. Adusss.. pening kepala dibuatnya. Rasa nak demam lagi sekali dah nih...

Haii bila lah aku nak dapat gaji 10k sebulan nih. Tayah sesusah nak memikir camne nak jaga adik-adik kat umah.. huhuhu (ewahh.. tak reti bersyukur lak tu).. iskk..

Sabtu nih nak masuk hutan. Daypack ke Nuang.

Opss.. baru jap tadi kata demam kan? Hehehe.. biasalah aku nih, nama je demam. Tapi asal sebut nak masuk hutan terus sihat walafiat gituu.

Sebetulnya, keadaan memaksa aku masuk hutan (cewahh). Kena training maa. Tinggal 3 minggu je lagi sebelum aku depart ke Sarawak. Kalau miss training minggu nih, rugi lah kan. Weekdays takde masa, kena keje. Wiken je ada. Tu pun nak kena bagi-bagi masa nak balik kampung, nak attend kenduri kawen, etc. Jadi, tak boleh tidak, Sabtu nih pegi jugak. Alah, daypack jer. Kalau larat, aku naik sampai puncak.. kalau takkk, sampai Lolo pun jadi lah. Nak obernite kat Lolo, tak dapat lah geng, hari Ahad tu aku kena attend kenduri kawen kat Kuala Selangor lahh.

Iklan: Pekatu nyer wedding pun jatuh pada 1 Jun kan. Tahniah & selamat pengantin baru buat Pekatu @ Fizi. Mintak mahap lah tak dapat attend. Clash dgn wedding member lain pulakk. Aku nak post hadiah takde alamat pulak tu. Kad tak sampei-sampei. Ada ke invite kat multiply tanpa alamat segala.. excited sangat nahh??

Sambung balik:

Sebut pasal mendaki gunung nih, aritu adik lelaki no.2 called. Dia suruh aku buat trip naik gunung untuk 14 & 15 June nih. Kalau boleh nak naik gunung yg tinggi-tinggi katanya.. Wahh, kemain betul adik aku nih. Mementang wife dia outstation ke Sabah taim tu, panjang langkah nak ikut aku masuk hutan.

Adik no. 2 nih sebenarnya lebih dulu kenal gunung dari aku. Dia start mendaki masa umur dia 14 tahun kut? Ke lebih awal?? Tak ingat lah. Tapi sejak keje & kahwin nih, jarang dah dia memanjat-manjat nih. Keje 24 jam. Gila keje adik aku tu.

Ehh dah la tuu. Berpinar kepala aku menghadap komputer nih lelama. Sambung keje dulu.

Thursday, May 22, 2008

Mengidam ke hutan

Terdiam Mamoru bila aku cakap aku teringin sangat nak habiskan mendaki senarai gunung-gunung yg ada dalam list peberet aku tau..

Ntah sempat sempat ntah tidak.. mana nak naik gunung, mana nak dapatkan baby, mana nak study.. pluss keje lagik.. aduss.. macam mana nak bahagi masa nih??

Gambar dibawah tidak berkaitan dgn cerita di atas.


Nih gambar kat air terjun Sg Chilling, Kuala Kubu, Selangor - dari kiri, adik lelaki no. 7, Abby, adik pompuan no.6, Mamoru & Aku

Hmm.. esok aku cuti. Mamoru pun sama. Noooo, kitaorang bukan pegi masuk hutan, tapi nak pegi Teluk Intan.

p/s: Apa ubat nak tetapkan hati aku supaya boleh berjauh dari hutan & boleh duduk rumah dendiam??

Wednesday, May 21, 2008

Trip Sarawak

Lepas habis meeting (read as: borak sambil makan-makan dalam boardroom) tadi, aku call Mulu Park. Saja nak double confirm dgn derang pasal xpdc bulan depan. Last aku bercakap dgn orang kat Mulu masa buat booking hujung tahun lepas. Cuak gak kekalau dah sampai sana, nama takde dalam list pulak.

Oh, sebelum tu nak iklan jap.. Tadi kan, masa meeting ada orang puji dressing aku tau.. hehehe. Lawa katanya. Pada hal, dia tataw aku pakai sebat je baju kurung aperntah (style cheongsam), pastu pakai seluar panjang. Ntahapehaper punya pesen - Kes malas nak gosok kemeja.. kuikuikui. Tapi, dah orang kata lawa kann.. maknanya taste aku tader lah ke laut sangat (sekali lagi pepandailah korang guna imaginasi – aku tadok gambar nak upload)

Ok, sambung balik:

Bercakap dgn petugas kat Mulu Park nih sebenarnya satu hal gak. Ntah lah, walaupun aku & petugas tu sesama orang Me'sia, hakikatnya (cewahh bahasa) aku rasa macam bercakap dgn orang dari lelain negara pulak. Payah betul derang nak paham apa yang aku nak. Cakap melayu salah.. cakap omputeh susah.. iskk..

Sudahnya, lepas dekat setengah jam memasing tergeliat lidah, baru lah derang pass phone tu kat superior derang. Aduss.. aper lah susah sangat. Kalau pass call aku awal-awal kan senang. Takde lah aku sesusah payah nak ber "kamik kitak" dgn petugas memula tadi.

Alhamdullilah, semua dah ready. Tinggal nak bertolak je. Tapi yang tak best tu, ada few trip yg dah naik harga. Gereemm aku. Makin lama, makin mahal pulak ek costing nak mendaki gunung nih.

Oh part yg best nanti, masa hari last kami kat Sarawak, team xpdc kami mungkin akan bertembung dgn team Sham Castello. Tapi taim tu derang baru sampai sedangkan kami dah nak balik.

Ekceli, aku tergerak nak buat xpdc ke gunung Mulu & gunung Api nih berpunca dari Sham Castello arr. Dia yang cabar aku buat trip nih.. hehehe.. Aku plak, pantang orang cabar-cabar . Kan aku dah buktikan.. tu pasal lah aku pilih tarikh xpdc seminggu awal dari dia. Biar kami bertembung kat sana.. boleh aku sengeh-sengeh bangga-riak-sumbung-bongkak depan dia nanti.. huhuhuhu.

