KENGKAWAN

Friday, May 02, 2008

Banjir di Masjid Tanah II

Tak sihat.. kena cherry berry.. huhuhu.

Malam tadi lepas bowling kat Summit, aku pekena lamb chop kat stevens corner - Pandan Indah (direkemen oleh boss Mamoru). Boleh tahan gak lah rasanya. Tapi.. aku saspek cara penyediaan dia tak berapa bersih lah. Sebab, ngam-ngam pinggan aku licin je, perut start memulas.

Masuk kali nih je, dah 7 kali aku ulang alik pegi 'bilik kecik'. Tu tak kira part aku termuntah lagi.. Adusss.. lembik badan ok.

Oh, aku dapat call dari bapak kelmarin. Katanya keliling kawasan rumah kami dinaiki air lagi sekali. Tapi nasib baik air tak masuk dalam rumah. Kalau tak, sia-sia je lah kami bertungkus lumus bersihkan rumah rituh. Hmm.. yang harunya, biarpun dah dua kali berturut banjir melanda tempat kami, takde sorang pun wakil rakyat / ADUN datang melawat. Jangan kata Datuk Wira Abu Seman (parlimen Melaka), Kapten Karim (wakil rakyat Tg Bidara) yang rumahnya seperlaung dgn rumah kami pun TAKDE datang bertanya khabar. Pada hal dedua tu orang Masjid Tanah. Huhu.. tak leh pakai langsung. Mementang lah rumah derang kat kawasan tinggi.. tak kena air. Ye lah, pedulik haper bila apa-apa jadi kat golongan marhein cam kami nih, janji bontot derang kekal duduk kat kerusi empuk yang sama!

Nih nak bukak cerita dulu-kala:

Bapak start buat rumah kat kampung masa tahun 1997. Dua tahun lebih baru siap. Lama kan? Bukan sebab rumah tu besar dan amik masa nak siapkan.. sebab bapak buat rumah tu sengsorang. Cuma sekali sekala dua orang kawan dia datang tolong angkat batu, lepa simen, pasang bumbung. Selebihnya bapak buat sendiri. Syian tau. Maklum lah.. orang miskin. Mana mampu nak upah-upah tukang rumah.

Rumah tu siap masa aku tengah tunggu result STPM. Ekceli belum siap sepenuhnya. Tingkap lum ada cermin & separuh dari lantai rumah (termasuk bilik air), belum bersimen. Bapak tak cukup duit nak beli simen. Tapi nak buat macam mana, tuan rumah lama tempat kami menyewa sebelum tu nak pindah masuk ke rumah dia. Terpaksa lah kami berpindah masuk rumah baru walaupun rumah tu serba kekurangan. Kata bapak taim tu, nanti kalau dia ada duit lebih sikit baru lah bapak tambah memana yang tak cukup kat rumah tu.

Sedih tau kalau nak ingat kehidupan kami sekeluarga 12 tahun dulu. Dah lah rumah separuh siap, kemudahan asas macam elektrik pun takde ok. Asal malam je terpaksa tutup tingkap rumah dgn kain gebar & pasang lilin je. Penah jugak kami guna pelita minyak tanah / pelita karbait. Tapi sekejap je sebab tak tahan arr.. dah lah bau kuat. Bangun pagi je habis satu rumah berjelaga.

Bukan kami tak mohon untuk dapatkan kemudahan elektrik. Tapi tak penahnya dapat. Jenuh mintak kat JKKK, tulis surat hantar kat TNB, YB.. tapi takdo feedback langsung. Bukan sebulan dua kami usaha mohon bekalan elektrik.. bertahun tahun tau. Dari aku belum masuk U, sampai aku grad, hingga lah aku start keje, baru lah dapat. Lama gila kan? Empat tahun lebih lamanya!!!.

Aku pun tak paham kenapa payah sangat kerajaan negeri nak bagi bantuan kat kami. Kalau nak diikutkan, jarak rumah aku dgn jiran terdekat dalam 500 meter je. Lagipun, rumah kami bukannya dalam hutan. Masih dalam kawasan kampung jugak. Cuma terpisah dgn sebatang sungai kecik je.

Aku tanya JKKK, derang cakap derang dah hantar surat bapak beserta surat sokongan dari JKKK, tapi masih takde jawapan. Aku ada gak tulis surat kat suratkhabar tentang bantuan yang kami mohon, tapi tak keluar pun. Penah sekali je keluar (tapi tentang isu lain lah) Masa tu baru aku tau, setiap apa yg kita tulis / komen takkan disiarkan secara detail. Semuanya diedit untuk menjaga nama baik 'orang-orang tertentu'.. tak telus langsung.

Sampai satu tahap, aku siap call TNB tanya berapa kos untuk sebatang tiang elektrik dan macam mana nak mohon. Tak silap aku, sebatang tiang konkrit tu je dah beratus. Dan kami perlukan sekurang-kurangnya 10 batang tiang.. hah, berapa ribu nak prepare tu?

Aduss.. pasrah aku dengar angka-angka besar taim tu. Mana lerr nak korek duit tolong bapak. Aku belajar pun tak habis lagi. Pasrah ok. Masa tu aku teruskan jugak study, walau pun setiap kali nak balik kampus, hati aku sedihhh sangat fikirkan family aku duduk bergelap taim malam walhal aku hidup terang-benderang dalam kat unibesti. Aku kuatkan semangat. dalam kepala aku just pikir nak belajar rerajin. Kumpul duit bebanyak untuk beli semua tiang elektrik tu & tolong bapak. Semangat tinggi nih.. hehe

Nak dijadikan cerita, masa tahun akhir aku kat U, ketua menteri Melaka (yang sekarang nih lah), buat majlis sambutan aidilfitri untuk anak-anak negeri Melaka kat campus. Masa kat majlis tu, KM pun berucaplah.. dalam ucapan dia yang berjela-jela tu, aku tertarik pada satu statement dia. Katanya, dia nak hapuskan kadar kemiskinan dalam negeri Melaka. Kata dia lagi, kalau kami ada cadangan atau kenal / tahu keluarga yang tak berkemampuan, kami boleh serahkan nama mereka pada Kerajaan negeri.

Waaahh.. peluang baik nih. Masa sesi soal jawab, ramai lah jugak yang nak menyoal. Aku orang no.3 bangun pegi kat mikropon. Ketar ok suara aku taim tu. Bukan ketar sebab takut. Tapi sebab terlalu berkobar-kobar nak bela nasib keluarga.

Masa tu, depan KM, Exco negeri & student lain dalam dewan tu aku ceritakan tentang situasi keluarga aku & betapa payahnya kami nak dapatkan bantuan elektrik. Aku siap perli lagi, cemana lah nak banteras kemiskinan kalau payah sangat nak bagi bantuan. Bukannya keluarga aku minta sedekah duit ringgit pun. Sekadar tiang-tiang elektrik je. Tu pun nanti, bil nyer kami bayar lah sendiri. Bukannya minta pree.

Masa aku suara kan tentang nih, ahli parlimen Alor Gajah (Datuk Wira Abu Seman pun ada). Kelam kabut member nak menjawab soalan bila KM tanya dia aware tak tentang masalah family aku. KM suruh aku tulis alamat rumah & bagi kat dia bila habis sesi soal jawab nanti.

Mesti korang ingat bantuan lepas tu cepat sampai kan? Oh, tidak.. tidak sama sekali. Lama jugak nak tunggu tiang-tiang tu sampai ok. Setahun lebih! Hmm.. pelik kan. Kalau dah mintak bantuan secara berdepan pun lambat nak dapat, apatah lagi pakai surat-menyurat nih. Bagus betul kerajaan negeri Melaka ni kan?????

Cerita sekarang pulak:

Macam yang aku cerita kat atas tadi, susah gila nak dapatkan perhatian dari dua orang wakil kerajaan nih (Datuk Wira Abu Seman / Kapten Karim) jangan kan nak hulur bantuan, datang bertanya khabar pun takde ok. Walhal, kami ada buat aduan & komplen pasal nih

Maybe derang boleh cakap, tak semua kawasan kat Masjid Tanah dilanda banjir. Jadi kes-kes terpencil cengginih boleh buat donno je (terpencil haper.. satu Masjid Tanah banjir.. diulang, satu pekan Masjid Tanah tau). Huhhh.. kalau camnih lah pemikiran wakil rakyat Melaka, jangan terkejut lah kalau pasnih negeri Melaka pulak tergadai kat tangan pembangkang.

Pasnih, konpem aku pangkah pembangkang pulak. Aku akan pilih pembangkang bukan sebab aku suka sangat kat parti pembangkang nihh.. tapi sebab aku dah muak dgn wakil rakyat Melaka yang bermulut manis ***** masam! Titik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...