KENGKAWAN

Tuesday, August 12, 2008

Pc aku mengong

Semalam pc aku mengong. Jangankan nak bukak internet (sama ada guna opis punya wireless atau aku punya usb modem), nak pasang lagu dalam pc nih pun tak boleh ok (tu pasal aku terpaksa tunggu balik rumah baru dapat update entry)

Semuanya berpunca dari aku yg 'gatei' duk install antivirus Kaspersky sendiri. Habis semua setting lari & ada certain program dalam komputer nih ter-delete.. tskkk.

Geremm ok.

Ekceli, aku memang tak penah instal apa-apa program / sofware dalam komputer (aku mana la gheti memender teknikal nih). Tapi semalam, ntah naper aku boleh over konpiden pulak nak install antivirus tu sendiri. Tu pun lepas berkali-kali tanya Mamoru camne nak buat. Bila Mamoru cakap senang sesangat just tekan "next.. next.. next".. je.. aku pun haper lagi, installll je lah.. Sekalikkk, lain lak jadinya.. aduss.

Panik aku sekejap.

Bila jadi camtu, suppose aku consult dgn bebudak IT dari HQ. Tapi bila mengenangkan service yg konpem makan masa tiga pat hari terus aku mengadu kat Mamoru je.. Senang citer.

(Opss, nih kalau boss Mamoru baca nih sure dia cakap aku ngengada. Yelah, aku duk kacau Mamoru buat keje - merengek dari pagi sampai tengahari semalam semata pasal pc aku buat hal)


So lewat petang semalam, Mamoru datang opis aku tolong pikul cpu bawak balik rumah. Bertungkus lumus dia membetulkan semuanya (demi isteri terchenta).. dan taddaaaaa.... sebelum pukul 10 malam tadi, cpu aku dah pulih seperti sedia kala (tenkiu b.. kiss kiss*)

Subuh gaban tadi, Mamoru datang opis aku tolong pasangkan balik semuanya. Sekejap je kan. Nih la kelebihan kawen dgn orang IT.. hehe.

Sekarang, pc aku adalah sangatttt laju dan tak ada pop-up window (virus) yg mengganggu-gugat ketenteraman bekerja aku lagi.. hik.

2 comments:

Rashid said...

takpa itu satu percubaan yang baik. gagal kali pertama okey bah itu...

aD said...

betul tu incik rashid. thanks for visiting my page nahh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...