Selain dari menyahut cabaran, main point aku buat trip nih, sebab nak tau costing sebenar keseluruhan trip. Setakat nih, costing yg aku buat agak murah kalau compare dgn trip orang lain yg aku dengar. Tapi tataw lah kan.. nak tau detail pasal costing, kena tunggu aku balik dari sana lah.

Next pulak.. meeting dgn team xpdc pulak. InsyaAllah, sebelum hujung bulan nih aku nak jumpa derang semua. Tak ramai pun.. 5 orang je termasuk aku & Mamoru.. hehehe. Dann aku sorang je pompuan. Takpelah, Mamoru kan ada.

Buat kak Yati & kak Melati, apa kess naik gunung bawak khemah. Tido satu sleeping bag je lah. Apadehal.. halal & toyibbah gituuuu.. muahahaha.

Tuesday, May 20, 2008

Teman Mamoru keje

Semalam, baru laa dapat keluar berjalan dgn Mamoru setelah dua hari menghabiskan cuti melepak kat rumah dgn Ayuni. Tapi.. bukan berjalan makan angin. Pi temankan Mamoru buat keje sebenarnya.

Ekceli, aku yang ngengada nak mengikut. Bukan apa.. geremm ok, bila tetiba Mamoru dapat call suruh buat testing "apakemenderntah" kat SUK Shah Alam. Bila tengok muncung aku dah ala-ala hornbill, terus dia ajak aku ikut sama.

On the way ke tu, Mamoru sanggup pusing dulu pi belikan aku donut Big Apple kat Tesco Cheras, pastu baru gerak ke SUK. Semata-mata nak jaga hati aku tau. Oh, aku nih kengkadang macam budak-budak juga. Kalau aku tengah merajuk, tayah beli hadiah memahal nak memujuk, beli je memender makan yg aku suka (e.g., coklat, donut even laksa pun jadikkk). Gerenti mood ok balik.. senang kan nak jaga aku nih? hehehe.

Masa dalam keta, Mamoru dengan rajinnya meng-explain keje-keje yg dia buat kat SUK - tentang LAN, MAN, WAN - siap cerita detail setiap satu. Aku dengar camtu-camtu je lah. Bukan paham pun. Fikiran aku duk fikir bila lah nak sampai - tak sabar nak makan donut choc-cappucino peberet aku tu.. hehehe (ampunnn b)

Jom layan gambar yg Mamoru amik kat SUK semalam..

Nih gambar bilik mesyuarat dewan undangan negeri selangor. Best pulak dapat tengok bilik nih secara live sambil tengok orang gov buat rehersal nak sambut sultan selangor datang meeting (hari nih ke esok ek? tak ingat laa)

Kuning tu tempat duduk "King" (kata Dania)


Boss Mamoru, Dania (anak boss Mamoru) & Me tengah lepak kat bilik mesyuarat nih. Sepatutnya aku update entry nih semalam, masa kat tempat nih. Tapi bateri laptop 'kong' laa pulak.


Dania nih baru empat tahun.. tapi sangat petah & peramahh. Kalau dia nampak kanak-kanak sebaya dia dari jauh, dia akan lambai-lambai sambil cakap "hello, friend!!".. Siap berdiri nih nak greet kawan baru tu. Wah, kagum aku. Apa 'resepi' yg boss Mamoru guna untuk buat kanak-kanak jadi peramah & tak malu nak berkawan nih??

Oh, Mamoru & boss dia bukannya buat keje kat sini. Datang sekadar nak melawat kawasan. Apa pun, aku enjoyy sangat temankan Mamoru. Setidaknya ada mender baru yg aku belajar. Dannn yang paling penting, Mamoru boleh tukar cuti yg dia 'burn' semalam dgn mana-mana hari yg dia sukaaa.. yeyeh, boleh cuti lagi!

Monday, May 19, 2008

Ayuni II

Shh.. she's asleep..






Saturday, May 17, 2008

Ayuni

Adik no.3 & wife dia balik kampung kul 5.00 ptg tadi. Maknyanya start kul 5 tadi Ayuni berada sepenuhnya dibawah jagaan aku.

Layan gambar je lah. Dah tengah malam dah nih.. aku penattt dan ngantukkk sesangattt.


Tengok tu.. dia buat muka nakal. Gambar nih di amik baru jap tadi - kul 11.30 malam. Dari petang Ayuni tadi tanak tido. Bagi susu pun tanak tido jugak.. Asyik nak berkepit dgn aku je sampai aku terpaksa masak sambil dukung si comel nih. Suruh Mamoru dukung bawak pi ruang tamu pun dia tanak.. duk menangis sampai merah-merah muka. Terpaksa lah Mamoru terpacak kat dapur sesama dia tengok aku memasak.


Pelik aku.. suka sangat main kat punggung Mamoru.


Penat aku pangku.. kemain besar mata dia. Tak ngantuk ke Ayuni??


Taim nih da 11.45 malam. Baru nampak mata dia kuyu.. Dekat kul doblas baru terlelap.. Aduss, ngantuknyaa aku. Harap dia lena sampai subuh nanti.

Lets call it a day then.. zZzzz

Friday, May 16, 2008

Virtual Makeover

Aku baca blog kak Apple pasal virtual makeover kat www.taaz.com.. Pastu aku try mekap kan gambau aku. Wallaweii.. cam gayat sekejap. Macam real ok. Boleh mekap muka sendiri pakai komputer je. Cemacan product yg aku guna.. ada MAC, Loreal, etc. Wah.. pandai betul orang yg cipta mender alah tu kan. Terasa diri nih jauh ketingagalan..

Ok, tanpa membuang masa, jom kita layan gambau yg aku dah tacap kat bawah nih.


Nih gambau original.. gambar aku tanpa sebarang mekap.


