KENGKAWAN

Thursday, September 11, 2008

Selamat bersahur

Hari nih 11 Ramadhan 1429 Hijrah

Rajin pulak aku update blog sesubuh buta nih ek. Update sementara nak tunggu azan (ops, nih kang konpem ada yang tegur aku nih - kang ada pulak anonymous yg komen, "ko takde keje lain ke aD, biasanya tetaim nak tunggu azan subuh nih, orang duk atas sejadah, ngaji. yang ko nih, pi ngadap komputer") hehe.

Hallu geng, aku bukan jenis ketegaq tak boleh terima nasihat, malah, aku hargai atas keperihatinan orang (esp, cik anonymous yg komen semalam - suruh aku bertudung) InsyaAllah, aku memang simpan niat untuk ubah penampilan aku nih, selayaknya sebagai seorang Islam (dan isteri), malah dah mula membiasakan diri pakai tudung untuk ke majlis / tempat tertentu. Tapi bear in mind lah, bukan semua perubahan kita boleh buat mendadak. Sabar. Doakan yg terbaik untuk aku. Dan satu lagi, kalau bagi nasihat tu, jangan lah macam baling batu sembunyi tangan. Berani bagi nasihat, berani jugak lah reveal nama kan? Nih, ada ke tulis "yang benar, salah sorang dari kawan ko." Aduss.. macam mana aku nak respek orang mcm nih??

Ops.. terlebih pulak. Pepagi tak elok emo-emo.. rezeki lari. Sila mulakan pagi korang dgn senyum yg manis menawan ok (esp cik anonymous :)

Sahur tadi aku just makan aiskrim je. Hehe.. teringin dari semalam lagik. Nak goreng cempedak / frozen karipap, tak sempat. Bangun pun dah pukul 5.00 pagi. Just buat burger special untuk Mamoru dgn air teh. Suka sangat dia makan burger yang aku buat. Dah tiga hari berturut dia bersahur dgn burger tau.

Ok lah, stop dulu.. dah azan. Lets perform solat.

5 comments:

Suki Cida said...

ada org coment macam tu?! wow!!! terlebih sudah... patut reply...

"Ko susah sangat aku tak bertudung kenapa? dosa aku tak pakai tudung ko yang tanggung ke?"

Ingat bagus sangat... kalau lelaki yang komen tu kat awak, bererti lelaki kepochi... macam mulut betino... kalau perempuan yang komen lak, mmg tak puas ati la tu... awak cun... uhuhu....

Pokok pangkal biarlah kita buat kerana Allah... bukan kerana org...

Bagi org yang komen awak tukan, saya kat sini nak cakaplah "sebelum nak nasihat org, cermin sikit diri tuh" uhuhhu alamak teremo lak...

Anonymous said...

Assamulaikum ad, bukan nak meyibok tp sesame islam kite wajib tegur menegur...kite tegur kerana kita syg kan diri kita sesame islam...betul tak? kalau semua org buat hal sendiri pe nak jd kan??? itu bukan ajaran islam yg sebenar...isu ni sensitive jgn di provoke kan..wallahhualam

:.Lily.:

aD said...

sukicida, betul, apa yg kita buat, biarlah dgn niat yg tulus & ikhlas dari diri sendiri, bukan terpaksa / dipaksa - itu menipu namanya.

ws Lily (awk ke yg bagi komen tu?), saya boleh terima teguran dari sesiapa sahaja dgn hati yg terbuka. cuma tegur lah dgn bahasa yg baik & sopan.

..oh, ikutkan hati, nak saya reply panjang lagi, tapi suami saya suruh stop menulis.. pesan dia, tak salah kalau nak menegur orang, cuma jangan lah sampai kurang ajar sangat. Itu bukan menegur namanya.

Anonymous said...

To Ad..ingin sy jelaskan disini...bkn sy yg bagi teguran ke ape ker...sy cume reply pd komen suki cida...sori not me..

:.Lily.:

aD said...

cik lily.. oh ok :)
maaf juga nahh. selamat berpuasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...