KENGKAWAN

Friday, June 06, 2008

Preparation (Sarawak)

Wiken dtg lagi.

Plan ada.. banyakk.. sama ada nak pegi trekking kat bukit Tabur (Gombak), jogging kat bukit Melawati (Kuala Selangor) or jogging kat Tasik Permaisuri. Mana-mana pun aku tak kisah, janji boleh excersise.

Tapi semua tu depends pada incik Mamoru lah. Dia kena keje malam nih. Kena monitor / buat testing aperntah. Kalau dia balik awal, boleh lah teruskan plan. Kalau tak, tunggu ahad je lah.

Minggu nih ingat nak cuci haversacks. Nak bawak jalan jauh katakan (macam jauh laa sangat).. malu lah kalau beg bertompok lumpur sini-sana. Kena cuci kasi bersih. Tapi dapat cuci beg Mamoru je. Beg aku, Chua nak bawak pegi T'ganu - pegi mencandat sotong dgn geng Karat malam nih.

Preparation untuk trip akan datang masih belum start lagi. Tapi tak risau sangat lah. Sebab gunung Mulu & gunung Api nih tak macam gunung-gunung lain yg biasa kita daki. Sebab setiap kemsait kat gunung nih ada disediakan pondok. Jadi tak payah sesusah nak pikul fly / ground / tent. Kalau kat camp 5 (otw ke gunung Api) pulak lagi best.. peralatan memasak semua disediakan katanya. Bawak bebarang untuk dimasak je.

Aku tak decide nak bawak ration apa untuk makan atas gunung nanti. Kalau rajin, aku buat serunding udang / ayam & sambal ikan bilis kering. Selebihnya.. nak kena bincang dgn team xpdc dulu. Kang kalau prepare ikut tekak sendiri, ada yg kena hempuk atas gunung nanti. Tak kira camnerpun kena make sure semua ration lengkap dari sini. Aku tanak meragau cari barang kat sana. Yelah, tempat orang kan.. kita pun tataw nak cari barang kat mana. Buatnya harga barang kat sana double-triple. Tak ke pengsan nanti..

Ohh, lupa nak inform, untuk trip nih, rations adalah ditaja oleh incik Mamoru (semoga murah rezeki Mamoru selalu). Cuma makan kat HQ Park Cafe je sdn bhd. Merasa korang kann??

p/s: Tahniah untuk Wardah & Zul dan Ajak & Diana coz dapat baby baru. Comel betul anak-anak derang tau. Geremmm jer (Wardah & Ajak nih schoolmate aku kat SMSA dulu)

p/p/s: Untuk Amelia.. klik sini untuk resipi sambal udang petai tu ek.. selamat mencuba!! Nanti jgn lupa share gambar bila dah siap ek.. hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...