Hahh.. nih pulak selepas aku tepekkan foundation, concealer, blusher, lipstik, maskara, eyeshadow & contact lens.. Macam REAL kan???


Nih pulak, lepas aku tambah rambut pelesu. Fuhh.. mula lah aku verangan jadik artis nih.. huhuhu


Opss.. dah jadi rupa Anita Sarawak laaa pulakkk.. Ohh yg nih bukan aku yg tacap oke.. Nih hasil kerja Mamoru.. Yerrr jangan tak caya. Dia pun sibukkkkk nak menyelit mekapkan aku sama hehehe.. Boleh tahan gak ek hasil keje dia. Ada bakat jadi mekap artis suami aku nih.. huhuhuhu

Bagi korang yg tak reti mekap secara live.. boleh lah belajar mekap diri sendiri kat sini dulu.. Konpem terus pandai pasnih.. hehe

Jadi nanny sekejap

Wiken nih aku cuti sampai Isnin.. selebret cuti wesak sekali.. diulang, selebret cuti ok. Bukan selebret wesak day.

Tak pegi memana pong cuti kali nih. Mamoru mungkin kena keje. Dan aku pulakk.. kena babysit Ayuni.. the whole wiken + holiday ok! Merasa lah aku bermadu & terpaksa tido jarak-jarak sebab ada orang ketiga kat atas katil huhuhu. Konpem tiada lagi mimpi-mimpi nan indah taim malam. Kena belajar tido style ayam lah nampaknya. Baru senang nak bangun buat susu kalau ayuni meragam.

To encik Mamoru.. start esok, kita tido ikut shif ok? kuikuikui.

Oh, jangan ingat aku tak suka jaga baby.. aku sangattttt suka ok. Boleh laa aku feeling-feeling macam Ayuni tu baby aku sendiri.. hehehe. Dan aku sangat bangga bila jenjalan kat luar dgn Ayuni. Sebab ramai yg akan menoleh & puji aku Ayuni comelll.. yang mana secara tak langsung mereka akan memuji aku jugak lah kan (sebab mesti derang ingat Ayuni tu baby aku). Konpem ramai yang makan atii ok bila tengok badan "mak Ayuni" nih rampingggg & macam anak dara lagikkk.. muahahahahha.

Mamoru? Dia pun sangat sukakan budak kecik. Tapi style dia jaga baby sangat simple. Dia akan dudukkan Ayuni atas pangku dia sambil layan borak dgn Ayuni pasal bola kat ESPN. Ayuni pulak, syiok je melayan. Macamkan paham je apa yg Mammoru cakapkan. Hmm.. kalau camnih lah style Mamoru, aku rasa cam nak dapatkan baby lelaki dulu lah.. Kut kalau Mamoru ajak baby kami nanti layan bola hehari pun takde lah aku heran sangat..

Memandangkan cuti kali nih agak lama, aku akan try hapdet blog dari rumah. Tu pun kena curi-curi tulis bila Ayuni dah tido & bila Mamoru takde kat rumah ler. Aku kalau Mamoru ada rumah, memang 'bercinta' sikit nak bukak internet. Baik aku layan Mamoru dari merapu sengsorang kat blog nih.. hehehehe.

Oh, Ahad nih ada meeting bulanan KREP kat Kuala Selangor. Kalau terpaksa pegi, mungkin kami angkut Ayuni sekali.. sukanyaaaa bawak anak orang pi jenjalan.. anak sendiri bila pulak ek? Taper.. sabau.. sabau..

Thursday, May 15, 2008

Malam Gala GO

Aku baru dapat tau pasal Dinner nih. Itu pun Ayu call semalam tanya aku pi ke tak dinner sempena ulang tahun ke-10 Gunung Online.

Lama aku tak masuk GO. Bukan tanak masuk tapi dah tak banyak xtvt baru yg di-advertise kat situ. Kebanyakkan pendaki suka sangat buat trip underground sekarang nih. Tu yg jarang aku masuk. Biasanya, kalau nak tau xtvt terkini bebudak gunung, aku prefer login kat multiply je.

Pagi tadi aku cek flyer dinner nih.. Mak datukkk.. siap ada dress code hitam-putih gituuu. Siap ada hadiah untuk best dress ok! Fuiyyoooo.. ala-ala prom nite citer omputeh gittuuu.. hehehe. Nih dinner style set ke buffet ek? Ada dancing-dancing tak? kwang kwang kwang..

Aku kalau bab nak bergaya dgn elegan nih memang tayah disuruh-suruh. Laju je aku tacap mekap tetebal kat muka nih.. hehehe. Yelah, dah keje aku pun buat event. Part-part formal dinner nih dah selalu sangat aku attend.

Tapiiii kannn... untuk dress up drop dead depan bebudak gunung.. hmm.. *jap aku pikir*.. Iskk camno ek? Malu arr. Ntah lah.. bagi aku bebudak gunung nih semua low profile punya orang. Dressing kalau jumpa kat dalam / luar hutan sempoi je.. Kut kalau derang buat dinner dengan dress code "uniform gunung", aku rasa takdelah pelik sangat compare dgn yg nih.. huhuhuhu.

Tapi takper, mungkin ini menunjukkan bebudak gunung nih sebenarnya sangat pandaaiiii dalam berfesyen. Bukan setakat boleh memperagakan "uniform gunung" yg sangat selekeh & busuk, malah boleh mengayakan pakaian formal yg wangiii gittuuu. Sesuatu yg orang lain belum mampu buat. Barrgusss sekali.

Aku dah tanya Mamoru sama ada dia nak attend atau tak. Dia suruh hold dulu. Once dia bagi green light nanti, berdesupppp aku hantor evening dress aku ke loundry - suruh gosok.. hehehe.

So, pada kengkawan yang pegi dinner nih.. haper lagi, dressing la sehabis maut. Tak sabau aku nak tengok muka-muka berlengas korang nih dipenuhi dgn foundation /maskara / blusher / lipstick.. huhuhuhuhu.

p/s: Errr.. encik organizer, tadok diskaun ke kalau tolong promot nih? kuikuikuikui..

Wednesday, May 14, 2008

Tukar layout gambar

Aku tukar gambar depan layout blog nih.. hehehe. Saje try skill meng-edit guna photoshop. Sempoi je lah hasilnya. Aku bukan reti guna photoshop pong. Baru-baru nak belajar.. huhuhu.

Gambar nih di amik waktu pagi kat puncak Kenderong. Gambar kecik tu pulak masa baru gerak dari starting point. Kalau tak silap, trip nih dibuat seminggu selepas raya tahun 2006.

Dalam bebanyak xpdc gunung yg aku join, aku rasa trip Gunung Kenderong kat Grik, Perak yg paling meninggalkan kenangan ngeri. Maunyaa tak, kat gunung nih lah Mamoru kena patuk ular tau.

Yang kelakarnya, Mamoru yg kena patuk, aku pulak yang menangis tersedu-sedu mengalahkan orang sakit pulak. Apa pun alhamdullilah, mujur tindakkan pantas team xpdc kami dapat menyelamatkan keadaan. Kami berjaya sampai ke puncak Kenderong & turun keesokkannya dengan selamat.

Nyaris helikopter nak landing atas puncak gunung malam tu tau.. kalau tak, merasa team kami keluar berita kat suratkabar.. hehehe.

Oh, cakap pasal gunung.. aku rasa nak buat perjumpaan dgn team xpdc aku ke Sarawak - bincang pasal trip ke Mulu & Api. Konpem Apek risau bila aku senyap je pasal trip nih. Aduss.. bila ek nak jumpa-jumpaan nih.

Iklan: Rilek Pek, bab tiket flight & booking, semua dah settle. Tinggal nak bawak badan je. Exercise bebanyak (alaa ko kalau tak treneng pun takper kan.. badan menten) dan jangan lupa bawak duit belanja lebih. Mana tau kalau sempat kita boleh bayor guide layann headhunter trail (kalau larat arr..kuikuikui).

Mungkin trip Sarawak nih bakal jadi trip last untuk aku. Pasnih aku nak "cuti lama". Nak prepare badan untuk dapatkan baby.. muahahaha. Umur aku dah 29 beb! Heharap, bila aku masuk angka "30" tahun depan, aku dah ada sorang baby. Pastu, kalau teringin sangat nak naik gunung, boleh lah aku angkut anak aku sama.. (berangan lagik). Tu pun kalau badan aku menten cam sekarang nih lah kan.. Kut kalau overweight.. kena tunggu aku grad kursus marieclaire dulu lah kan.. huhuhu.

Tuesday, May 13, 2008

Koleksi baju

Hari nih aku pakai baju baru gi opis. Terasa diri lawaa & bergaya lah pulak.. hehehe (perasangg lebih). Sory arr tadok gambar nak share kat sini. Pepandai korang lah nak imagine camne.

Dalam bebanyak baju keje, aku suka beli baju kat Padini, Sogo sebab kat situ je banyak baju saiz "xs", kat tempat lain susah nak jumpa saiz yg sesuai dgn badan aku. Mamoru pun macam dah paham, asal aku sebut je nak beli baju keje baru, dia cam dah tau-tau nak drive ke mana.

Oh, jangan ingat aku sanggup bayar memahal untuk beli bebaju kat sinun. Tunggu sales arr beb. Gila apa nak beli baju / seluar sehelai sampai seratus lebih. Baik aku guna duit tu buat belanja sekolah adik-adik aku. Cuma sesekali kalau terdesak sangat nak pakai baju baru, terpaksa (diulang, 'terpaksa' ok) beli walaupun takde sales (tapi situasi nih jarangggg sangat berlaku ok)

Iklan jap: Kat Sogo aritu ada Padini / Seed sales. Baju & suar yang reganya beratus-ratus selai tu ada diskaun sampai 70% dik nonnn! Pi beli cepat.. hehehe

Ikutkan, aku takdelah cerewet sangat bab beli baju nih. Asal cantik, murah & selesa dipakai dah cukup. Dulu, aku suka sangat pakai baju yg seksi-seksa. Skirt memang tak tinggal. Dah kahwin nih kena lah sopan sikit. As for Mamoru pulak, dia memang suka aku pakai lelawa tapi jangan sampai menonjolkan mender yg tak perlu lah. Tanak share dgn orang ramai katanya.. hehe.

Baju kurung aku.. ada err.. tak sampai 4 helai kut. Yerr sangat sedikit ok. Dulu aku kurengg sikit bab-bab pakai baju kurung. Even raya pun aku tak heran bab-bab nak tempah baju untuk diri sendiri. Pada aku, janji adik-adik aku ada baju raya dah cukup. Untuk aku, tak perlu sebab aku jarang pakai.Tapi... sekarang lainnnn, aku dalam proses nak menambahkan koleksi baju kurung. Kalau boleh nak ada lebih dari 30 pasang baju kurung.. huhuhuhu. Stok baju keje sebulan gituu... *pengsan tak agaknya bila Mamoru baca nih? hehe*

Petang nih kalau balik awal, nak gi tempah kain yg Mamoru belikan aritu. Aku memang fail jenis-jenis kain nih. Tapi tokei kedai tu cakap, kain tu jenis 'angkasawan'.. huhuhu.. pelik tau nama kain nih. Angkasawan??? Tak penah aku dengar. Tapi kaler dia bukan lah kaler bulan bintang kat angkasa tu ok.. Kain tu kaler pink, ada bunga-bunga besar.. lawaa (pada aku laa).

Aku beli kain tu dengan harga RM 35 je. Murah kan? Mamoru tolong tawarkan harga (dia kan expert bab-bab acamnih). Kedai lain aku tengok semua cekik darah. Semua letak harga RM 65 ok! Jauh berbeza tuu.

Tak decide lagi nak buat baju kurung atau baju kebaya. Tengok lah nanti. Kalau ikut Mamoru, dia lebih suka aku buat kebaya.. Ok lah nak balik awal hari nih. Nak masak. Nanti kalau dah siap baju aku tu nanti aku upload gambar kat sini nahh.

