KENGKAWAN

Sunday, August 31, 2008

Selamat berpuasa!

Assalamualaikum kengkawan semua,

Tengok tak pengumuman puasa malam tadi. Alhamdulilah, 1 Ramadhan 1429 Hijrah jatuh pada esok hari. Nih kalau nak dikira ikut timing dalam kalendar Islam, petang Ahad nih dah dikira sebagai 1 Ramadhan - maknanya, ibadah Tarawikh untuk malam pertama Ramadhan bermula malam ini.

Bagus jugak tarikh mula puasa jatuh pada 1September kan? Senang sikit nak kita nak ingat berapa hari kita dah berpuasa nanti. 1 Sept = 1 Ramadhan.. so, kalau orang tanya dah berapa hari puasa, takyah lah bersusah payah mengingat kalendar hijrah.

Ok, sempena hari & bulan yg penuh dengan kemuliaan nih, saya & suami nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam, terutamanya untuk kengkawan yg membaca blog saya nih. Semoga Ramadhan kengkawan semua diberkati-Nya. Ceria-ceria selalu!

Salam ukhwah dari kami
aD & Fazi (aka my Mamoru)

Friday, August 29, 2008

Jom gi Tarawih

Lusa (Ahad) nih insyaAllah kita akan mula bertarawikh. So, aku amik kesempatan nih untuk bubuh lafaz niat solats tarawikh kat sini. Maklum, kita buat sembahyang tarawikh setahun sekali je.. mana la tau kita terlupa camne nak lafaz niat ke? Sesama lah kita kongsi nahh..

Lafaz solat bagi yg bersembahyang sendirian di rumah:


Terjemahan: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Lafaz solat bagi sembahyang secara berjemaah:


Terjemahan: Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala


Note: Solat tarawikh nih hukum mengerjakannya adalah sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut dalam Islam. Lebih afdal kalau kita dapat buat secara berjemaah. Kalau takde masa sangat, nak buat sengsorang pun boleh juga. Masa untuk mengerjakan solat nih sangat panjang.. daripada lepas Isyak sampai ke subuh - so, alasan takde masa tu, tak relevan laa nahh..

Rezeki ramadhan

Nak tau berita gembira tak? Gembira untuk aku je lah. Tapi kalau korang nak gembira sama pun boleh jugak.. tumpang gembira untuk aku lah kan. Hik.

Nak tau apa berita gumbira tu? Hehehe.. akak dapat bonus dik nonn! Tak sangka tau, dendiam je kompeni aku nih kasi. Tau-tau dah ada je bila check akaun online malam tadi. Mamoru yg tolong check kan sebenarnya. Sebelum tu aku ada cakap dgn Mamoru berapa balance dalam akaun aku. Sekalikk, bila Mamoru tengok balance yg ada dalam tu, terus dia pandang aku dgn muka terkejutnya. Ohh, aku lagi lah terkejut ok. Duit saper pulak yg termasuk dalam akaun aku nih??

Bila masuk opis pagi nih, baru tau tu bonus kompeni bagi. Syukur alhamdullilah, murah rezeki kami sekeluarga . lelebih lagi dedekat nak bulan puasa nih.

Minggu nih, balik Kuala Selangor. Lama dah tak spend masa dgn family sebelah Mamoru.

Memacam mender aku dah plan nak buat kat sana nanti. Nak tolong nenek mengemas, nak susun atur semula bebarang yg tak perlu, nak tukar apa-apa yang patut dalam rumah tu (ikut bajet & kemampuan lah kan).. pastu nak mengecat lagi.. fuhh.. ntah larat ke tak nanti.

Takpe, buat pelan-pelan. InsyaAllah boleh.

Trip Kelantan & Ganu aritu

Gambar masa gi Kelantan & Terengganu aritu. Tak banyak amik pun. Bateri kamera kong - tak sempat nak cas sebab kami pun bukan statik duduk kat satu tempat. Berjalan sepanjang hari. Layan kan je lah nahh..









Thursday, August 28, 2008

Tgh prepare costing

Busy arinih. NO.. bukan busy buat keje, tapi busy buat bajet & costing untuk XPDC Kinabalu.. huhuhu.

Draf dah siap!! Penat aku telipon 3 buah tempat kat KK berkenaan dgn kos untuk accomodation, transport, permit, insuran, guide.. segala.

