KENGKAWAN

Friday, November 28, 2008

4 bulan

Hari nih, hari first kandungan aku mencecah bulan yg ke 4.. *yay! Tapi still got 5 months to go - saberrrr*

Perasaan aku sekarang

Eksaited ok! Aku dah ada tabiat baru sekarang nih - Bercakap sengsorang! Kalau ada orang ternampak aku terkumat-kamit sengsorang taim tu, konpemmm akan cakap aku gila. Tapi, jgn risau aku tak gila ok. Dan aku bukan bercakap sengsorang tau! Aku duk borak dgn baby nih haa.. hihihi. Seronok sangat bercakap dgn baby. Antara mender yg selalu aku duk cakap dgn baby:

- Baby sihat?
- Hari nih kita nak makan apa ek?
- Bagi salam kat baby setiap kali bagun pagi, lepas solat..
- Kengkadang kalau bunyi sendawa aku terkuat (terbelahak camtu), aku cecepat cakap "baby jgn ikut perangai mama tau, mama bukan sengaja nak sendawa camtu".. hihihihihi (tu diaaa.. dah pandai bahasakan diri sebagai "mama" sekarang nih.. hihihi)

Banyak lagi laa yg aku cakapkan. Tayah list semua la ek. Kang ada yang geli tekak baca semua nih.. huhuhu.

Mamoru pulak, jgn cakap lah. Setiap kali dia nampak tangan aku duk usap perut (yg masih kempis nih), dia pun sibukkkkkk jeee nak usap sama. Sibukkkk jeee nak cakap dgn baby sama-sama.. Saje je nak rebut-rebut dgn aku tau. Geremmmm (tapi aku suka! Nampak sangat, dia pun tak sesabar macam aku).


Gambar pagi tadi - Mommy & Daddy to-be yg sangattt excited mengira hari! (note utk Lalat: my Mamoru nih rupa mungkin takde tapi manissssss ada ok! hihik)

Badan aku sekarang

Alhamdullilah sesangat. Semakin ok dan makin bertenaga. Tu yg rajin berjalan tak ingat dunia. Mamoru pulak, rajin je temankan aku taim wiken gi jenjalan kat tepi Tasik Permaisuri. Kata orang taim pregnant kena rajin exercise. Aku exercise dgn berjalan keliling tasik je lah - jalan sambil makan sengkuang bersos sedappppp yg banyak dijual kat tepi tasik nih. Seronok tau!

Ohh.. satu lagi info yg aku baru tau. Patut laa selama 3 bulan aritu, deria rasa & deria bau aku sangatttt sensitif. Sampai orang pakai stokin tak basuh sebatu jauh pun aku boleh bau. Sampai adik-adik aku jadi pelik bila aku boleh hidu bau yg tersorok jauhhh. Rupa-rupanya, badan aku hasilkan hormon terlebih. Hormon tu semua sebenarnya untuk baby aku. Disebabkan baby nih terlalu kecik, dia masih belum pandai kontrol semua hormon yg terlebih tu. Tapi sekarang alhamdullilah, dia dah berjaya kontrol hampir semua hormon yg dihasilkan untuk kegunaan dia nanti. (pandaiiii anak mama!). Tu pasal sekarang nih badan aku semakin ok dan deria-deria aku hampir kembali normal.

Bab makan, macam biasalah.. tak boleh berhenti. Sentiasa nak makan, makan dan makan. Tapi aku takde lah hadap sekali bebanyak. Agak-agak rasa lapar sebelum waktu makan yg betul (breakfast, lunch, dinner), aku akan kunyah sikit buah-buahan.. tak pun makan kismis.

Berat aku sekarang? Aku belum timbang lagi. Harap dah mencecah 39kg. Risau jugak kalau berat tak naik-naik nih.

Perkembangan baby
  • Janin akan bergerak, menendang dan menelan. (ohh.. tak sabar nak rasa baby bergerak-gerak!)
  • Kulit bayi berwarna merah jambu dan lutsinar.
  • Bayi anda juga sudah pandai menghisap jarinya.
  • Talipusat bayi akan terus membawa khasiat dari ibu ke bayi.
  • Matanya sudah menghadap ke hadapan.
  • Ia juga sudah boleh mendengar suara anda, jadi selalulah ucapkan kata-kata yang baik terhadap bayi disamping memperdengarkan bacaan al-Quran. (insyaAllah, bukan setakat baca Quran, sekarang nih aku tgh rajin baca tafsirnya sekali. Kalau kat opis, sehari suntuk aku pasang Quran online - biar baby nih sentiasa dengar)
  • Diakhir bulan keempat, janin berukuran 6 hingga 7 inci dan mempunyai berat 5 aun (sumber: ratuhati.com)


Tengah tunggu Mamoru gi Bank. Nih my 4 months nyer look. Still maintain lagi. Tunggu dua tiga bulan lagi kembangggg semangkuk la kut.