Hari Ibu

Semalam dapat sms ucap selamat hari ibu kat aku. Tataw dari siapa sebab, kan masa wedding aritu hp aku hilang, jadi tak boleh nak detect no korang. Apa pun mekaceh kat tukang hantar sms.

Minggu lepas Mamoru pun ada wish mender yg sama.. hehehe. Tataw lah dia saja bergurau atau memang dia maksudkan.

Tapi, tuu lah, aku cam takde perasaan. Tak feel sangat pun. Mungkin sebab aku belum pregnant kut dan tataw apa sebenarnya rasa semangat keibuan nih. Jadi, bila orang wish, dengar macam tak dengar je lah. Mungkin kena tunggu aku ada baby baru paham.

Nak selebret dgn mak sendiri atau mak mentua pulak.. dedua dah takde. Arwah mak aku meninggal masa umur aku 17 tahun. Arwah mak Mamoru pulak meninggal masa umur dia 6 tahun. Kira kami nih anak-anak yatim la masa kekecik dulu. Tapi Mamoru lebih lagi.. dia yatim piatu.. cedih..

Tak banyak yang aku tahu tau tentang arwah mak mentua aku. Maklumlah, masa dia meninggal, Mamoru kecik lagi. Apa je lah yang Mamoru ingat taim tu. Walaupun Mamoru jarang cerita secara langsung tentang life dia masa kekecik dulu, aku rasa tentu hidup dia tough sangat. Tak dapat aku bayangkan hidup takde mak ayah nih. Sedih ok. Aku nih kira bertuah gak lah.. dapat gak kenal & merasa kasih sayang arwah mak.

Eh, sempena hari Ibu nih, pekata aku bukak cerita tentang arwah mak aku.

Arwah mak lahir pada hari Merdeka.. 31 Ogos 1957. Tarikh yang paling senang nak ingat. Tayah sesusah nak pikir berapa umur arwah mak. Setiap kali Me'sia sambut merdeka, setiap kali tu lah ulang tahun hari kelahiran arwah mak disambut. Nama arwah mak pun di amik sempena nama negara kita masa tu.. Noor Malaya.. unik kan nama tu. Aku gerenti, konpem susah nak cari orang dgn nama yg sama macam arwah mak aku.. hehe.

Tak banyak yg aku tau tentang zaman kanak-kanak arwah mak. Tak sempat nak tanya maa. Yang aku tau, arwah mak selalu pindah randah serata semenanjung sampai ke singapura. maklum lah arwah datuk aku keje askar. Banyak kali kena transfer. Lepas arwah nenek meninggal, arwah datuk kahwin dgn nenek tiri aku & menetap kat kampung *** kat Masjid Tanah.

Aku tak pasti cemana bapak boleh bercinta dgn arwah mak. Mungkin sebab jarak rumah bapak selang dua rumah dari rumah arwah mak menyebabkan derang selalu berjumpa & jatuh cinta kut. Arwah mak cakap, masa derang kekecik dulu, derang tak ngam - selalu gaduh. Bapak penah baling arwah mak dgn batu masa arwah mak panjat pokok manggis. Dasatt gak derang nih ek.. main baling-baling pulak.. ehem.. tapi baling-baling manja lah.. kut baling bebetul, mau benjol kepala arwah mak aku nanti.

Masa arwah mak kahwin dgn bapak, umur dia 22 tahun. Aku saspek, perkahwinan bapak dgn arwah mak tak dapat restu sepenuhnya dari family sebelah bapak. Kira arwah mak nih bukan menantu peberet nenek lah kan. Dipendekkan cerita, akibat masalah keluarga, arwah mak terpaksa bercerai dgn bapak. Taim tu umur aku 10 tahun. Sedih ok.. tak payah lah aku cerita detail tentang susah payah hazab hidup kami. Tanak lah aib kan keluarga belah bapak / arwah mak.. sebab sekarang nih hubungan kami dgn nenek-nenek semua alhamdulillah.. mungkin nenek-nenek kami dah sedar & berubah.

6 tahun ok arwah mak terpisah dgn bapak. Memasing tak kahwin lagi. Mungkin sebab cinta tu kuat lagi. Yelah, derang terpisah pun sebab orang luar. Bukan sebab cinta.

Paling best masa bapak rujuk semula dgn arwah mak (masa aku 16 tahun). Aku dgn adik-adik memainkan peranan penting masa nih tau. Boleh dikatakan aku lah 'posmen tak bergaji' untuk hantar pesanan & surat cinta bapak pada arwah mak. Aku penah curi-curi baca surat bapak taim tu.. syahduuu.. Bukan apa, aku nak make sure ayat kat dalam tu tak menyakitkan hati arwah mak. Kalau ada surat yg boleh buat arwah mak kecik hati.. gerenti aku buang dalam semak.(hehehe jahat kan?).

Ekceli dari umur aku 10 tahun lagi aku dah jadi tukang posto untuk bapak & arwah mak. Masa tu aku marah sangat dgn bapak sebab ceraikan arwah mak. So, aku protes dgn membuang semua surat-surat yg bapak suruh hantar pada arwah mak. Bagi aku semua surat tu akan buat arwah mak lebih sedih, jadi baik jangan sampaikan. Sebab setiap kali arwah mak baca, dia mesti menangis. Aku tak suka tengok arwah mak nangis. Aku nak dia hepi.

Tapi sekarang nih, bila pikir balik rasa cam menyesal pun ada sebab buang surat-surat tu. Kalau aku tau lebih awal surat-surat bapak boleh perbaiki hubungan derang, konpem aku sampaikan pada arwah mak. Aku kan bengap lagi masa tu..apa sangat lah yang budak 10 tahun cam aku boleh pikir taim tu.

