KENGKAWAN

Wednesday, July 30, 2008

Aku bengang nih!

Arinih mood tak baik sikit.

Ada sorang participant nih - perempuan - melayu (tayah bagi nama lah ek) Adik tiri kepada Menteri Kebudayaan & Pelancongan kita (konpem ramai tataw siapa Menteri Pelancongan kita kan? Takperrr.. bargussss). Dia keje kat IBBM.. senior management level.

Masa awal dia datang sini, tersangat lah over peramah. Nampak baik je. Aku pun berperangsangka baik jugak lah kan.

Sepanjang minggu lepas, tetiap hari kak Bunga mengadu kat aku pasal perangai participant nih. Cerewet sangat katanya. Memula tu aku tak layan sangat keluh-kesah kat Bunga. Ingatkan kak Bunga ngengada & nak ngelat buat keje. Ye lah, participant yg sorang nih tak penah pulak timbulkan masalah kat aku. Lagipun adat lah kalau kita organize event, konpem akan ada sorang / dua participant yg agak fussy.

Tapi lelama, aku sendiri dah nampak sikap 'ke-melampau-an' participant yg sorang nih. Memang annoying betul. Rupanya, bukan aku & kak Bunga je yg tak berkenan dgn dia.. participant yg lain pun (even DOY) naik muak dgn sikap dia.

Paling aku tak berkenan bila dia asyik kacau kak Bunga suruh buat itu-ini. Ok, setakat suruh kak Bunga print-kan document dari komputer / mesin photostat, tak kisah lah kan. Tapi bila taim tengah-tengah malam buta (11 malam!) pun duk call bilik kak Bunga suruh turun ke lobby, pastu suruh bukak kunci ballroom semata-mata nak suruh on-kan komputer untuk print document......... aku rasa, dia memang sangattttttt bermasalah!

Aku dengar dia dah berapa kali hilangkan kad (kunci) untuk acces bilik dia. Orang lain, kalau hilang kunci bilik, terus je pegi check-in kaunter mintak yang baru. Yang dia nih, punya lah nak menunjukkan betapa dia nih 'Maharani', siap call kak Bunga suruh pegi amikkan replacement key untuk dia. Adoiyaii.. menyampahnya. Bab-bab personal or bab seluar dalam nih tak boleh ke handle sendiri?? Event participant yg berjawatan lebih tinggi dari dia pun takde masalah berurusan directly dgn orang kat check in kaunter. Kalau diri tu anak raja lain lah kannn.. nih, gahara pun bukan..

Ok, aku tau dia bayar hampir 23 ribu untuk join program yg kompeni aku anjurkan selama 2 minggu. Tapi dia kena ingat, participant lain pun bayar jumlah yg sama jugak! Dan derang semua takde problem pun dgn cara aku manage program nih (siap bagi compliment lagi). So, apa masalah participant yg sorang nih??

Last week, dia duk borak dgn aku, duk cakap Maid dia kerap pengsan kat rumah. Pastu dia duk risau takde siapa nak tolong jaga & amik anak dia dari sekolah. Simpati lah jugak aku kat dia.

Pastu dua tiga hari kemudian, dia cakap dia dah dapat solution untuk problem Maid dia tu. Dia pi suruh staff dia amik anak dia dari sekolah tetiap hari. Huhuhu.. dalam hati aku, wahh kemain baik lagi staff dia tolong ngamik anak bos.

Petang aku duk puji-puji staf dia tu, dua orang staff dia dari opis KL datang ke 'sini' - Nak dapatkan signature dia untuk few dokumen penting kata staff dia tu. Sempat aku borak dgn staff-staff dia. Baik-baik je orangnya. Senyum je manjang. Tapiiiii, bila dia keluar dewan jumpa staff dia, fuhhhh terus-terus je dia menyinga. Sambil tangan sain dokumen sambil mulut dia membebel maki dua orang staff dia nih. Kasar sungguh bahasa dia. Terkejut aku dengar dia guna bahasa yg sungguh tak melambangkan professionalisme. Sampaikan staff dia yg datang jejauh dgn senyum sopan tadi tunduk je bila jalan depan aku. Of course lah derang malu!

