KENGKAWAN

Wednesday, September 03, 2008

Bazar cekik darah

Hari nih 3 Ramadhan 1429 Hijrah.

Semalam lewat sampai umah. Nak masak, konpem tak sempat (aku nih kalau memasak memang terhegeh-hegeh sikit, semua nak kena prepare rapi, tak boleh tidak!). Nak suruh adik aku masak, gas habis laa pulak.. (haii naper lah gas selalu habis taim darurat je?). Dah call orang hantar gas, tapi taim hujan camtu, sure lambat orang tu nak ngantor. Nak tanak, terpaksalah redah hujan renyai pegi pasar ramadhan kat sebelah Tasik Permaisuri.

Terkejut aku bila tengok harga makanan kat sana tau. Gila mahal! Air tebu sebungkus RM 4.00!! Biar betul!? (or tu memang harga biasa dimana-mana??). Ayam golek pulak, yg saiz kecik tu pun RM 14.00! Wahh.. cekik darah sungguh lah. Takut pulak aku nak membeli semalam. Membunuh mahalnya! Rasa pulak, belum tentu sedap. Pada aku la kan, kalau compare lauk-pauk kat tempat semalam dgn beli satu 'barrel' KFC, berganda murahhhhh lagi KFC tu! - lagik puas hati & konpem sedap!

Tapi kenangkan waktu berbuka dah dekat & malas nak nak beratur berderet kat KFC depan HUKM tu, aku pejam mata jelah beli. Pasnih rentikan la nak pegi sana lagi.. tak berbaloi. Kut pasnih kalau tak sempat nak masak utk berbuka, order je pizza ke, mek donal ke, lagikkk murah, senang & JIMAT!

Hari nih tataw nak berbuka kat mana. Mungkin kat gerai tepi jalan or tak pun, beli tapau je - makan lah kat memana. DO ada ajak berbuka kat Istana Hotel hari nih. Tapi.. mana sempat nak gi sana boss! Saya ada kelas petang nih.. tskk. Esok pun ada kelas lagi.. tskk tskk.. lamanya nak tunggu Jumaat - nak masak best-best untuk Mamoru & adik-adik aku :(

6 comments:

shafa said...

Mmg pun, pasar ramadhan sekarang tahap gilos punyer mahal.baik masak sendiri lagi best.

c . h . e . n . t . a said...

msk sndiri lagi best dr beli & kemudian belah. he he.

tp, tgk pd keadaan jgk. hi hi.

mahalnya air tebu smpai rm4. xpyh lah beli lagi. he he.

~o ye, SELAMAT BERPUASA & thanx sbb btandang ke blog sy. salam perkenalan ye! :)

Richie said...

what the hell..seriously mahal gilak!!!memang cekik darah diorg tu kak..org standard air tebu rm2 je

aD said...

shafa, betul tu.. memacam menu kita boleh buat sendiri. lagik syeddap.

chenta, salam perkenalan.. selamat berpuasa jugak nahh :)

richie, itu lah.. dunia dah berubah.. duit dah jadi segalanya :(

eF said...

aD,
pecaya atau tidak, kat Kuantan lagi mahal la.air tebu RM5 sebungkus. Ayam golek RM17. boleh??
ingatkan pindah kuantan lagi murah..rupenye lagi mahal.
ayyoooo

anyway, Selamat Berpuase

aD said...

mak aih.. kenapa mahal bebenor kat sana? tp, ef, aD rasa derang naik harga melampau mungkin sebab sewa tapak dah naik kut? kat melaka pun 4 inggit harganya. tapi bila aD beli kat gerai tepi jalan (bukan bazar), rm 2 inggit je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...