Awal bulan ke 4.. stilll takde beza macam bulan ke 3 kan? Takper, wait n seee je lah.

Redeem voucher

Ingat tak aritu boss aku bagi kupon free The Chicken Rice Shop? *tenkiu boss!*

Disebabkan aku takde idea nak masak apa untuk dinner dan kebetulan pulak malam tadi hujan lebat - nak beli makanan kat pasar malam BTR pun tak dapat, maka terpaksalah makan kat Chicken Rice Shop (CRS) nih.

Aku penah sekali je makan kat CRS nih. Adik beradik aku, sorang pun tak penah lagi. Jadi makan agak gayat la kami malam tadi. Duk tanya itu ini kat waiter - maklum, banyak nama makanan style cina, kami mana laa tau. Tergelak-gelak adik aku bila waiter tu explain, Ipoh Bean aperkemenderntah tu sebenarnya taugeh.. hihihi.

Disebabkan aku kureng sikit makan nasi ayam, aku order mee wantan bbq (hentam). Adik yg lain pun order ikut hentam jugak. Banyak jugak lah yg aku order. Yelah, nak fully utilize kan voucher yg ada kannn..

Nasib baik abis licin semua. Aku punya pinggan je tak luak - seriyes, sikit pun tak luak ok. Sesungguhnya aku memang tak lalu nak telan - CRS nih tak masuk dgn selera aku :(


Mamoru dgn adik pompuan no. 6 & adik lelaki no.7



Gambar aku dgn Mamoru harusss ada!

Ohh.. lupa lak.. total harga makanan kami malam tadi RM 61 tapi Mamoru just bayar seringgit je.. hehe. Misi mengutilizekan voucher berjaya!

Thursday, November 27, 2008

Siput berduri

Ohh.. azabnya kalau tekak tetiba nak makan mender yg bukan-bukan nih.

Ntah kenapa, takde angin, takde ujan, tetiba je aku terasa-rasa nak makan siput berduri (sila rujuk gambar). Adui laa.. mana nak cari ek?


(gambar dari ehoza.com)


(gambar dari kampungboycitygal.blogspot)

Kata orang, cara masak siput nih, rebus macam biasa je. Pastu cicah dengan sos. Macam makan kerang gak lah. Cuma nak keluarkan isi dia tu, kena cungkil dengan lidi.

Korang ada idea tak mana nak cari siput berduri nih? Kat Bagan Lalang ada tak? Kat mana ada ek? Aku berterima kasih sangat kalau korang sudi share info kat sini. Aku ada gak try cari info kat internet. Tapi siput nih banyakk dijual kat Penang je.. uuu jauhnyaaa :(

Note: Seriously, aku belum penah makan mender alah nih.

p/s: Mamoru.. tsskkk.. *buat muka sedih*.. jom pi Penang (tetiba je kan.. hihihi)

Hamster lagi

Dulu, aku pernah cerita tentang adik perempuan no.4 yg suka bela hamster (tapi dedua hamster tu dah lama arwah - kena baham dek kucing masa bawak balik kampung).

Pastu, adik pompuan no.6 pulak menjangkit minat kat hamster. Dah lama gak la dia beli. Dari tahun lepas lagi. Adik no.6 sangattt cerewet bab hamster nih tau. Banyak jugak la mender yg aku belajar pasal hamster dari dia.

Bebaru nih, dia kehabisan stok pasir untuk mandikan hamster. Ohh.. hamster adik aku tak mandi guna air. Dia guna pasir khas yg berbau lavender (ntah apa nama pasir tu - lupa la). Selalu kalau nak mandikan hamster, dia akan bubuh pasir tu dalam bekas kecik & biarkan hamster dia bergolek-golek dalam pasir halus tu.