Geleng kepala aku dengan orang macam nih. Ok, aku tau dia boss dalam department dia. Tapi tengok-tengok tempat lah pun kalau nak maki-hamun staff. Kalau dalam opis dia, lantak lah kan nak terpekik-terpekau kuat mana pun. Nih kat tempat orang beb! Public area.. ramai orang. Tak ke menjatuhkan air muka & maruah orang?!! Agak-agak lah sikit.

Lepas adengan yg tak ingin dilihat tu, dia duk suruh staff dia pegi bilik dia. Suruh gosokkan semua baju dia.. Pastu duk bangga-bangga cakap dgn aku betapa dia kalau nak buat apa jerr (be it work / personal), dia boleh simply suruh staff dia buatkan. Dia siap tanya aku lagi kalau aku tak cukup staff, dia nak hantar beberapa orang staff dia tolong buatkan keje untuk aku.. huhhhh apa kes?

Pagi nih tahap kesabaran aku bebetul tercabar dgn sikap perempuan nih. Dats it. Takde maknanya aku nak melayan perangai orang macam nih. Pegi matilah dgn "customer is always right".. Banyak lagi participant yg aku nak entertain kat sini. Aku dah hilang respect dgn orang macam dia!

Tuesday, July 29, 2008

Cam biasa..

Cantik kan cuaca pagi nih.. Panas & terang.. Harap kekal sampai petang. Tak yah lah aku duk berbungkus pakat jaket manjang.


Masa tengah syiok layan nasik lemak sengsorang, ada sorang mat saleh datang duduk kat meja aku..

Guess who? Prof Vietor from Harvard University. Rajin dia berborak dgn aku. Seronok duduk dgn dia.. memacam perkembangan tentang ekonomi dunia yg kita boleh tau. Pagi nih dia eksaited gila bila bagitau aku pasal negotiation Meril Lynch & Temasik yg keluar dalam news malam tadi (aku angguk je lah - malam tadi tak tengok berita beb! Aku bz study utk paper akaun)


Ohh.. nih lunch semalam.. Indian cuisine. Sajer aku tempek kasi korang kelioq


Nih pulak dinner malam tadi. Lamian mee.. sedap gak. Malam tadi makan style chinese pulak.. burppppp


Laundry aku. Nih bungkusan kedua. Yang pertama aritu kemain laju je hotel nih basuhkan. Tak sampai 5 jam dah siap bergosok!! Yang no dua nih lambat sikit derang hantar sebab aku tak perasan pi letak sign "Privacy Requested" kat pintu bilik.. Patutlah derang tak berani hantar masuk bilik.. huhuhu

Monday, July 28, 2008

Dating di puncak Genting

Kalau sabtu kami dating secara berjemaah, Ahad pulak aku repeat berdua-an je dgn Mamoru. Sajer berjalan. Bukan jauh pun.. Lagipun kat atas tu tengah asa sales ok.. hehehe

Haa.. nih keta kabel ( yg terawal wujud kat Genting. Fyi, keta kabel yg bulat-bulat tu (gondola), dihentikan selama dua minggu untuk maintenance. Jd, derang bukak semula perkhidmatan keta kabel lama nih. Risau jugak mulanya nak naik keta kabel lama nih. Sebabnya, keta kabel nih just operates waktu tengah malam taim hujung minggu je. Hari lain memang tak bergerak langsung. Takut lah jugak kekalau berkarat ke haper. Tapi alhamdulillah, ok jerr. Keta kabel bih besar tau. Macam minibus. Boleh muat hampir 40 orang sekali naik.. try lah.. best!


Comel kan wanita skyway dalam gambar nih..


