KENGKAWAN

Tuesday, September 02, 2008

Dilema balik raya

Hari nih 2 Ramadhan 1429 Hijrah.

Sesubuh gaban nenek dah kejutkan kami. Pukul 4.20 pagi ok! Gila awal. Nenek tersilap tengok jam agaknya. Aduss.. dah terbangun tu bukan boleh lelap balik. Nak tanak, bangun je lah. Gosok-gosok baju keje, kemas baju masuk dalam beg, pastu kejut Mamoru & turun ke dapur.

Nenek Mamoru nih, walaupun umur dah 80 tahun (iklan: Semalam tgk IC nenek - tarikh lahir nenek 12 Dis 1928 - sory, sebelum nih aku duk tulih umur nenek 90 tahun), kudrat dia masih kuat jugak lah. Masih mampu mengemas, membasuh, memasak sengsorang. Subuh tadi, nenek dah siap tanak nasi & masak sambal ikan kembung. Telur itik goreng pun ada. Bersemangat nenek masak untuk kami. Sayangnya aku & Mamoru tak makan telur itik .. huhuhu.. kesian nenek. Beria memasak, tapi kami tak sentuh pun telur itik tu. Rasa nak je aku pretend cuit sikit telur tu bubuh dalam pinggan. Tapi.. adoi, takkan nak makan pun tipu-tipu kan? Tak baik la camtu. Untuk tidak mengecikkan hati nenek, aku & Mamoru makan lauk sambal ikan tu dgn bersungguh-sungguh!

Masa nak masuk bilik air, Mamoru bawakkan aku secerek air panas yg dia masak. Terkejut aku tau. Ingatkan nak buat apa, rupanya nak campur dgn air dalam besen. Takut aku kesejukkan katanya. Sweet sangat. Rumah nenek takde water heater, tu yg Mamoru risau aku tak tahan sejuk.

Aku ada plan nak belikan nenek satu water heater, tapi kena tengok balance expenses untuk bulan nih dulu lah. Balik kampung aritu pun dah habis dekat seribu. Tu belum pegi kampung aku lagi. Konpem bertambah banyak lbelanjanyanya. Baju raya adik-adik pun belum berbeli lagi. Degil adik-adik aku nih tau. Ajak pi beli baju sabtu lepas, semua lesap ntah kemana. Nak sambut merdeka la.. haper laa.. Sudahnya, aku shopping dgn Mamoru je. Pelik adik-adik aku nih. Tanak baju baru gamaknya? Kata Mamoru, biorkan.. biar derang kelam kabut takde baju nak pakai pagi raya nanti.

Masa nak keluar rumah subuh tadi, nenek hantar kami sampai ke kereta (tu diaaa.. punyalah sayang kat cucu & cucu-menantu dia nih *kembang). Mamoru dah berkeras suruh dia duduk kat dalam pun dia tetappp nak teman kami keluar. Ekceli, Mamoru bukan tak suka disayang camtu, tapi kan ke sejuk duduk lberembun kat luar rumah taim sesubuh (5.30pagi). Nenek tu bukannya sihat sangat. Mudah sangat kena demam.

Masa berpimpin tangan dgn nenek pegi ke kereta, nenek cakap kat aku.. "Kalau Fazi tak ada taim raya, sunyi rumah nenek nih, As (nenek panggil aku 'As' instead of 'Ad').. selalu taim raya, dia lah yg paling banyak tolong nenek buat keje"... Tskkk tsskkkkk.. aku rasa aku tau apa maksud nenek. Aku baru planning nak sambut 1 Syawal kat Melaka. Mamoru pun dah setuju. Tapi sekarang nih? Aduss.. dilema sungguh. Camno nih b?

2 comments:

angah said...

sudah terasa dilema kah?

Pi la raya kat kampung fazi dulu. Berapa lama pun boleh ada ngan nenek kan...

Angah memang dah sejak kawin raya pertama ngan kedua kat Kuantan, Ketiga sampai habis cuti kat Klang.

aD said...

wah? angah tak penah sambut first raya kat klang? nih baru betul contoh isteri solehah nih.. kagum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...