Tapi sejak pasir wangi tu habis (aku pulak manjanggg lupa nak belikan), adik no.6 terpaksa mandikan hamster dia guna air (aku yg suggest). Tu pun lepas aku tengok blog akak Redmummy yg mandikan hamster dia guna air.

Lucunya, ada ke dia bubuh air penuh segayung pastu letak hamster dalam tu. Nyariss tak pengsan menatang tu tau. Tssskkkkkk.

Aritu, aku tengok hamster dia tinggal sekor je, dalam kepala aku tak fikir apa dah. Nih mestiii hamster dia mati lemas dalam air.

Aku: Ain, kenapa tinggal sekor je hamster nih?
Adik no.6: *dengan nada sedih*.. Dah mati :(
Aku: Kenapa boleh mati? (saja bebuat tanya)
Adik no.6: Dia sakit perut.
Aku: ???????????????

Nyaris aku nak tergelak dengar adik no.6 punya jawapan. Tapi disebabkan dia serious taim tu, aku tahannn je. Kang takut dia sedih pulak.. hihi

Pelik ok:

1. Betul ke hamster boleh sakit perut?
2. Dan macam mana adik aku boleh tau hamster dia sakit perut?.. *aku membayangkan hamster dia duk tekan-tekan perut sendiri sebelum mati - camtu kut? hehe*

Tamatnya Trimester pertama

Kita mulakan pagi nih dgn ucap syukur, Alhamdullilah.

Kenapa? Sebab hari nih adalah hari terakhir bagi Trimester pertama kandungan aku! Ya, aku dah berjaya lepaskan diri dari stage pertama kehamilan! (stage yg sangat merbahaya tau).

Dan hari nih juga genap 12 minggu usia kandungan aku. Esok, insyaAllah aku akan enter stage baru - Trimester kedua pula. Still rasa macam tak percaya. Macam sekejap je kan?


Perkembangan diri aku? Nanti lah aku cerita dalam entry baru. Yang nih, saja je nak share kegembiraan hari nih.. hihihi

Jom celebrate dgn makan roti canai pagi nih!


Wednesday, November 26, 2008

Komen panasss dari Lalat

Aku ada dapat komen dari sorang anonymous. Ntah nape lah dia sakit hati sangat dengan aku.. hehe. Ada je mender yang aku tulis menyakitkan hati / mata / kepala si anonymous nih. Tak faham aku.

Apa orang biasa panggil pengomen camnih? Lalat ek? Aku pun nak panggil dia Lalat lah since dia tak bernama. Satu perkara yg aku pastiiii sangatttt - Lalat nih tak pernah kenal siapa aku. Atau dgn erti kata lain, dalam realiti kehidupan luar pun, aku berani gerenti dia tak pernah jumpa / berbual dgn aku.. atau.. dia penah jumpa aku dan setakat lambai hai-hai bye-bye je.

Antara komen-komen yg selalu aku dapat:

Laki aku tak hensem, muka buruk - Ohh.. pening aku. Laki aku tak hensem, kenapa Lalat pula yg susah hati. Heloo, bukan kamu yg tido sebelah dia hehari pun. Mungkin kamu punya pasangan hensem / cantik .. tapi, ada aku kisah? Kuasa ok. Muka tak hensem takper, janji perangai / akhlak 'hensem' - mampu menjadi Imam kepada aku dan bakal anak aku - Yang penting, hidup aku bahagia - sempurna. Kamu? Bahagia sangat kah? Bahagia sampai tak puas hati dgn life orang lain? Gitu? Kesian.

Aku perempuan gedik - Yang nih pun aku tak faham. Dah banyak kali aku mengaku kat blog yg aku memang seorang yg gedik. Tak perlu nak tuduh-tuduh lagi. Aku gedik, so?

Ayah aku malang dapat anak macam aku & mendoakan ayah aku mati cepat - Astafirullahalazim. Semoga Tuhan bersihkan hati kamu. Itu je yg aku boleh jawab.

Mendoakan rupa baby aku yg bakal lahir nih buruk - Jawap aku.. Alhamdullilah. Aku berserah pada Tuhan je. Semoga kami sekeluarga dilindungi-Nya. Dan semoga Tuhan buka pintu hati kamu ke arah jalan yang benar.

