Thursday, August 21, 2008

Family trip

Cuti-cuti pun tak boleh nak berilek-rilek juga. Next week ada dua discussion dgn dua group-mates. Nak kena prepare bahan untuk dua assingments sekaligus (tu tak termasuk individual punya assigments ok)

Next week jugak ada exam untuk subjek Econs & Account. Masakkk lah aku jadinya. Ntah sempat ke tak aku khatam buku-buku yg tersangatlah tebal tu. Bab Econs aku boleh lah rilek sikit - memang subjek peberet aku dari dulu. Cuma Account tuu.. kena banyak buat latihan. Maklum lah, aku langsung takde idea bila derang cakap pasal debit kredit nih. Setakat nak kira untung rugi, aku takde hal.. tapi bila timbul term-term yg pelik-pelik, hah, tak ke pengsan??

Next semester, konpem aku amik dua subjek je - tak sanggup aku terkejar-kejar camnih. Kalau setakat belajar & amik exam je, tak kisah lagi.. nih punyerlah banyak group assigments. Mana nak peruntukkan masa untuk attend kelas.. plusss meeting dgn groupmates lagi.. Sudahnya, aku hampir takde masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk Mamoru. Adoiyaiii, kes serius nih!

Oh, esok aku akan ke Kelantan dgn Mamoru & family belah aku. Tataw lah naper nenek aku beria nak ke sana. Masa nenek duk kias-kias nak ajak kami ikut pi Kelantan bulan lepas, aku dengan tak fikir panjang laju je buat janji. Nak kansel, tak sampai hati pulak. Yelah, permintaan orang tetua kan.. selagi dia ada, kita ikut jelah mana termampu.

Plan asal, kami pegi dgn dua kereta. Nenek naik satu keta dgn family pakcik Wan,; ayah & Aunt Shi pulak nak satu keta dgn kami. Sekalikkkk... malam tadi nenek call cakap pakcik Wan tak jadi pegi & nenek nak tumpang keta kami. Aduss.. pening aku.

Ikutkan, memang takde masalah kalau nenek naik sekereta dgn kami, lagipun kat seat belakang nanti, just ada ayah & Aunt Shi je. Tapi yg menjadi kerisauan aku, perjalanan ke Kelantan tu bukannya sekejap. Mau makan satu malam jugak. Selesa ke nanti derang berasak kat seat belakang?

Ayah cakap, nenek dah teruja sangat bila aku & Mamoru setuju nak pegi Kelantan. Nenek siap suruh ayah tangkap & sembelih ayam kampung dalam reban - nak masak rendang buat bekal makanan kami nanti (uishh terliur aku tau).

Tak kisah lah camne. Yang penting, perjalanan kami pegi & balik selamat & dilindungi-Nya. Doakan untuk kami sama ye kengkawan :)

No comments: