KENGKAWAN

Monday, June 30, 2008

XPDC Mulu Day 1 & 2

Day 1 (21 Jun - Sabtu)

Sejuk sangat pagi nih. Pukul 3.00 pagi aku dah bangun. Tidur tak sampai sejam pun malam tu - packing punya pasal. (fyi, semua ration aku dah siap beli awal-awal dari KL). Janji nak jumpa team xpdc kat LCCT - agih rations. Risau ok kekalau beg terlebih berat. Kalau tak silap, untuk group 5 orang (macam team kami), maksimum hanya 75kg jer dibenarkan. Kalau terlebih, kena bayar RM 15 untuk setiap kilo yg berlebih tu. Tapi pepandai lah bawak beg-pack kecik untuk letak dlm kabin. Beg kecik nih boleh sumbat maksimum 7kg.. so, boleh la agihkan berat barang yg terlebih.

Tepat 7.30 pagi flight kami depart ke Miri.. (thanks to Chua sebab tolong hantar aku & Mamoru ke airport!)

Breakfast dalam flight je. Itu pun just aku & Mamoru je yg makan. Apek, Zin & Talha sanggup tahan perut nak makan kat Miri. Konon nak sedap & murahh.. Sekali, hamikkkk ko.. makanan dlm Airasia tu rupanya lagik murah & sedap daripada makanan kat Miri Airport.. huhuhuhuhu. Seriyes mahal ok makanan kat sana. Tak banyak choice lak tuu.

Kami sampai Miri dekat pukul 10.00 pagi. Sesambil lepak tunggu flight ke Mulu, aku pegi survey tambang teksi, harga keta sewa & tempat-tempat menarik kat Miri yg boleh kami singgah masa hari terakhir kami kat Sarawak nanti.

Tepat pukul 12.10 tengahari, kami naik flight Maswings ke Mulu. Pengalaman pertama naik fokker 50. Fuhh.. bestttt. Nampak view sungai sarawak yg cantik gila. Tapi sekejap sangat rasanya. 20 minit jer dah sampai..

Kat airport Mulu, dah siap tersedia beberapa buah van yg akan membawa kami ke Mulu HQ Park. Tambang RM 5 sorang (dengar cerita, pasnih orang Taman Negara nak revise balik senarai harga. Harap tak tinggi sangat lah naiknya nanti). Ekceli, Mulu HQ Park nih dekat je dgn Airport. Jalan kaki punn boleh. Tapi, takde maknanya aku nak jalan kaki dgn beg berat-berat gitu.

Lepas check-in & settlekan full payment kat Mulu HQ Park, kami terus ikut tour yg last pegi caving kat Gua Lang & Gua Rusa. Kelam kabut jugak lah simpan beg dalam hostel & tukar baju. Ingatkan trip pegi gua nih santai-wong.. rupanya menyengatt jugak lah dibuatnya. Jauh ok, berjalan! Tapi view dalam setiap gua memang layannnnn. Besar-besar gua kat sini tau.. cuNnnn.

Habis melawat gua, kami join group lain lepak kat satu kawasan khas untuk tengok kelawar pulak. Kata guide kat situ, setiap hari antara pukul 4 ptg - 7 malam, hampir 3 juta kelawar akan keluar dari Gua Rusa untuk cari makanan. Memula tu, macam bosan lah jugak. Yelah, apa kes tengok kelawar kann. Bukannya aku suka menatang tu pun.. tapiiiiii bila kelawar tu start keluar dari gua.. fuhhhhhhhh.. kagum aku. Banyakkkkkk gilaa.. seronok pulak rasanya. Aku siap baring atas pelantar kayu untuk amik gambar ok. Lama nak tunggu semua kelawar tu habis keluar dari gua. Boleh makan sejam jugak lah. Tapi kami takdenya nak tunggu sampai habis. Kat sana pukul 6.30 dah start gelap.