Komen terbaru:

Barang-barang dalam rumah aku berjenama biasa je - Yerr.. memang semua barang dalam rumah aku jenama biasa je.. takde jenama grand.. semua jenama sama.. baik tv/dvd/mesin basuh/radio semuaaaaa jenama Samsung je.. sangatttt cap ayam, kan? huhuhuhu.

Nota buat Lalat:

Memula aku tulis entry nih, rasa nak marah-marah pun ada. Tapi bila fikir-fikir semula, buat apa aku ikut sikap kamu - marah pada orang yg aku tak kenal. Tak mendatangkan faedah. Dapat dosa ada lah. Lagipun, tak baik untuk bayi yg ada dalam rahim aku nih. Dengar sini Lalat, kali nih aku bagi peluang.. buat semua ayat yg meyakitkan tuu, dah pun aku maafkan. Cuma lepas nih tinggal kamu dgn Tuhan (balik rumah nanti jgn lupa baca tafsir surah Al-Humazah tau - sesuai banget untuk kamu)

Oh.. oh.. in case kalau kamu tak reti buka Quran, meh sini aku share sikit ayat pertama dari surah Al-Humazah nih.. "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.."

p/s: Mamoru, rinduuu..

Mamoru semakin romentik

Malam tadi layan movie.. sampai 3 movie kami tengok dalam satu malam tau! Semua movie tu aku belum penah tengok lagi (HellBoy II, Superhero & Next) Seronok betul.

Movie tu semua Mamoru saved dalam laptop dia. Memula masa Mamoru on kan laptop ajak tengok movie, aku macam malas nak tengok. Yelah, skrin laptop dia tu kecik (12 ke 13 inci ntah). Tak best laa kan layan movie kat laptop. Nakk pulakk speaker kecik comel je.. Tak dapat nak feel sound effect dia.

Tapi dik nonn.. Mamoru ada idea yang sangatt hebat! Aku bebtul tak sangka. Rupanya, laptop dia boleh di-connect dgn LCD-tv kami.. wahhh, baru lah besar, luas & gambar pun clear sangat. Dah macam tengok real dvd je kekdahnya. Kagum aku! Aku siap suruh Mamoru tarik tilam dari dalam bilik bawak depan tv - layan tv sambil baring adalah sangatttt syokk.

Note lagi: Ok, sila jangan tegur aku yg sememangnya tak up to date dgn teknologi camnih - serious ok, aku memang agak kuno sikit. Penah sekali tu dalam bulan lepas kut, aku call Mamoru kat tempat keje (taim tu aku sengsorang kat rumah) semata nak tanya kenapa tv kami takde suara? (sebab kengkadang derang tengok movie sambung dgn speaker apernama tu.. ala speaker yg besar-besar tu - so, memang pening aku nak cari volume dia. Sampai nak guna remote yg mana pun aku tatau (serious byk remote kat rumah aku - jenama sama lak tu - memang pening nak identify remote mana untuk tv/dvd/radio/etc - kena bubuh sticker pasnih).

Sambung cerita balik. Ekceli, aku bukan nak cerita pasal movie yg aku tengok malam tadi. Tapi pasal Mamoru.. hihihi

Masa tengah tengok movie tu kan, Mamoru asyik laaa kiss aku. Kekejap kang kiss bahu aku.. Selang beberapa minit pastu kiss dahi.. beberapa minit pastu kiss pipi pulak.. pastu kiss tangan. Pendek kata sepuluh kali sekejap laa dia duk kiss aku. Pelik tapi aku tau kenapa.. hehehe. Sebabbbb sebelum tu kami duk tengok cerita House (season baru yg didownload dari internet) - dalam cerita tu dia ada tunjuk live proses kelahiran baby (secara pembedahan) - agak ngeri jugak lah aku tengok. Mungkin Mamoru nervous bila fikir kan scene tu kut hihihihi.

Pastu kan, masa kami tengah tgk movie, asal ada je adengan yg agak ganas & mengerikan dalam movie tu, dia akan cecepat tutup mata aku dengan selimut.. ahaha.. lucu sangat. Tak boleh tengok part ganas-ganas katanya - tak baik untuk baby. Hehe.. comel je.