Alhamdullilah, tak banyak beza dalam kos compare masa aku pegi 2 tahun dulu. Well of course lah rate kat Kinabalu semakin meningkat, tapi masih boleh manage lagi. Memula aritu, takut jugak nak buat bajet nih. Sebab ada orang kata kos mendaki gunung Kinabalu naik berganda-ganda sampai membunuh mahalnya. Tapi bila aku check sendiri baru-baru nih, dan selepas amik kira semua kos (KL - Kinabalu - KL), takde lah banyak pun naiknya.. huhuhu.. auta je lebih semuanya tu. Suka bikin gempak je tau bebudak nih.

Untuk trip nih, aku ada buat 2 plan untuk bajet. Beza antara 2 plan nih agak impressive.. *wink! Tapi tak boleh laa nak reveal kat sini lagi. Booking pun belum confirm maa. SSL belum buka booking untuk next year. Minggu depan baru boleh start book accomodation.

Bila fikirkan balik, rasa seram pulak nak open invitation untuk trip Kinabalu kat sini, sebab yang konpem je dah 7 orang, campur yg reserve seat pulak, dah lebih 10 orang jadinya! Aduss.. pengsan aku nak handle gegamai nanti. Personally, aku prefer 10 orang je untuk trip nih. So, pat pat siku lipat, saper cepat bayor tiket flights & 50% booking fee (as per requested by SSL a week after booking has been made) dia dapat lah kan. Lagipun, aku baru je belajar nak jadi organizer. Kaluu aku dah certified jadi Gorgon-izer lain citer lah kan.

Wednesday, August 27, 2008

Tahniah, Anwar menang


Aku dgn Manager dari SMIDEC masa dalam kelas Account semalam. Kesian dia demam - jangkit dari aku rituh kot? Hehe..

Ramai yang tak kosentret masa dengar lecturer malam tadi. Dr R mengajar kat depan, student kat belakang semuanya duk berkali-kali refresh website Malaysiakini tunggu keputusan pilihanraya Permatang Pauh.. huhuhu (termasuk lah aku).

Aku eksaited gila bila tengok undi untuk Anwar semakin naik (walau hakikatnya aku bukanlah penyokong PKR). Biar terbuka bijik mata pemimpin negara kita yg ____________ (sila isi tempat kosong dgn ayat korang sendiri).

Tahniah untuk Anwar. Harap dia tak meroyan macam pemimpin negara kita yg hehari kejenya adalah ____________________ (isi tempat kosong lagi. Ikut suka nak isi yg baik / ta'baek. Aku tak sanggup nak tulis. Bulan puasa dah dekat, tak baik mengumpat).

Oh, korang ingat tak masa kekecik, dulu asal gaduh je musti kita guna dialog kat bawah nih kan? kan?

Budak A: "Oit.. kau curi barang aku kan?"
Budah B: "Takde lah.. manader!"
Budak A: "Sumpah??"
Budak B: "Sumpah.. wallah.. manader aku amik barang ko"
Budak A: "Alif lam lam ha.. saper tipu, dia dosa"

Masa kekecik dulu, memasing bodoh piang.. salah sikit, sumpah'.. silap sikit, 'alif lam lam ha'.. Tapi, bila dah besau gajah dan masih mengekalkan imej budak-budak yg bodo-piang kan, haa camno tu?

Harap Anwar kekalkan prinsip dia untuk TIDAK bersumpah. Jangan jadi budak-budak. Kalau betul dia salah, kumpul bukti. Dakwa kat mahkamah. Jangan lah buat orang jadi pelik (esp non-muslim).

Yelah, golongan marhein macam kita nih kalau disyaki bersalah, terus kena turun naik mahkamah - kena lokap - kena pecat. Tapi golongan 'atasan' nih, kalau disyaki (syak OK belum bebetul salah lagi) bersalah, ada trend lain pulak ye? Asal masuk masjid, amik Quran, buat lah segala sumpah tak bersalah --- setttttlllleeeeee semua ek??

Kalau camnih, jangan terkejut lah pasnih kalau ada ramai lah perogol, pembunuh, penyamun yang 'demand' nak buat sumpah tak bersalah dalam masjid pulak nahh?

Keje aku semalam

Semalam seharian aku tak masuk opis. Ada corporate visit ke Astro. Nih last xtvt sebelum bulan puasa. Biasanya, bila taim dedekat nak puasa / raya kompeni aku nih bagi staff dia rilek sikit. Kalau ada pun xtvt, just meeting exco je lah. Paling best, bila taim puasa, DO bagi kami balik awal - pukul 4.00 petang.