Me & Mamoru dalam skyway..

Ok lah nak sambung keje.. (plus study untuk test esok.. uhuhuhuhu)

Merendek dihari Sabtu

Adik no 6 & Wan datang 'sini' Jumaat malam aritu (masa aku tengah syiok menidurkan diri). Sib baik derang datang dgn Mamoru, so, dapatlah derang mintak kunci pendua ke bilik aku. Kalau takk.. haa tido kat lobby la jawabnya.. heheheh.

Nih apa yg kami buat Sabtu aritu..

Memanjat.. lepas gian sebab tak dapat mendaki gunung. Dapat kat sini pun jadi lah..


Takat tu je aku lepas.. hehehe. Tak sampai pun logo merah kat atas tu :(


Menerai salah satu games kat Outdoor themepark sebelum hujan melanda.. Yerr, jangan tataw kat sini musim hujang sekarang.. Buat rugi je beli tiket memahal (sib baik kami masuk pree)


Kat pintu masuk pagoda apekenamantah.. taim nih nak maghrib dah. Plan nak repeat kesini wiken kali nih


Kat cafe depan entrance hotel


Adik aku sampai komplen asyik makan je duduk kat sini.. Tu baru dua hari dia kat sini.. Aku yg dah seminggu lebih nih laaagilah..

Aku suka lepak kat taman depan hotel nih.. fe-feeling kat omputeh jer hehehe.

Its been an honour

Dedua Prof nih dah balik Boston semalam. Seminggu jugaklah derang duduk kat sini. Biarpun datang dari universiti yg terkemuka dalam dunia, derang sangat humble. Seronok sgt dapat berkerjasama dgn dua orang Prof nih :)

With Prof Hayes. Nih first taim aku jumpa dia. Suka sangat tersenyum bila amik gambar. Bab-bab finance memang dia expert. Ada banyak mender kelakar bila duduk dgn dia nih. Buat aku tergelak je. Ntah bila dapat jumpa lagi..


With Prof Rangan. Dua tahun sekali baru dapat jumpa dia. Asal dari India tapi dah jadi warganegara US. Sangat baik hati dan senang sangat buat keje dgn dia nih.

All the best for diz two Professors. Till we meet again (kalau aku still keje dgn kompeni nih la.. hehe).

Minggu nih pulak ada dua lagi Professors dari Harvard University yg akan datang ke sini. Another 7 days to go.. huhuhu

Friday, July 25, 2008

McGraw Hill books

Tadi ada pameran buku kat lobby. Memang setiap kali kompeni aku datang sini, orang-orang dari McGraw Hills (S'pore) akan datang bukak booth. Dulu, aku malas nak amik port buku-buku yg derang jual. Tapi sekarang, memang sesuai sangatttt dgn masanya. Boleh aku cari buku-buku yg sesuai untuk subjek yg aku amik.

Bagi yg berminat nak beli, mai lah hotel yg aku duduk nih (email aku kalau nak tau kat mana). Susah ok nak dapatkan buku yg derang jual tu!.Kat Malaysia nih just ada dua tempat je yg jual buku-buku dari HBS. Kat Airport (suang ke KLIA?? tak ingat lah) dgn kat Times Bookstore Pavillion (Itu pun, limited sangat bukunya & tak semuanya ada). Sebijik buku je ratusan harganya. Beli direct camnih ada diskaun 20%. Banyakkk jimattnya tuu


Ramai gak yg beli.. Aku? Err.. tunggu minggu depan. Gaji lum masuk lagi.. hehehe

Exchange student

Jarang aku lepak kat balcony bilik nih. Serrjuurrkk. Tengok kat luar tu.. kabus manjang. Setakat nak jenguk / nak bergambar tu boleh lah. Kalau nak fe-feeling minum teh / kopi duduk kat sini, renti kan je lah. Tak sempat nak minum dah sejuk teh / kopinya.. Ohh, nih gambar sebelum aku berdesuppp turun ke KL - attend kelas.