Malam tu kami dinner kat HQ Cafe. Harga makanan kat sini boleh tahan gak lah.. tapi takde lah semahal makanan kat Laban Rata, Kinabalu :)

Lepas dinner, kami setting ration untuk mendaki gunung Mulu. Barang-barang yg tak diguna pulak, akan ditinggalkan kat stor HQ office (tak kena bayaran). Awal kami tidur malam nih, maklum lah, memasing risau memikirkan xpdc esok.

Mamoru & Talha depan flight Maswings kat Mulu Airport


Aku tgh layan blues


Bergambar depan entrance Mulu HQ Park (tiada dlm gambar, incik Apek)
Tak dann nak rehat.. lepas check-in jer, berdesup pegi caving


View dalam salah satu gua (gambar ihsan Apek)

Teka derang nih tgh tengok mender?


Nampak tak line yg bengkang-bengkok kat atas tuu.. itu lah kelawar tgh keluar cari makan.. bapakk punya banyakk hokeh

Day 2 (22 Jun - Ahad)

Awal kami bangun. Pukul 4 pagi semua dah terjaga. Eksaited nih. Lepas mandi & solat, kami breakfast kat Cafe (note: bilik hostel kami attached dgn Cafe) Sesambil menunggu menunggu guide yg akan bawa kami ke gunung Mulu, kami jenjalan jap kat muzium mini & kedai kraftangan dalam Cafe. Lawa tempat nih.. tapi harga bebarang dia.. fuhh.. mahal gila.

8.00 pagi kami dah terpacak depan HQ office. Abg Bagley (guide) dah siap tunggu kat tepi tangga. Simple & kecik je orangnya.. tapi jalannn.. laju gila! Masa borak-borak tu baru kami tau abg Bagley nih jugak lah yg jadi guide untuk team Syed & Adhazira masa awal tahun aritu. Kebetulan kan?? Abg Bagley nih kira senior guide kat sini. Nampak biasa-biasa je tapiii wife dia orang Irish ok.. hehe. Kira berpengaruh jugak lah dia nih. Nama gua Lang yg kami lawat petang semalam diambil sempena nama bapak dia yg memula jumpa gua tu dulu (Bagley a/k Lang). Abg Bagley penah duduk Ireland 2 tahun (lepas kawen) tapi sanggup balik Mulu semata-mata nak duduk dalam hutan.. kagum aku dgn semangat dia.

Kami start trekking pukul 8.20 pagi. Perjalanan agak santai cuma mental layann selut. Nak wat camne.. starting point kami kat kawasan berpaya.. layankan je lah.. Pacat tak banyak tapi yang tak boleh tahan tu, gigitan pacat kat kawasan nih sakit ok. Biasanya pacat kalau gigit, kita rasa gatal.. tapi yg nih.. adoiyaii. Kaler pacat tu pun menarik.. hijau-kuning-merah.

Sejam lepas tu kami sampai kat kawasan air terjun kecik (Paku Waterfall). Rasanya nih lah satu-satunya air terjun yg ada kat kawasan nih. Lepak amik gambar jap, pastu kami teruskan perjalanan.

View sepanjang trek, subhanallah.. cantik sangat. Memacam mender yg aku tak penah tengok ada kat sini.. Dengan cendawan sebesar kuali, bunga yg warna-warni, buah-buah hutan, burung enggang yg banyak gila.. susah ok nak jumpa burung nih kat tempat lain.

Kalau tak silap aku, ada 6 (atau 7) buah sungai yg kami kena lintas sbelum sampai ke Kem 1 (dua daripadanya sungai besar). Kem 1 nih letaknya 5.6km dari HQ Park. Tak jauh.. tapi sengal jugak lah nak menyampaikan kaki kat sini.. Kami berenti kat Kem 1 untuk lunch & solat jamak.

