Tuesday, December 02, 2008

Hiasan simple & murahh

Busy betul Mamoru sekarang nih. Malam tadi, ntah pukul berapa dia sampai rumah. Aku awal-awal dah surrender (zZzzZZz) - tak sanggup nak tunggu lelama. Terjaga pun masa Mamoru buka lampu. Tanya dia nak makan ke? Dah makan kat opis katanya. Oooo.. *sambung tido balik*

Dalam mamai tu sempat jugak lah aku dengar dia cakap nak bangun awal pagi nih. Sebelum 6.45 pagi kena keluar rumah. Dia kena pegi site awal-awal. Aku meng-hmm-hmm kan je.

Tu yg pagi nih awal gila aku masuk opis. Seriyes awal. Gelap gelita je kawasan opis aku nih.. hehe.

Malam tadi, disebabkan keboringan yg melampau. Disamping nak memenuhkan masa terluang (sambil tunggu adik no.6 masak siput sedut hihihi), timbul idea nak menghias-hias rumah. Rak yg sepatutnya penuh berisi buku Mamoru, aku tukar jadi divider kat ruang tamu. Divider rotan sedia yang ada tu dah lembik sangat, jadi ingat nak transfer ke dapur je (sebab adik aku - termasuk aku hihi - duk sidai baju kat divider tu - mana tak lembik mender alah tu.. huhu)

Dalam memikirkan mender yg nak dibubuh kat rak buku yg dah berubah wajah jadi divider, aku teringatkan buah keras nih. Ala aku tataw nama buah nih. Pokok dia macam pokok rhu / pine / krismas. Buah dia besar-besar tp comel. Orang selalu guna buat hiasan. Aku kutip buah nih masa outstation kat Awana Genting tahun 2007. Banyak aku kumpul. Separuh, aku dah guna buat gubahan hantaran masa bertunang dulu. Separuh lagi dah kasi orang.. Tinggal 3 biji je dalam simpanan aku :(

Aku try letak buah tu atas rak buku a.k.a divider. Tapi, disebabkan kaler buah tu agak gelap (hampir sama dgn kaler rak tu), aku terpikir idea yg bernas nih!!


Ok, memula, sila cari cat spray - senang nak guna compare dgn cat liquid. Aku jumpa cat nih dalam kotak barang Mamoru. Wooo.. Mamoru ada banyakkk cat spray! Semua belum penah berpakai lagi. Aku kidnap cat kaler gold.. huhuhu.. *abeslah kena marah balik kang*. Mamoru tak bagi aku main cat spray nih tau. Maklum bau cat nih kan kuat. Dia takut aku kena asthma.


Tapi takper, aku dah pakai mask (tutup hidung dgn towel kecik je hihihi <-- memang aku kena hempuk balik umah kang). Ok, lepas sediakan cat, sila bentang suratkhabar lama seluas-luasnya (takut tersembur cat kat lantai pulak) Letakkan buah keras (yg aku tataw nama nih) atas kertas dan start spray. Kasi rata semuanya. Pastu biarkan sampai kering.


Dah kering, boleh laaa susun atas rak.. Haa, kan cantik rak korang tu. Kontra sikit kaler dia. Hmm, tapi kaler dia tak begitu gold laa.. ke aku guna kaler silver malam tadi? Ahh lantokkk. Janji comel. Selain rak, mender alah nih boleh dihias pada komputer / tv / nak hias dalam pasu bunga pun boleh!

Senang & simple kan?

4 comments:

Nurmala Mazlan said...

sangat creative okeh

Anonymous said...

nurmala: maseh :)

erlyda said...

yer ler kreatiff..tak terpikir pun nak wat mcm tu sebelum ni..haa pas ni leh la cilok idea skit ;D

Anonymous said...

erlyda: bolehh.. kita share-share mana yg ada. Selamat hari raya ek!