Gambar malam tadi. Ada jamuan meraikan exchange student Master dari Melbourne. Seronok kenal derang semua.. peramah belaka. Kalau aku full time student, teringin gak join program camnih. Tapi apakan daya.. akak terikat dgn keje dik nonn.. huhuhuhu

Thursday, July 24, 2008

Banyakknyaa tiket!!

Tetiap tahun, konpem aku dapat tiket ke Genting Theme Park (both outdoor & indoor games). FOC ok. Salah satu cara nak ampu aku la tu.. nak suruh stick kat hotel depa untuk program-program akan datang..

Tak kisah lah, yang penting, aku dapat 20 tiket free untuk All Park (termasuk tiket skyway - oh, ekceli tiket skyway tu akan diberi secara percuma kepada mereka yg menginap di hotel nih. Cuma dalam kes aku.. lain sikit lah. Melampauuu banyaknyaa derang kasi tiket nih. Sampai 40++ keping. Gila apa nak suruh aku turun naik genting bebanyak kali?

Seperti tahun-tahun lalu, aku akan bawak semua kaum kerabat aku naik Genting (maybe nextweek). Kira annual family trip la nih. Adik beradik aku ramai beb, campur adik-adik tiri lagi.. fuhh, jap aku nak kira nak kena book berapa bilik kat 'sini' nanti?

Trip ke Genting nih adalah trip yg paling menjimatkan belanja aku. Paling koman pun, just kena keluar duit sikit untuk extra room je. Lelain semua ditanggung beres.. hehehe

Kalau tak disebabkan business relationship dgn orang kat 'sini' jangan harap ok. Genting nih port menghabiskan duit je. Aku kira-kira tadi, kos untuk 20 tiket (All Park) je dah RM 1020.00 untuk weekday. Kalau weekend, RM 1160. Tuu belum masuk bayaran untuk skyway (RM 10 return per pax), transportation lain, accomodation, meals lagi.. fuh fuh fuh.. banyakk kos tu. Koman-koman untuk trip paling dekat camnih pun boleh cecah lebih RM 2 ribu ringgit (maklum, family aku ramaiii).

InsyaAllah minggu depan kalau korang panjat genting highland nih, dan terserempak dgn kerabat aku yg berderet macam ketapi nih.. tegur-tegur lah nahh :)

Breakfast

Baru lepas breakfast. Aku amik mee haperkemender ntah + sosej + hash brown + cempedak goreng + ubi kayu rebus cicah sambal bilis. Sekali harungg je makan - senang. Koser aku nak berulang alik amik makanan.

Makan sengsorang je. Sambil layan blues menghadap view gunung-ganang. Nih port peberet aku setiap kali outstation ke sini. Selalunya, jarang aku turun breakfast. Yelah asyik terkejar-kejar buat keje sampai tak sedar dah tengahari. Lagipun kat sini bab makan takde hal sangat. Kalau terlepas breakfast, boleh makan taim coffee break / lunch / tea break / dinner / supper. Makanan memang banyakkk.. cuma.. aku je yg tak berkenan sangat makan kat sini. Camner nak cakap ek.. tasteless (ikut tekak aku lah)

Hmm.. seriyes aku tak paham, hotel 5 bintang.. makanan? Aku nak kasi dua bintang pun payahh. Masakkk laa aku kena duduk sini lelama.. huhuhu (oh, tapi, chinese food dia boleh tahan jugak lah)

Malam tadi dah dua hari berturut aku makan kat kedai nasi lemak namposen kat City Garden Kg Baru.. best betul dapat makan kat situ.. esp burung puyuh goreng.. aduss sedapnyaa.. Petang nih last aku berulang ke KL attend kelas, harap dapat singgah makan puyuh lagi.. aummm.