Trek dari Kem 1 ke Kem 2 memang hazab. Turun naik bukit!!.. Mencabar sungguh. Hampir mental jugak lah aku melayannya. Kalau tak kenangkan bayaran yg mahal gila untuk bayar guide kami ke Mulu (RM 1000 hokehh!! - seribu tuuu!), dah lama aku patah balik ke HQ Park. Sabarrrr.. sabarrr...

Lepas hampir dua jam turun naik bukit baru lah kami sampai ke Kem 2. Kat sini baru aku tau kenapa Kem 2 takde dalam peta trek ke gunung Mulu. Rupanya, Kem 2 nih hanya pada nama jer. Takde pondok macam kat Kem 1 tadi. Kawasan dia pun tak seluas mana. Kami berenti sekejap kat Kem nih untuk refill air (ada sungai kecik yg jernih kat sini).

Masa kat Kem 2, Apek ada mengadu kaki dia sakit. Memula tu aku takde lah amik serius sangat. Ye lah, sepanjang aku trekking dgn Apek nih dulu, dia kira kuat jugak lah. Aku takde lah saspek dia akan 'tumbang' masa on the way ke Kem 3.

Terkejut ok, bila dengar Apek menjerit minta tolong taim-taim maghrib camtu. Masa kejadian nih berlaku (cewahh), aku dgn abg Bagley & Talha tengah memanjat tebing curam. Bergegas derang campak haversack pastu turun kebawah tebing tinggalkan aku sengsorang kat situ.. (huhuhu.. takot) Pelan-pelan aku mengengsot ikut turun sekali.

Nasib baik Mamoru & Zin ada kat bawah dgn Apek taim tu. Kalau tak, sure Apek dah tergolek jatuh ke bawah. Kata Apek, badan dia krem dari pinggang sampai ke kaki.. Hmm sure dia dah letih sangat tu.

Sementara Mamoru sapu ubat kat kami Apek, kami start keluarkan semua barang dalam beg dia - transfer dlm beg kami. Beg aku pun tak terkecuali ok. Abg Bagley pun turut sama tolong bawakkan barang-barang Apek. Fuhh.. mencabar jugak lah taim tu. Dgn beg yg bertambah berat, hari pulak semakin gelap.. adoiyaii.. perjalanan pun semakin lambat..

Tepat pukul 7.30 malam kami berjaya sampai ke Kem 3!! Campak beg, terus pegi mandi.. Serrjurrkk gila ok, mandi kat sini. Maklum, air takungan hujan. Ngam-ngam kami sampai jer, hujan turun selebat-lebatnya.. *takbir*.. Syukur sangat. Kalau tak, tentu kami basah trekking dlm hujan.

Oh, fyi Kem 3 nih adalah Kem yg paling cantik kalau nk compare dgn Kem lain yg ada sepanjang trek ke Gunung Mulu nih. Setiap kem nih pulak (kecuali Kem 2) lengkap dgn stove, pinggan, mangkuk, cawan, kuali, periuk & cerek. Tinggal nak bawak cooking gas & makanan untuk dimasak jer. Tapi kalau risaukan tahap 'kebersihan' bawak lah peralatan memasak sendiri atau tak pun, samak je dgn tanah..

Menu kami untuk malam tu: Nasi putih, kari ayam instant (Brahims), sambal ikan bilis (yg aku masak dari rumah), sup bebola ayam & kicap.. simple tapi sedappp.. Yelah, dah penat + lapar, semuanyaaaa serrrdapppp!


Bergambar gegamai dgn abg Bagley sebelum start trekking



Take 5 kat tepi sungai cantik - sambil buang pacat durjana yg melekat kat kaki.. (hehe.. aku luper daa nama sungai nih - sungai Paku kut)

Jernih sungguh air dia.. boleh diminum begitu saja ok..


Bergambar dgn pokok Tampoi yg sepanjang tahun lebat berbuah.. Fyi, buah tampoi hutan nih agak masam sikit rasanya compare dgn buah tampoi yg ditanam.


