KENGKAWAN

Thursday, May 29, 2008

Kedemaman lagik

Masuk hari nih dah hampir seminggu aku demam. Hari nih baru nampak tanda-tanda nak kebah sikit. Tu pun still, batuk non-stop.

Aku baru perasan, asal tiap-tiap hujung bulan je mesti aku demam. Demam pulak, bukannya sehari dua boleh kebah. Kalau tak direct seminggu memang tak sah. Teruk kan antibodi badan aku sekarang nih?

Tapi, demam-demam pun best jugak. Sebab, asal balik keje je, Mamoru dgn rajinnya akan tolong kemas rumah & memasak. Jangan memain.. masakan sambal Mamoru sangat sedap ok!

Syok sangat tau bila demam nih. Tayah buat keje rumah. Tayah masak. Tayah sesusah bangun bila nak makan / minum. Semuanya terhidang depan mata. Taim tidur pulak, siap kena tepuk-tepuk, belai-belai sampai terlelap.. fuuhh bestnya lahh (time kasih b! syg sangat!!)

Esok, mungkin aku masuk opis lambat. Nak pegi UM kejap. Nak settlekan hal yuran. Mahal ok yuran untuk sambung Master nih. First semester je kena bayor RM 4700! Tuu belum masuk yuran semester untuk adik no.6 kat Unisel. Konpem kena tambah ribu-raban lagik. Adusss.. pening kepala dibuatnya. Rasa nak demam lagi sekali dah nih...

Haii bila lah aku nak dapat gaji 10k sebulan nih. Tayah sesusah nak memikir camne nak jaga adik-adik kat umah.. huhuhu (ewahh.. tak reti bersyukur lak tu).. iskk..

Sabtu nih nak masuk hutan. Daypack ke Nuang.

Opss.. baru jap tadi kata demam kan? Hehehe.. biasalah aku nih, nama je demam. Tapi asal sebut nak masuk hutan terus sihat walafiat gituu.

Sebetulnya, keadaan memaksa aku masuk hutan (cewahh). Kena training maa. Tinggal 3 minggu je lagi sebelum aku depart ke Sarawak. Kalau miss training minggu nih, rugi lah kan. Weekdays takde masa, kena keje. Wiken je ada. Tu pun nak kena bagi-bagi masa nak balik kampung, nak attend kenduri kawen, etc. Jadi, tak boleh tidak, Sabtu nih pegi jugak. Alah, daypack jer. Kalau larat, aku naik sampai puncak.. kalau takkk, sampai Lolo pun jadi lah. Nak obernite kat Lolo, tak dapat lah geng, hari Ahad tu aku kena attend kenduri kawen kat Kuala Selangor lahh.

Iklan: Pekatu nyer wedding pun jatuh pada 1 Jun kan. Tahniah & selamat pengantin baru buat Pekatu @ Fizi. Mintak mahap lah tak dapat attend. Clash dgn wedding member lain pulakk. Aku nak post hadiah takde alamat pulak tu. Kad tak sampei-sampei. Ada ke invite kat multiply tanpa alamat segala.. excited sangat nahh??

Sambung balik:

Sebut pasal mendaki gunung nih, aritu adik lelaki no.2 called. Dia suruh aku buat trip naik gunung untuk 14 & 15 June nih. Kalau boleh nak naik gunung yg tinggi-tinggi katanya.. Wahh, kemain betul adik aku nih. Mementang wife dia outstation ke Sabah taim tu, panjang langkah nak ikut aku masuk hutan.

Adik no. 2 nih sebenarnya lebih dulu kenal gunung dari aku. Dia start mendaki masa umur dia 14 tahun kut? Ke lebih awal?? Tak ingat lah. Tapi sejak keje & kahwin nih, jarang dah dia memanjat-manjat nih. Keje 24 jam. Gila keje adik aku tu.

Ehh dah la tuu. Berpinar kepala aku menghadap komputer nih lelama. Sambung keje dulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...