Wednesday, August 20, 2008

Teka aku kat mana?

Penah korang dengar tak ada boss yang paksa staff dia bercuti? Yep, aku penah - tapi dalam drama kat tibi. Realiti takdo ok.

Tp petang semalam, cerita drama nih bebtul jadi kat aku.. huahuahuahua.

Macam tak percaya ok, bila DO risau semacam bila dengar aku kena asthma (ntah siapa inform dia agaknya). Taim tu aku tengah menghadap pc, ada ke dia boleh suruh aku berenti buat keje pastu pi baring kat lounge room?!! Wahh.. terkelip-kelip mata aku tengok muka DO - err boss aku ke nih? Dia siap suggest aku balik rehat kat rumah tau.

Memandangkan aku ada kelas petang tu, aku auta lah dia cakap aku tunggu Mamoru amik aku lepas keje (ntah naper, aku prefer berahsia dari cakap pasal kelas aku kat dia). Aku ingatkan bg alasan camtu boleh buat dia diam.. sekalikkkkk dia amik hp dia call no Mamoru ok!!!

Aduss.. nih betul punya risau DO ni. Dan dan tu jugak aku kemas beg - balik. Sebelum aku keluar opis, DO siap cakap suruh rehat sampai demam aku kebah. Dia suruh aku cuti hari nih (Rabu) & Khamis.. dan suruh aku datang opis bila aku rasa dah bebetul sihat je.. *aku pengsan. Apa kena dgn boss aku nih? Berubah sempena Ramadhan yg bakal menjema kah??

Tak kisah lah.. yang penting..... akak cuti hari nih & esok! Muahahahahhahha. Jangan jeles dik nonnn...

No comments: