Friday, October 24, 2008

Selipar jepun

Semalam teringin nak makan rambutan. Tiba-tiba je kan? Hik. Macam tu ke orang panggil mengidam ek?

Terdiam Mamoru bila dengar aku nak makan rambutan. Mesti dia pening nak cari kat mana. Sekarang nih orang tak jual rambutan dah - musim dah habis.


Tapi memang rezeki aku (dan baby dalam perut nih) petang semalam. Masuk je kawasan pasar malam Bandar Tun Razak, aku dah nampak sorang makcik jual rambutan! Tak banyak.. ada dua tiga ikat je - tapi masih fresh! Lajuuu je Mamoru belikan seikat untuk aku. Tak sempat tunggu balik rumah, kat situ jugak aku kupas sebiji masuk mulut - manisnyaa! *hahaha.. buruk laku.

Masa on the way nak balik rumah, Mamoru ajak aku pegi shopping. Aku macam blur-blur sebab setahu aku semalam kami tak ada plan nak beli barang dapur (biasanya hujung bulan).

Mamoru: Kita pegi beli baju mengandung.. nak tak?

Aku blur lagi. Baju mengandung? Untuk apa? *sekejap tu*.. Ohh, maternity dress untuk aku rupanya *wahahahha*.. Lupa pulak yang aku akan memerlukan baju tu untuk sebulan dua akan datang.. huhuhu

Tapi bila dah sampai rumah, rasa malasssss pulak nak keluar semula (yerr, aku memang macam nih). Lain kali, kalau plan nak keluar tu, tak boleh singgah rumah - kena pegi teruss. Tangguh malam esoknya (malam nih).

Mungkin beli selai dua dulu. Tak boleh beli bebanyak sebab aku pun tak tau berapa besar aku akan 'mengembang'. Yang penting, aku nak cari sandal yg sesuai. Kebanyakan kasut aku semua bertumit. Masa shopping untuk raya aritu aku ada tergerak nak beli sandal tapak rata. Tapi taim nak bayar aku gi tukar dgn dua pasang kasut tumit tinggi pulak. Sudahnya, sampai sekarang tak pakai lagi kasut-kasut baru tu. Tak berani aku.

Aritu aku try pakai high heel masa organize event kat Putrajaya - balik rumah je terus sakit-sakit kaki & pinggang. Ngeri. Sejak tu tak berani dah. Aku pakat pakai selipar jepun je pegi opis - Lantakkk situ.

p/s: Selamat berhujung minggu.. cuti sampai Isnin kan.. *wink

5 comments:

suezety said...

ad.. try beli hush puppies, scholl, croco or clarks.. elok.. sedap sket nak jalan.. mcm cik sue ni kan badan beso so sakit2 kaki tu mmg biasa le.. bila beli kasut2 mcm tu rasa selesa sket jalan..

Elyn Sani said...

hi ad.... tahniah ngan ur pregnancy... hiks dh mule ek mengidam mkn2..... jgn pilih yg pelik2 dh la ek.....

Masviona said...

sama la..bila dah balik rumah...malas dah kalu tetiba je nak kena kuar balik.saba jela

Angah said...

Angah dah peknen dekat 6 bulan baru pakai maternity dress.. sebab perut baru mula nak menonjol ihiks

Angah suka beli 2 piece either blouse ngan seluar/kain. Sebab sangat praktikal nak bergerak pastu boleh mix n match. pastu boleh adjust ikut besar perut..nak pakai lepas bersalin pun boleh..nak cek perut pun senang tak payah la selak dari bawah kan..

dulu beli kat pasaraya sebelah Hotel Legacy bandar melaka.. sangat la murah..

Pastu angah tempah kurung maternity..untuk kenduri kendara n pegi opis jugak..

jadi entry pulak :P

Anonymous said...

sue: tu lah.. hari tu taim sales, tak tergerak nak beli. sekarang.. nak tanak terpaksa lah beli :)

elyn: tenkiu! harap-harap, takde lah yang pelik-pelik, kang terangkat kening incik Mamoru hehehe

masviona: betul tu. pelik kan.. dulu taim dating, keluar rumah sehari tiga pat kali pun boleh je.. hihihi

angah: wahhh.. 6 bulan baru pakai.. keciknya perut! aD haritu ada gak survey-survey.. banyak yg tak sesuai sebab terlalu besar (esp tang bahu & dada).

kat sebelah hotel legacy ada juga? tsskk aD nk nama je orang melaka, tapi bab-bab melaka nih fail sungguh.. nanti balik nak gi survey. tenkiu angah atas info :)