Sebut pasal tv, Mamoru ada sebijik tv lagi kat rumah bujang dia dulu. Tv biasa - 21 inci. Dia saja biarkan tv tu kat sana untuk kegunaan Chua (dalam bebanyak kengkawan serumah Mamoru dulu, tinggal Chua je yg belum kahwin - psstt dia nih masih mencari tau!). Bebaru nih Chua ada cakap nak beli LCD-tv jugak. Bagus lah, aku memang sokong kalau lelaki / perempuan suka kumpul harta taim bujang. Jadi since nanti Chua ada tv baru, Mamoru cadang nak amik balik tv dia tu bubuh kat rumah kami. Yelah, nak jual pun berapa ratus sangat laa dapat. Bebarang elektrik nih, taim beli memanggg mahal. Tapi bila nak tolak kat orang.. takkan nyer dapat harga kita beli - jauh beza ok.

Hmm.. mana nak aku sumbatkan tv Mamoru tu ek. Nak letak dalam bilik, rasa macam penuh sangat pulak. Lagipun macam tak sesuai je nanti bila baby dah lahir - tak mengganggu ke?

Tuesday, November 25, 2008

Marah

Mood tak berapa nak best. Bukan sebab period. Dah 3 bulan aku tak period. Cuti sembilan bulan. Jimat duit beli pad.. eh, lari topik.

Tadi aku marah tegur sorang colleage. Nak marah sebenarnya. Tapi kenangkan dia lebih tua, aku tegur bebaik lah - tapi tegas. Selayaknya sebagai orang yg lebih senior kat opis nih.

Sekarang dah rasa lega sikit. Tapi geram masih bersisa. Tak apa lah. Selebihnya aku serahkan pada yg Maha Kuasa.

InsyaAllah, ada rezeki.. ada lah tu. InsyaAllah.

Dah dah.. baik stop kat sini. Kang lagi panjang aku menulis.. lagi banyak umpatan yg keluar - tak baik tu - dosa.

Baby pengapit aku

Malam tadi pegi melawat Ayang & Puex. Dedua nih pengapit kami masa sanding aritu (masa kami sanding, Ayang dah 3 bulan pregnant - kira kami sanding berlima la taim tu).

Ayang dah selamat melahirkan baby girl yg sangattttt comelll (ada rupa anak orang pakistan ok!). Geremmm sangat tengok muka baby derang!
Sebenarnya dah lebih 3 bulan Ayang lahirhan Nur Aireen Qaisara nih. Aku je yg tak sempat pegi jenguk.. hehehe.

Kata Ayang, masa pregnant dia suka makan kurma & kacang badam. Sampai sanggup beli badam mentah & goreng buat bekal makan kat opis.. Wahh, aku pun nak makan badam lah pasnih. Hehehe

Yang lucunya.. dalam sibuk bergambar, aku boleh lupa nak amik gambar Ayang & Puex.. ahahaha. Nasib la geng.. anak lagi penting.. huhuhu.


Kat belakang tu Puex. Ayang tengah masak taim nih.



Berebut aku dgn Mamoru nak dukung baby.. hehehehe


Ohh.. ada dua baby lagi aku belum pegi melawat. Baby Nana & Adlin (dah sebulan kut usia baby dia) dan baby Gee & Izwan (dah habis pantang dah Gee tu pun.. belum gak ada masa nak melawat dia)

Monday, November 24, 2008

Hantaran rumah kecik

Nih salah satu hantaran yg pihak aku bagi pada Mamoru masa kami bertunang tahun lepas - Rumah yg dibuat dari rempah ratus! Comel tak?? Dalam bebanyak hantaran, yg nih je Mamoru ambik & simpan.. yg lelain, mostly mender makan of coz lah dah habis dari hari pertama lagi.

Sangat special rumah kecik nih tau. Aku buat dgn tangan aku sendiri tau! Penat berjaga sepanjang malam dgn adik no.8 semata nak siapkan mender alah nih. Rumit tapi hasilnyaaa memang gempakkk. Siap ada orang nak tempah ok. Tapi aku tak layannn arr. Setakat nak buat untuk diri sendiri boleh lah. Nak buat untuk orang lain takut tak jadi sebab rumah nih aku buat atas dasar kasih-sayang yg mendalammmm terhadap Mamoru *cewahh*.

Nih pun saja je nak share kat sini kut-kut korang yg belum atau bakal bertunang / kahwin masih pening kepala memikirkan nak bagi hantaran apa. Boleh cari idea tengok rumah kecik aku nih.