Masa bapak & arwah mak rujuk semula, aku rasa hepi gila. Seronok sangat ok. Dapat duduk serumah sesama, dapat makan masakan arwah mak, dapat gedik-gedik manja dgn dia.. cemacamlah. Tapi sayang, kebahagiaan kami tak lama.. tak sampai dua tahun duduk bersama, arwah mak meninggal dunia. huhuhuh.. cedih lagi.

Tu je lah kenangan antara aku & arwah mak. Tak banyak cerita suka.. semuanya sedih-sedih belaka. Banyak impian arwah mak yg tak tercapai. Terkilan sungguh aku. Tapi insyaAllah, permintaan dia untuk aku jaga semua adik-adik tetap aku pegang sampai sekarang.

So, sempena hari Ibu sedunia nih, tak merasa lah kami nak sambut-sambut. Kalau bebetul nak sambut pun, kena tunggu aku beranak la jawabnya.

Buat arwah mak (ekceli aku panggil 'ibu') & arwah mak mertua aku.. takde apa yg dapat diberi selain doa yg tulus ikhlas dari kami.

Monday, May 12, 2008

Belajar buat karipap

Aha.. kata orang, kalau nak erat kan lagi hubungan suami isteri, belajar-belajar lah buat keje umah sesama.. hehehe. Tuu yang aku praktikan sekarang.


Semalam tataw camner boleh timbul idea nak buat karipap dalam kepala aku nih. Eksaited sangat nak buat, padahal aku memang tataw (dan tak pernah) langsung buat kuih karipap nih.


Memandangkan encik Mamoru beriya cakap nak tolong sama, kami pun pegi lah beli lah bebahan buat kuih dengan semangat yakin boleh-nya. Balik je umah, memasing terus terjah laptop, cari resepi buat karipap kat internet. Advance kan? Tayah sesusah bukak buku resipi ok. Informasi di hujung jari katanya.. hehe.

Selebihnya, sila rujuk gambar di bawah..


Antara bebahan yg diperlukan, sebiji bawang besar & tiga pat biji bawang putih, cili kering, lada hitam, jintan manis, serbuk kari daging, kentang 4 biji (dipotong dadu) & daging ayam (aku guna daging burger.. hehehe)


Mesin bawang besar, bawang putih, jintan manis, lada hitam & cili kering. Pastu tumis dalam kuali sampai pecah minyak.. wangi tau. Jangan lupa bubuh sikit rempah kari daging. Aku dapat resepi nih dari mesra.net


Pastu masukkan kentang.. ohh sangat hazab ok nak tunggu kentang nih empuk. Len kali, aku plan nak rebus dulu sebelum masak (boleh ke??)


Masukkan ayam pulak. Memandangkan aku guna burger ayam, part yg nih kejap je masaknya.. sonang.. Jgn lupa bubuh garam tau. Kang tawar pulak.
Dan taddaaaa.. gini lah rupanya inti karipap aku. Pedas dik nonn.. pedas gila. Terlebih cili. Adik lelaki aku siap tanya aku masak karipap ke sambalpap.. aduss.. Sesiapa yg dah makan je tau camner pedasnya rasa karipap nih (jeling kat opismate Mamoru.. hehehe). Malu ok, rupanya setiap kali aku masak, Mamoru akan makan secara berjemaah dgn kengkawan opis dia.. patut lah dia tak kisah pun aku tapau bebanyak letak dalam beg keje dia.. huhuhuhuhu.


Nih doh separa siap. Tengok tu, comot-comot mangkuk nih. Meja toksah cakap lah.. bersepah tepung merata-rata. Maklum lah ada dua orang yg menguli doh nih.. iaitu encik Mamoru & adik pompuan no.6. First taim menguli karipap, cemacam gaya ada.. hehehe.

Nih pulak, taim kelim kulit karipap. Memang lawak.. memasing tangan kayu. Tak reti nak kelim. Alat tempat buat karipap tu pulak takde.. So, hantam saja lah.. oh, yang kecik comel-comel dalam gambar tu bukan aku yang buat ok. Itu Mamoru punya hasil tangan. Nasib baik dia tak buat bentuk dragon. Aku dah tak kuasa nak menegur. Layan kan je.. hehehe


Dannn... presenting our karipap! Takde lah menjadi sangat.. tapi janji ada rupa & ada rasa. Adik lelaki aku siap kutuk-kutuk karipap aku yg tak berapa lawaa nih.. cedihh... takperlah, janji Mamoru cakap sedap.. sungguh-sungguh dia cakap sedap sambil kunyah karipap nih. Nak amik hati lah tu.. hehehe..

p/s: Pagi tadi aku goreng separuh lagi karipap yg dah siap dibentuk. Aku kejut Mamoru suruh dia tolong tengokkan karipap dalam kuali sementara aku pi mandi.. Masa tengah mandi tu, aku cam tak sedap hati.. Keluar je bilik air, aku tengok Mamoru cecepat menyelinap masuk dalam bilik air satu lagi.. ingatkan kenapa, rupanya... karipap aku hangit.. ish ish ish.. geremm je. Takper lah, salah aku gak sebab suruh orang pisat-pisat jaga kuali. Sib baik karipap yg hangus, kalau orang yg hangus, mau merana aku nanti.. hehehe.

Mamoru merajuk?

Wiken kali nih penuh dengan janji-janji manis je.. hehehe.

Plan asal nak balik Kuala Selangor tak menjadi, konon nak tukar dgn plan nak mendaki gunung Datuk.. tapi.. punnnnnn tak jadi jugak. Melepak kat rumah je lah jawabnya.Kesian Wan, punya lah eksaited member tu bila aku & Mamoru sms nak join xpdc dia petang Sabtu aritu. Sekalikk.. shopping punya shopping, pukul 5.00 petang, kami masih ada kat Nilai 3. Barang yg nak dishopping pulak tak abis cari lagik. Terpaksa lah batalkan hasrat nak mendaki gunung.. huhuhu.. cedih ok. Dengar citer, Eyta & the gang pun join trip tu.

