KENGKAWAN

Friday, May 30, 2008

Aku yang teringin

Lately nih, aku suka sangattt baca blog tentang baby, pengalaman orang mengandung, parenthood, etc.. Sampai aku sendiri rasa jeles & tak sabar nak alami mender yg sama.

Hampir setiap hari, kalau nampak je baby kat memana, terus aku cakap kat Mamoru.. "b, aD nak satu, boleh?".. Rasanya dah tak terkira berapa kali aku cakap camtu. Kengkadang aku cakap secara seriyes, kengkadang aku cakap dengan emosi-terlebih, ada masa pulak aku cakap memain jer.

Sampai kan Mamoru yg turut seriyes dengar permintaan aku memula dulu boleh buat lawak pulak sekarang nih. Kata dia.. "Jangankan satu, lima pun b boleh bagi".. Tergelak aku mendengarnya.

Percaya tak kalau aku cakap, aku dah ada nama untuk future baby aku nanti. Yesss y'all... dah ada nama ok!. Tak kira lah baby pompuan atau lelaki, semua aku dah siapkan nama.. Over kannn? Lebih advance lagi, aku dah siap hapal segala keperluan pemakanan untuk ibu-mengandung, surah amalan, petua-petui, dannnnn paling haibattttt, aku dah siap listkan senarai hospital yg sesuai untuk aku deliver future baby tu nanti ok! Muahahaha.. kemaruk tak kemaruk tu.. Pada hal, baby nya belum wujud pun lagi.. huhuhuhu.

Melampau kan?? Baby belum ada dah planning memacam. Nih kalau usia pregnancy baru sebulan dua, kompemmm semua kelengkapan dah siap tersedia depan mata.. hehehe

Harap semuanya dimakbulkan Tuhan.. *amin* (doakan sama yer kengkawan).

Ok, cakap pasal mender lain pulak:

Planning nak daypack mendaki Nuang esok dah bertukar. Ada permintaan untuk mendaki Nuang malam nih la pulak. Ingatkan takde yg nak mengikut, sekalikkkk.. ramai lah pulak. Siap planning nak buat BBQ kat Lolo tu. Sib baik lah aku ada beli sekor ayam & 2 ekor ikan semalam. Boleh lah bakar malam nih. Tapi kalau ikut jumlah orang yg join, konpem tak cukup. Pepandai derang lah nak tambah apa-apa patut. Kita buat style pot-luck je lah. Kongsi apa yg ada.

Hmm.. gerak malam nih? Alamakk aku tader headlamp lerr. Lampu picit Mamoru yg besar tu ada lah. Aku punya headlamp dah kaputzz sejak kena pijak dgn Yap kat puncak gunung Kenderong dulu. Sampai sekarang nih asyik bertangguh nak beli. Masakkk lahhh malam nih. Mana nak berkejar beli headlamp, mana nak marinate bahan untuk BBQ, nak packing barang lagikk..

Eh.. eh.. japp.. BBQ kat Lolo? Ahahaha.. pengsan lah sesaper yg jadi tukang angkat arang. Of coz aku terselamat (akak dah lama tak exercise.. tak larat dek nonn). Nak pedajalkan Mat Wei lah malam nih. Dia kan sokmo orang besi.. hehehe (abes lah, awal-wal niat dah tak baik kannn)

Hepi wiken kengkawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...