Cecara nak buat dia, ikut kreatif korang. Nak buat rumah batu ke, KLCC ke.. tapi nak comei, buat rumah tradisi la kan. Bahan asas - kotak, gam pistol & pelbagai jenis rempah - bunga cengkih, ketumbar, lada hitam, jintan, kayu manis.. biji selasih pun boleh.. memacam lah.


Bumbung aku tabur dgn jintan manis.. nampak macam daun nipah sikit kan? Dinding aku guna kayu manis.. nampak cam kayu-kayu sikit.


serambi guna bunga lawang (eh betul ke nih? aku pun dah konpius nama rempah nih). Dinding belah dalam lak aku guna ketumbar.


Siap ada tingkap tradisi lagi tau.. ada langsir lagi kat dalam tu.. hehe. Lepas siap semua, jangan lupa spray clear - supaya rempah ratus korang tak dimakan bubuk / berdebu bila dah lama. Taraaa... dah siap. Pastu pepandai lah korang hias atas dulang hantaran. Gerentiii gempakk ok! Boleh simpan lama mender nih.. ala-ala potpuri - wangiiii.

Selamat mencuba!

Rekod - lunch mkn nasi

Yerr.. sepanjang aku pregnant (genap 3 bulan dah), nih la first time aku sentuh nasi taim lunch. Sila jangan marah dulu ya kengkawan. Aku memang kureng sikit makan nasi kat luar. Tataw lah naper.

Selalu tu, asal lunch hour je, aku turun bawah pi borong sampai empat lima jenis buah-buahan potong untuk dimakan. Dah jadi macam tarzan asyik makan buah hehari. Menu hehari aku sangattt simple: Pagi, breasfast roti canai / roti planta, tengahari lunch at least 4 jenis buah & petang / malam je baru sentuh nasi (kalau masak kat rumah).

Tapi tadi aku dgn jayanya makan nasi untuk lunch hour (buah tetapppp beli jugak). Puncanya? Aku nampak ikan sepat masin nih haaaa.. fuhhh sedap betul. Lama tak makan sepat masin tau


Aku amik nasi sikit, sesudu kangkung, sesudu kacang botol, sesudu rebung & kuah asam pedas.. paling bestt - ikan sepat masin.. aduhaiii sedapnya..

Harap pasnih selera aku terhadap nasi bertambah. Harap naik sikit berat badan nih. Risau aku, asyik 38 kg je dari aritu! Normal ke berat camnih untuk orang yg mengandung 3 bulan? Maksud aku, dari awal pregnant sampai penghujung bulan ketiga (nak masuk 4 bulan dah pun), berat aku naik sekilo je.. normal ke? haa? jawab lah.. aku risau nih

Friday, November 21, 2008

Jenjalan kat Bukit Fraser

Plan asal, aku & Mamoru je yg nak jenjalan kat Bukit Fraser sementara tunggu kengkawan lain & adik-adik aku balik dari mendaki gunung Ulu Semangkuk. Tapi, last minit semua orang tukar plan.. tak nakk mendaki gunung pulakk. Semua nak mengikut kami berdua gi dating kat Bukit Fraser.. hehehe lucu betul.

Aper lagik, macam lipas kudung memasing kemas kawasan camping. Packing barang masuk dalam keta. Pungut sampah. Pastu berdesupppp ke Bukit Fraser yg tak berapa jauh dari Kuala Kubu Baru.

Pening ok jalan nak menyampaikan ke Bukit Fraser nih. Ala-ala jalan lama ke Cameron Highland. Berpusing-pusing.. Kesian si Zaha sampai muntah dibuatnya. Ohh.. ini pun mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada kedemaman aku aritu (yelah, penat camping tak habis lagi, campurrrr pulak dgn penat berjalan).

Kami sampai kat kawasan rehat GAP dalam pukul 12 tengahari. Kat sini, semua kereta yg nak naik ke puncak bukit Fraser kena beratur & ikut timing sebab dari sini hanya ada satu lane jalan yg kecik & sempit menuju ke atas. Disebabkan hanya ada satu lane sahaja, derang tetapkan waktu ganjil adalah untuk naik & waktu genap adalah untuk kenderaan turun. Kami terpaksa tunggu pukul 1.00 tengahari sebelum boleh drive ke puncak. Dari sini ke puncak hanya 15 minit drive je.


Bergambar sementara tunggu turn nak naik. Ramai jugak orang taim nih.