Sory lah pada encik Wan. Kitaorang tak boleh nak balik awal. Kehadiran Mamoru amat diperlukan di Nilai 3.. sebab dia pandai tawar harga.. hehehehe. Betul tau, Mamoru sangat pandai tawar-menawar nih. Aku yg pompuan nih pun tak boleh celen. Banyak barang yg kami beli kat sana. Sampai ke malam pun tak habis shopping. Dari Nilai 3 terus straight pegi Sogo (over kan??). Punya lah banyak membeli. Tapi bukan sendiri punya.. untuk adik no.3 & wife dia. Untuk aku, Mamoru belikan sepasang kain untuk dibuat kebaya & kemeja untuk pakai gi keje.

Mamoru nih kan, ada satu perangai yg sangat sensitif. Dia cepat kesian.. hehehe. Contohnya aritu, asal aku belek je satu-satu barang, dia terus sensenyap amik barang tu bubuh dalam troli / bawak gi kaunter. Tau-tau penuh je troli / kaunter dgn bebarang yg kita belek. Heart attack tau. Bila ditanya, dia cakap, tak sampai hati bila tengok aku duk telek-telek barang tapi tak beli. Camtu sekali kan kesiannya dia kat wife dia nih. Comel kan?

Bila jadi camtu, aku pulak sensenyap buang / letak bebarang tu kat tempat asal. Yelah, kut yer pun aku berkenan kat bebarang tu, takde lah sampai semuanya aku nak sekaligus. Sekali aku silap daaa.. ingatkan Mamoru main angkut je bebarang amik, dia ingatttttt ok! Sangat tajam kuat daya ingatan dia.

Terus merajuk dia bila dapat tau aku tinggalkan bebarang yg aku berkenan tu. Dia siap masuk bilik nih duduk sengsorang ngadap laptop.. huhuhuhu. Derhaka kah akak, dik nonn? Tapi aku pelik lah.. aku yg berkenan kat barang tu, naper dia yg merajuk?? aiyoo..

Tapi dun wury, aku sangat pandai memujuk.. ehem. Mamoru punya style merajuk sangat simple. Cakap 'sory' sambil gedik-gedik kan badan je dah cukup.. hehehe. Terus boleh gelak-gelak seperti biasa.

Nih gambar pukul 1.30 pagi tadi. Memasing masih mampu bergedik selepas penat buat karipap.. yerr, anda tak silap baca ok. Mamoru sangat rajin tolong aku buat karipap..

Friday, May 09, 2008

Nak jadi isteri solehah

Rindu kat Mamoru hari nih. Oh, bukan hari nih je.. ekceli tetiap hari aku rindukan dia. Biarpun dia ada sentiasa ada kat depan mata aku.. hehehe. Biasalah, penangan orang bercinta. Harapnya, perasaan nih kekal sentiasa sampai kami tua nanti.

Aku teringin nak bagi layanan yg sempurna untuk Mamoru. Nak jadi isteri solehah lah maknanya tu. Masa memula kahwin dulu, berkobar-kobar semangat nih. Kengkonon, 1) Nak masak hehari lah, 2) nak kemas rumah cecantik lah, 3) nak tunggu Mamoru balik keje sambil pegang secawan air lah.. pendek kata cemacam lah mender yang bebaik aku nak bagi kat dia.

Tapi...

1) Bila dah kahwin, baru terasa cam susah nak praktik apa yg aku plan tu. Yelah, aku bukanlah suri rumah sepenuh masa. Pepagi bangun pegi keje, petangggg baru balik. Memang 'bercinta' lah kalau nak mengemas atau masak taim-taim penat camtu. Biasanya, aku kemas bilik kami je lah. Kat ruang tamu & dapur memang 'berkuntau' aku nak mengemas. Bukan apa, adik-adik bujang aku ramai. Kang, kemas tak sampai sejam konpem bersepah balik. Tu yang aku lemau tu.

2) Masak pulak, aku admit bukan hehari aku masak untuk Mamoru / adik-adik. Seminggu tu ada lah dua tiga kali. Tu pun depends on stok lauk dalam fridge. Kalau banyakkkk sayur / bahan mentah dalam peti ais tu, maka tetiap hari lah aku masuk dapur. Kalau fridge kosong dan takde siapa nak bawak aku pegi pasar.. maka makan kat kedai lah jawabnya.

3) Pasal nak sambut Mamoru dengan secawan air tu pun satu. Jarang dapat dipraktikkan sebab kebanyakan masa kami keluar keje & balik serentak. Sampai rumah memasing menonong gi fridge tuang air & minum sendiri. Ada takde pun, bila aku cuti je baru dapat sambut Mamoru kat pintu rumah. Tu pun bukan air yg aku bawak, aku pegi lompat-lompat peluk dia sampai nak tertonggeng member tu kat depan rumah. Air? hehehehe.. takde buat pun. Aku baru sedar yang aku ada penyakit 'malas' nak buat air.. muahahaha. Bahaya kan?? Hmm, aku rasa mungkin ini penyebab bapak-bapak kita kat kampung tu suka keluar minum kat kedai. Iskkkk tidakkk.... Aku tanak Mamoru minum kat luar. Baik lah, aku kena ubah tebiat nih. Aku harus lebih rajin buat kan air untuk Mamoru!! Yakin boleh. Chaiyok.

Setakat hari nih, Mamoru tak penah merungut lagi. Aku masih dimanja kan macam bebudak kecik. Tapi aku kena lah sedar-sedar kan diri sendiri. Takkan nak sampai kena tegur, betul tak?

Rupanya memang perlu kesabaran & kerajinan yg maksimum kalau nak jadi isteri solehah nih ek. Tapi takper, aku masih dalam proses nak belajar acamner nak layan suami dgn sebaiknya. Sila beri tunjuk ajar yer akak-akak & kengkawan bloggers sekalian.

Oh, Minggu nih turn balik kampung Kuala Selangor. Plan asal nak gerak KS malam nih, tapi cam banyak pulak mender yang belum disettlekan. Mungkin tengahari esok baru bertolak ke sana.

p/s: Tskkk tskk.. kenapa saya terlalu rindukan Mamoru nih? Cepatlah habis waktu keje, saya tak sabar nak jumpa wajah kesayangan saya.