Kem 1 - Kami sampai sini pukul 11.40 pagi. Rehat sejam kat sini. Sempat lah pekena lunch bihun segera & teh o panas

Refill air kat Kem 2. Kem dua nih takde pondok macam kem 1

Sambung trekking.. Kami bajet akan sampai Kem 3 sebelum hari gelap


Tapi malang tak berbau.. Apek injured.

7.30 malam baru kami sampai Kem 3. Alhamdullilah, syukur.. hari pertama berjaya kami lalui dgn tabah.

Sunday, June 29, 2008

We're back!



Alhamdullilah, kami touched down pukul 11.05 malam tadi. Semua selamat pegi & balik. Nak tgk gambar / nak tau cerita menarik tentang xpdc kami kat sana? Hehehe.. tungguuuuuu..

Monday, June 23, 2008

Godong in memory

NOTE: Entry yg korang baca sekarang nih, aku dah tulis lebih awal dan dah set kan masa untuk auto-publish (thanks to kecanggihan blogspot). By time korang baca nih, aku berada kat hutan Mulu National Park, Sarawak - Tengah mendaki Gunung Mulu & Gunung Api dengan Mamoru & 3 orang rakan xpdc yg lain. Doakan kejayaan & keselamatan misi kami dalam menakluk dua gunung nih ya, kengkawan.


*************************************


Baru-baru nih aku dapat call dari sorang member lama - Pokyie - Ingat lagi tak nama tu? Dia antara orang terawal yg aku kenal masa memula join xtvt mendaki gunung.


Last aku pegi trip sesama dgn dia masa mendaki gunung Ulu Jerneh kat Perak. Pastu takde dah. Lebih setahun gak lah kami lost contact.


Berborak dgn pokyie buat aku ingat balik semua cerita-cerita Godong dulu. Boleh tergelak sengsorang dibuatnya. Dulu, taim aku single-mingle, duduk menyewa umah sengsorang, Godong lah jadi penglipur-lara. Asal malam je melepak kat Majeed sampai pukul dua-tiga pagi - bincang nak pegi gunung yg mana. Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu, aku habiskan masa dalam hutan. Pernah dalam setahun tu, aku mendaki lebih 22 gunung! Tuuu, tak termasuk gunung yg sama aku repeat berkali-kali ok. Fuhh.. gila gunung betul taim tu.


Dalam bebanyak member gunung yg aku kenal, team Godong nih yg paling aku suka (+ menyampah + geram.. hehehe). Banyak cerita yg.. ntah lah.. ntahapehape. Tapi tak kira macam mana aku suka (+ menyampah + geram) pun, aku tetap menghargai nilai persahabatan aku dengan derang nih. Ada sentimental value kat situ.


Yelah.. aku kenal Godong dalam keadaan emosi aku kurang stabil (kes putus chenta dolu). Dari Godong, aku mula kenal & jatuh cinta kat hutan & gunung.. belajar kenal diri sendiri.. kuatkan semangat.. kawal emosi.. Dan dari Godong jugak lah aku kenal Mamoru.. pelengkap pada semua kekurangan yg ada dalam diri aku (fuhh puitis gak aku nih ek).. heheheh..


Team Godong yg byk mengubah persepsi aku terhadap kehidupan (cewahhh ayatt). Dari kiri; mansur, atan, kak mai, ayu, boy, ijai.. duduk pulak; sham castello, aku, cicah, mail & pokyie (puncak gunung yong belar)

Pokyie ada ajak pegi mendaki gunung bulan lapan nanti. Tengok lah macam mana. Kalau Mamoru free, boleh lah. Kalau tak, takdo lah. Aku sekarang nih, kalau nak pegi memana (esp mendaki gunung), biarlah Mamoru ikut sekali. Tak sedap hati kalau dia takde.

