Wednesday, July 02, 2008

XPDC Mulu Day 3

Day 3 (23 Jun - Isnin)

Hari yang ditunggu-tunggu.. Ekceli semalam lagi kami dah ubah plan - tergempar nih - kami terpaksa kansel plan untuk bermalam di Kem 4 sebab risaukan Apek yg belum sembuh sepenuhnya. Abg Bagley kata, kami tak mungkin dapat sampai ke Kem 4 on time kalau memasing pikul beg besar (dgn condition Apek camtu).

Jadi plan kami pada hari nih - teruskan trekking sampai puncak gunung Mulu dan kembali semula ke Kem 3 untuk bermalam - daypack. Just bawak water bag & ration sikit. Sila amik perhatian yer.. waterbag adalah sangat berguna untuk trip camnih compare dgn bawak botol mineral sebijik-sebijik. Jimat space & ringan.

Tepat pukul 3 pagi kami semua dah bangun. Serrjuuurrkk gila! Pakai snowcap, headlamp - terus pegi dapur prepare makanan untuk breakfast & lunch. Untuk breakfast, kami makan roti dgn marjerin & peanut butter. Lunch pulak, aku gorengkan bihun & tapau kan sorang satu.

4.20 pagi, kami dah start trekking. Sengal betul jalan dalam gelap taim.. serjurrkk lak tu. Trek memang takde belas kasihan.. dia bagi mencanak all the time. Nasib baik trekking bawak water bag.. laju la sikit proses memanjat. Kalau bawak beg besar.. pengsann ok.

Kami sampai Kem 4 pukul 8.20 pagi. Cuaca kat sini terlalu sejuk. Ada matahari pun macam tak terkesan pun.. patutlah pondok kat kem 4 nih derang buat dinding tertutup. Nak elak angin masuk rupanya. Huhuhu.. nasib baik kami tak jadi bermalam kat situ.. kalau takk.. bekuuu!! Belakang Kem 4 nih ada helipad. Berdiri kat situ je dah boleh nampak view 360ยบ! Boleh nampak gunung Api, gunung Benarat, gunung Mulu, Airport.. fuhh.. cun cun hoo!!

Oh.. untuk info, gunung Benarat nih belum penah ditakluk oleh mana-mana pendaki (pluss, takdo guide yg sanggup bawak kami ke situ) Gunung nih penuh dgn batu-batu. Kalau nak panjat, memang kena ada peralatan yg lengkap. Silap lah kalau mendaki gunung nih free body je. Gunung Api pun sama jugak. Menurut Abg Bagley, gunung Api nih hanya penah ditawan sekali je - Masa tahun 1977. Tuu pun derang pakai helikopter turun ke puncak semata-mata nak pacak tanda ketinggian - Cehh...

Kut-kut kalau ada yg terasherrr nak cipta rekod tuuu.. sila lah mendaki (the Legend & unConquered) Gunung Benarat atau Gunung Api.. heheheh (ada branih??)

Sambung citer: Lepas pekena bihun goreng dgn teh o panas, kami sambung trekking. Walaupun puncak gunung Mulu jelas kelihatan dari helipad, nak menyampaikan ke sana memang hazabbbbbbb... ada 3 puncak tipu yg sangat menyengatttt & melemahkan mental aku. Tinggal semangat jer nih..

Trek ke puncak adoiyaiiii... tinggi & curam. Banyak main tali & berpaut kat akar pokok tepi gaung.. Personally aku rasa trip nih macam trip bunuh diri. Aku siap mengucap ok, setiap kali nak panjat tebing curam kat situ.. seriyess!
Dari puncak tipu yg ketiga, kami boleh nampak beirut puncak Mulu.. sayup jer. Wawawawa.. semangatnyaaaaaa... Dari sini just amik 5 minit je nak ke puncak Mulu - trek atas permatang.

Kami sampai puncak gunung Mulu tepat jam 12.15 tengahari. View? Subhanallahhhh... cantiknya.. jelas terdampar depan kami banjaran gunung kat sini. Syukur alhamdullilah, kalau tak disebabkan hujan yg turun malam sebelum tu, tak mungkin kami dapat tengok view sejelas nih - syukur ya Allah.

Tak lama kami spent masa kat puncak.. lepas habis tulis wasiat nama & mesej untuk team Castello & kak Lily (by time aku tulis entry nih, rasanya derang dah baca mesej kami tu hehehehhe) dalam buku rekod kat puncak Mulu, kami gerak turun. Maklum lah, perjalanan masih jauh.. kami bukannya bermalam kat Kem 4.. jauh ok nak menapak ke Kem 3 semula.

Dua jam setengah kami amik masa untuk tiba di Kem 4. Sempat pekena chicken porridge segera + mushroom soup kat situ. Pukul 4.30 ptg, kami sambung semula perjalanan.

Kami sampai Kem 3 tepat pukul 8.05 malam.. Aku pewai gila taim nih.. huhuhuhu. Nasib baik Apek volunteer nak jadi chef. Lega sikit. Menu malam tu: Nasi putih + sambal ayam instant (Brahims) & sambal ikan bilis (yg aku masak dari rumah) + nescafe.

Cuba korang tengok view trek Mulu nih.. indahnya ciptaan Tuhan.. Nih baru view dalam gambar. Pegi tengok yg real la baru teruja!! (note: gambar nih takde editing langsung ok)


Lepak kat Kem 4 sambil pekena lunch. Semua pakat duduk rerapat.. serjurrkk. Matahari ada pun tak terasherrrr..


Nih dekat helipad dekat Kem 4. Belakang kami tu puncak tipu.. belakang puncak tipu tu baru puncak Mulu yg sebenar. Bayangkanlah betapa hazabbnyaaa


Pokok periuk kera jenis nih ada melambakkk sepanjang trek. Unik sangat bentuknya. Macam teko aladdin pun ada. Besar tau size dia.. sebesar teko yg selalu kita buat kopi tuu.

Ntah berapa banyak kali kena tundukk daa.. Mental betul melayan trek camnih.


Part memanjat-manjat camnih memang banyakkk dan kerapppp sekali. Sanggup tak sanggup je lah..


Tu diaaahhh.. punca kami bersusah payah kesini.. Nampak tak beirut Mulu tu. Gambar nih diambil dari puncak tipu..

Permatang yg menghubungkan puncak tipu ketiga dgn puncak Mulu yg sebenar.. syok jalan atas permatang nih.. view kiri kanan.. cantik gila!

Me & Mamoru kat puncak Mulu.. cantik kan view depan kami - Yeyeh, puncak Mulu berjaya kami tawan!!!


Team kami berlatar-belakangkan puncak gunung Api (kiri) & gunung Benarat (kanan). Kegembiraan jelas terpampang kat muka jejaka-jejaka ensem nih.. huhuhuh


Dah sampai puncak, apalagi.. mustiii bergambar dgn beirut... Isk, termasuk jugak gambar Talha kat dalam nih.. Aku nak bergambar dgn hubby je


Mesej yg kami tinggalkan untuk Castello & the geng.. + mesej mengarut yg kami conteng (Syed, kitaorng dah baca mesej korrrannggg)


Masak bubur nasi + mushroom soup pakai cerek jer. Pakai kayu api lak tu.. syahduuu. Rasa macam camping pengakap jer


Yahhhh... aku yg pewai. Nih masa baru sampai kat Kem 3..

Nantikan sambungan episod seterusnya xpdc kami di Sarawak... hehehehe


2 comments:

bebey said...

masyaAllah..
cantiknya pemandangan kat sana...

Anonymous said...

bey, lawa kan.. jomma join sekali..