Keje Kelas Keje

Dah dua hari aku berulang alik dari 'sini' ke KL semata nak attend kelas. Setakat nih boleh tahan lagi lah (walau hakikatnya penat tahap dewata raya ok). Nak buat cemana ye tak, sendiri cari penyakit.

Good news is masa pop kuiz untuk kelas account semalam, team aku dapat highest mark dlm kelas (compare to -3 masa last week).. hehehe. Tapi berita buruknya pulak, next week ada test dik nonnn.. adusss.. next week aku still lagi kat sini.. still bz lagi.. adoiyaii.. camnerlah aku nak kosentret nih?

Tadi masa kelas Econ, ada problem sikit pasal grouping. Masa first class rituh, aku ada formed group (4 org) untuk presentation. Pastu masa second class, dua orang dari team aku tak datang (plus sorang 'drop' subjek tu). Jadi aku assumed derang sumer dah 'drop' kelas, aku pun join team baru. Sekali tuu, tadi (masa kelas ketiga) salah sorang dari team lama aku masuk kelas. Ajak aku buat presentation dgn dia. Ohh.. sungguh dilema aku dibuatnya.

Lepas pikir pat lima kali, aku decide nak stick dgn team baru je. Kesian tu kesian gak, tapi dah derang takde inisiatif nak inform aku derang tak dapat attend kelas taim tu, mana lah aku tau derang still exist atau tak dalam kelas tu kan? Aku dah la student baru, of cos aku cuak gila kalau apa-apa jadi kat team aku yg seterusnya akan bagi effect besar dalam pointer aku nanti (maaf ye kawan)

Tadi masa nak balik, sorang classmate aku tanya subjek apa yg agak tough untuk sem nih.. personally aku rasa, subjek Islamic Perspective in Business. Reason? Sebab subjek nih takde bahan rujukan yg spesifik.. huhuhu abislah.. camno aku nak buat presentation nanti? Bahan pun tak cari lagi.. sekali lagi adoiiiiiiiii..

Serrjurrkk lah bilik aku malam nih. Kat sini hampir tetiap hari hujan.. kabus manjang.. Dah lewat nih.. titon dulu lah..

Aku snap cecuri masa dalam kelas account.



Minatang ni pun sibuk nak study jugak

Wednesday, July 23, 2008

Misi mencari buah

Note: Nih entry tertangguh dari hari Isnin aritu.. hehehe

Nih buah yang pihak hotel bubuh dalam bilik masa sambut kedatangan aku aritu. Ada rambutan, epal, mangga, langsat, anggur, mata kucing, & pisang.. Tercari-cari gak manggis, tapi takde ok.. sampai hati derang tak bagi manggis tau. Tak sampai sehari dah hampir habis buah nih aku & Mamoru kejekan. Since musim buah tak selama mana, aku gagahkan jugak mencari gerai buah-buahan sekitar hotel nih .Ye lah, nak balik kampung mana ada masa :(


Abis je keje terus tukar uniform.. jambu kan akak dalam gambar nih? (hehe perasan).


Mission accomplished. Ops, terlupa pulak nak amik gambar seplastik besar manggis & rambutan yg dibeli kat Pekan Batang Kali nih. Nampak tak gambar gunung yg sayuppp je kat belakang aku tu. Haa, tu lah tempat aku lepak sampai awal bulan depan.. serrjuurrkk. Nyesal pakai skirt jenjalan taim nih. Konon nak kasi nampak ayu.. sekaliiii.. bekuuuu! (syian Mamoru, demam taim nih)

Akak bz dik nonn

Nih hari ke err.. (jap nak pikir), ohh dah masuk hari ke 5 aku kat 'sini'. Bz tahap melampau. Sampai tak sempat nak update blog or draf entry.

Dari pagi bawak ke malam keje manjang.. dah macam buruh kasar je jadinya. Malam pulak, pukul 10.00 baru naik ke bilik. Taim tu toksah cakap pasal update blog lah.. aku nampak katil tuu lagi sedap dari menghadap laptop! Akak penat ok.