Fikir pasal Godong buat hati aku menlonjak-lonjak nak aktif gegila masuk hutan.. tapi bila fikirkan komitmen masa depan.. hmm.. slow-slow la aD.. tak lari gunung di kejar (huhuhuhu takut aku yg tak terkejar gunung tu bila dah tua nanti)

Friday, June 20, 2008

Away to Sarawak


Haversack Mamoru & aku. Kebetulan pulak kaler beg kami sama-sama merah (kimia kan? hehe). Aku snap gambar nih pagi tadi. Beg masih kosong lagi, belum bubuh barang pun. Tapi bebarang semua dah siap lah. Tunggu nak packing je malam ni.

Esok, sesubuh buta kena keluar rumah. Janji nak jumpa team xpdc pukul 5.00 pagi kat airport. Maklum lah, ration semua ada kat aku. Nak sumbat dalam haversack kami berdua konfem tak muat. Kang kalau terlebih berat, jadi keje lah pulak nak keluar duit lebih. Nak tanak, kena agih-agihkan dulu sebelum naik flight. Setiap orang musti bawak sorang sikit.

Sepanjang pemergian aku ke Sarawak nih (chewahh), aku akan cuba gak merajinkan diri draft entry untuk di-auto-publish dalam blog nih (canggih kan blogspot sekarang nih). Jadi, jangan terkejut la kalau korang ada terbaca entry baru kat sini masa ketiadaan aku nanti (hehehehe).

Alamakk, aku lupa beli bateri headlamp. Nak kena balik awal nih.. ok lah geng, wa cabuttt dulu.

Wednesday, June 18, 2008

My fav sleeping bag

Nih sleeping bag all time peberet aku.. Aku beli dalam tahun 2006 kat Tearproof KLCC. Sleeping bag nih lah yang buat aku menjerit kepanasan masa tidur kat puncak gunung Yong Yap.. seriyes ok.. hehehe.

Overland Sleeping Bag Lite 1050

Comfort zone : + 5º C
Weight : 1050g or Less
Size : 220 x 80 x 50 cm
Maximum user height : 185 cm
Others: Extra Layering at Foot


Style mumia.. tebal & sangat selesa.


Ada poket kecik kat sebelah dalam sleeping bag nih. Boleh simpan barang-barang berharga / headlamp. Senang nak cari kalau terbangun taim tidur.


Tu diaa.. siap ada extra layering untuk foot warmer ok. Sangat syiok kalau tidur dalam nih


Ada 5 layer yg diguna dalam sleeping bag nih. 'R' tu maksudnya zip kat sleping bag nih terletak kat sebelah kanan ('right')



Saiz sebenar bila dah di compressed kan. Memula beli dulu rasa cam berat gak (1.05kg)



Sleeping bag jenis nih memang sangat besar & panjang untuk orang comei & kecik molek cam aku (hehehe). Kalau tido kat dalam tu rasa macam tido atas tilam jer. Memang best gila aarr. Fyi, member kat sebelah aku tu guna sleeping bag jenis yg sama tapi kecik & ringan sikit (Overland 850 - 4 layer + 18º C)


p/s: Aku akan bawak sleeping bag nih gi Sarawak :)

Gereemmm

Minggu nih memang banyak kerja. Kelmarin masa aku remind DOY pasal cuti aku minggu depan, ada ke dia suruh aku kansel. Alasan dia, sekarang nih tengah banyak keje - dateline projek dah dekat.

Ya rasul.. geremmm je. Pada hal dia bukan tak tau aku dah confirm lama dah tu.

Keje tu keje jugak. Tapi konsider lah aku yg jaranggggg amik cuti lelama nih. Keje punya pasal, cuti kawen aritu pun aku amik 3 hari je hokeh. Lagipun, cuba explain kat aku part keje yg mana aku belum siapkan?

Last aku amik cuti pepanjang masa tahun 2006 dulu. Tiga kali. Masa pegi xpdc Kinabalu (Mac 2006), xpdc Trans Titiwangsa V2 (Aug 2006) dengan xpdc Trans Bintang (Dis 2006). Pastu sampai sekarang nih tak pegi bercuti lagi. Konsider la sikit.

