Monday, August 25, 2008

Salam Ramadhan :)

Tujuh hari lagi kita akan menyambut bulan yg paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Diulang, Tujuh hari lagi je beb. Tak sabar dah nih!

Disebabkan aku eksaited terlebih, aku nak wish korang semua..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak
&
Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia!


Sempena kedatangan bulan Mulia nih, jom kita perbanyakkan sedekah & amal ibadah. Tak mampu nak sedekah bebanyak, sedekahkan buah tamar pun boleh juga.. kalau tak mampu jugak, sedekah senyum pun jadi lah.. besar pahalanya orang bersedekah nih..

Pastu zakat jangan lupa bayar nah. Dah check berapa korang kena bayar tahun nih lum? Haa.. check jangan tak check. Bayaran berbeza setiap negeri ok. Bagi aku pulak, bermula tahun nih, zakat fitrah aku bukan lagi ayah yang bayarkan. Mamoru yg akan amik alih. Tu yg rasa eksaitednya over sikit tahun nih.

Konpem korang semua ada banyakkkkkk sangat plan untuk bulan Ramadhan nih kan? Aku pun camtu jugak.. hehehe. Napsu meluap-luap.. tuu yang terpaksa sentiasa ingatkan diri sendiri supaya bersabar & bersederhana selalu (InsyaAllah)

Apa pun perancangan korang untuk bulan mulia nih, sekali lagi aku ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua..

Assalamualaikum ya Ramadhan!

No comments: