KENGKAWAN

Wednesday, July 09, 2008

Adoiyaii

Banyak mender buat aku mengeluh hari nih.

Fikirkan pasal study - Aritu kan aku tak pegi sesi taklimat untuk student baru (sebab aku kat Sawarak taim tu), jadi banyak ler mender yg aku tataw. Esp pasal subjek yg patut aku amik (core & elective). Tu pasal lah sampai tersilap pilih subjek.

Pasal keje - Nih faktor utama. Minggu nih tersangat lah banyak keje. Semua urgent. Semua nak disiapkan on time. Minggu depan lak, aku start outstation. Tak jauh mana pun. Sejam drive balik ke KL je. Tapi masalahnya, aku diperlukan kat site dari pagi bawak ke malam (selama dua minggu). Camner lah aku nak balik KL attend kelas tetiap malam? Haru.. haru..

Pasal Mamoru - Aku baru terperasan yg aku akan jadi semakin jaranngggg masak dinner untuk dia. Ye lah, kelas aku start pukul 6.30 ptg sampai 9.30 malam. Bilanya taim aku nak masak? Petang semalam masa aku suarakan rasa bersalah nih kat Mamoru, dia 'tegur' aku balik. Kata Mamoru, dia tak kisah pun pasal makan nih. Dengan syarat aku belajar gegajin. Terharu aku ok. Terus-terang, Mamoru adalah orang yang banyak mendorong aku further study nih. Dia lah penguat semangat & tulang belakang aku. Rasa beruntung sangat dapat suami yg sangat memahami macam Mamoru nih (adoi, tetiba rindu kat dia pulakk). Apa pun, insyaAllah, aku akan cuba bahagi kan masa dengan sebaiknya.

Cerita lain pulak:

Malam nih ada kelas Economic for Managers. Harap aku tak tersilap pilih subjek lagi. Lagipun, aku memang suka sangat bab ekonomi nih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...