Kedatangan kami semalam disambut oleh Executive Director Astro, sempoi je orangnya.


Ekceli banyak jugak lah gambar yg aku amik semalam. Tapi, tak boleh nak upload kat sini. Kebanyakannya P&C. Kang membabitkan masalah sekuriti pulak.. Ohh, selera Kudsia nih sama dgn aku. Kami suka makan cilipadi mentah dgn nasi begitu sahajor. Pedassss tapi sedapp ok.


Taim nak balik.. terima kasih utk goodies tu ek.

Tuesday, August 26, 2008

Free gift dari Astro

Hehe.. dapat free gift semalam. Walaupun gift nya biasa-biasa je, tapi aku tetap teruja sebab akak Kudsia Kahar yg bagi.. hik


Beg Biru.. motif tulis Mix.fm kat situ kan?


Ada mouse pad ngan kalkulator (nih sure terperuk kat umah je nanti, aku bukan guna pun)


Baju Lite.fm saiz L.. hmm naperlah orang suka kasi baju saiz L manjang.. Aku pakai kang konpem sampai lutut. Tapi takper, Mamoru muat. Kasi kat dia je.


Buku nota metal cover. Haa, yang nih baru betul ada nama kompeni yg aku pegi semalam


Last skalikk.. pendrive 2G Kingston.. bertambah koleksi pendrive aku.. hehe

Monday, August 25, 2008

Salam Ramadhan :)

Tujuh hari lagi kita akan menyambut bulan yg paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Diulang, Tujuh hari lagi je beb. Tak sabar dah nih!

Disebabkan aku eksaited terlebih, aku nak wish korang semua..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak
&
Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia!


Sempena kedatangan bulan Mulia nih, jom kita perbanyakkan sedekah & amal ibadah. Tak mampu nak sedekah bebanyak, sedekahkan buah tamar pun boleh juga.. kalau tak mampu jugak, sedekah senyum pun jadi lah.. besar pahalanya orang bersedekah nih..

Pastu zakat jangan lupa bayar nah. Dah check berapa korang kena bayar tahun nih lum? Haa.. check jangan tak check. Bayaran berbeza setiap negeri ok. Bagi aku pulak, bermula tahun nih, zakat fitrah aku bukan lagi ayah yang bayarkan. Mamoru yg akan amik alih. Tu yg rasa eksaitednya over sikit tahun nih.

Konpem korang semua ada banyakkkkkk sangat plan untuk bulan Ramadhan nih kan? Aku pun camtu jugak.. hehehe. Napsu meluap-luap.. tuu yang terpaksa sentiasa ingatkan diri sendiri supaya bersabar & bersederhana selalu (InsyaAllah)

Apa pun perancangan korang untuk bulan mulia nih, sekali lagi aku ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua..

Assalamualaikum ya Ramadhan!

Penat sepenatnya

Alhamdullilah, family trip ke Utara berjalan dgn lancar & selamat (gambar kendian eh - lupa nak upload dari kamera mlm td)

Jauh kami berjalan tau.

Dari KL (jumaat malam) -- Melaka (amik ayah, Aunt Shi & nenek) -- naik balik KL -- gerak ke Bentong -- Raub -- Kuala Lipis -- Gua Musang -- Kota Bharu (subuh baru sampai) -- tengok sepupu aku konvo jap pastu gi Tumpat (lawat adik no.4 & anak buat aku, Jasmin) -- Pengkalan Kubur (soping) -- gerak ke Pasir Puteh -- Besut -- Kuala Terengganu -- Kuala Berang (bermalam - giler penat) -- Esoknya bertolak balik lalu Kuantan -- Bandar Muadzam -- Bahau -- Kuala Pilah -- Tampin -- Alor Gajah -- Masjid Tanah (hantar ayah, Aunt Shi & nenek) -- then balik Kuala Lumpur (pukul 1.30 pagi malam tadi baru sampei)

Haa.. amikkkk. Gila jauh punya journey untuk wiken trip. Kesian Mamoru & Wan (kami gi dgn dua keta) - konpem patah badan drive pegi-balik.

Masa nak balik dari Ganu nenek siap berkias-kias lagi.. katanya, "nanti lepas raya kalau takgi memana, kita pegi Terengganu lagi ye?".. adussss nenek.. tengok la dulu nek, insyaAllah..

Ohh, last week Mamoru suruh aku book accomodation & survey tiket flight untuk xpdc mendaki Kinabalu tahun depan Hmm, nak book untuk bulan berapa ek? (for sure aku takkan book masa Chinese New Year - konpem ramai gila orang taim nih).

