Wednesday, August 27, 2008

Tahniah, Anwar menang


Aku dgn Manager dari SMIDEC masa dalam kelas Account semalam. Kesian dia demam - jangkit dari aku rituh kot? Hehe..

Ramai yang tak kosentret masa dengar lecturer malam tadi. Dr R mengajar kat depan, student kat belakang semuanya duk berkali-kali refresh website Malaysiakini tunggu keputusan pilihanraya Permatang Pauh.. huhuhu (termasuk lah aku).

Aku eksaited gila bila tengok undi untuk Anwar semakin naik (walau hakikatnya aku bukanlah penyokong PKR). Biar terbuka bijik mata pemimpin negara kita yg ____________ (sila isi tempat kosong dgn ayat korang sendiri).

Tahniah untuk Anwar. Harap dia tak meroyan macam pemimpin negara kita yg hehari kejenya adalah ____________________ (isi tempat kosong lagi. Ikut suka nak isi yg baik / ta'baek. Aku tak sanggup nak tulis. Bulan puasa dah dekat, tak baik mengumpat).

Oh, korang ingat tak masa kekecik, dulu asal gaduh je musti kita guna dialog kat bawah nih kan? kan?

Budak A: "Oit.. kau curi barang aku kan?"
Budah B: "Takde lah.. manader!"
Budak A: "Sumpah??"
Budak B: "Sumpah.. wallah.. manader aku amik barang ko"
Budak A: "Alif lam lam ha.. saper tipu, dia dosa"

Masa kekecik dulu, memasing bodoh piang.. salah sikit, sumpah'.. silap sikit, 'alif lam lam ha'.. Tapi, bila dah besau gajah dan masih mengekalkan imej budak-budak yg bodo-piang kan, haa camno tu?

Harap Anwar kekalkan prinsip dia untuk TIDAK bersumpah. Jangan jadi budak-budak. Kalau betul dia salah, kumpul bukti. Dakwa kat mahkamah. Jangan lah buat orang jadi pelik (esp non-muslim).

Yelah, golongan marhein macam kita nih kalau disyaki bersalah, terus kena turun naik mahkamah - kena lokap - kena pecat. Tapi golongan 'atasan' nih, kalau disyaki (syak OK belum bebetul salah lagi) bersalah, ada trend lain pulak ye? Asal masuk masjid, amik Quran, buat lah segala sumpah tak bersalah --- setttttlllleeeeee semua ek??

Kalau camnih, jangan terkejut lah pasnih kalau ada ramai lah perogol, pembunuh, penyamun yang 'demand' nak buat sumpah tak bersalah dalam masjid pulak nahh?

7 comments:

Anonymous said...

setuju ngan apa yg sis cakap..

pergi kedai mamak aritu, die tanya..

"oh..sekarang ni main-main sumpah ye"

see? orang tgk pun dah lain..ingat sumpah ni benda besa2 boleh wat main2.. ntah la.. harap lepas ni ada benda yg baik terjadi.. hmmm.

Anonymous said...

AKU SUKA POSTING YANG NI. SETUJU SANGAT APE YG KO TULIS. KEEP IT UP!

saya said...

wahh..suka daki gunung ye. say ani bukit pon tak terdaki. huhuu...btw, have a nice day

Ogy said...

salam kenal....
ad ni student lagi ke?
sorry tak baca blog sampai habis..
hehehe

Anonymous said...

Itu la... masa kecik dulu boleh la sumpah macam tu. Kalau dah besar, tak kan nak sumpah macam?

Bayangkan apa akan jadi DSAI (yang dah berumur tu) ikut minda remaja tu di masa akan datang?

Agak - agak saya la, nanti orang bila buat salah, pi zina dengan bina orang ka, lepas tu suami tu mengamuk. Lalu dibunuh suami tu. Kemudian, dia (pembunuh tu) pi kat masjid, pegang Al-Quran tangan kiri, skrip tangan kanan, lalu bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tak buat. Maka, kalau ikut cara Saiful, maka pembunuh pun disahkan tidak bersalah.

Jadi, tak payah la ada hakim Mahkamah, tak payah belanja banyak duit rakyat untuk bicara mahkamah dan tubuh mahkamah dan sebagainya.

Nanti, kita balik ke zaman jahilliyyah semula. Maka, berleluasalah pembunuhan, perogolan dan jenayah lain. Lepas buat jenayah, boleh pi kat masjid, buat sumpah laknat kata tak buat. :)

Sumpah laknat yang sebetulnya hanya ada dalam peruntukan Mahkamah Syariah. Itu pun selepas dekat hakim nak buat keputusan. Kena buat depan hakim mahkamah syarie (mahkamah sivil / syeksen tak layak dengar kes qazaf) dan peguam syarie.

Jadi, macam DSAI nak buat kalau kes ni belum disebut pun di Mahkamah Syarie? Kita nak pakai 'akal sendiri' atau ikut perlembagaan yang sudah termaktub? Siapa yang hina Mahkamah & Al - Quran ni?

Anonymous said...

salam,

sumpah laknat adalah sumpah untuk tuduhan bagi suami atau isteri yang melakukan zina.(diulangi -suami/isteri) kedua2nya perlu hadir utk bersumpah setelah tiada bukti kukuh utk tuduhan.

untuk pegang al-quran dikatakan mirip kristian semasa bersumpah adalah benar. Zaman nabi muhamad mana ada al-quran di bukukan. tetapi zaman kalifah baru dikumpul sebab tahfiz al-quran selalu berjuang fisabilillah dan ada yg gugur syahid. jadi khalifah kumpulkan dan bukukan supaya dpt manfaat dan syafaat untk generasi selepas wafatnya nabi.

Anonymous said...

terima kasih atas pandangan kengkawan semua untuk topik nih. aD tak lah berpihak kat memana, sekadar memberi pendapat peribadi.

cik saya, kalau nak join mendaki gunung, jom lah.. aD suka bwk orang berkenalan dgn hutan nih :)

cik Ogy, belajar tu part time je. belah malam. siangnya keje :)