KENGKAWAN

Saturday, August 16, 2008

Aku yg terlantar - demam

Aku tengah demam nih (hehehe.. dedemam pun galak meng-update blog kan? eh.. mustii tau) Tapi seriyes ok, aku memang tengah demam. Nih pun sedang bersiaran dari atas tilam - dalam bilik.


Khamis malam rituh lagi aku dah start sakit tekak. Aku nih, kalau tetiba je start sakit tekak, konpem aku akan mengalami demam yg berpanjangan - at least seminggu. Kalau demam aku start dengan selsema, haa yg tu takde lah aku risau sangat sebab kengkadang tak sampai sehari dah baik.


Pepagi semalam, dalam tak sihat tu aku nekad bangun pi keje. Singgah EPF Building kat PJ sekejap. Kat dalam bangunan tu punya la sejuk, sampai badan aku menggeletar jadinya. Mula lah nafas aku jadi pendek-pendek macam nak kena asthma.


Bila inform kat Mamoru, laju je dia nak hantar aku ke hospital. Lawak pulak tengok Mamoru kelam-kabut camtu. Makin sakit dada aku jadinya bila tahan gelak. Sure Mamoru phobia dgn kes aku kena angkut dgn ambulan gara-gara asthma masa bulan 12 tahun lepas!


So, semalam aku MC. Seharian terlantar kat umah (syedih). Mamoru lah orang yg paling risau. Dia balik je dari keje petang semalam, terus belikan nasi - Makan bersuap tau. Mandi pun dia yg duk mandikan (hik).


Tiga kali aku terjaga malam tadi - tiga kali jugak Mamoru duk bangun buatkan air, bagi aku makan ubat (terharu sangat!). Sampai aku yg paling benci makan ubat nih pun laju je telan ubat sebab nak cecepat baik. Tak sampai hati nak buat Mamoru resah-gelisah camtu.


Subuh tadi, alhamdullilah, rasa macam dah kurang sikit demamnya, cuma selsema & batuk je ada lagi. Aku baru je makan ubat untuk kali ke berapa ntah nih. Mata lak tak boleh nak lelap lagi. Tu yang Mamoru on-kan laptop letak depan aku. Syian tengok Mamoru kat sebelah nih. Sure tak cukup tidur.


Oh, hari nih ada 2 kenduri kahwin kahwin kawan baik Mamoru. Harap tengahari nih kesihatan aku bertambah ok. Rasa macam tak sedap hati pulak kalau aku tak attend kenduri kahwin derang. Aritu aku kahwin, derang sanggup datang ke Melaka. Takkan derang kahwin aku tak pegi kan?


Doakan aku cepat sembuh ya kengkawan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...