KENGKAWAN

Monday, September 08, 2008

Agar-agar cendol

Lama dah kan tak buat entry resepi peberet nih. Memandangkan hari Jumaat arituh, aku ada sedikit rajin, aku amik lah gambar cecara membuat agar-agar cendol nih hahh. Resepi dia aku dapat kat internet jugak. Tapi tak ingat kat site mana.. (mahap la nah). Resepi nih, aku dah ubah sikit biar suai ikut citarasa anak tekak aku. Layann.

Bebahan yg diperlukan adalah amat senang sekali. Take note yer, kuantiti agar-agar untuk resepi nih, boleh dapat 3 mangkuk sederhana besar:

Serbuk agar-agar satu paket (cari yg 10g punya, senang nak bajet)
Air main agak-agak je. Kalau nak senang, kira ikut satu setengah air botol mineral 500ml
Gula melaka hancur (nak yg berketul boleh gak, tapi masakkk la korang nak cairkan nanti
Gula pasir secukupnya untuk maniskan santan nanti
Cendol - ikut suka la nak bubuh banyak mana
Daun pandan untuk bau yg menyelerakan
Santan setengah botol air mineral kecik
Secubit garam

Ok, cecara nak membuat pulak:



Amik air satu botol mineral kecik tu, masak dalam periuk bersama dengan 5 gram agar-agar (alah, bahagi dua je serbuk agar-agar dalam paket tu). Lepas sebati, masukkan gula melaka secukupnya. Agak-agak lah manisnya. Jangan lupa bubuh daun pandan. Bila dah mendidih, tutup api, ketepikan daun pandan dan masukkan ke dalam bekas - sejukkan. Aku takde bekas / loyang yg sesuai. Tu yang bubuh dalam mangkuk lauk je.



Untuk lapisan kedua, bubuh setengah botol air mineral kecik dgn 5 gram serbuk agar-agar. Bila dah larut, masukkan santan & secubit garam (jangan lupa bubuh daun pandan). Pastu masukkan gula secukupnya & cendol. Bila dah sebati, angkat dan masukkan ke dalam setiap bekas yg mengandungi lapisan gula melaka tadi. Simpan sejuk dalam fridge.



Taddaaa.. nih lah rupanya bila dah siap.. sedap macam makan cendol sebenar (angkat bakul sendiri). Betul sedappp.. kalau tak, takkan adik aku cakap Chua boleh habiskan semangkuk agar-agar nih malam tu!

4 comments:

biqque said...

hi, i'm bique...i saw ur blog in top 100 malaysian blogger. best plak baca dari satu page ke satu page. u have lot of stories to tell, and i'm hooked to it esp ur recipe. i nak cuba la kek batik n agar2 cendol u tu! senang sbb ada gambar :)

anyway, i akan bookmark ur blog...tak nak terlepas crite2 u :D

u can also surf my blog at http://sekupang.net

if i'm not mistaken, i saw my fren in ur gunung's pic...salhazira, i panggil dia art/mate. dia kaki gunung cam u gak. hubby dia pun panjat gunung, same like ur mamoru.

ok, slamat berkenalan. u can add me in ym (biqque@yahoo.com)

aD said...

hai biqque. wah, what a nice suprise. Kira kita nih kawan atas kawan la nih :)

Yep, I met salhazira last two years. Masa xpdc gunung Kenderong. Banyak kali jugak lah kami bertembung atas gunung. Her husband also a very good friend of mine. Its kinda funny & sweet when all four of us bertemu jodoh dalam hutan, and get married in the same year! haha.

Salam perkenalan dari saya juga & time kasih sebab sudi cuba resepi tu semua :)
psst.. sampaikan salam kami pada salhazira ek.

biqque said...

ha nanti i ckp kat dia.

tu la tak sangka, u kecik je tapi leh larat panjat gunung ek? hehe.

i suka baca blog u sbb banyak cite pasal kampung, pasal masak, pasal family, rasa cam dah lama kenal lak. hahaha. n u r really funny when playing with words. rasa macam u tengah cite kat i depan2. haha.

ok, slamat berkenalan!

aD said...

kecik cili api gitu. hik
tima kasih sebab sudi baca blog saya. nih yang bertambah teruja nak menulis bebanyak lagi (muahaha).
keep in touch ok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...