Banyak nak cerita.. sesabau nahh. Aku try hapdet (or upload gambar) selaju boleh. Kejar masa nih. Jap lagi kena sambung keje pulak.

Menu lunch tadi - chinese set dinner.. aku tarik kak Bunga duduk berdua je kat meja nih.. huhuhu tak abis. Gambar nih aku amik selepas makan. Takde beza kan? Macam tak terluak je. Tong kecik, mana larattt dik nonn.



Lepas makan haper lagi, tido lah! (yerr la tu, sorgaa kalau dapat tido taim tengahari kat sini. Keje melambakk hokeh. Tak boleh nak ngengada)

Monday, July 21, 2008

Layankan je

Dah tengah malam baru habis keje.. huhuhu penat. Sepanjang aku kat 'sini', semua entry penuh dgn gambar je lah nahh. Tak dann nak tulihh pepanjang.

Dalam ngantuk pun sakan bergambar..

Bergedik dgn incik Mamoru. Ohh dia dah tidur masa aku apdet nih


*love him sOooo much*

Sunday, July 20, 2008

Biar gambar bercerita

First day (semalam).. agak rilek. Tapi hari nih.. aduss. Layankan gambar-gambar semalam, masa baru sampai 'sini'

Masa baru check-in


Makan dulu


Mamoru helping me with the projector. Dlm gambar, Mamoru tengah beborak dgn DO.

Same place different year

Here I am.. repeating the same thing over and over again for the past 6 years! Adoiyaii..

Ahh.. view luar bilik aku dari balcony. Dua kali aku mintak tukar bilik arini (sure staff kat reception hotel nih bengang je huhuhu). First tadi, aku dapat bilik view swimping pool (macam yg aku requested aritu). Tapi bunyik kat lounge terlalu bising la pulakk pluss.. view tak berapa cantik. Nampak bumbung je banyakk. Tu yg aku mintak tukar lain.

View luar bilik taim malam (kul doblas lebih).. Mamoru yg amik gambar nih. Cantikk sangat tengok kabus melingkar sepanjang celah-celah gunung.. macam ular.



Panjang jaluran kabus nih.. sampai ke hujung gunung sebelah lagi satu ok. Kemain lagi Mamoru snap gambar masa aku tengah leka tengok tibi :)

Friday, July 18, 2008

Away lagik

Semalam genap dua minggu aku masuk kelas. Aku masih dalam mood untuk cuba adapt persekitaran nih. Tapi dah ok sikit lah. Takde macam 'alien' sangat masa first week ritu. InsyaAllah aku boleh 'cope' dgn 3 subjek yg aku amik sem nih.

Dah lama tak belajar, bila dapat masuk kelas balik, rasa cam terkejut beruk ok. Situasi pembelajaran masa aku amik degree dulu jauhhh berbeza dgn master. Terlalu banyak berbeza. Contohnya masa degree dulu, untuk core subjek, biasanya kelas yg digunakan besar gedabak - student punyalah ramai sampai cecah ratusan orang. Subjek elektif pulak, antara 50 ke seratus orang. Untuk kelas master, core subjek tak sampai 25 orang. Elektif pulak, kurang 10 orang dalam kelas!

Dulu, kalau kita masuk kelas menonong je. Dengar lecture pung-pang pung-pang, abis kelas pun sama menonong je balik. Sekarang, masuk kelas, semua orang eager nak kenal sesama lain. Exchange name card segala.. memang lain lah. Rasa seronok pulak. Style lecture pulak lebih santai & relax. Assigment ada.. lebih kurang macam dulu. Mostly kena buat dalam group. Ada jugak yg individual (untuk kelas yg tak sampai 10 orang). 5 orang dalam kelas pun ada ok! Paling menarik tentang MBA nih, kita boleh kenal ramai orang dari background yg berbeza!

