KENGKAWAN

Friday, August 29, 2008

Rezeki ramadhan

Nak tau berita gembira tak? Gembira untuk aku je lah. Tapi kalau korang nak gembira sama pun boleh jugak.. tumpang gembira untuk aku lah kan. Hik.

Nak tau apa berita gumbira tu? Hehehe.. akak dapat bonus dik nonn! Tak sangka tau, dendiam je kompeni aku nih kasi. Tau-tau dah ada je bila check akaun online malam tadi. Mamoru yg tolong check kan sebenarnya. Sebelum tu aku ada cakap dgn Mamoru berapa balance dalam akaun aku. Sekalikk, bila Mamoru tengok balance yg ada dalam tu, terus dia pandang aku dgn muka terkejutnya. Ohh, aku lagi lah terkejut ok. Duit saper pulak yg termasuk dalam akaun aku nih??

Bila masuk opis pagi nih, baru tau tu bonus kompeni bagi. Syukur alhamdullilah, murah rezeki kami sekeluarga . lelebih lagi dedekat nak bulan puasa nih.

Minggu nih, balik Kuala Selangor. Lama dah tak spend masa dgn family sebelah Mamoru.

Memacam mender aku dah plan nak buat kat sana nanti. Nak tolong nenek mengemas, nak susun atur semula bebarang yg tak perlu, nak tukar apa-apa yang patut dalam rumah tu (ikut bajet & kemampuan lah kan).. pastu nak mengecat lagi.. fuhh.. ntah larat ke tak nanti.

Takpe, buat pelan-pelan. InsyaAllah boleh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...