Friday, November 21, 2008

Mandi sungai

Sepanjang aku join outdoor nih, aku agak memilih kalau nak mandi sungai. Sungai-sungai biasa yg orang selalu pegi nih memang aku tak mbohhhh mandi. Maklum lah, dah biasa tengok sungai / air terjun yg cantikkkk.. bersihhh.. lawaaa.. kat tetengah hutan belantara. Jadi sifat demand tu memang ada bila tiba tang port sungai yg nak diterjah (ada nada-nada riak disitu.. hehe)

Tapi memangkan keadaan aku sekarang. Aku tak boleh lah nak memilih sangat. Tak boleh tanggung risiko trekking jejauh dalam hutan semata nak mandi. Terima je lah mana yg ada.


Menu breakfast pagi tu.. sosej roll & roti telur. Cadang nak buat sandwich untuk bekal kengkawan yg nak buat daypack ke gunung Ulu Semangkuk.. sekali roti tak cukup pulakkk.


Sesi mandi manda dengan suami tercinta. Luas kawasan nih. Ada tempat cetek untuk kekanak / baby mandi. Sok kalau anak aku dah besar, aku nak bawa dia join outdoor nih.. seronok!


Layan kan je lah gambar nih - tengah galak bercinta katakan.. Kalau korang jeles, sila pegi kahwin cecepat.. hehehe.


Sesi basuh pinggan mangkuk oleh incik Mamoru & Chua.


View air terjun mini waktu pagi


Nih kawasan jeram kat sebelah kawasan camping kami. Kat sini tak boleh mandi.. air deras.


Adik aku & kengkawan lain tengah bersuka-ria

4 comments:

Biqque said...

i always luv ur outdoor pics!

kat mana ni?

Signorina Syima said...

"tengah galak bercinta katakan.. Kalau korang jeles, sila pegi kahwin cecepat.. heheh"

memang jeles tgk gambar yang pernuh bunga2 cinta ni tapi sy tak de calon... camana nak kawin??!!!

Deqna said...

cantiklah apa nama tempat nie?

Anonymous said...

biqque: sesekali, jom lah join sekali. seronok tau :)

signorina syima: eh bolehhhh.. ada dua org teruna solo & ensem dalam trip nih tau (incik chua & incik zaha).. pilih-pilih hehehe

deqna: nih kat sungai chiling, kuala kubu baru. try lah dtg sini.. best tau awak.. bwk hubby sekali hehehe