Thursday, May 08, 2008

Surat tawaran

Frust betul pagi nih tau.. punya lah berdebar-debar aku & Mamoru bila period aku lewat 5 hari.. ingatkan 'ada' tapi.. iskk.. period pulak.

Yang lawaknya, aku dah eksaited gila. Siap-siap kira hari tuu. Kononnya kalau 'menjadi', aku mungkin lahirkan baby pada January tahun depan.. Dah siap plan ok, nak extend aku punya part time study yg bakal bermula July nih untuk satu semester. Pastu siap buat search kat internet lagik pasal pregnancy.. belajar-belajar nak amik makanan camner, nak jaga kesihatan camner, cari tips-tips atau petua yg relevan. Tapi aduss.. takper lah, belum rezeki.

Kata Mamoru, masih terlalu awal untuk frust-frust nih, masih boleh cuba lagi. Btul jugak kata dia, mana tau pasnih 'menjadi'.. sesilap nanti, aku deliver bulan February pulak.. bulan anniversary kami tu.. hehehe.

Sebut pasal anniversary, hari nih genap 3 bulan perkahwinan kami :)

Seperti yang dah dijangkakan, semalam aku dapat surat tawaran dari UM untuk program Masters yg aku apply tu. Memandangkan aku dah tau lebih awal, takde lah nak terkejut or eksaited terlebih sangat.



Dalam surat tu, derang suruh datang taklimat 27 June nanti. Oh, tak dapat lah dik nonn.. aku kat Sarawak taim tu - tengah memanjat gunung. Aku datang masa daftar kursus je lah masa 1 July nanti. Kelas aku start seminggu lepas daftar.

p/s: Nak tau tak, semalam kan, aku & Mamoru cuti! Hehehe.. tak pegi mana pun. Saja negengada lepak sesambil kemas rumah (macam kemas la sangat pun heheh)

Tuesday, May 06, 2008

Paintball KREP

Klinik & Pertandingan Painball Amatur anjuran Kelab Rekreasi Erat Pesona kat Pantai Remis, Kuala Selangor.

Yerr.. ini lah penyebab aku & Mamoru check out awal dari Cruise pagi tu.

Ramai jugak yang datang. Tapi yang mainnya cuma 24 orang je. Selebihnya, termasuk aku nih hah, just tolong bagi moral support kat suami / kekasih hati memasing. Derang ada gak paksa aku join.. tapi oh tidakk.. aku dah ler tak sihat. Kang buatnya aku tercherry-berry dalam semak masa musuh ambush kang.. tak ke naya???

Masa registration.


Kumpulan apa ntah nama dia..


Semak port derang bertembur.. luas kawasan nih tau.



Acara kemuncak, pertandingan tembak botol pulak.. hehehe

Gambar dalam cruise

Dah berapa hari aku tak sihat (semalam pun MC). Dasyat betul penangan cherry berry kali nih. Dengan ini aku mengishtiharkan bahawa makanan berasaskan kambeng akan di-banned untuk satu jangkamasa yg hanya tekak aku je tahu lamanya.

Korang tau tak, disebabkan cherry berry yg belum pulih sepenuhnya, aku termuntah dgn teruknya kat atas cruise aritu. Maluu ok.. dah macam dalam filem pulak bila aku muntah kat atas dek kapal. Ramai cakap aku mabuk laut. Tapi aku tak rasa camtu. Pasal sebelum nih pun bukan aku tak penah naik speed boat / feri / kayak / sampan .. semua ok je.

Hari nih, alhamdulilah takde cherry berry lagi. Tapi tu lah.. badan letih lemau lembik dua tiga macam.. padahal dah terlebih cukup rest kat umah.

Sementara tu, layan kan je lah gambar kat bawah nih..

Dalam kapal nih ada banyak lift tau. Sembilan tingkat semuanya


Main lobby


Tengah sarapan dgn Mamoru kat foodcourt. Lampu berderet kat dalam cermin tu sebenarnya lampu kat daratan. Taim nih dah nak sampai perairan Malaysia


Pose kat dek. Tengah kontrol ayu sebelum aku lembik termuntah kat situ.. hehehe



Lorong ke cabin penginapan

Masa tengah dinner. Taim nih baru sampai


View Port Klang masa kapal tengah berlayar


Kat atas dek lagi


Salah satu dari 3 kelab yang ada dalam kapal nih. Ada life band taim nih. Tapi derang nyanyi lagu cina je.. tak paham aku


Kat KTV Lounge. Kat sini ramai melayu

Aku & Mamoru ada gak gedik-gedik pi tengok casino dalam kapal nih. Memasing first taim tengok orang berjudi live kan.. macam terpinga-pinga la sikit. Memang ramai betul orang yg berjudi. Memacam jenis yang kita tengok kat tv tu ada kat dalam kapal nih. Meriah. Tak boleh amik gambar kat casino. Probihited katanya.

Banyak lagi gambar yg kami amik. Tapi untuk personal view je lah.

Monday, May 05, 2008

Trip naik Cruise

Gambar tak tersusun. Trip to No Where yg aku citer aritu. Layan kan je lah.


Kat Kastam. Nih otw balik. Masa nak pegi je Kastam cek. Taim nak balik tak kena apa-apa pun


Departure hall. Pose last sebelum balik


Boleh tahan besar jugak kapal nih. Tapi ada yg lagik besarrrr dari nih. Kagum aku.


Kak Bunga tgh layan breakfast masa aku checkout. Oh, aku checkout awal - rushing ke Kuala Selangor


Babai...


Besar kan?


Terminal starcruise kat Pulau Indah


Sepanjang pelayaran, IC kami disimpan oleh petugas dalam kapal. Derang bagi pegang kad nih je


View kapal masa sebelum depart. Kami sampai lagi beberapa minit sebelum kapal berlayar.. pheww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...