Ikutkan banyak lagi lah mender yg berbezanya, tak dann nak list semua. Melambak lagi mender nak kena prepare sebelum aku away nih. Baju pun belum berpacking lagi.. huhuhu.. banyaknya keje.

Tungguu nahh.. kita bersiaran dari luar KL pasnih..

Kat salah satu discussion room sementara nak tunggu kelas start



Kat setiap bilik nih ada coffee maker khas untuk student. Cappucino for me & Milo for Mamoru.

p/s: Apek called semalam.. semata nak wish birthday (tenkiu geng!). Katanya, dia terpaksa outstation selama 2 tahun kat Kluang, Johor beginning 1 August nih. Gila lama kan? Takpe lah Pek, kalau ko sunyi kat sana nanti, koling-koling lah kami kat sini, boleh kita pi manjat gunung kat area Johor nunn. Ohh, sijil Mulu nih bila ko nak amik? aD takdo dalam KL untuk 2 minggu akan datang. Camno nih? Pos-pos karang, tak merasa cam majlis penyampaian anugerah laaa pulak.

p/p/s: Untuk kengkawan yg turut wish birthday aku thru sms / multiply / pm kat GO / fs / email / blog.. tima kasih nahh.. sayyyaaanggg koranggg!

Thursday, July 17, 2008

My Birthday

"Selamat harijadi, semoga tercapai segala impian. Allah limpahkan rezeki untokmu".. (sms dari ayah yg aku terima lewat malam tadi. Tima kasih ayah, sayanggg ayah sesangat!)

Yes uols..

17 Julai, genap usia aku yg ke 29 tahun! (sila peratikan angka 2 sahaja ok..hehe)

Tahun nih lassstttt aku dapat merasa nikmat hidup diusia 20-an. Tahun depan dah naik setakuk lagi - lain pulak feel nya, kan. Perasaan aku? Ohh.. akak sentiasa rasa muda & julita ok.

Malam tadi celebrate togeder-geder dgn Mamoru. Beria tau dia nak sambut dgn aku.. comel je (thanks b, love u sooo much!).

Tima kaseh gak buat adik-adik aku yg duk wish birthday aku malam tadi (even derang nyanyi-nyanyi dari dalam selimut sambil mata tertutup - derang dah hampir tertido taim tu sebab aku balik lambat sangat hehehe). Sayanggg korang semua!

Tuesday, July 15, 2008

Dinner rambutan

Tadi first time aku masuk kelas account (lepas drop subjek BECG). Masuk-masuk je terus ada kuiz.. aduss. Terusss -3 markah aku! Negatif ok.

Tapi aku suka (dapat markah rendah pun suka katanya huhu). Aku suka style belajar camnih. Penuh dgn suprise gitu. Bersemangat sikit nak buat homework!

Untuk semester nih, aku just amik 3 subjek. Dua core subjek & satu elektif. Jadi lah. Kelas pulak, aku pilih Selasa, Rabu & Khamis malam. At least ada masa nak bernapas sikit.

Tadi pegi & balik dari kelas dgn Mamoru. Sanggup dia tunggu aku sampai habis kelas tau. Terharu sangat.. Dia buat aku makin bersemangat nak teruskan study!

Sampai rumah tadi, terusss ber-dinner-kan rambutan. Dah berapa malam duk makan rambutan manjang. Nasib baik tak batuk. Oh, ada petua kalau tanak batuk makan buah rambutan. Syaratnya, jangan makan isi rambutan yg terlekat pada biji rambutan tuu. Makan isi yg putih je lah.

Nih isi rambutan yg aku dah buangkan bijinya. Senang sikit nak makan. Nak lebih sedap, bubuh dalam fridge - kasi sejuk sikit. Layann betul makan camnih tau


Mamoru tengah kupas buah rambutan untuk aku. Biar senang aku nak makan, katanya. Sayang sangat dia kat wife dia nih.. hehehehe. Mamoru tak bagi amik gambar dia taim nih. Sebab dia tak berbaju.



