KENGKAWAN

Wednesday, May 21, 2008

Trip Sarawak

Lepas habis meeting (read as: borak sambil makan-makan dalam boardroom) tadi, aku call Mulu Park. Saja nak double confirm dgn derang pasal xpdc bulan depan. Last aku bercakap dgn orang kat Mulu masa buat booking hujung tahun lepas. Cuak gak kekalau dah sampai sana, nama takde dalam list pulak.

Oh, sebelum tu nak iklan jap.. Tadi kan, masa meeting ada orang puji dressing aku tau.. hehehe. Lawa katanya. Pada hal, dia tataw aku pakai sebat je baju kurung aperntah (style cheongsam), pastu pakai seluar panjang. Ntahapehaper punya pesen - Kes malas nak gosok kemeja.. kuikuikui. Tapi, dah orang kata lawa kann.. maknanya taste aku tader lah ke laut sangat (sekali lagi pepandailah korang guna imaginasi – aku tadok gambar nak upload)

Ok, sambung balik:

Bercakap dgn petugas kat Mulu Park nih sebenarnya satu hal gak. Ntah lah, walaupun aku & petugas tu sesama orang Me'sia, hakikatnya (cewahh bahasa) aku rasa macam bercakap dgn orang dari lelain negara pulak. Payah betul derang nak paham apa yang aku nak. Cakap melayu salah.. cakap omputeh susah.. iskk..

Sudahnya, lepas dekat setengah jam memasing tergeliat lidah, baru lah derang pass phone tu kat superior derang. Aduss.. aper lah susah sangat. Kalau pass call aku awal-awal kan senang. Takde lah aku sesusah payah nak ber "kamik kitak" dgn petugas memula tadi.

Alhamdullilah, semua dah ready. Tinggal nak bertolak je. Tapi yang tak best tu, ada few trip yg dah naik harga. Gereemm aku. Makin lama, makin mahal pulak ek costing nak mendaki gunung nih.

Oh part yg best nanti, masa hari last kami kat Sarawak, team xpdc kami mungkin akan bertembung dgn team Sham Castello. Tapi taim tu derang baru sampai sedangkan kami dah nak balik.

Ekceli, aku tergerak nak buat xpdc ke gunung Mulu & gunung Api nih berpunca dari Sham Castello arr. Dia yang cabar aku buat trip nih.. hehehe.. Aku plak, pantang orang cabar-cabar . Kan aku dah buktikan.. tu pasal lah aku pilih tarikh xpdc seminggu awal dari dia. Biar kami bertembung kat sana.. boleh aku sengeh-sengeh bangga-riak-sumbung-bongkak depan dia nanti.. huhuhuhu.

Selain dari menyahut cabaran, main point aku buat trip nih, sebab nak tau costing sebenar keseluruhan trip. Setakat nih, costing yg aku buat agak murah kalau compare dgn trip orang lain yg aku dengar. Tapi tataw lah kan.. nak tau detail pasal costing, kena tunggu aku balik dari sana lah.

Next pulak.. meeting dgn team xpdc pulak. InsyaAllah, sebelum hujung bulan nih aku nak jumpa derang semua. Tak ramai pun.. 5 orang je termasuk aku & Mamoru.. hehehe. Dann aku sorang je pompuan. Takpelah, Mamoru kan ada.

Buat kak Yati & kak Melati, apa kess naik gunung bawak khemah. Tido satu sleeping bag je lah. Apadehal.. halal & toyibbah gituuuu.. muahahaha.

2 comments:

angah said...

yer saiz korang berdua memang muat la satu sleeping bag... tidur jek.. atas tu air tak banyak buat mandi *larikkkkkkk*

aD said...

hehehe.. ampeh. btul tu angah, part tido satu sleeping beg tu mmg best. taappii.. part tak mandi tu memang tak boleh tahann.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...