XPDC kali nih lebih kepada nak membawak kengkawan yg tak penah lagi mendaki gunung tertinggi kat Malaysia nih. Kalau ikut aku, aku suka buat xpdc 2 in 1. Naik dua gunung sekaligus (Kinabalu & Trusmadi ke?). Tengok lah nanti. Banyak mender nak kena survey. Dah konpem segala-galanya nanti, aku open trip kat sini.

Friday, August 22, 2008

Gambar aku masuk final?

Wahhhh sangat tau.

Terkejut aku bila tengok GO pagi tadi. Tak sangka gambar aku boleh lepas masuk final! Ohh.. terharunya! Nih yg buat aku bersemangat nak beli DSLR pasnih (huhuhuh takde maknanya).

Ekceli awal bulan ritu, aku sesajer buka Galery gambar gunung kat GO. Saja nak tengok gambar yg bebudak gunung amik & upload kat situ. Esp, gambar-gambar yg derang pertandingkan mengikut tema yg diberi tetiap bulan. Menarik sangat tau. Banyak view ciptaan Tuhan yg cantik yg tak pernah kita lihat ada kat situ.

Ntah camner bila tengok tema pertandingan bulan nih, aku rasa teruja pulak nak upload gambar yg ada dalam koleksi aku. Saja lah nak share dgn kengkawan sepergunungan yg lain. Tapi tak sangka pulak boleh masuk final sebab aku bukan lah pengamik gambar yg professional.. tambahan pulak (fuhh ayatttt), kamera yg aku guna hanyalah jenis kompak sahajor.. huhuhuhu

Nih antara gambar-gambar kengkawan lain yg turut berentap (cewahh) dalam final dgn aku. Aku amik kat Gunung Online Ohh, lupa nak inform, tema bulan nih adalah "Mossy Forest"


Calon pertama : Bekambing (Adik)



Calon kedua: Pendaki Bebas



Calon ketiga: CW Yap



Calon keempat: Bekambing lagi



Last but not least: Yours truly.. (Aku laa siapa lagi).. ngeh ngeh ngeh

Thursday, August 21, 2008

Family trip

Cuti-cuti pun tak boleh nak berilek-rilek juga. Next week ada dua discussion dgn dua group-mates. Nak kena prepare bahan untuk dua assingments sekaligus (tu tak termasuk individual punya assigments ok)

Next week jugak ada exam untuk subjek Econs & Account. Masakkk lah aku jadinya. Ntah sempat ke tak aku khatam buku-buku yg tersangatlah tebal tu. Bab Econs aku boleh lah rilek sikit - memang subjek peberet aku dari dulu. Cuma Account tuu.. kena banyak buat latihan. Maklum lah, aku langsung takde idea bila derang cakap pasal debit kredit nih. Setakat nak kira untung rugi, aku takde hal.. tapi bila timbul term-term yg pelik-pelik, hah, tak ke pengsan??

Next semester, konpem aku amik dua subjek je - tak sanggup aku terkejar-kejar camnih. Kalau setakat belajar & amik exam je, tak kisah lagi.. nih punyerlah banyak group assigments. Mana nak peruntukkan masa untuk attend kelas.. plusss meeting dgn groupmates lagi.. Sudahnya, aku hampir takde masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk Mamoru. Adoiyaiii, kes serius nih!

Oh, esok aku akan ke Kelantan dgn Mamoru & family belah aku. Tataw lah naper nenek aku beria nak ke sana. Masa nenek duk kias-kias nak ajak kami ikut pi Kelantan bulan lepas, aku dengan tak fikir panjang laju je buat janji. Nak kansel, tak sampai hati pulak. Yelah, permintaan orang tetua kan.. selagi dia ada, kita ikut jelah mana termampu.

Plan asal, kami pegi dgn dua kereta. Nenek naik satu keta dgn family pakcik Wan,; ayah & Aunt Shi pulak nak satu keta dgn kami. Sekalikkkk... malam tadi nenek call cakap pakcik Wan tak jadi pegi & nenek nak tumpang keta kami. Aduss.. pening aku.

Ikutkan, memang takde masalah kalau nenek naik sekereta dgn kami, lagipun kat seat belakang nanti, just ada ayah & Aunt Shi je. Tapi yg menjadi kerisauan aku, perjalanan ke Kelantan tu bukannya sekejap. Mau makan satu malam jugak. Selesa ke nanti derang berasak kat seat belakang?

Ayah cakap, nenek dah teruja sangat bila aku & Mamoru setuju nak pegi Kelantan. Nenek siap suruh ayah tangkap & sembelih ayam kampung dalam reban - nak masak rendang buat bekal makanan kami nanti (uishh terliur aku tau).

Tak kisah lah camne. Yang penting, perjalanan kami pegi & balik selamat & dilindungi-Nya. Doakan untuk kami sama ye kengkawan :)

Wednesday, August 20, 2008

Teka aku kat mana?

Penah korang dengar tak ada boss yang paksa staff dia bercuti? Yep, aku penah - tapi dalam drama kat tibi. Realiti takdo ok.

Tp petang semalam, cerita drama nih bebtul jadi kat aku.. huahuahuahua.

Macam tak percaya ok, bila DO risau semacam bila dengar aku kena asthma (ntah siapa inform dia agaknya). Taim tu aku tengah menghadap pc, ada ke dia boleh suruh aku berenti buat keje pastu pi baring kat lounge room?!! Wahh.. terkelip-kelip mata aku tengok muka DO - err boss aku ke nih? Dia siap suggest aku balik rehat kat rumah tau.

Memandangkan aku ada kelas petang tu, aku auta lah dia cakap aku tunggu Mamoru amik aku lepas keje (ntah naper, aku prefer berahsia dari cakap pasal kelas aku kat dia). Aku ingatkan bg alasan camtu boleh buat dia diam.. sekalikkkkk dia amik hp dia call no Mamoru ok!!!

Aduss.. nih betul punya risau DO ni. Dan dan tu jugak aku kemas beg - balik. Sebelum aku keluar opis, DO siap cakap suruh rehat sampai demam aku kebah. Dia suruh aku cuti hari nih (Rabu) & Khamis.. dan suruh aku datang opis bila aku rasa dah bebetul sihat je.. *aku pengsan. Apa kena dgn boss aku nih? Berubah sempena Ramadhan yg bakal menjema kah??

Tak kisah lah.. yang penting..... akak cuti hari nih & esok! Muahahahahhahha. Jangan jeles dik nonnn...

Mid semester break

Nampak tak apa yg ada dalam gambar di bawah nih?

Dah.. dah. Toksah lah tengok lelama. Memang takde apa pun. Lengang- selengangnya. Kan nih taim mid semester break. Takkan lah ada student nak dtg sini taim cuti.

Tp.. tsskkk tsskkkkkk. Aku ada kelas ganti malam tadi!!

Tuesday, August 19, 2008

Lunch peberet

Di kala demam sedang melanda nih, makanan perlu dijaga.. kalau tak, sendiri mau tanggung la kan. Nih menu untuk lunch.. Soupy Seafood Udon. Aku order dari Screaming Bananas. Siap suruh derang hantar naik ke opis.. barguss punya servis kan restoran nih?


Jemput tengok kengkawan.. hehehehe

Masih batuk huk huk

Aku nih tiap kali demam, tak penahnyaaa yang tak teruk. Kalau tak terlantar berhari-hari atas katil, memang tak sah.

Semalam, seperti yg dah dijangka kan, aku MC. Demam dah ok, cuma batuk & atshma je yg tinggal. Start pagi Ahad lagi aku dah stop makan ubat. Seriyes geli tekak aku nak telan ubat lagi. Memula aritu boleh la aku ikut cakap doctor, tapi bila dah 2 hari takde beza demam aku, teruss aku simpan ubat tu buat perhiasan dalam fridge.

Tapi alhamdullilah la jugak.. pagi nih dah ok.. dah boleh pegi keje. Tinggal batuk je sikit-sikit.

Ahh.. hari nih aku dapat balik kamera aku, boleh lah upload gambar bebanyak pasnih. Aritu SIL Sue pinjam bawak pi Cambodia, tu yg entry aku dua-tiga hari nih hanya ada cerita berhuruf je.. takde gambarnya..

Tapi tak kisahlah, sebab aku dapat selendang comel dari sana.. (tak sempat nak amik gambar - aku tak sihat lah, mana larat nak shoot-shoot nih.. kang gambar gegar).

Ok lah.. aku nak gi tido keje.

Sunday, August 17, 2008

Tak kebah lagi :(

Semalam, elok-elok nak baik, aku paksa diri attend kenduri kahwin jugak. Sampai dua majlis aku pegi. Satu kat Damansara, satu lagi kat Sg Besi..

