KENGKAWAN

Thursday, May 08, 2008

Surat tawaran

Frust betul pagi nih tau.. punya lah berdebar-debar aku & Mamoru bila period aku lewat 5 hari.. ingatkan 'ada' tapi.. iskk.. period pulak.

Yang lawaknya, aku dah eksaited gila. Siap-siap kira hari tuu. Kononnya kalau 'menjadi', aku mungkin lahirkan baby pada January tahun depan.. Dah siap plan ok, nak extend aku punya part time study yg bakal bermula July nih untuk satu semester. Pastu siap buat search kat internet lagik pasal pregnancy.. belajar-belajar nak amik makanan camner, nak jaga kesihatan camner, cari tips-tips atau petua yg relevan. Tapi aduss.. takper lah, belum rezeki.

Kata Mamoru, masih terlalu awal untuk frust-frust nih, masih boleh cuba lagi. Btul jugak kata dia, mana tau pasnih 'menjadi'.. sesilap nanti, aku deliver bulan February pulak.. bulan anniversary kami tu.. hehehe.

Sebut pasal anniversary, hari nih genap 3 bulan perkahwinan kami :)

Seperti yang dah dijangkakan, semalam aku dapat surat tawaran dari UM untuk program Masters yg aku apply tu. Memandangkan aku dah tau lebih awal, takde lah nak terkejut or eksaited terlebih sangat.



Dalam surat tu, derang suruh datang taklimat 27 June nanti. Oh, tak dapat lah dik nonn.. aku kat Sarawak taim tu - tengah memanjat gunung. Aku datang masa daftar kursus je lah masa 1 July nanti. Kelas aku start seminggu lepas daftar.

p/s: Nak tau tak, semalam kan, aku & Mamoru cuti! Hehehe.. tak pegi mana pun. Saja negengada lepak sesambil kemas rumah (macam kemas la sangat pun heheh)

4 comments:

umi said...

hm...itu kan yg g sarawak tu la kompom ad tak leh pegi...insyaallah peknen...haha.. takpe kalu tak leh naik gng g jln2 srwk la ek... nway selamat cuba lagi...lepas ni cuba sampai berjaya..tau...iman maliki n bakal adik dia ni nk kawan naik gng same nih... NANA

aD said...

Nana.. wah tahniah.. untung adlin. Weh, jangan lah laju sangat. aD satu pun tak terkejar nih.. hehehehehe.. doakan kami ek. teringin sangat nak jadi umi nih. Tahniah jugak sebab dah jdai blogger.. boleh share-share cerita / gambar

umi said...

hehe blaja dari ad jugak...n diari utk iman n adik2..

aD said...

bagus tu nana. teruskan menulis. mana tau aD boleh belajar tips berguna kat situ nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...