KENGKAWAN

Tuesday, May 13, 2008

Koleksi baju

Hari nih aku pakai baju baru gi opis. Terasa diri lawaa & bergaya lah pulak.. hehehe (perasangg lebih). Sory arr tadok gambar nak share kat sini. Pepandai korang lah nak imagine camne.

Dalam bebanyak baju keje, aku suka beli baju kat Padini, Sogo sebab kat situ je banyak baju saiz "xs", kat tempat lain susah nak jumpa saiz yg sesuai dgn badan aku. Mamoru pun macam dah paham, asal aku sebut je nak beli baju keje baru, dia cam dah tau-tau nak drive ke mana.

Oh, jangan ingat aku sanggup bayar memahal untuk beli bebaju kat sinun. Tunggu sales arr beb. Gila apa nak beli baju / seluar sehelai sampai seratus lebih. Baik aku guna duit tu buat belanja sekolah adik-adik aku. Cuma sesekali kalau terdesak sangat nak pakai baju baru, terpaksa (diulang, 'terpaksa' ok) beli walaupun takde sales (tapi situasi nih jarangggg sangat berlaku ok)

Iklan jap: Kat Sogo aritu ada Padini / Seed sales. Baju & suar yang reganya beratus-ratus selai tu ada diskaun sampai 70% dik nonnn! Pi beli cepat.. hehehe

Ikutkan, aku takdelah cerewet sangat bab beli baju nih. Asal cantik, murah & selesa dipakai dah cukup. Dulu, aku suka sangat pakai baju yg seksi-seksa. Skirt memang tak tinggal. Dah kahwin nih kena lah sopan sikit. As for Mamoru pulak, dia memang suka aku pakai lelawa tapi jangan sampai menonjolkan mender yg tak perlu lah. Tanak share dgn orang ramai katanya.. hehe.

Baju kurung aku.. ada err.. tak sampai 4 helai kut. Yerr sangat sedikit ok. Dulu aku kurengg sikit bab-bab pakai baju kurung. Even raya pun aku tak heran bab-bab nak tempah baju untuk diri sendiri. Pada aku, janji adik-adik aku ada baju raya dah cukup. Untuk aku, tak perlu sebab aku jarang pakai.Tapi... sekarang lainnnn, aku dalam proses nak menambahkan koleksi baju kurung. Kalau boleh nak ada lebih dari 30 pasang baju kurung.. huhuhuhu. Stok baju keje sebulan gituu... *pengsan tak agaknya bila Mamoru baca nih? hehe*

Petang nih kalau balik awal, nak gi tempah kain yg Mamoru belikan aritu. Aku memang fail jenis-jenis kain nih. Tapi tokei kedai tu cakap, kain tu jenis 'angkasawan'.. huhuhu.. pelik tau nama kain nih. Angkasawan??? Tak penah aku dengar. Tapi kaler dia bukan lah kaler bulan bintang kat angkasa tu ok.. Kain tu kaler pink, ada bunga-bunga besar.. lawaa (pada aku laa).

Aku beli kain tu dengan harga RM 35 je. Murah kan? Mamoru tolong tawarkan harga (dia kan expert bab-bab acamnih). Kedai lain aku tengok semua cekik darah. Semua letak harga RM 65 ok! Jauh berbeza tuu.

Tak decide lagi nak buat baju kurung atau baju kebaya. Tengok lah nanti. Kalau ikut Mamoru, dia lebih suka aku buat kebaya.. Ok lah nak balik awal hari nih. Nak masak. Nanti kalau dah siap baju aku tu nanti aku upload gambar kat sini nahh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...