Monday, November 03, 2008

Tiga bulan

Sekejap je kan? Hik.

Minggu nih, kandungan aku dah masuk minggu yang ke sembilan - maknanya dah masuk bulan ke - 3 la tu. Laju je masa berlalu. Tak sempat nak rasa apa-apa dah tiga bulan je gitu..

Perasaaan aku sekarang:

Gerun? Ohh buat masa nih tidak lagi. Bab gerun tu, aku dah save untuk bulan yg lasttttttttt sekali.. hehe

Excited? Yaa sesangattttt. Bukan aku seorang.. satu family (even kawan-kawan) pun hepi & tak sabar tunggu 'ketibaan' si kecik dalam perut nih.

Badan aku sekarang:

Masih gitu-gitu lagi. Perut masih 'steady' lagik. Masih boleh pakai pakaian harian dengan selesa. Masih boleh pakai jeans. Pendek kata, masih boleh melaram & berlagak macam anak dara!

Breast? Masih sensitif. Terlanggar sikit je memangggg sakitt. Mamoru kena berlemah-lembut selalu.. *ops.

Berat? Baru-baru nih timbang.. ada peningkatan. Dah jadi 38 kilo. Ok la tu.

Mood? Dah semakin baik. Dah tak alergik dengan bau masakan (kecuali makanan yg bau kuat sangat laa e.g, belachann) - dah start memasak semula.

Morning sickness? Alhamdullilah sangattt. Aku takde muntah-muntah atau lemah atau alergik yang melampau. Tak perlu MC - boleh save MC for the last part. Loya tu ada lah sikit tapi tak kritikal. Asal rasa loya je aku cecepat sumbat makanan ke dalam mulut. Sangat berkesan cara ni ok.

Makan? Agak memilih. Masih tak boleh terima makanan yg aku suka e.g, tomyam, asam pedas, donut big apple (bagus jugak, aku pun memang kena elak makanan manis). Sekarang, aku sangatttt galak makan buah. Semua jenis aku telan kecuali.. nenas (Mamoru banned aku dari makan buah peberet aku nih untuk setahun.. tsskkkkkk.. lama tuuu - takperlah, demi baby aku relaaaa)

Ok, sekarang kita tengok perkembangan si comel dalam perut nih:
  • Selepas 8 minggu, embrio kini dipanggil janin atau fetus.
  • Jari tangan dan kaki janin kini punya kuku yang lembut.
  • Rerambut halus juga sudah mula tumbuh pada kulit bayi.
  • Diperingkat ini, uri sudah berfungsi sebagai pembawa oksigen dan makanan dari ibu ke bayi.
  • Bayi sudah mula membuang najis dan air kencing melalui tali pusat.
  • Anda boleh mula mendengar detik jantung bayi untuk kali pertamanya pada minggu ke 10 hingga 12.
  • Jantina bayi juga mula terbentuk.
  • Di akhir bulan ini, janin bersaiz sebesar sebiji epal dan beratnya bertambah ke 3 auns diakhir bulan ketiga (sumber: ratuhati.com)
Tu diaa.. my baby dah sebesar buah epal katanya.. alalalalaaa tomeinyaaa...


My perut at 3-months.. still vogue lagi kan? ahahahah




7 comments:

Biqque said...

nak suggest! put up the scan photos of ur baby, as well as ur tummy! leh kita tgk perkembangannye dgn lebih dekat dan mencabar! hehe!

saya said...

heheh..keep up the good health and good eating habits.

Anonymous said...

hai kak..
hmm..akak 9 mgu kan skang ni?cemana boleh jadi 3 bulan?kan..1bulan ada 4 mgu?so means akak baru 2 bulan 1 mgu la skang ni kan?

Anonymous said...

biqque: belum scan lagi.. insyaAllah, minggu ni atau minggu depan baru pegi scan. nanti aD upload gambar ek :)

saya: tenkiu.. sedang berusaha nih :)

anony: 2 bulan 1 minggu tuuuu bukan dah masuk bulan ke tiga ke?? kengkawan yg baca sila tolong jawapkan soalan anonymous nih.. (p/s: saya buat entry tentang perkembangan pregnancy saya sebulan sekali. kalau dah 2 bulan 1 minggu, saya consider bulan ke-3 je. Ada prob ke?)

Aishah Hashim said...

huhu 2 bulan 1 minggu tu kire baru 9 minggu la tu belom 3 bulan.. hihihi.. da tak saba sangat ek?? hihihi.. jangan marah..

olo-olo comelnye gambo..
berat 38kilos?? ringannye~~
macam bdak skolah rendah pun ade..

Anonymous said...

ecah, 9 minggu tu dalam bulan keberapa.. haa jawab.. jawab.. hehehe (tetap nih tanak kalah). doktor pung cakap dalam bulan ketiga tau (betullll tekaan mung, aD memang dah tak sabau sabau dah nih hahaha)
pssttt Cah, aD dah nak masuk 30 tau.. *kembangggg*

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

beruntung sangat-sangat kurus waktu pregnant ni coz bila dah beranak sok-sok x payah lagi sibuk nak kuruskan badan dan nak cari ubat kuruskan badan, maintain aje,