Ahh.. aku tak kira.. aku tetap akan cuti jugak! Kalau DOY nak tipun aku sepanjang aku cuti tu punn aku tak heran. Call ler bebanyak.. macam kan ada roaming dalam hutan tu nanti. Biarkan dia.

Semalam aku & Mamoru dah start shopping bebarang makanan yg nak dibawa ke Sarawak. Preparation setakat nih alhamdullilah, semuanya under kontrol. Cuma biasalah, taim-taim genting camnih ada je perkara yg tak dijangkakan muncul secara tiba-tiba.

Contohnya; petang esok ada company kat Cyberjaya panggil interview keje. Aduss.. dah la aku stress nak menyiapkan keje yg berlambak, plusss preparation ke Sarawak lagi.. nih tambah satu lagi.. nak kena buat research tentang kompeni yg panggil interview pulak.

Aku pun dah ingat-ingat lupa bila aku apply job tu. Mulanya macam malassss nak pegi, tapi Mamoru kata, pegi je lahh. Kalau dapat, untung.. kalau tak dapat, just rugi masa je, takde hal. Aku tanak pegi bukan sebab apa.. ekceli jawatan yg kompeni tu offer.. mak aihh.. buat aku terkejut ok. Buat aku ketaq pun yer.. tergelak pun yerr (tergelakkan diri sendiri bila bandingkan jawatan yg tinggi melangit dgn aku yg kerdil nih)

Apa pun, doakan lah yg terbaik untuk aku yer kengkawan.. semoga murah rezeki kami (dan korang semua). Amin.

Okeh lah, tak leh lelama nih, tengahari ni ada meeting. Ada masa kalu, kita sambung lagi.

Tuesday, June 17, 2008

Little Nina turning 3

Time flies



Nina masa umur 7 bulan (aku ada upload gambar nih dlm blog - Nov 2005).. khusyuk sgt dia menghadap laptop aku



She's turning 3 this coming Friday.. Look how adorable she is.. dah pandai main chess dah sekarang nih.. (Nina vs SIL Ida - teka saper kalah? hehehe)

Ladang jagung ayah

Wahh gituu.. tak hehabis kan cerita balik kampung nih. Padahal bukannya balik lama pun.. sehari je.. hehehehe

Luas gila ladang jagung yg ayah & partner dia (uncle Jefri) usahakan. Kata ayah, dekat 10 ekar luas kawasan nih.. Aku yg baru berjalan dari hujung ke hujung tanah nih dah rasa kepenatannya.. Camner lah ayah yg hari-hari berkebun kat sini. Kesiannya ayah.. dah tua-tua pun masih kerja keras lagi.. tskkk


Nakk jugak interprem.. ohh, sila abaikan kasut pua-chu-kang itu. Ayah yg paksa aku pakai. Takut pacat gigit kaki aku katanya. (hehehe.. ssshhhhh ayah tataw aku selalu masuk hutan - pacat dgn aku dah 'kamceng' dah). Kat ladang ni mmg banyakkkk pacat. Adik aku si kecik Nina tu pun sampai kena gigit kat 'tuuuuuttttt' ok.


Mesin yg mengepam air sungai ke sprinkler. Besar mesin nih. Tak sempat amik gambar dgn detail sebab taim nih aku tengah kelam kabut mencabut pacat dari 'tuuuuuttttt' Nina


Itu dia.. menantu ayah yang pantanggggg nampak sungai.. Nak terjun je kejenya. Nina pun mengikut sekali. Aku tak kuasa laaa... mana bawak baju spare.

Kundang muda

Antara xtvt yg sempat kami buat hari Ahad lepas..

Uikk.. siapa yg memanjat tu?


Apa yg derang tengok gegamai tu?


Wahh macam sedap je.. makan apa tu ayah?



Eh Nina pun makan jugak? Buah apa tu?