Sudahnya, malam tadi aku tumbang lagi.. huhuhu

Ada yg aku MC esok nih..

Saturday, August 16, 2008

Aku yg terlantar - demam

Aku tengah demam nih (hehehe.. dedemam pun galak meng-update blog kan? eh.. mustii tau) Tapi seriyes ok, aku memang tengah demam. Nih pun sedang bersiaran dari atas tilam - dalam bilik.


Khamis malam rituh lagi aku dah start sakit tekak. Aku nih, kalau tetiba je start sakit tekak, konpem aku akan mengalami demam yg berpanjangan - at least seminggu. Kalau demam aku start dengan selsema, haa yg tu takde lah aku risau sangat sebab kengkadang tak sampai sehari dah baik.


Pepagi semalam, dalam tak sihat tu aku nekad bangun pi keje. Singgah EPF Building kat PJ sekejap. Kat dalam bangunan tu punya la sejuk, sampai badan aku menggeletar jadinya. Mula lah nafas aku jadi pendek-pendek macam nak kena asthma.


Bila inform kat Mamoru, laju je dia nak hantar aku ke hospital. Lawak pulak tengok Mamoru kelam-kabut camtu. Makin sakit dada aku jadinya bila tahan gelak. Sure Mamoru phobia dgn kes aku kena angkut dgn ambulan gara-gara asthma masa bulan 12 tahun lepas!


So, semalam aku MC. Seharian terlantar kat umah (syedih). Mamoru lah orang yg paling risau. Dia balik je dari keje petang semalam, terus belikan nasi - Makan bersuap tau. Mandi pun dia yg duk mandikan (hik).


Tiga kali aku terjaga malam tadi - tiga kali jugak Mamoru duk bangun buatkan air, bagi aku makan ubat (terharu sangat!). Sampai aku yg paling benci makan ubat nih pun laju je telan ubat sebab nak cecepat baik. Tak sampai hati nak buat Mamoru resah-gelisah camtu.


Subuh tadi, alhamdullilah, rasa macam dah kurang sikit demamnya, cuma selsema & batuk je ada lagi. Aku baru je makan ubat untuk kali ke berapa ntah nih. Mata lak tak boleh nak lelap lagi. Tu yang Mamoru on-kan laptop letak depan aku. Syian tengok Mamoru kat sebelah nih. Sure tak cukup tidur.


Oh, hari nih ada 2 kenduri kahwin kahwin kawan baik Mamoru. Harap tengahari nih kesihatan aku bertambah ok. Rasa macam tak sedap hati pulak kalau aku tak attend kenduri kahwin derang. Aritu aku kahwin, derang sanggup datang ke Melaka. Takkan derang kahwin aku tak pegi kan?


Doakan aku cepat sembuh ya kengkawan..

Kad nikah

Percaya tak kalau aku cakap, aku baru je dapat kad nikah nih?

Yer.. jangan tak percaya, selama 6 bulan nih aku konpiden je berjalan sana sini, tido kat hotel merata tanpa kad nikah! Yang peliknya, sikit pun aku tak rasa takut pon (yelah, dah 'sah' kan)

Ekceli, kad nih siap lama dah. Aku je yg takde masa nak ngamiknya. Sampai lah Imam kampung aku tipun ayah suruh datang amik kat umah dia.. huhuhu. Baik kan Imam tu, siap amik dari pejabat agama AG untuk kami.

Fyi, kad nikah aku special sikit. Sebijik macam mycard (IC). Bezanya, mycard just ada satu gambar, kad nikah nih pulak ada 2 gambar (aku & Mamoru). Pejabat agama bagi dua keping kad nikah (untuk suami & isteri) dan sekeping surat nikah). Yang perlu dibawa bersama just kad nikah je.Surat tu simpan kat umah.

Kalau tak silap aku, kat Malaysia nih, cuma ada certain negeri je (or is it Melaka je?) yg keluar kad nikah style mycard. Kebanyakan negeri lain kad nikahnya sebesar kertas A4 (lebih besar dari tu pun ada). Contohnya kad nikah negeri Kedah. My SIL Ida cakap, kedah tadde kad nikah. Derang bagi surat nikah yg saiznya besar sikit dari A4. Kesian adik aku & SIL Ida tau, derang kalau nak pegi memana, derang kena bawak sekali surat nikah sebesar alam tu sekali!


