KENGKAWAN

Monday, August 25, 2008

Penat sepenatnya

Alhamdullilah, family trip ke Utara berjalan dgn lancar & selamat (gambar kendian eh - lupa nak upload dari kamera mlm td)

Jauh kami berjalan tau.

Dari KL (jumaat malam) -- Melaka (amik ayah, Aunt Shi & nenek) -- naik balik KL -- gerak ke Bentong -- Raub -- Kuala Lipis -- Gua Musang -- Kota Bharu (subuh baru sampai) -- tengok sepupu aku konvo jap pastu gi Tumpat (lawat adik no.4 & anak buat aku, Jasmin) -- Pengkalan Kubur (soping) -- gerak ke Pasir Puteh -- Besut -- Kuala Terengganu -- Kuala Berang (bermalam - giler penat) -- Esoknya bertolak balik lalu Kuantan -- Bandar Muadzam -- Bahau -- Kuala Pilah -- Tampin -- Alor Gajah -- Masjid Tanah (hantar ayah, Aunt Shi & nenek) -- then balik Kuala Lumpur (pukul 1.30 pagi malam tadi baru sampei)

Haa.. amikkkk. Gila jauh punya journey untuk wiken trip. Kesian Mamoru & Wan (kami gi dgn dua keta) - konpem patah badan drive pegi-balik.

Masa nak balik dari Ganu nenek siap berkias-kias lagi.. katanya, "nanti lepas raya kalau takgi memana, kita pegi Terengganu lagi ye?".. adussss nenek.. tengok la dulu nek, insyaAllah..

Ohh, last week Mamoru suruh aku book accomodation & survey tiket flight untuk xpdc mendaki Kinabalu tahun depan Hmm, nak book untuk bulan berapa ek? (for sure aku takkan book masa Chinese New Year - konpem ramai gila orang taim nih).

XPDC kali nih lebih kepada nak membawak kengkawan yg tak penah lagi mendaki gunung tertinggi kat Malaysia nih. Kalau ikut aku, aku suka buat xpdc 2 in 1. Naik dua gunung sekaligus (Kinabalu & Trusmadi ke?). Tengok lah nanti. Banyak mender nak kena survey. Dah konpem segala-galanya nanti, aku open trip kat sini.

6 comments:

Anonymous said...

cik senget, tu bukan trip ker utara la sayang oii.. tu trip ke pantai timur..

aD said...

kelantan bukan kat utara ek? hehehe. kalau ikut route yg aD jalan tu, jangankan timur.. barat selatan semua ada huhuhuhu

Anonymous said...

bukan la cik senget oiii... utara (perlis, kedah, p.pinang n perak)... kelantan, pahang n tengganu is pantai timur.. kena blajo geografi balik ni.. hehhehehe

aD said...

hehehe.. yeke? aD selama nih ingat, asal gerak naik ke atas maknanya utara la tu (maklum, geog maa form 3 tak minatt)

eid said...

aah laa aD,,, 2 kali ulang baca ayat 1st ngan laluan trip tuh... non-ado nama kedah, perlis, penang utk dikatakan utara...pantai timur laaa... hehe

*eh dulu bukan UUM ka cek??? hihi

aD said...

pelik kan, napa bila sebut timur & barat, semua tempat yg merangkumi utara ke selatan dikira timur (vice versa). knp ruang lingkung utara & selatan tu ngam-ngam kat atas (or bawah je?).. dan nape bila kita nak ke ganu, kelantan kita sebut nak ke pantai timur.. tapi bila nak ke perak / penang, jarang lak cakap, "i nak ke pantai barat" hehehehhehe.. alah cik eid, tu semua bahasa je. konsepnya sama juger.. muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...