Dari kiri Zaha, Chua, dan 2 orang adik-adik Zaha


Nih masa dah sampai puncak. Kami naik menara nih untuk tgk view sekeliling


Sempat pekena nasi goreng yg adik Zaha masakk. Sedappp jugak. Kat sini boleh tahan sejuk jugak lah.. sebab kami pegi taim mendung & hujan!


Jenjalan tanpa arah


Nih masa kat air terjun Jeriau. Tapi kami tak masuk kawasan air terjun sebab hujan renyai-renyai taim nih.


Besar kan limau nih. Lagi besar dari tapak tangan Mamoru. Tataw limau jenis apa. Limau nih kami jumpa masa bersiar-siar kat kebun orang kat sini.


Dengan Mamoru berlatarbelakangkan gunung-ganang (yg dah ditutup kabus)


Saja amik gambar bercantum dgn adik no.6.. Tak perasan pulak gambar Chua masuk sekali..


Fefeeling kat omputeh.. lawa tau tempat nih. Banyakkkkk sangat bunga!


Adik no.6 yg pantanggg nampak bunga. Habis semua orang kena paksa amik gambar dia dgn bunga :)


Dengan adik no.7 & no.6.. Bunga ros yg aku pegang tu besar gilaaa.. Hampir sama besar dgn muka aku :)


Otw balik.. tak banyak gambar yg kami dapat amik kat atas nih sebab hujan makin lebat!! Banyak masa spend dalam kereta je. See jalan nak turun nih.. licinnn! Tapi alhamdullilah, kami berjaya sampai rumah dgn selamat.

InsyaAllah, kalau takde aral.. lain kali nak repeat lagi.

Mandi sungai

Sepanjang aku join outdoor nih, aku agak memilih kalau nak mandi sungai. Sungai-sungai biasa yg orang selalu pegi nih memang aku tak mbohhhh mandi. Maklum lah, dah biasa tengok sungai / air terjun yg cantikkkk.. bersihhh.. lawaaa.. kat tetengah hutan belantara. Jadi sifat demand tu memang ada bila tiba tang port sungai yg nak diterjah (ada nada-nada riak disitu.. hehe)

Tapi memangkan keadaan aku sekarang. Aku tak boleh lah nak memilih sangat. Tak boleh tanggung risiko trekking jejauh dalam hutan semata nak mandi. Terima je lah mana yg ada.


Menu breakfast pagi tu.. sosej roll & roti telur. Cadang nak buat sandwich untuk bekal kengkawan yg nak buat daypack ke gunung Ulu Semangkuk.. sekali roti tak cukup pulakkk.


Sesi mandi manda dengan suami tercinta. Luas kawasan nih. Ada tempat cetek untuk kekanak / baby mandi. Sok kalau anak aku dah besar, aku nak bawa dia join outdoor nih.. seronok!


Layan kan je lah gambar nih - tengah galak bercinta katakan.. Kalau korang jeles, sila pegi kahwin cecepat.. hehehe.


Sesi basuh pinggan mangkuk oleh incik Mamoru & Chua.


View air terjun mini waktu pagi


Nih kawasan jeram kat sebelah kawasan camping kami. Kat sini tak boleh mandi.. air deras.


Adik aku & kengkawan lain tengah bersuka-ria

BBQ kat Sungai Chilling

Haa.. nih la antara penyumbang kedemaman aku aritu.. hehe.

Seronok sangat wiken lepas tau. Permintaan aku untuk camping kat tepi sungai diperkenan oleh incik Mamoru! Itu pun lepas berjela syarat yg dia bagi: Tak boleh pegi merayap dalam hutan sengsorang. Tak boleh buat keje berat. Tak boleh itu.. Tak boleh ini. Setiap gerak langkah aku kat sana dia mesti sentiasa tahu. Penat telinga aku nak dengar.. tapi takpe, janji aku dapat pegi taim tu.. hehe.

Tenkiu buat kengkawan gunung yg bersusah-payah buat preparation & sediakan bebahan untuk BBQ. Zaha siap ponteng keje semata nak beli ration ok. Terharu aku dibuatnya. Petang tu Zaha hantar ayam kat rumah aku - suruh marinate.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10.00 malam. Line up malam tu: Mamoru, Aku, Adik no.6, Adik no.7, Chua, Zaha & 2 orang adik lelaki dia, Wan & sepupu dia.