Pasnih tayah risau lagi.. (eleh, macam lah sebelum nih aku risau ek? hehehehe)

Thursday, August 14, 2008

Citer pasal rambut

Rambut aku dah panjang gila. Sikit lagi nak cecah pinggang!!

Aku dah tataw nak buat style camne dah. Balik-balik, aku duk sanggul je bila pegi opis. Nak ikat pesen lain dah tak boleh.. terlalu panjang. Nak buat tocang, kangorang cakap aku budak sekolah. Nak biar lepas pulak, takut orang tak boleh beza antara aku dgn kuntilanak. Kang ada yg histeria nampak aku terpacak pepagi buta dalam opis (maklum, pukul 7.00 pagi aku dah ada dalam opis walaupun opis hour sebenarnya start kul 9.00 - sangat berdedikasi aku nih tau).


Sesekali teringin juga nak potong pendek (bob-style paras bahu), tapi.. tu planning bila aku dah pregnant nanti (berpandangan jauh sungguh kan? hik). Buat masa sekarang, aku nak kekalkan imej berambut panjang. Mungkin just add volume sikit kat rambut nih - kasi perm sikit ke. Biar kerinting-kerinting gitu. Takde lah berkuntau aku nak menyikat rambut pepagi. Rambut kerinting tayah sesusah nak sikat kan? Bangun je tidur, tarik-tarik pakai jari sikit.. daaa siap - boleh pegi keje terus.. muahahaha.



Tengok lah dulu. Nak perm pun kena fikir pat lima kali jugak. Aku tak penah lagi berambut kerinting nih. Kalau jadi rupa Syakira, best la jugak.. buatnya jadi rupa Alleycats kang.. haru!

Minggu depan cuti mid semester seminggu. Tapi ampehhh, tak terasherrrrr macam cuti pun sebab aku ada kelas ganti untuk subjek Account (selasa) dannnn... paling tak best, bila group assingment untuk subjek Econs ajak buat discussion malam rabunya pulak. Aduss.. tak dapat laa aku merasa nikmat cuti yg sebenar. Apa beza kelas ada ngan takde kelas kan? Aku kena gak panjat city campus tu. Takde beza.


Yang lebih buat aku stress, bila fikirkan mid term exam yg bakal menjelma naik dari cuti nanti (dua minggu je lagi beb - minggu first puasa lak tu). Adoiyaii.. mau aku amik cuti keje semata nak fokus kat exam nih.. tskkk.

p/s: Aku ada berura-ura nak ajak Mamoru masuk hutan - buat weekend trip mendaki gunung / bukit / trekking santai wong sambil mandi sungai / air terjun. Tapi.. mengenangkan jemputan kahwin yg tak putus-putus dalam bulan nih.. terpaksalah postpone sampai.. err lepas raya kut? (Minta maaf yer cik J & cik I, kita tunggu trip lepas raya pulak nahh?

Promot sikit

Ahad malam lepas, mak sedara Mamoru (kami panggil Mak Uda @ Makde) ada buat kenduri doa selamat kat Ijok. Sempena pembukaan Rabitah Bakery & Cafe. Fyi, nih kedai kedua Makde. Kedai pertama dia ada kat Kuala Selangor.

Kagum aku.. makin kencang bisness derang. Rezeki orang berniaga.Selain dua buah kedai nih, Makde ada buka kedai buat kuih raya (kat depan umah dia). Tetiap tahun memang banyakkkk gila tempahan kuih raya yg kedai Makde dapat. Sampai terpaksa gaji staff part time untuk tolong buat / packing kuih.

Nantilah.. ada masa nanti aku upload gambar kuih yg Makde buat. Sangat sedap & rare. Susah nak dapat kat tempat lain tau. Kekalau ada yg berminat nak tempah kek / katering / kuih raya, boleh lah pegi ke kedai Puan Rabitah di Kuala Selangor @ di Ijok. Kalau tataw cemana nak ke sana, inform je aku kat sini. Ok?



Nih kedai baru Makde

Sebahagian dari tetamu yg datang kenduri

Tuesday, August 12, 2008

Pc aku mengong

Semalam pc aku mengong. Jangankan nak bukak internet (sama ada guna opis punya wireless atau aku punya usb modem), nak pasang lagu dalam pc nih pun tak boleh ok (tu pasal aku terpaksa tunggu balik rumah baru dapat update entry)

Semuanya berpunca dari aku yg 'gatei' duk install antivirus Kaspersky sendiri. Habis semua setting lari & ada certain program dalam komputer nih ter-delete.. tskkk.

Geremm ok.