Ohh.. buah kundang (a.k.a buah anggur me'sia, kata Mamouru)



Besama incik tukang panjat.. hehehe.. berlengas muka memasing

Monday, June 16, 2008

Menjala talapia

Wiken semlm, ayah ajak pegi tengok tapak semaian ladang jagung dia yg baru - kat area Brisu. Beria nih ayah mengajak. Tak sabar dia nak tunjuk betapa luasnya kawasan tanaman jagung yg baru tu. Aku & Mamoru pun haper lagi.. layannnn..

Memula sampai kat surau lama a.k.a pondok kat tepi kawasan ladang jagung tu, memang aku terkejut habis. Lawaa sangat view kat situ. Penuh dengan dusun buah-buahan. Semua pokok tengah berbuah pulak tu.. tunggu nak masak je. Heaven ok!

Bebtul kat tepi pondok port kami lepak-lepak, ada tiga / empat kolam ikan. Tak tunggu lama, terusss je pegi menjala. Banyak ok, ikan kat dalam kolam tu.


Cantik tau view kat kolam nih.. siap ada pelantar lagi.



My cik abang tengah cuci tangan.. nampak tak daun teratai tu?.. comeiii..

Bapak tengah menebar jala



Incik Mamoru pun nak mencuba jugak..

Boleh tahan gak ikan talapia yg ayah dapat.. besar tapak tangan


Tak tunggu lama.. kat pondok tu jugak kami kerjakan ikan tu. Nih hasil masakkan Aunt Shi - talapia goreng bersambal.. fuhhhhh..



Nih pulak hasil air tangan aku.. hehehehe.. talapia bakar beb! melelehhhhh..

Ayuni & Big Apple

Comeiii sangatttt.. sukanyaaaa...

aummm...



Tomot ke? Taper.. janjiii syedappp.. nyamm.. nyamm..

Friday, June 13, 2008

Ketam masak lemak ciliapi

Kalau dah peminat ketam, masak cara apa pun semuanya sedappp. Nih lauk untuk dinner tadi. Ketam masak lemak cili api.


Layan je lah resepi simple aku malam nih..



Tak sempat nak amik gambar satu demi satu.. Nih hasil blend bawang merah, bawang putih, cilipadi & kunyit hidup. Disebab kan aku suka sangat dgn belachann, aku turut masukkan secubit belacan dalam campuran bahan yg dah di-blended nih.



Bersihkan ketam. Ikut suka lah nak potong camnerpun. Tanak potong pun takper. Dalam kes aku, aku potong dua je.. senang nak makan.



Santan pure dari sebiji kelapa. Fyi, aku kureng sikit guna santan kotak nih. First sebab aku tak reti nak bajet byk mana nak guna.. second, rasa & bau dia lain sikit lah.. Tapi kalau dah takde santan pure, aku belasah gak guna santan kotak.



Hokeh, memula jerang santan atas dapur, masukkan bebahan yg dah di blend ke dalam santan. Masukkan serai sekali.. Kalau rerasa gulai nih pucat, masukkan sikit kunyit serbuk. Ohh jangan lupa bubuh asam keping (sekeping / dua).



Bila dah mendidih, masukkan ketam.. biarkan sampai masak / santan pecah minyak. Agak-agak nak masak tu, bubuh garam secukup rasa.



Dann taddaaa... hidangkan panas-panas bersama sambal belachannn. Sedapp hokehh.



Nih bebahan yg selalu aku guna untuk buat sambal belacan. Lada merah, cili api, bawang merah, bawang putih & sedikit belacan (dibakar terlebih dahulu). Jangan lupa masukkan secubit garam kasar masa tumbuk bebahan nih.


Ewahhhh.. dua dalam satu pulak resepi aku malam nih kann? Merasaaa...


Ayah aku suka makan sambal belacan goreng. Nantilah, ada masa nanti aku share resepi tu kat sini ek.



Nih la rupa sambal belacan aku tadi.. perah sikit asam limau.. konfem terangkattt (kes puji diri sendiri hehehe)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...