Mamoru tengah tolong nyalakan api untuk BBQ



Sementara kengkawan lain bergotong-royong naikkan fly, kami bertungkus-lumus memasak. Oh, dalam gambar nih, adik no.7 tengah memanggang ayam.



Posing dengan udang. Brilliant betul idea Zaha beli lidi untuk cucuk udang nih tau - senang nak panggang!



Tu diaaa.. panas-panas lagi.. cedap!



Proses makan pulak.. Zaha yg baju biru tu (kawan gunung merangkap jiran kami jugak lah).



Zaha, Mamoru & Chua tengah leka mengunyah..



Tido taim.. adik no.6 & aku - siap bawak comforter ok. Aku tak guna sleeping bag taim nih - panasss. Kami tidur dekat pukul 3.00 pagi! Penatt tp puasss. Cuaca malam tu terang sangat - bulan penuh.



Lupa lak nak introduce dgn makanan kami malam tu.. banyak kan. Nih makanan untuk 10 orang.



Ayam panggang dgn resepi rahsiaaaaa.. hehehe



Udang yg dipanggang guna rempah yg sama :)



Ikan pari masak stim.. fuhhhh..



Keledek madu bakar.. manissss!! Tapi overcooked la pulak.

Thursday, November 20, 2008

My baby!

Nih masa beberapa jam sebelum aku tumbang kena asthma.

Taim nih tak plan pun nak scan baby. Konon nak pilih perfect time la nak tengok si comel nih. Tapi disebabkan demam aku makin melarat, pluss takut demam nih effect kat baby (yerr aku memang concern-terlebih), aku suruh doktor scan malam tu jugak. Takuttttt ok.


Kesian doktor nih tau. Malam aku masuk HUKM tu, anak dia pun kena admitted sekali - appendik katanya.


Malu juga masa doktor suruh baring. Dia londehkan separuh dari panties aku!! Memang konpem dia nampak sikittttt lah 'kewanitaan' aku. Nasib baik doktor pompuan. Kalau tak, mau aku tekup muka sepanjang malam.. hehehe. Pastu dia bubuh gel aperntah sambil godek-godek atas perut aku dgn alat aperntah. Aku tak larat bertanya masa nih.. tekak sakit.


Seeee seeee... My baby! My precious! My little angel.. *ops kang Mamoru jeles pulak - saya cinta awak juga!*

Sayang, aku tak berpeluang dengar heartbeat baby (kena pegi klinik yg lebih canggih pasnih). Kecewa jugak lah. Tapi doktor macam faham je apa yg aku rasa. Dia pointed kat satu mender kecik yg berkelip-kelip kat badan baby - "Tu jantung dia".. Terusss lebar balik senyuman aku *ahhh comelnya!*.

Bukan tu je, doktor siap tunjuk satu-satu yang mana tangan, kaki, kepala, badan semua. Rasa nak je aku bangun mengadap skrin tu puas-puas. Tapi apakan daya, aku hanya boleh baring je. Bangun kang, tak dapat lah doktor nak scan perut aku.

Perasaan aku? Alhamdulillah.. aku sangat-sangat bersyukur atas anugerah terindah ni! Hepiiiiiiii. Tak sabar nak pegi scan lagi.. nak tengok baby lagi!!


Allahuakbar! - Kagum aku bila fikirkan tentang kejadian manusia. Sesuatu yang sangat pelik dan penuh dengan keajaiban - Dua nyawa dalam satu badan!

Dah start keje balik

Agak tak selesa bila pegi keje dalam keadaan tak sihat sepenuhnya (batuk & selsema masih ada lagi). Rasa nak landing je atas sofa kat lounge room. Tak pun.. zZzzz dalam surau.

Tengok lah kang kalau rajin, aku upload gambar yg melambakkkk dalam kamera nih. Banyak cerita yg nak distorykan cuma masa je yg takde. Ok lah nk pi catch up sesikit apa yg aku dah ketinggalan dalam minggu nih.

Sementara tu, layankan gambar ubat yang aku dapat dalam masa 24 jam dari HUKM - seriyes banyak giler!


Tapi jangan risau, aku belum gila lagi untuk menelan semua ubat dalam gambar nih. (biasalah, aku mana suka makan ubat). Ada takde pun, aku just amik inhaler tu je (tu pun bila bunyik wheezing dalam dada nih mula kedengaran, kalau tak jgn harapppp)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...