Ekceli, aku memang tak penah instal apa-apa program / sofware dalam komputer (aku mana la gheti memender teknikal nih). Tapi semalam, ntah naper aku boleh over konpiden pulak nak install antivirus tu sendiri. Tu pun lepas berkali-kali tanya Mamoru camne nak buat. Bila Mamoru cakap senang sesangat just tekan "next.. next.. next".. je.. aku pun haper lagi, installll je lah.. Sekalikkk, lain lak jadinya.. aduss.

Panik aku sekejap.

Bila jadi camtu, suppose aku consult dgn bebudak IT dari HQ. Tapi bila mengenangkan service yg konpem makan masa tiga pat hari terus aku mengadu kat Mamoru je.. Senang citer.

(Opss, nih kalau boss Mamoru baca nih sure dia cakap aku ngengada. Yelah, aku duk kacau Mamoru buat keje - merengek dari pagi sampai tengahari semalam semata pasal pc aku buat hal)


So lewat petang semalam, Mamoru datang opis aku tolong pikul cpu bawak balik rumah. Bertungkus lumus dia membetulkan semuanya (demi isteri terchenta).. dan taddaaaaa.... sebelum pukul 10 malam tadi, cpu aku dah pulih seperti sedia kala (tenkiu b.. kiss kiss*)

Subuh gaban tadi, Mamoru datang opis aku tolong pasangkan balik semuanya. Sekejap je kan. Nih la kelebihan kawen dgn orang IT.. hehe.

Sekarang, pc aku adalah sangatttt laju dan tak ada pop-up window (virus) yg mengganggu-gugat ketenteraman bekerja aku lagi.. hik.

Monday, August 11, 2008

Posing kat sawah

Sesi bergedik.


Balik dari kenduri kahwin semalam, berenti jap kat kawasan sawah padi Tg Karang tengok anak-anak padi baru nak naik. Cantik sangat view dia. Layan kan je lah pose-pose gedik + manja kat tepi sawah nih (photograher: incik Mamoru terchenta)


Senyuman termanis buat suami tersayang


Syok kan kalau berumah ditepi sawah :)


Habis ayu la kengkunun taim nih hik


Cas ayu lagik.. hihihi


Gaya apa pulak nih.. hantam.. janji nampak chomel (huhuhu)


Gambar penuh lak.. cewahh

Pose camnih lak.. ada gaya model sawah nih

p/s: jangan muntah yer.. sesekali akak pose-terlebih kat blog sendiri (err.. sesekali ke? rasa cam dah banyakkkkk kali da nih.. hehehe)

Serviette

Khas untuk cik Lilylotus (& sesiapa) yg suka kumpul serviette :) Khas dari Boston nih tau. Memang takkan jumpa kat memana. Kalau nak, inform lah aD nahh.

Along's wedding

Memang kelam kabut bila ramai orang berebut nak kahwin dalam bulan nih tau. Penat nak berkejar ke sana-sini nak penuhkan undangan. Lepas abis majlis kt Negeri Sembilan, kami bergegas ke Kuala Selangor pulak - attend wedding member sekambung Mamoru

Tahniah & selamat pengantin baru buat Along & Rose. Serba hijau gitu.


Dengan separuh dari kengkawan sekampung Mamoru


Dengan Liza & Tuty. Baby Tuty, Adriana Batrisya baru 49 hari usia dia.. cumela sangat!

Sunday, August 10, 2008

My cousin's wedding

Tengah bersolek.. semua serba purple semalam.. termasuk adik aku. Err.. elo, nih bukan mata pengantin tau.


Nih adik arwah ibu. Aku panggil dia dgn panggilan 'mak'. Muka 'mak' hampir sama dgn muka arwah ibu (esp tang mata). Kemain eksaited lagi 'mak' tengok aku datang semalam


Pengantin pun dah salin baju taim nih. Aku sampai lambat sangat (sesat ok). Tinggi betul sepupu aku nih. Nih musti ikut baka belah ayah dia. Sebab belah 'mak' semua 'comel-comel' belaka.. hehehe


Bergambar gegamai dgn keluarga pengantin & sedara-mara arwah ibu yg aku baru first taim aku jumpa.. Maklum, dulu lepas nenek kandung kepada arwah ibu meninggal dunia, datuk kahwin & berpindah tempat lain. Tu pasal aku tak penah kenal derang semua nih. Sayang, aku sampai lambat. Kalau tak sure ramai lagi sedara mara yg aku boleh kenal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...