KENGKAWAN

Monday, May 12, 2008

Belajar buat karipap

Aha.. kata orang, kalau nak erat kan lagi hubungan suami isteri, belajar-belajar lah buat keje umah sesama.. hehehe. Tuu yang aku praktikan sekarang.


Semalam tataw camner boleh timbul idea nak buat karipap dalam kepala aku nih. Eksaited sangat nak buat, padahal aku memang tataw (dan tak pernah) langsung buat kuih karipap nih.


Memandangkan encik Mamoru beriya cakap nak tolong sama, kami pun pegi lah beli lah bebahan buat kuih dengan semangat yakin boleh-nya. Balik je umah, memasing terus terjah laptop, cari resepi buat karipap kat internet. Advance kan? Tayah sesusah bukak buku resipi ok. Informasi di hujung jari katanya.. hehe.

Selebihnya, sila rujuk gambar di bawah..


Antara bebahan yg diperlukan, sebiji bawang besar & tiga pat biji bawang putih, cili kering, lada hitam, jintan manis, serbuk kari daging, kentang 4 biji (dipotong dadu) & daging ayam (aku guna daging burger.. hehehe)


Mesin bawang besar, bawang putih, jintan manis, lada hitam & cili kering. Pastu tumis dalam kuali sampai pecah minyak.. wangi tau. Jangan lupa bubuh sikit rempah kari daging. Aku dapat resepi nih dari mesra.net


Pastu masukkan kentang.. ohh sangat hazab ok nak tunggu kentang nih empuk. Len kali, aku plan nak rebus dulu sebelum masak (boleh ke??)


Masukkan ayam pulak. Memandangkan aku guna burger ayam, part yg nih kejap je masaknya.. sonang.. Jgn lupa bubuh garam tau. Kang tawar pulak.
Dan taddaaaa.. gini lah rupanya inti karipap aku. Pedas dik nonn.. pedas gila. Terlebih cili. Adik lelaki aku siap tanya aku masak karipap ke sambalpap.. aduss.. Sesiapa yg dah makan je tau camner pedasnya rasa karipap nih (jeling kat opismate Mamoru.. hehehe). Malu ok, rupanya setiap kali aku masak, Mamoru akan makan secara berjemaah dgn kengkawan opis dia.. patut lah dia tak kisah pun aku tapau bebanyak letak dalam beg keje dia.. huhuhuhuhu.


Nih doh separa siap. Tengok tu, comot-comot mangkuk nih. Meja toksah cakap lah.. bersepah tepung merata-rata. Maklum lah ada dua orang yg menguli doh nih.. iaitu encik Mamoru & adik pompuan no.6. First taim menguli karipap, cemacam gaya ada.. hehehe.

Nih pulak, taim kelim kulit karipap. Memang lawak.. memasing tangan kayu. Tak reti nak kelim. Alat tempat buat karipap tu pulak takde.. So, hantam saja lah.. oh, yang kecik comel-comel dalam gambar tu bukan aku yang buat ok. Itu Mamoru punya hasil tangan. Nasib baik dia tak buat bentuk dragon. Aku dah tak kuasa nak menegur. Layan kan je.. hehehe


Dannn... presenting our karipap! Takde lah menjadi sangat.. tapi janji ada rupa & ada rasa. Adik lelaki aku siap kutuk-kutuk karipap aku yg tak berapa lawaa nih.. cedihh... takperlah, janji Mamoru cakap sedap.. sungguh-sungguh dia cakap sedap sambil kunyah karipap nih. Nak amik hati lah tu.. hehehe..

p/s: Pagi tadi aku goreng separuh lagi karipap yg dah siap dibentuk. Aku kejut Mamoru suruh dia tolong tengokkan karipap dalam kuali sementara aku pi mandi.. Masa tengah mandi tu, aku cam tak sedap hati.. Keluar je bilik air, aku tengok Mamoru cecepat menyelinap masuk dalam bilik air satu lagi.. ingatkan kenapa, rupanya... karipap aku hangit.. ish ish ish.. geremm je. Takper lah, salah aku gak sebab suruh orang pisat-pisat jaga kuali. Sib baik karipap yg hangus, kalau orang yg hangus, mau merana aku nanti.. hehehe.

4 comments:

angah said...

Doh karipap tu ad letak minyak panas atau mergerin tak? nampak melekat semacam jek..

Kena letak baru elok rupanya dan senang nak kelim.

Yang kentang tu kan, lagi sedap guna keledek. Letak bebanyak air macam rebus jugak..lembik takper.

aD said...

cemacam mender yg kami bubuh kat dalam doh tu.. asyik lembik melekat je jadinya (ekceli fazi yg buat hehehe). tu yang kelimnya buruk bebenor.

keledek? ok, next taim buat boleh try :)

Mel said...

aD, nk tny. ada resepi utk msk laksa asam x? yg ni x dpt2 jgk bt lg ni. klu bleh, tlgla ajrkn. tq... -AMELIA-

aD said...

amelia, kalau laksa penang, aD mmg expert (peberett tuu). tapi kalau asam laksa, laksa johor. laksa sarawak, etc.. aD surrender. tak penah buat lagi sebab aD just minat laksa penang je.. hehehehe. taper, nanti kalau jumpa resepi asam laksa kat memana, aD share kat sini ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...