Separuh dari rambutan yg dah dikupas. Cedapppp

Singgah jap

Eh, antara sedar dgn tak, selang sebulan lagi kita akan sambut bulan puasa kan? Wah, tetiba je aku jadi teruja gitu. First taim nak sambut puasa dgn Mamoru katakan. Tak sabar nak sahur & berbuka togeder-geder dgn dia (macam kan tak penah sahur / berbuka sesama masa bertunang dulu kan? sengal je.. hehehe - tapi seriyes nih, perasaan sebelum & selepas kawen tu lainnn sangat tau)

Stop dulu cakap pasal puasa nih. Nanti orang cakap aku kemaruk pulak (walaupun hakikatnya memang aku akan sentiasa eksaited terlebih bila bukak topik puasa / raya nih)

Minggu nih aku akan berjauhan dari umah.. dari Mamoru.. *sob sobb*. Walau pun tak jauh mana tapi.. untuk tempoh dua minggu ok, adoiyaii, tak sukanya..

Tadi aku email hotel yg bakal jadi tempat bergolek untuk tempoh dua minggu akan datang. Siap request nak pilih bilik mana ok (cerewet kah akak dik nonn??). Yelah, dulu aku dapat view menghadap padang golf berlatarbelakangkan gunung ganang - konon boleh rilekkan otak lepas abis keje. Tapi bila dah dapat, rasa senyap-sunyi lah pulak. Asal malam je terus aku tutup sliding door, tingkap, langsir segala - tak berani nak duduk kat balcony - takut hokeh.

Kali nih aku nak bilik aku menghadap swimming pool pulak. Meriah & boleh cuci mata sikit.. *haip*.. huhuhuhuhu.

Tak buleh update pepanjang.. nak kosentret kat keje yg melambak.

Petang nih ada kelas.. *pengsan*

Monday, July 14, 2008

Musim buah kat Melaka

Minggu lepas kan kami balik kg Mamoru. Minggu nih turn kg aku pulak. Syiok betuk ada dua kampung nih kan.. meriah!

Takde stori mori untuk arinih (akak banyak keje dik nonnn) Layan kan je lah gegambar kami makan buah kat Melaka nih. Kalau terliur tu, mahap la nahh.. (memang aku sengaja.. muahahahaha)

Sekarang nih kan, kat Melaka sedang haibat dilanda musim buah. Meriah je tengok pokok rambutan lebat berbuah sepanjang jalan. Mamoru siap tanya, orang Melaka suka tanam pokok rambutan depan rumah ek? Hehehe


Oh, ini adalah intro.. nun di sana pokok jagung ayah sedang berbunga. Luas kan?.. pasnih merasalah pesta makan jagung sampai pengsan.. huhuhu


Penuh bonet. Nih lah yg kami kerjakan gegamai kat ladang jagung ayah. Berguni-guni ayah letak depan kami suruh makan.. tak terlarat ok.



Pose dengan durian pulak. Sorgaa!!!

Aku tengah pose chantique sambil petik buah langsat. Banyak betul buah langsat tahun nih.



Pose gedik sambil kait buah manggis kat belakang umah nenek.. seronok sgt!


Mamoru tgh syiok makan langsat dgn ayah, pakcik & adik no.7


Adik no.6 & Farah (adik tiri) tengah masukkan rambutan dalam guni (ada 5 guni semuanyaaa)



My cinta hati tengah memanjat pokok moktan



Sakan memasing makan buah-buahan..


Menjadi betul manggis kali nih.. sedap & manisssss sangat!


Pose terlebih kat ladang jagung ayah


Antara yg turut masak ranum.. buah bacang. Manis & wangi sangat!



Buah mata kucing.. besar pokoknya.. banyak lak tu berbuah

p/s: kami bawak balik seguni rambutan + seguni durian.. hehehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...