KENGKAWAN

Monday, September 01, 2008

Pokok bunga gantung

Memacam mender kami buat sebelum balik Kuala Selangor semalam. Banyak sangat menyinggah. Pegi Tesco beli stok barang dapur untuk nenek (dari mula aku kenal Mamoru, dia musti belikan barang keperluan untuk nenek dia setiap kali balik kampung).

Habis shopping, singgah lak tempat orang jual pokok bunga - sajer belikan nenek pokok bunga gantung untuk hiasan kat serambi rumah nenek. Rumah nenek takde anak dara tinggal situ. Takde orang nak tolong jaga / hias. Tu yg timbul idea nak tanam pokok bunga keliling umah nenek.

Lama jugak nak memilih pokok yg sesuai. Kena cari yg pokok yg tak banyak guna air (jenis yg siram seminggu dua tiga kali je). Maklum, nenek dah tua (90 tahun dah), tentu tak larat nak menjaga pokok bunga tu. Nak harapkan Tia, dia kecik lagi (baru 7 tahun). Dia mana sampai nak siram pokok tu. Ada takde pun, tinggal Tutut je lah yg boleh diharap (Mamoru punya uncle). Mintak dia tolong siram je lah.


p/s: Jangan memain tau, umah nenek dah ada orang datang mintak izin buat shooting raya! hik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...